Anda di halaman 1dari 11

BIL.

TAJUK M/S
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN & OBJEKTIF
3 PERALATAN DAN MESIN
4 LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN
5 LANGKAH KERJA
6 KESIMPULAN
7 LAMPIRAN
8 RUJUKAN

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT dan segala puji-pujian ke atas-Nya yang
amat pemurah lagi maha mengasihani kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami
sekumpulan menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini dengan jayanya. Di kesempatan
ini,kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa pihak tertentu yang
telah banyak membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Terutamanya kepada pensyarah JA202 kami, Encik Farih Bin Deraman yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan,sokongan dan panduan yang amat berguna
sekali kepada kami semua. Sekiranya tanpa bantuan beliau,nescaya kami tidak akan dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih ditujukan kepada ahli kumpulan kami serta
rakan-rakan yang lain kerana telah banyak membantu dengan memberikan sokongan dan
komitmen yang tinggi semasa menyiapkan tugasan ini.

LANGKAH KESELAMATAN

 TABIAT BEKERJA
-Kebersihan dan kekemasan pakaian diutamakan.
-Bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
-Melakukan kerja dengan berhati-hati

 KESELAMATAN DIRI SENDIRI

-Memakai pakaian yang bersesuaian.


-Rambut sentiasa kemas dan pendek.
-Tidak bernain-main ketika menggunakan mesin.

 KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN MESIN

-Pastikan setiap mesin dibumikan dengan sempurna.


-Berhati-hati ketika menggunakan alatan tajam.

 KEKEMASAN TEMPAT BEKERJA

-Pastikan peralatan tangan yang digunakan tidak bersepah diatas lantai.


-Bersihkan minyak-minyak ataupun gris diatas lantai denagn kemas.
-Pastikan tempat kerja dan mesin bersih daripada serpihan-serpihan logam.
-Pastikan bengkel mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
-Tempat bekerja hendaklah mempunyai laluan serta pintu kecemasan.

KESIMPULAN
Setelah selesai melakukan kerja-kerja menservis sistem brek ini, kami dapat mengenalpasti
alat-alat yang seharusnya diguna. Selain itu, kami juga dapat mempelajari langkah-langkah
menggunakan peralatan dan mesin-mesin tersebut dengan betul. Kami juga dapat megetahui
cara-cara untuk menservis sistem brek iaitu brek gelendong dan brake ceper dengan betul dan
juga menggunakan mesin untuk melakukan ‘skimming’. Selain itu, kami juga dapat mengetahui
langkah-langkah menjaga keselamatan didalam bengkel semasa melakukan kerja-kerja
menservis sistem brek.
LANGKAH-LANGKAH MENSERVIS
SISTEM BREK
SISTEM BREK GELENDONG
*Longgarkan nat tayar.

*Jek dan sangga kenderaan.

*Keluarkan tayar dan letak di bawah kenderaan.

*Keluarkan gelendong dari dakapannya dengan memasukkan bolt skru ke dalam lubang benang
dan menggerakkannya.

*Tanggalkan pegas pembalik (tension spring).

*Tanggalkan pegas pemegang kekasut hadapan dan pinnya.

*Keluarkan kekasut brek hadapan.

*Tanggalkan pegas pembalik dari sauh.

*Keluarkan pegas pembalik dan tujah kekasut brek tangan dari kekasut belakang.

*Tanggalkan pegas pemegang kekasut brek dan pinnya.

*Tanggalkan pegas pembalik bagi pelaras automatik.

*Tanggalkan pin penyokong dari tuil brek tangan.

*Tanggalkan kabel brek tangan dari tuil kekasut brek tangan.

*Tanggalkan bahagian berikut dari kekasut brek : 1) Sesondol-C.

2) Tuil kekasut brek tangan

3) Tuil pelaras automatik.


SISTEM BREK CEPER
*Longgarkan nat tayar.

*Jek dan sangga kenderaan.

*Keluarkan tayar dan letakkan di bawah kenderaan.

*Keluarkan pengadang pad.

*Keluarkan pegas (antirattle spring).

*Keluarkan pin pandu dan keluarkan pad brek.

*Tanggalkan terlebih dahulu pad brek dan hos brek.

*Keluarkan bolt pengikat angkup.

*Keluarkan angkup dari ceper brek.

*Ikat angkup pada ragum,keluarkan bridge bolt.

*Keluarkan badan bahagian luar angkup.

*Keluarkan plat kilas dari badan angkup.

*Keluarkan gelang (ring).

*Keluarkan but penghadang habuk dari piston.

*Tolak keluar piston dengan udara pemampat.

*Keluarkan penyendal piston.

*Keluarkan bahagian-bahagian berikut dari badan angkup : 1) Penahan sesendal habuk.

2) Skru jujuh.
PROSES SKIMMING BREK CEPER
*Lakukan kerja-kerja menanggalkan brek ceper.

*Masukkan penyendal dan brek ceper kemudian masukkan pengetat mengikut saiz yang sesuai
agar brek ceper tidak longgar semasa mesin beroperasi.

*Buka suis utama mesin skimming.

*Laraskan mata larik bergantung pada permukaan brek ceper tetapi pastikan ianya tidak melebihi
0.5mm.

*Tekan suis yang memusingkan brek ceper.

*Kemudian tekan suis yang mengawal pergerakan mata larik ke hadapan dan ke belakang secara
automatik.

*Proses ini berterusan sehingga permukaan brek ceper menjadi sekata.

*Setelah selesai mendapat permukaan brek ceper yang sekata,tutup suis yang mengawal
pergerakan mata larik.

*Kemudian,tutup suis yang memusingkan brek ceper.

*Tanggalkan pengetat,brek ceper dan penyendal.

*Tutup suis utama dan bersihkan mesin tersebut selepas digunakan.

*Pasang semula pepasangan brek ceper pada kenderaan.

*Uji kendalian brek tersebut.

*Jika kendalian masih lagi tidak sempurna,lakukan semula proses skimming tersebut.
PENGENALAN
Sistem brek berfungsi untuk memperlahankan kenderaan,memberhentikan kenderaan dan juga
mengawal kenderaan semasa dalam perjalanan. Kenderaan moden sekarang menggunakan 2
sistem brek iaitu,sistem brek gelendong dan sistem brek ceper.Sistem brek adalah penting bagi
sesebuah kenderaan dan hendaklah sentiasa berfungsi dengan baik.

OBJEKTIF
*Mengenali sifat-sifat dan ciri-ciri brek.

*Mengenalpasti pelbagai komponen sisitem brek serta fungsinya.

*Melakukan kerja merombak rawat dan menservis sistem brek.

*Mempelajari dengan lebih dalam lagi tentang sistem brek.


PERALATAN YANG
DIGUNAKAN
Antara epralatan-peralatan yang digunakan semasa melakukan kerja-kerja seistem brek ialah :

*Jek hidraulik.

*Sangga keselamatan.

*Set spanar.

*Set soket.

*Penukul besi.

*Sepana T.

*Minyak gris.
RUJUKAN

*Perodua service manual,1996.Kuala Lumpur:Perodua sales sdn.bhd.

*Proton saga workshop manual,1990.Perusahaan Otomobil Nasional Berhad.

*Proton wira workshop manual,1993.perusahaan Otomobil Nasional Berhad.

* http://auto-rawkx.blogspot.com/2010/08/menanggal-brek-gelendong.html.

*Buku teks automotif kenderaan tingkatan 4 dan 5.


LAMPIRAN