Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004.
Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai
patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada
kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini
menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya
dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan
walaupun terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya.

(APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam
kalangan remaja pada hari ini. (MENGAPA)Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan
cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan
penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung
tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, PLKN
dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul
kenegaraan yang didedahkan. (BUKTI) Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN),
sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat
menjalani kem PLKN.(KESIMPULAN) Hal ini membuktikan PLKN mampu membina
remaja yang memiliki semangat patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang
mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran
dari dalam dan dari luar negara.

(APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri
remaja. (MENGAPA) Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan
ini namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percaya
bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak
mereka. (BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas
tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat
mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat
mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan
fizikal.(BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina
seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai hala tuju
yang jelas.(KESIMPULAN) Oleh itu, penekanan aspek disiplin dalam PLKN telah
menyebabkan rata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar dalam hidup mereka.

(APA) Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan pelbagai kaum
juga dapat memperkukuh integrasi nasional. (MENGAPA) Hal ini penting kerana Malaysia
mempunyai pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei
perlu dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan PLKN
sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil antara
kaum. (BAGAIMANA)Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan
dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan
kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama.
Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air,
rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem
pentadbiran. (KESIMPULAN) Rentetan itu, jelaslah bahawa PLKN mampu memperkukuh
ikatan integrasi antara kaum dengan wujudnya bibit-bibit kasih sayang dan saling
menghormati antara satu sama lain.
Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan
kebaikan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya, sebagai insan, kita ditagih agar
menyumbangkan jasa dan bakti, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, gajah
mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalah dengan
objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan negara dalam diri
peserta malah turut menggalakkan mereka menyumbangkan keringat kepada masyarakat.
Oleh itu, semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan
dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
dapat dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai