Anda di halaman 1dari 13

PUNCA MASALAH PENGLIHATAN

1) PENYAKIT

Kebanyakan kecacatan penglihatan disebabkan oleh penyakit dan kekurangan zat.

Menurut anggaran WHO pada 2002, kebanyakan punca buta diseluruh dunia adalah:

 katarak

 glaukoma

 kemerosotan makula (AMD) berkait usia

 trakoma

 konjuktivitis dan

 retinopati diabetik

Negara membangun mempunyai lebih ramai penduduk yang mengalami kecacatan

penglihatan. Hal ini, disebabkan keadaan yang boleh dihalang berbanding mereka yang

terdapat di negara-negara maju. Sementara kecacatan penglihatan adalah biasa dikalangan

mereka yang berusia melebihi 60 tahun merentasi semua bangsa. Akan tetapi, kanak-kanak

dalam masyarakat miskin lebih cenderung menghadapi masalah penyakit berbanding rakan

sebaya yang dari golongan kaya.

VAANATHY PANIRSEVAM

(AEA O060478)
I. KATARAK

Penyakit katarak ini terjadi kerana degeneratif atau bertambahnya usia seseorang.

Katarak kebanyakan muncul pada usia lanjut. Data statistik menunjukkan bahawa lebih dari

90% orang berusia iaitu 65 tahun keatas menderita kerana penyakit katarak. Walaupun

penyakit katarak ini boleh diubati, tetapi ia merupakan penyebab utama kebutaan di dunia.

Seseorang penderita katarak tidak menyedari telah mengalami gangguan katarak kerana ia

terjadi secara perlahan-perlahan sehingga penglihatan penderita terganggu secara beransur.

Pada awal serangan, penderita katarak merasa gatal-gatal pada mata, air matanya mudah

keluar, pada malam hari penglihatan terganggu dan tidak biasa menahan silau sinar matahari

atau sinar lampu. Gejala umum gangguan katarak meliputi penglihatan tidak jelas seprti

terdapat kabut menghalangi objek, peka terhadap sinar atau cahaya serta memerlukan

pencahayaan yang terang untuk dapat membaca.

II. GLAUKOMA

Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang

terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan

serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan

akhirnya akan terus menjadi buta. Dalam keadaan normal, bendalir jernih dihasilkan di

bahagian gelemair secara berterusan. Bendalir ini juga mengalir keluar secepat ia dihasilkan.

Akan tetapi, bagi pesakit yang menghidap penyakit glaukoma, aliran bendalir tersekat dan ini

mengakibatkan tekanan di dalam mata meningkat. Pesakit biasanya berasa sakit pada mata

dan mungkin juga kepalanya. Mata sudah berair dan menjadi merah pada bahagian mata

putih, anak mata membesar dan kelopak mata membengkak. Penglihatan menjadi semakin
berkurangan. Pesakit juga akan melihat “lingkaran cahaya” di sekitar lampu bercahaya. Jika

tidak dirawat dengan segera, bahagian dalam mata akan menjadi rosak untuk selama-lamanya

dan akhirnya pesakit akan kehilangan penglihatan.

III. KEMEROSOTAN MAKULA (AMD) BERKAIT USIA

Penyakit degenerasi (kemerosotan) makula merupakan salah satu punca masalah buta di

kalangan individu berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun di serata dunia. Kaum lelaki

merupakan majoriti yang mengalami penyakit ini berbanding kaum wanita.

IV. TRAKOMA

Trakoma ialah penyakit mata yang mudah berjangkit dan disebabkan oleh virus yang

menyerang selaput kelopak mata. Ini mengakibatkan bahagian hadapan mata terpaksa

ditutup. Gejala-gejala awal termasuklah selaput mata menjadi merah, terasa gatal, kelopak

menjadi bengkak, lelehan berair dihasilkan dan mata peka pada cahaya. Dalam keadaan

teruk, ‘biji-biji kecil’ akan muncul pada selaput kelopak mata dan korneo mungkin tercedera

yang mengakibatkan mata menjadi buta. Ubat sulfa dan antibiotik digunakan untuk merawat

trakoma bagi mengawal keradangan mata.

