Anda di halaman 1dari 2

Diet Rasulullah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak
boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit
antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan
dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan
kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut


sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah
kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun
keracunan makanan.

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan CUKA bersama IKAN

Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul
Basith Muhammad As-Sayyid)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih
dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses
penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan
selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam.
Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya
kembung perut.

* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur
setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas
yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau.
Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering
dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri
tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang
berlaku.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam
dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan
dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan
kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan
penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan
mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga
boleh mengganggu proses penghadaman.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari


terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan
jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan
kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat
membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan
menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk
mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk
menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi
penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan
tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti
sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah
mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang


kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala
atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam
sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan
menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak
terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim
sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan
insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"
Nabi pesan selalulah bersedekah bukan shj dgn harta malah budi & bahasa
sesama Islam & dgn mereka yg berlainan agama. Marilah juga kita berhijrah dgn
berkongsi ilmu, walau sedikit yg ada, krn ia adalah satu amalan sedekah yg
dituntut dlm Islam, InsyaAllah (",)

Anda mungkin juga menyukai