Anda di halaman 1dari 61

Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

1.0 Pengenalan terapi sistemik


Intervensi merupakan satu campur tangan, tatacara atau penggunaan teknik tertentu
dalam proses kaunseling yang dijalankan. (Allie C. Kilpatrick, Thomas P. Holland,
1995). Dalam teknik kaunseling, invetori yang bersesuaian perlu diterapkan dalam
sesi menolong klien. Teori sistem berdasarkan bahawa setiap komponen dalam
organisasi bergerak dalam satu suasana yang saling memerlukan hubungan antara satu
sama lain. Di samping itu juga sesuatu sistem memerlukan kaedah yang mempunyai
peraturan tersendiri. (Othman Mohamed, 2005).

Pengurusan mengikut pendekatan sistem akan mementingkan kesalingan antara


subsistem kecil. Walaupun setiap unit kecil itu boleh bergerak dengan efisen, unit
tersebut masih memerlukan input yang berkesan daripada unit lain bagi mencapai satu
ouput yang paling bermutu secara keseluruhan. Melalui pendekatan sistem, satu
rangkaian hubungan akan dapat terjalin antara semua pengurus yang terlibat dalam
proses membuat keputusan. Di samping itu, pendekatan sistem dapat
memeperkukuhkan kehendak yang teratur dalam satu organisasi kerana pendekatan
sistem memerlukan objektif dan misis yang terperinci. (Othman Mohamed, 2005).

1.1 Keluarga Sebagai Sistem


1.1.1 Definisi Keluarga
Menurut Kamus Dewan, (2002:620), keluarga dapat didefinisikan sebagai kaum,
saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara dan seisi rumahtangga (yang terdiri
daripada suami dan isteri serta anak-anak. Manakala menurut Burges dan Locke, 1953
dalam Allie C. Kilpatrick, Thomas P. Holland (1995), keluarga adalah sekumpulan
yang mempunyai hubungan darah atau diangkat mendiami satu sis rumah,
berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain menerusi peranan masing-
masing sebagai suami, isteri, ibu dan bapa, anak lelaki dan anak perempuan, adik
beradik yang merekacipta dan mengekalkan budaya yang sama.

Seterusnya sistem dapat diterangkan sebagai kumpulan beberapa bahagian


(alat dan sebagainya) yang bersama-sama untuk tujuan yang sama. (Kamus Perwira,
1998) dan sistem adalah satu cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu aturan.
(Kamus Dewan, 2002)

1
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

1.1.2 Kepentingan Dan Fungsi Keluarga


Institusi kekeluargaan penting sebagai media penyaluran cinta, seks dan untuk
mendapatkan anak, memenuhi naluri untuk hidup, membentuk perkongsian dan juga
untuk mendapatkan perlindungan. Sebagai medium penyaluran cinta dan seks,
perkahwinan memainkan peranan yang penting untuk menyalurkan keinginan cinta
dan hubungan seks yang halal. Selain itu, ia akan dapat menjamin keharmonian dan
kebahagiaan sesebuah keluarga. Dengan perkongsian hidup pula, inilah cara manusia
dapat meluahkan perasaan dan masalah mereka dengan pasangannya. Perkongsian
juga akan membuatkan manusia rasa dipunyai dan mempunyai sesuatu. (Allie C.
Kilpatrick, Thomas P. Holland, 1995).

Selain itu, keluarga dilihat sebagai tempat perlindungan bagi kaum wanita
iaitu wanita digalakkan supaya berkeluarga dan mempunyai suami yang
bertanggungjawab dan menjaganya dan juga anak-anak hasil daripada perkahwinan
tersebut.ini kerana jika mereka mempunyai tempat untuk berlindung dan bergantung
harapa maka mereka tidak akan terjebak ke dalam perkara-perkara yang negatif.

Kesempurnaan hidup pula merujuk seseorang lelaki atau wanita itu berkahwin
atau berkeluarga beliau merasai seolah-olah sudah sempurna hidupnya. Keluarga juga
berperanan dalam membentuk peribadi individu agar menjadi manusia yang
berdispiln dan bertanggungjawab. (Elsa Jones, 1993).