V. KONJUNKTIVITIS

Inflamasi atau radang pada konjunktiva yang disebabkan oleh virus atau bakteria.

Konjunktiva kelihatan bengkak, kemerah-merahan dan berair. Pesakit akan berasa mataya

gatal, pedih dan kadangkala sakit serta mengeluarkan nanah yang banyak sehingga kelopak

mata terlekat. Pendedahan kepada cahaya akan menambahkan lagi rasa yang tidak selesa.

Konjuntivis mudah berjangkit dan pesakit tidak sepatutnya berkongsi tuala, bantal dan

pakaian dengan orang lain. Tiada vaksin untuk mengawal penyakit ini. Hanya ubat mata yang
digunakan bagi mengawal penyakit ini. Ubat mata yang mengandungi sulfa atau antibiotik

boleh digunakan untuk beberapa kali sehari.

Terdapat banyak sebab lagi yang menyebabkan masalah penglihatan. Antaranya :-

2) KOMPLIKASI KEHAMILAN

3) BAKA DAN KETURUNAN

4) KECEDERAAN

5) RUBELA
PENGALAMAN SAYA DI MALAYSIAN ASSOCIATION FOR THE BLIND

(MAB)

Malaysian for the blind (MAB) dikenali sebagai pusat latihan bagi orang-orang yang

menghadapi masalah penglihatan. Pusat ini terletak di jalan Brickfield berhampiran dengan

KL Sentral. Pusat ini bermatlamatkan untuk membantu golongan warga kurang upaya

khasnya masalah penglihatan supaya membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat yang

berguna, produktif dan juga berdikari. Selain itu, pusat MAB ini juga memberi kesedaran

bahawa orang kurang upaya boleh bekerja jika mereka diberi peluang. Bagi mencapai

matlamat ini pihak pengurusan MAB menyediakan banyak kemudahan dan juga latihan

mobiliti bagi orang yang bermasalah dalam penglihatan.

Saya dan kawan-kawan saya telah melawat ke pusat MAB atas arahan dan nasihat

Dr.Loh iaitu pengajar kami dalam matapelajaran Pendidikan Kanak-kanak Keperluan Khas.

Dengan mengikuti kursus ini, saya dan empat orang rakan saya mendapat peluang untuk

melawat dan seterusnya mengenali tentang pusat ini serta orang yang bermasalah penglihatan

iaitu buta. Lawatan kami ini selama lapan jam iaitu tiga minggu berturut-turut. Kami telah

dibantu oleh Pn. Catherin dan juga Pn.Rosnah yang bertugas di pusat MAB. Banyak aktiviti

yang telah dilakukan sempena minggu Hari Patriotik dan kami memperoleh banyak

pengalaman. Kami dapat mengenali orang buta melalui fizikal dan mental mereka. Pusat

MAB bukan hanya memberi latihan ini kepada orang yang masalah penglihatan, malah saya

dapat melihat ada kanak-kanak yang menghidap serebrum palsi, brain tumor, kanser mata,

hyperaktif dan sebagainya. Disini saya Vaanathy Panirselvam AEA 060478 ingin

menyatakan dan berkongsi beberapa pengalaman yang saya dapat daripada lawatan ke pusat

MAB. VAANATHY PANIRSEVAM (AEA060478)


AMALAN PEMAKANAN DI PUSAT MAB

Waktu kami ke pusat MAB adalah pada 9 pagi. Setelah menjalankan beberapa aktiviti

atau PNP kepada kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, terdapat waktu untuk mereka

menjamu selera juga. Mereka diberi makan pada 10.30 pagi. Sebelum makan, kanak-kanak

ini akan menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Saya memang tertarik dengan

sikap mereka semasa menjamu selera. Pn. Rosnah bersama guru-guru lain akan bersama

kanak-kanak ini semasa menjamu selera. Malah ibu bapa bagi kanak-kanak ini juga akan

berada di pusat MAB pada waktu makan bagi tujuan menolong guru-guru tersebut.

Pada 10.30 pagi Pn.Rosnah akan membunyikan loceng agar kanak-kanak di kelas

tersebut mengetahui bahawa masa itu adalah waktu untuk menjamu selera. Mereka akan

diberi arahan oleh Pn.Rosnah untuk beratur. Kanak-kanak disitu amat pandai dan dapat

beratur dengan berpegang bahu antara satu sama lain dengan bantuan guru-guru disana. Ada

juga kanak-kanak yang sukar untuk dikawal semasa menjamu selera. Sebelum kanak-kanak

ini dibawa ke tempat menjamu selera guru-guru di kelas tersebut akan menyediakan roti dam

milo sebagai sarapan untuk mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak ini hanya akan berada di

pusat MAB selam 3 jam sahaja sehari. Bukan sahaja roti tetapi biskut, kuih-muih, buah-

buahan juga akan diberi kepada kanak-kanak tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Saya memang terkejut apabila melihat mereka sangat berdikari dan berkelakuan

disiplin semasa makan. Sebelum makan mereka diajar untuk membasuh tangan serta

mengelap tangan mereka pada kain yang disedikan. Tempat duduk kanak-kank tersebut telah

ditetapkan dan mereka duduk di tempat masing-masing dengan bantuan guru-guru disana.

Bagi kanak-kanak Melayu mereka telah diajar untuk bersembahyang sebelum makan. Bukan

mereka sahaja malah kanak-kanak lain akan bersembahyang mengikut kehendak mereka.
Saya mendapat peluang untuk bersama dengan seorang kanak-kanak semasa waktu menjamu

selera. Semasa saya bersama kanak-kanak tersebut saya dapat mengenalinya dengan lebih

terdekat. Dia seorang yang kanak-kanak Cina yang berumur hanya 5 tahun dan tidak dapat

melihat. Semasa dia berjalan kakinya bukan seperti orang normal malah ia seperti bentuk V

yang menyebabkan budak ini sukar untuk berjalan. Budak ini membuatkan hati saya terguris

tetapi dia amat berdikari dalam semua aktiviti. Kefahaman bahasa Melayu dia baik tetapi dia

tidak tahu untuk membalas dalam bahasa Melayu. Saya bersamanya semasa waktu menjamu

selera selama 2 minggu berturut-turut iaitu 2 kali. Semasa beratur budak ini telah memegang

tangan saya untuk pergi ke tempat yang disediakan untuk menjamu selera. Saya pun berjalan

dengan budak ini lalu menunjukkan tempat untuk mencuci tangan. Sebelum saya membuka

pili, budak tersebut menolak tangan saya dan dia membukanya dengan sendiri. Saya berasa

tidak sedap hati lalu bertanyakan kepada Pn.Rosnah mengapa budak itu berkelakuan

sedemikian.

Pn.Rosnah menyatakan bahawa budak itu ingin melakukan kerjanya secara berdikari

tanpa bantuan orang lain. Tetapi dia adalah seorang budak yang baik dan mendengar segala

arahan dengan teliti seterusnya memperatikkannya. Sekali sahaja perlu diajar seterusnya dia

akan membuatnya dengan sendiri. Setelah Pn.Rosnah memberitahu tentang budak ini barulah

saya dapat mengenalinya dengan lebih terdekat lagi. Sepanjang waktu menjamu selera saya

hanya memerhatikannya dengan lebih bersemangat untuk mengetahuinya dengan lebih rapat

lagi. Setiap seorang kanak-kanak akan diberi pinggan dan cawan semasa menjamu selera.

Budak ini telah duduk di tempatnya dengan betul dengan menyentuh dan memgira tempat

duduknya. Setelah dia duduk tangannya mencapai pinggannya dan mengambil roti lalu

makan. Di makan dengan amat perlahan dan bersih sekali dengan sendiri walaupun seorang

guru bersamanya. Tetapi guru itu telah memberitahu berapa banyak kepingan roti yang

terdapat atas pinggan tersebut dan menunjukkan dimana cawannya dengan memegang
tangannya. Selepas makan dengan bersih budak itu mencapai cawan dan minum minumannya

dengan cermat sekali tanpa menumpahkannya. Setelah makan dia telah mengucapkan terima

kasih kepada gurunya dan mencuci tangannya di tempat yang disedikan. Dalam hal ini, saya

dapat melihat banyak karektor atau kelakuan yang berbeza antara semua kanak-kanak disitu

semasa menjamu selera. Ada yang sukar untuk dikawal dan ada yang ingin berdikari seperti

budak yang saya katakan tadi. Dalam kes ini saya mendapat tahu bahawa kanak-kanak di

pusat MAB berlainan antara satu sama lain mengikut tahap mentaliti mereka. Amalan

pemakanan kanak-kanak ini diberi perhatian yang serius agar ia tidak alah atau elergic

kepada mana-mana kanak tersebut. Semua kanak-kanak diberi makanan yang sama tanpa

sebarang berat sebelah atau pilih kasih.

Walaupun ada ibu bapa yang membawa makanan yang berlainan mereka diminta

duduk dan memberinya di tempat yang berasingan agar kanak-kanak lain tidak

mengetahuinya. Kadangkala ada ibu bapa yang membawa makanan terlalu awal dari masa

makan diminta untuk menunggu kerana kanak-kanak disitu perlu dilatih untuk berdisiplin dan

patuh pada masa. Disini saya juga ingin berkongsi satu perkara yang saya lihat di pusat ini.

Semasa PNP dijalankan ada seorang ibu telah memberi susu botol kepada anaknya dan Pn.

Rosnah telah menegurnya agar tidak memberinya lagi. Semasa itulah saya dapat mengetahui

bahawa Pn.Rosnah amat peka terhadap kanak-kanak ini dan juga mementingkan disiplin

serta ketepatan masa dalam kelasnya. Setiap aktiviti yang dijalankan di institusi MAB

berdasarkan kepada konsep ulangan. Konsep ulangan ditakrifkan sebagai, kesemua aktiviti

akan dijalankan secara ulangan untuk beberapa hari agar kanak-kanak buta ini dapat

membuatnya. Begitulah Pn. Rosnah dan guru-guru di MAB mengajar kanak-kanak tersebut

dalam semua aktiviti termasuk amalan pemakanan mereka.


DERIA BAU MERUPAKAN ASPEK PENTING BAGI KANAK-KANAK YANG

BERMASALAH PENGLIHATAN

Pengalaman saya seterusnya adalah dapat mengetahui bahawa deria bau merupakan

aspek yang penting bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan. Walaupun kanak-kanak ini

tidak dapat melihat seseorang individu melalui mata mereka tetapi dapat mengenali seseorang

itu melalui bau badan mereka. Bukan sahaja bau badan malah minyak wangi yang digunakan

oleh seseorang individu yang rapat dengan mereka juga dapat dikenali oleh mereka. Deria

bau ini merupakan atau boleh dikatakan sebagai mata untuk kanak-kanak ini kerana melalui

deria inilah mereka dapat mengenali ibu bapa mereka sendiri.

Selain deria bau ini melalui sentuhan juga mereka dapat mengenali seseorang

individu. Kalau mereka merasakan bau yang dihidu itu berlainan daripada biasa maka kanak-

kanak itu tidak akan merapatinya. Hal ini kerana, mereka merasakan ada orang baru

dikalangan mereka. Hal ini saya dapat mengetahui setelah saya mengikuti lawatan ke pusat

MAB. Semua pelajar disana, dapat mengenali sesama sendiri dan juga guru mereka melalui

bau badan dan minyak wangi yang digunakan. Sewaktu kami disana ada kanak-kanak

mengucapkan ucapan selamat pagi hanya kepada guru dan orang yang mereka kenal sahaja.

