Anda di halaman 1dari 2

Tugasan Utama Dr.

Shahrir/Israh

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


TUGASAN
KOD KURSUS : TZ 10103
PROGRAM : PPG

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menhubungkaitkan dan menjelaskan teori-teori dan Falsafah Pendidkan


Kebangsaan dengan Reka bentuk Kurikulum.

2. Menjelaskan kepentingan perancangan kurikulum terhadap pencapaian matlamat


pendidikan Negara.

3. Mengenal pasti kronologi perubahan reka bentuk kurikulum dari awal hingga ke
kurikulum sedia ada.

4. Mengenal pasti matlamat dalam perancangan pembinaan kurikulum.

5. Menilai dan menganalisa satu contoh kandungan kurikulum yang spesifik


berdasarkan matlamat dan kandungannya.

Kerja Kursus ini merangkumi Bab 1 hingga Bab 7.

TUGASAN (40%)

1. Bincangkan secara ringkas kronologi perubahan-perubahan kurikulum yang pernah


digunakan di negara ini. Bincangkan mengapa perubahan-perubahan dilakukan
terhadap kurikulum tersebut.

2. Anda dikehendaki meneliti satu kurikulum sedia ada berdasarkan satu mata
pelajaran yang spesifik. Berdasarkan kurikulum tersebut, anda dikehendaki meneliti
kandungannya, matlamat kurikulum tersebut dan objektifnya. Bincangkan secara
kritis berdasarkan penilaian anda terhadap kepentingan kurikulum tersebut dibina.

1
Tugasan Utama Dr. Shahrir/Israh

Panduan Pelaksanaan Tugasan

1. Tugasan anda perlu disediakan secara individu dan dilaksanakan dalam tempoh 4
minggu.

2. Format penulisan adalah seperti berikut;

2.1 Hasil tugasan perlu bertaip komputer dengan jenis tulisan Arial bersaiz 12
dan langkau satu baris setengah (1.5 spacing).

2.2 Sumber Rujukan perlu dicatat mengikut format APA.

2.3 Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabel dan dinomborkan mengikut
urutan.

2.4 Bahagian kulit luar hendaklah mengandungi maklumat berikut;

Nama Pelatih :
Angka Giliran :
No. K/P :
No. Telefon :
Program :
Opsyen :
Kod/Nama Kursus :
Nama Pensyarah :
Tarikh Serahan :

3. Keseluruhan isi dan pengolahan hasil tugasan mestilah menunjukkan keaslian.

4. Format dan isi perlu jelas dan coheren.

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

6. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 40%.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan (Rubrik) yang disediakan.