Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan

Nabi Muahammad S.A.W

Perkembangan Islam

Khulafa al-Rasyidin

Kerajaan Bani Umaiyyah

Kerajaan Bani Abbasiyyah

Empayar Turki Uthmaniyyah

Galeri

Video
Pengenalan

Islam muncul di Semenanjung Arab pada


kurun ke-7 masihi apabila Nabi
Muhammad s.a.w. mendapat wahyu
daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya
Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam
berkembang sejauh Lautan Atlantik
di Barat dan Asia Tengah di Timur.
Lama-kelamaan umat Islam berpecah
dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan
Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan
Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan
Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan
Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul
India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara
empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat
pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan
satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli
sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari
negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman
Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-
kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah.
Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah
iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah
bumi.
Nabi Muhammad S.A.W
• Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan
sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan
orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada
sesetengahnya merupakan pengikut
agama Kristian danYahudi. Mekah ialah tempat suci bagi
bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-
berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga
Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.
• Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah dalam Tahun
Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20
April (570 atau 571 Masihi). Baginda merupakan seorang
anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin Abdul
Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam
kandungan dan emaknya Aminah binti Wahb meninggal
dunia semasa beliau berusia 7 tahun. Kemudian beliau
dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya
meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu Abu
Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti
Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani
kehidupan yang selesa dan aman.
Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu
baginda seorang yang sangat amanah semasa bekerja
bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita
yang terhormat itu.
Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak
menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan
masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi.
Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat
Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda
banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua
Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia
lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh
Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda
mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan
terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada
seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah
ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak
daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi
Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran
walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama
kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya
membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah
penguasaan orang Islam.
Perkembangan Islam

• Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi


Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius
diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani
Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh
dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas
pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
Khulafa al-Rasyidin

• 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik


menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen
menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
• 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
• 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik
menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan
jajahan Islam di Tanah Parsi
• 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
• 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
• 637M- Mesir ditawan.
• 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
• 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
• 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan
menjadi khalifah.
• 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
• 646M- Kempen menentang Byzantine.
• 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah
Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar
Parsi Sassanid ditumpaskan.
• 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
• 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik
menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
• 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke
Kufah. Perang Siffin meletus.
• 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.
Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
• 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-
Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat
sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
• 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2
kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di
Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu
pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah
kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan
yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan
perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina
Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan
kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun
Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam.
Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian
dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu
pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun
(Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada
Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah,
Usmaniyah dll.
Kerajaan Bani Ummaiyyah

• 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani


Ummaiyyah.
• 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
• 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas
Constantinople.
• 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan
Saidina Hussein.
• 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi
kerajaan.
• 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
• 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
• 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
• 713M- Penaklukan Multan.
• 716M- Serangan ke atas Constantinople.
• 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang
hebat dijalankan.
• 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
• 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan
tentera Abbasiyyah.
• 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan
Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kerajaan Bani Abbasiyyah

• 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.


• 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
• 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah
Sepanyol.
• 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di
Sepanyol.
• 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
• 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
• 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
• 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan
Cyprus.
• 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
• 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh
dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
• 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
• 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
• 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk
bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan
Baghdad.
• 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
• 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
• 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
• 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua
penduduknya.
• 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua
berlaku.
• 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang
Salib ketiga berlaku.
• 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
• 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
• 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk
terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-
Seljuk.
• 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan
Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin
Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.
Empayar Turki Uthmaniyyah
• 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia
Kecil.
• 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk
ditubuhkan di barat Anatolia.
• 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar
Turki Uthmaniyyah.
• 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
• 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
• 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di
Ankara.
• 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
• 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad
al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
• 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
• 1526M- Perang Mohacs
• 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
• 1571M- Perang Lepanto berlaku.
• 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
• 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
• 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
• 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
• 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
• 1792M- Perjanjian Jassy.
• 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
• 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
• 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
• 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
• 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
• 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera
laut Uthmaniyyah di Navarino.
• 1829M- Perjanjian Adrianople.
• 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
• 1841M- Konvensyen Selat.
• 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
• 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
• 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
• 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi
kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
• 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali
sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah
dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
• 1912M- Perang Balkan pertama.
• 1913M- Perang Balkan kedua.
• 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai
sekutu kuasa tengah.
• 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
• 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai
sebuah Republik.
• 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan
Empayar Turki Uthmaniyyah.

Anda mungkin juga menyukai