Pada waktu awal kami memang terkejut bagaimana mereka mengenali dan membezakan

seseorang individu itu bahawa mereka adalah guru yang mengajar mereka. Selepas melihat

tindak-tanduk mereka saya pun bertanyakan kepada Pn.Rosnah bagaimana mereka mengenali

seseorang dengan tepat tanpa melihat mereka. Masa itulah saya dan kawan-kawan saya

mengetahui bahawa kanak-kanak ini mengenali seseorang individu melalui deria bau mereka.

Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi satu peristiwa yang saya alami di

pusat MAB ini. Beberapa aktiviti telah dijalankan di pusat MAB bersempenakan minggu

Patriotik. Kami berpeluang untuk menyertai semua aktiviti yang dijalankan bersempena
dengan minggu hari Patriotik di pusat MAB. Pada masa tersebut banyak aktiviti seperti

menaikkan bendera, mengenali jalur gemilang, menyanyikan lagu Negaraku dan lagu

patriotik serta banyak lagi. Sewaktu menyanyikan lagu patriotik saya telah bersama dengan

seorang kanak-kanak Melayu yang bernama Aiman berumur 6 tahun sahaja. Aiman

menghidapi penyakit kanser mata. Aiman menjalani pembedahan semasa berusia 5 tahun dan

kedua-dua matanya dikeluarkan. Mata Aiman telah digantikan dengan mata palsu yang perlu

dikeluarkan setiap malam untuk dibersihkan dan meletakkannya balik pada waktu pagi.

Aiman yang hanya berusia 6 tahun ini mengetahui tentang keadaan matanya dan

memberitahu kami dan rakan-rakanya di sana. Hati saya amat terguris sewaktu

mendengarnya.

Sewaktu menyanyikan lagu patriotik saya telah memegang tangan Aiaman dan

mengibarkan jalur gemilang air muka Aiman bertukar. Aiman bertanyakan siapa yang

memegangnya dan menyatakan bahawa minyak wangi ini baru baginya. Lalu saya pun,

memperkenalkan diri saya. Dengan segera Aiman menolak tangan saya kerana mengetahui

bahawa saya bukan gurunya. Pn. Rosnah menyatakan Aiman memang begitu pada awalnya

dan akan menjadi rapat pada waktu seterunya. Setelah saya bersamanya selama 8 jam Aiman

amat rapat dengan saya kerana dia dapat mengenali diri saya walaupun tidak

memperkenalkan diri saya setiap kali berjumpa dengannya. Mula-mula saya berpendapat

bahawa Aiman sahaja bersikap begitu tetapi kebanyakkan kanak-kanak yang bermasalah

penglihatan memang bersikap sedemikian.

Pada awalnya, kanak-kanak bermasalah penglihatan ini amat peka terhadap deria bau,

sentuhan dan juga ulangan. Tetapi deria bau merupakan aspek yang memainkan banyak

peranan dalam kehidupan seharian mereka.


AKTIVITI MELEKAT SETEM SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pusat MAB bukan sahaja memberi pengalaman atau mengetahui tentang kanak-kanak

yang bermasalah penglihatan. Malah kami telah menghulurkan beberapa bantuan semasa

berada di pusat MAB. Antaranya ialah kami menolong para guru dalam mengendalikan

pelbagai aktiviti yang dijalankan sempena minggu hari patriotik dan menolong untuk melekat

nama dan setem pada kad-kad jemputan sempena perayaan hari raya aidilfitri. Aktiviti

melekat setem dan nama pada kad jemputan ini dilakukan oleh pusat MAB sejak ia

ditubuhkan untuk mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak. Kad jemputan ini akan

dihantar kepada semua penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Klang, Brickfield, Petaling

Jaya dan sebagainya.

