Anda di halaman 1dari 7

AQIDAH

KONSEP AQIDAH
PENGENALAN

Aqidah merupakan simpulan yang kukuh yang tertanam di dalam jiwa. Simpulan tali aqidah di dalam
jiwa ini tiada siapa pun yang dapat mengungkaikan atau memutuskan dari jiwanya selain dari dirinya
sendiri dan Allah yang mencipta dan memiliki jiwa hambanya.

TAKRIF AQIDAH DAN IMAN

Kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai mutlak, yang tetap dan yang kekal,
yang pasti dan hakiki lagi suci seperti yang diwajibkan oleh Islam iaitu kepercayaan yang tersimpul
dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan dan suasana.

IMAN

Bahasa: Rasa penuh percaya, ketenangan atau aman damai dari ketakutan.

Istilah: Membenarkan dengan hati secara putus(jazam) akan segala yang dibawa atau didatangkan oleh
Rasulullah S.A.W. dan thabit secara putus (qat’i) yang diketahui kedatangannya itu adalah secara
darurah( mudah).

TERAS AQIDAH

1
N
A
M
I
K
U
R
ASAS AQIDAH ISLAMIYYAH

ISLAM bahasa Sejahtera, selamat,aman dan menyerah

Istilah syarak Tunduk dan patuh kepada segala suruhan dan


larangan Allah serta membenarkan perkara yang
disampaikan oleh Rasulullah.

IMAN bahasa Percaya dan yakin

Istilah syarak Mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati


dan mengamalkan segala perintah Allah.

IHSAN bahasa Melakukan kebaikan kepada orang lain.

Kesungguhan, ketekunan atau keikhlasan dalam


Istilah syarak melakukan ibadat dan pekerjaan semata-mata
kerana Allah.

Ketiga-tiga aspek ini tidak dapat dipisahkan & saling berhubung kait antara satu dengan yang lain dalam
kehidupan individu Muslim. Mereka mesti menjadikannya sebagai asas kehidupan untuk mencapai
kebahagiaan hidup di dunia & akhirat.

2
PEMBAHAGIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
1. Al-Quran membahagikan manusia pada asasnya kepada 2 golongan sahaja iaitu:
 Mukmin
 Kafir

2. Ada beberapa istilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran seperti
 Mukmin
 Munafik
 Fasiq
 Murtad
 Musyrik

Golongan ini merupakan pecahan dari 2 golongan yang disebut di atas dengan sifat-sifat & ciri-ciri
tertentu.

3. Pembahagiaan manusia menurut Islam:

 Tingkat menaik
a) Muslim- golongan yang memeluk agama Islam, mengucap 2 kalimah syahadah ,
Ibubapanya beragama Islam & mereka percaya dengan rukun-rukun iman.
b) Mukmin- golongan yang yakin dengan kewujudan Allah serta mengakui Nabi
Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah & mengamalkan seegala suruhan Allah &
meninggalkan segala larangannya.
c) Muttaqin-Orang-orang Mukmin yang mengamalkan pengajaran Islam dengan
penuh kesedaran,keikhlasan & ketakwaan. Darjat inilah yang paling tinggi di
kalangan Muslim, yang mana Allah telah menjanjikan syurga bagi mereka yang
mencapai tahap ini.
 Tingkat menurun
a) Fasiq- manusia yang rosak kerana dilanda bisikan & rayuan syaitan secara silih
berganti dalam hidupnya antara sedar & ingkar, mudah tergoda & tergoncang
imannya.
b) Munafik-orang yang hidup dalam kepura-puraan apabila di samping orang-orang
Islam mereka menyatakan mereka beragama Islam, walhal mereka berpura-pura.

4. Antara ciri-ciri Orang Mukmin:


 Nama Allah menggetarkan hati.
 Tawakal
 Berhukum dengan Al-Quran & Hadis
 Redha atas segala musibah yang menimpa

3
 Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
 Mencintai sesama manusia.

5. Antara sifat-sifat Muslim yang baik:


 Takwa
 Cintakan Allah
 Berzikir kepada Allah

6. Munafik
- Dari segi bahasa: orang yang menyembunyikan perkara / maksud sebenar.
- Dari segi syarak: seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara
menyembunyikannya di dalam hati.
- Tanda seseorang itu Munafik:
a) Iman tidak tetap & tidak teguh
b) Tindak-tanduk yang sentiasa berubah
c) Tidak tetap kata
d) Sentiasa mengharapkan kebaikan dibalas
e) Jiwanya tidak tenteram
f) Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup.