1.2 Model Sistem Keluarga

Masyarakat, Rakan, Komuniti


Individu

Sosial, Kebudayaan, Politik Keluarga


(Gender, Agama, Kaum)

2
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

1.2.1 Model Ekosistem


Tansley (1935) dalam Samuel T. Gladding (2002) cuba menengahkan konsep
ekosistem dalam keluarga yang telah menggariskan empat sebab bagaimana keluarga
boleh membentuk satu ekosistem iaitu:

 Keluarga sering berinteraksi dengan persekitaran


 keluarga dan anggotanya tidak wujud dalam kekosongan, terasing atau
bersendirian.
 Keluarga ialah satu jaringan pertukaran sumber.
 Keluarga perlu berinteraksi dengan persekitaran untuk keperluan ahlinya.

Keluarga mengandungi organisma atau individu hidup yang berinteraksi dengan


persekitaran tempat ia berada. Inidividu ini bukan sahaja berinteraksi antara satu sama
lain tetapi juga dengan persekitarannya, berkongsi nilai dan matlamat, sumber,
tanggungjawab dan iltizam (komitmen).

2.0 Teori-Teori Yang Berkaitan Dengan Terapi Sistemik


Kaunseling mempunyai kepelnagaian yang luas dari segi teori-teori kaunseling yang
boleh dipilih dan terdapat pelbagai teori yang dikaitkan dengan teapi sistemik ini.
Namun, asas keperluan intervensi sistemik ini lebih memfokuskan kepada sistem
kekeluargaan. (Elsa Jones, 1993).

Teori sistem keluarga digunakan apabila ketidakfungsian keluarga berlaku.


Secara asasnya, jangkaan teori sistem melihat keluarga sebagai sistem yang
beroperasi dengan sendiri yang mempunyai peraturan keluarga tanpa perlu dinyatakan
dengan jelas. Fokus rawatan menekankan sitem keluarga, bukan memfokuskan
tentang masalah atau simptom-simptom yang ditunjukkan oleh ahli keluarga.
Matlamat kaunseling dan terapi keluarga adalah untuk perkembangan individu yang
sistemik. (Laura G. Roberto, 1992).

2.1 Sejarah Terapi Keluarga Alfred Adler


Bermula pada tahun 1950, ahli psikodinamik seperti Nathan Ackerman, Theodore
Lidz, Lyman Wynne, Murray Bowen, dan Carl Whittaker memecah batasan pengaruh

3
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

psikodinamik dan melihat ketidakfungsian tingkahlaku yang berakar umbi dari kisah
silam serta keadaan keluarga pada masa itu.

2.1.1 Pengenalan Teori


Alfred Adler dilahirkan di Vienna pada 7 Februari, 1870 dan merupakan penganut
Yahudi. Beliau pernah menderita mendapat penyakit riket dan pneumonia sewaktu
kecil. Beliau pernah menerima ijazah perubatan daripada Universiti Vienna pada 1895
dan menyertai bidang psikiatri Adler dikatakan orang pertama yang menolak
pandangan Freud tentang seks dan menekankan tentang penerimaan semulajadi yang
bersifat social. Alfred Adler adalah seorang ahli Persatuan Psikoanalitik Fienna Freud
yang berpecah daripada Freud pada tahun 1911 kerana dia mempunyai pandangan
yang berbeza. Beliau telah membina kumpulannya yang tersendiri yang dikenali
sebagai ‘Psikologi Individu”. Belaiu percaya manusia dimotivasikan oleh
tanggungjawab sosial dan pencapaian keperluan bukan didorong oleh instinct yang
lahir bersama individu

2.1.2 Pandangan Adler Tentang Sifat Semulajadi Manusia

Adler percaya manusia dimotivasikan daripada faktor sosial dan interpersonal. Adler
melihat manusia mempunyai kawalan terhadap hidupnya dan setiap individu
mempunyai satu gaya hidup yang unik. Adler juga percaya tingkahlaku adalah
berorientasikan matlamat dan tujuan.