Terdapat beratus-ratus kad telah disispkan oleh saya dan kawan-kawan saya. Pn.

Catherin telah memberitahu kami bahawa kad jemputan ini dihantar untuk mendapatkan

bantuan kewangan dan kebendaan daripada rakyat di luar sana. Beliau juga menyatakan

bahawa ada pihak di luar sana memberi bantuan ini secara berturut-turut dan ada juga

segelintir mereka merasakan tidak begitu penting. Selain daripada itu, ada juga pihak yang

menyatakan bahawa pihak pengurusan MAB menipu dan melahirkan rasa simpati daripada

rakyat diluar sana untuk mendapatkan bantuan dari segi kewangan. Pn. Catherin telah

menyatakannya dengan penuh rasa susah hati.

Kami membuat kerja-kerja seperti ini di dalam sebuah bilik yang dikenali sebagai

bilik kerja sosial. Kami dapat melekat setem dan nama ini pada kad jemputan sebanyak 500

keping. Oleh kerana masa tidak mengizinkan kami telah berhenti untuk menyambungnya

balik. Walaupum masanya begitu singkat kami begitu beria-ria untuk melakukan kerja

sebegini. Bagi saya ia adalah satu pengalaman baru kerana saya tidak pernah melakukan
kerja-kerja sosial sebelum ini. Saya amat gembira kerana dapat menolong pusat MAB dengan

menghulurkan bantuan seperti ini.

Bantuan sebegini digunakan untuk menangung keperluan asas MAB seperti makanan

untuk kanak-kanak disana, alat-alat untuk belajar (braille), buku-buku dan sebagainya. Hal ini

kerana, semua kanak-kanak ini mendapat pendidikan di MAB secara percuma dan segala kos

pembelajaran ditanggung oleh pihak pengurusan MAB. Kita ingat bahawa pelajar normal

memerlukan banyak kos dalam pembelajaran mereka. Melalui pengalaman saya di MAB

telah dinyatakan oleh Pn. Rosnah bahawa kanak-kanak yang bermasalah penglihatan

memerlukan banyak bantuan yang kosnya amat tinggi. Dengan menghantar kad-kad perayaan

seperti ini pusat MAB dapat mengumpul banyak wang yang dikatakan sebagai derma. Bukan

sahaja bagi perayaan Hari Raya malah bagi semua perayaan seperti Tahun Baru Cina dan

Deepavali kad- kad seperti ini akan dihantar kepada semua orang.

Pusat MAB telah menyediakan banyak alatan permaianan yang berkos tinggi untuk

kanak-kanak ini. Walaupun pendidikan di MAB diberi secara percuma tetapi ibubapa yang

mempunyai anak-anak seperti ini tidak mahu menghantar mereka ke pusat seperti ini. Hal ini

kerana ibu bapa merasakan ia akan menjatuhkan imej mereka pada mata dunia. Pusat MAB

menggunakan wang yang diperoleh melalui derma bagi tujuan untuk mempublisiti pusat

mereka. Guru-guru yang mengajar disini bukan semuanya dari golongan normal malah ada

yang bermasalah penglihatan juga menghulurkan bantuan mereka dengan berkhidmat disana.

Antara mereka yang saya dapat lihat adalah kerani, operator telefon, ada yang bekerja di

perpustakaan dan pusat sumber serta banyak lagi. Golongan ini lebih mengenali tentang

kanak-kanak bermasalah penglihatan dan dengan mudah mereka dapat menghampiri mereka.

Bukan sahaja dapat menghampiri malah dapat mengenali mereka dari segi mental mereka.

Saya berasa memang susah untuk memperoleh wang atau derma dengan menghantar kad-kad
seperti ini tetapi pusat MAB ini terus menjalankan kerja mereka dengan penuh bersemangat

lagi.

Anda mungkin juga menyukai