Anda di halaman 1dari 6

SOALAN 5(a)

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori

pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda? Beri

sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda.

Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman

(Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses

pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas

dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina

pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah:

1- Teori Pembelajaran Behavioris

Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward

Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman

dalam mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan

antaranya ialah pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku

organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov,setiap

rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku

yang timbul akibat rangsangan. Contohnya apabila gutru memberikan arahan supaya

berdiri, murid dengan cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan

berdiri itu ialah gerak balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku

akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua

rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah

aspek emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu
rangsangan (suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok).

Oleh itu, murid berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang

berlaku ekoran perkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2

rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman.

Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerika

memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan

rangsangan dan gerak balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing

laparyang diletakkan dalam sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike

mengemukakan 3 hukum uatama iaitu hukum kesediaan, hukumlatihan dan hukum

kesan. Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada

sebelum individu dapat bertindak. Seorang murid dikatakan akan berasa puas apabila

dia bersedia untuk bertindak. Sebaliknya,murid yang belum bersedia untuk bertindak

akan berasa kecewa. Manakala Hukum Latihan menyatakan pertalian antara

rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Hukum

Kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan

bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak

balas. Misalnya seorang murid mengucapkan salam kepada guru dan salam itu

disambut dengan senyuman guru. Murid itu akan berasa pengalaman itu menyenangkan

dan dia akan mengulangi lagi.

Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentang

perkaitan antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak

diingini sebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.

2- Teori Pembelajaran Sosial

Alber Bandura yang merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal telah

memperkenalkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menegaskan bahawa


pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan kerja.

Menurut Bandura, terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian iaitu:

i) memberi perhatian

ii) mengekalkan maklumat

iii) menghasilkan tingkah laku

iv) motivasi dan peneguhan

Aplikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik

kerana perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian ,tingkah laku

dan bahasa pertuturan guru mestilah baik.

Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut:

a) memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak

langsung, iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat

gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian,

pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.

b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan

sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B.

Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak

boleh melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan

adanya peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu

berlaku.manakala memerhati melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru

amalan dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau mereka telah mempelajari bahawa

tindakan sorak-menyorak tidak sesuai dalam kelas,tetapi kai ini dengan guru yang

baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan mula menjeritkan

jawapan.

c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut

melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun
mengetahui cara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid

lain membaca buku di dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya.

Keinginan untuk membaca itu timmbul selepas melihat murid lain membaca.

Sekiranya tiadak ada murid lain membaca, kemungkinan keinginan Amir untuk

membaca tidak timbul.

3- Teori Humanistik

Teori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang

individu. Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata

lainaspek emosi dan sosial kehidupan murid.

Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk

belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia juga

menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa

mengambil berat tentang anak didiknya.

4- Teori Pembelajaran Kognitif

Teori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir

daripada peringkat bayi kepada zaman kank-kanak, remaja dan seterusnya alam

dewasa. Menurut Gagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah

menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada

pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis

pembelajaran seperti berikut:

i) Pembelajaran isyarat

Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih

merupakan perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh

kebiasaan.Misalnya, apabila loceng berbunyi pulul 7.30 pagi, semua murid akan

berkejar ke bilik darjah masing-masing dan mereka akan terus berdiri serta
memberikan penghormatan kepada guru yang masuk.ini merupakan pembelajaran

isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran.

ii) Pembelajaran mengganggu gerak balas

Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini

bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.

iii) Rangkaian

Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain

untuk melengkapi satutugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola

dalam permainan tennis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak

yang munasabah dan mengayunkan rakat dengan gaya yang betul agar bola tennis

dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.

iv) Pertalian berbahasa

Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku

apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan

nama objek secara menyebutnya.misalnya,apabila melihat bola, kanak-kanak

tersebut terus menyebut bola.

v) Pembelajaran diskrimanasi

Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang

sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid

dapat membezakan antara fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting.

vi) Pembelajaran Konsep

Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas

atau kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan

menggolongkan kuning, merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala

bulat, segitiga, segiempat dan bujur sebagai bentuk.

vii) Pembelajaran hokum


Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran

konsep, rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa

apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah

membeku, isipadu dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu

dirangkaikan bersama untuk membentuk hokum.

viii) Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkan

penggunaan konsep serta pembelajaran hokum. Gagne telah menggunakan urutan-

urutan penyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey.

Urutan langkah itu seperti berikut:

a) mengenal masalah

b) mencari maklumat

c) membuat hipotesis

d) menguji hipotesis

e) membuat rumusan

5- Teori Konstruktivisme

Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan

pengalaman mereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar

dan ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya

dengan persekitaran fizikal dan sosial. Vygotsky, ahli psikologi yang banyak

menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan yang dibina

berdasarkan interaksi sosisl, adat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan

dan pembelajaran individu.