Allah berfiman, maksudnya: Sesungguhnya orang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang
paling bawah sekali di dalam neraka. ( An-Nisa’:145)

7. Musyrik
- Orang yang mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa daripada Allah.
- Syirik terbahagi kepada 2, iaitu:
a) Syirik Akbar (besar) – menyembah benda seperti kubur, pokok & sebagainya serta
menganggap dirinya lebih rendah daripada benda-benda tersebut.
b) Syirik Asghar (kecil) – berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu untuk tujuan
menunjuk-nunjuk.

8. Fasik
- Orang yang diperingatkan oleh ayat-ayat Allah tetapi berat hendak sujud dan bertasbih serta
tidak mengamalkan ajaran tersebut.
- Mereka menyelesaikan masalah bukan mengikut undang-undang Allah tetapi hanya
mengikut hawa nafsu.
- Ciri-ciri golongan fasik:
a) Bersikap sombong.
b) Banyak meninggalkan ibadat tanpa rasa takut bahkan lebih gemar melakukan maksiat.
c) Lebih banyak tidur dan membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah serta malas berdoa.
d) Lokek untuk membelanjakan harta di jalan Allah.

4
9. Kafir
- Orang yang menidakkan keesaan Allah, kenabian nabi utusan Allah serta mengingkari segala
syariatnya.
- Kufur dibahagikan kepada 3 iaitu:
a) Kufur Jahli – kufur yang disebabkan kebodohannya sendiri. Ini mungkin kerana dia tidak
mahu bertanya kepada orang yang lebih arif atau tidak mahu belajar tentang sesuatu
perkara.
b) Kufur Juhdi (‘Inadi) – kufur ini terjadi kerana timbulnya rasa takut akan kehilangan
pangkat atau pengaruh jika beriman kepada Allah.
c) Kufur Hukmi – kufur yang terjadi setelah berlaku sesuatu yang bertentangan dengan
keimanan seseorang seperti menghina Al-Quran.

10. Murtad
- Dari segi bahasa: menolak atau berpaling.
- Dari segi syarak: Orang Islam yang meninggalkan Islam dan segala ajaran yang terkandung
dalamnya. Mereka akan menghalalkan segala sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah
SWT.
- Hukum Murtad:
a) Dikenakan hukuman bunuh jika tidak mahu bertaubat.
b) Hasil sembelihan mereka tidak halal dimakan
c) Orang Islam yang yang bekahwin dengan mereka dianggap tidak sah, isteri yang kekal
sedia ada tercerai dengan rasminya kecuali jika dia kembali bertaubat.
d) Mereka tidak boleh menerima sebarang pusaka.

AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Pengertian Ahli Sunnah wal Jamaah:

Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah Rasulullah s.a.w dan perkara yang dibawa
oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bid’ah.

Latar Belakang Kemunculan Nama Ahli Sunnah Wal Jamaah:

 Mazhab ini mengikut jejak langkah Rasulullah dan para sahabat baginda.
 Nama Ahli Sunnah Wal Jamaah muncul setelah berlaku perpecahan di kalangan umat Islam.

5
 Nama itu secara rasminya dimasyhurkan oleh Imam Abu Hasan Al-Asya’ari (330 hijrah) & Abu
Mansor Al-Maturidi (333 hijrah).

Sebab Golongan ini menamakan Ahli Sunnah Wal Jamaah:

 Ahli Sunnah Wal Jammah adalah gabungan daripada perkataan Ahli,As-Sunnah & Al-Jamaah.
 Mereka menerima dan beramal dengan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 Sebab dinamakan dengan Wal Jammah kerana mereka berkumpulan di atas kebenaran dan
bersatu untuk berjihad, melaksanakan amar makruf nahi mungkar serta menghidupkan sunnah
dan menentang perkara bid’ah.

Nama Lain Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah:

 Ahlu As-Sunnah
 Al-Jamaah
 As-Salafu As-Soleh
 Ahlu Hadis

Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah:

 Ajarannya berpegang dan bersumberkan Al-Quran & Sunnah


 Sebarang pertelingkahan dan pandangan mereka merujuk kepada Al-Quran & Sunnah
 Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
 Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih.

Kepentingan dan Kelebihan Berpegang Kepada Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

 Ajaran ini berpegang dengan Al-Quran & Sunnah


 Ajaran ini mendapat jaminan daripada Allah tidak akan sesat.
 Dapat membersihkan akidah daripada terpesong.
 Amalan diterima oleh Allah.
 Hidup diredhai Allah.

Tokoh ulamak ahli As-Sunnah wal Jamaah:

 Imam Abu Mansur Al-Maturidi


 Imam Al-Fakhruddin Ar-Razi
 Imam Abu Bakar Al-Qaffal
 Imam Al-Hafiz al-Baihaqi

6
7

Anda mungkin juga menyukai