Matlamat hidup yang memotivasikan tingkahlaku manusia dan berperanan


mengatasi perasaan rendah diri dan berusaha untuk mencari keselamatan. Selain itu
Adler percaya semua manusia mempunyai uasaha untuk mencapai superiority sebagai
matlamat hidup mereka. Dengan konsep kesempurnaan kendiri, ia tidak kena
mengena dengan mencapai status dalam masyarakat tetapi merupakan dorongan yang
kuat. Bagi Adler, semua manusia merasai perasaan sedih yang bertunjangkan daripada
masalah sosial atau psikologi atau kecacatan fizikal, motivasi individu untuk
mencapai keunggulan. Semua perasaan ini ditolak oleh perasaan endah diri dan ditarik
oleh perasaan superior. Manusia cuba menebus kembali dengan membina satu gaya
hidupyang sebenarnya kita terdaya mencapainya. (Sabariah Siron, 2003)

4
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

2.1.3 Konstelasi Keluarga

Salah satu pandangan Adler yang popular dan berguna ialah pemerhatian beliau
tentang konstelasi dan penekanan kepada pengalaman awal kanak-kanak dan selaras
dengan pandangan beliau tentang penentuan social kepada personality telah membuat
pemerhatian kepada pengaruh kedudukan antara keluarga ke atas personality dan gaya
hidup. Beliau berpendapat kedudukan dalam keluarga (adik-beradik) adalahbpenentu
yang penting tentang persepsi manusia terhadap dunia di luar keluarganya. ( Sabariah
Siron, 2003).

Pada asasnya, konsep konstelasi keluarga ada kaitan engan interaksi seseorang
dan persepsi terhadap keluarga. Kanak-kanak mendapat kesan daripada orang lain
seperti mana orang lain mempengaruhi mereka. Hubungan adalah dinamik dan
interaktif dan persepsi kanak-kanak terhadap keluarga sangat besar pengaruhnya
terhadap mereka terutama dari aspek mereka melihat diri mereka sendiri. Berikut
adalah pengaruh urutan kelahiran berdasarkan Ansbacher dan Ansbacher (1964) dan
Adler (1925) dalam Sabariah Siron (2004):

 anak sulung berjaya mendapat perhatian yang baik kerana pada masa
dilahirkan ia adalah seorang sahaja anak yang ada. Dia juga menjadi tumpuan
perhatian ibu bapa dan keluarga. Anak sulung cenderung bergerak bebas,
rajin, dan selalu berusaha untuk berada di hadapan. Namun, ia akan rasa
diketepikan daripada kedudukan ini apabila adiknya dilahirkan
 anak kedua berada dalam kedudukan yang berbeza. Daripada sejak dilahirkan,
dia telah berkongsi perhatian dengan anak sulung. Dia selalu mengejar sesuatu
tuntutan jika anak pertama berjaya. Usaha bersaing antara anak pertama dan
kedua ini mempengaruhi kehidupan mereka seterusnya.
 Anak ketiga selalu merasa tersepit. Kadangkala ia rasa yakin tentang ketidak
adilan kehidupan dan sentiasa merasa tertipu. Dia akan mempunyai sikap
‘kasihan saya’ dan akan menjadi anak yang terbiar. Sebaliknya jika keluarga
berkonflik, anak tengah akan menjadi orang tengah sebagai pengaman.

5
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

 Manakala, anak bongsu selalu menjadi bayi dalam keluarga dan terlalu di
manjakan. Ia selalu mendapat cara tersendiri dan melakukan sesuatu yang
tidak pernah terfikir oleh keluarga lain untuk melakukannya.
 Anak tunggal mempunyai moral tersendiri. Walaupun ia mempunyai cirri-ciri
yang lebih kurang sama dengan anak sulung, ia mungkin sukar untuk
berkongsi dan bekerja dengan kanak-kanak yang lain. Oleh kerana ia telah
dimajakan ia akan bergantung kepada salah seorang atau kedua ibu bapa. Ia
akan selalu menjadi tumpuan dan jika kaedah ini tercabar ia akan merasa tidak
adil.

2.1.4 Proses kaunseling Teori Adler

Adler berpendapat kaunselor harus mesra dan menerima klien. Empati adalah satu
faktor penting dalam membina suasana teraputik. Hubungan kaunselor dan klien
dilihat sebagi kolaboratif iaitu kaunselor dan klien berusaha untuk bekerjasama dan
bersetuju tentang matlamat yang khusus. Proses kaunseling mengikut Adler terbahagi
kepada empat fasa. ( Sabariah Siron, 2003)

Fasa pertama ialah fasa membina hubungan, fasa kedua ialah menilai gaya
hidup klien melalui pemahaman kaunselor tentang kepercayaan, perasaan, matlamat
dan motif klien. Kemahiran empati diperlukan untuk membina pemahaman ini.

Kaunselor meneroka pengalaman hidup semasa kanak-kanak untuk menilai


perhubungan adik beradik dan persepsi kanak-kanak tentang kedudukannya dalam
keluarga. Mengingat kembali pengalaman awal hidup digunakan untuk menilai gaya
hidup klien. Prosedur penilaian ini digunakan oleh kaunselor untuk mengenalpasti
‘kesilapan asas’ dan membuat interpretasi bagaimana ia mempengaruhi klien pada
masa kini.

Fasa ketiga kaunselor menekankan kepada membina dan menggabungkan


celik akal kepada masalah klien melalui kesedaran tentang matlamat yang salah dan
tingkahlaku yang boleh merosakkan diri sendiri. Kaunselor menggunakan teknik
konfrontasi dan interpretasi untuk membina celik akal klien. Bukan sahaja celik akal

6
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

penting, penekanan kaunselor juga kepada perubahan tingkahlaku. Semasa proses


kaunselor melakukan interpretasi tentang gaya hidup klien, diharapkan klien akan
memahami perasaanya dalam mewujudkan hubungan lantas dapat melihat proses
membaiki situasi masa kini.
Fasa akhir, kaunselor mengorientasi klien ke arah tindakan. Klien digalakkan
mengambil risiko, mencuba tingkahlaku baru, mengambil tanggungjawab untuk
hidupnya dan membuat keputusan baru yang membolehkannya mencapai matlamat.

2.1.5 Matlamat terapi Adlerian


Mengikut Dinkmeyer (1979) dalam Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh dan Haspsah
Ahmad (2003), kaunseling Adlerian mempunyai empat matlamat yang ingin
dicadangkan iaitu:

2.1.5.1 Membina Dan Mengekalkan Perhubungan Empati Antara Kaunselor Dan


Klien

Membina dan mengekalkan perhubungan empati antara kaunselor dan klien


merupakan matlamat utama yang ingin di capai oleh terapi Adler ini. Untuk mencapai
matlamat ini, kaunselor hendaklah menekankan aspek hormat-menghormati dan
percaya mempercayai dengan klien sejak di peringkat awal proses kaunseling.

Sehubungan dengan ini, Adler melihat taraf kaunselor adalah sama dengan
taraf klien. Keadaan ini memberi keyakinan kepada klien terhadap perhubungan
mereka dan menyebabkan pihak klien tersebut merasa dirinya diterima oleh pihak
kaunselor. Dengan wujudnya perhubungan baik antara kedua-dua belah pihak, maka
mereka mudah menjalinkan kerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Oleh itu,
apa juga matlamat yang hendak dituju, kaunselor dan klien boleh berfikir bersama-
sama. Di samping itu, kaunselor juga perlu menekankan kelebihan dan kekuatan yang
dimiliki oleh kliennya dan memberikan keyakinan bahawa klien tersebut mempunyai
kebolehan dan keupayaan untuk mengatasi masalahnya itu.

2.1.5.2 Membantu klien memahami gaya hidupnya

7
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Untuk mencapai tujuan ini, kaunselor hendaklah meneroka perasaan, motif,


kepercayaan, dan matlamat yang dipersetujui oleh klien. Penerokaan ini boleh
dilakukan melalui berbagai-bagai cara. Antaranya, penerokaan terhadap interaksi di
dalam keluarganya semsa kecil. Ahli-ahli keluarga dan perhubungan di antara mereka
memberi banyak maklumat untuk memahami kelakuan seseorang semasa dia dewasa.
Soalan-soalan terbuka dikemukakan agar klien memahami akan persepsi-persepnya
terhadap diri. Klien juga diminta melaporkan peristiwa-peristiwa penting yang
berlaku di dalam hidupnya pada ketika-ketika tertentu.

Mengikut Adler, individu hanya mengingati peristiwa yang mempengaruhi


pandangan hidupnya. Peristiwa-peristiwa masa kecil ini menunjukkan kefahaman
yang asas bagaimana individu memandang diri, pandangan hidup, kepercayaan, nilai
hidup dan sikapnya. Semasa membuat penilaian, tugas kaunselor ialah untuk
menggabungkan dan merumuskan semua maklumat yang didapati dan membuat
tafsiran bagaimana kepercayaan-kepercayaan yang tidak benar itu mempengaruhi
gaya hidup klien.

2.1.5.3 Menolong klien membina celik akal

Celik akal adalah satu langkah menuju perubahan. Melalui pembinaan celik akal,
klien dapat memahami gaya hidupnya dan sedar akan metlamatnya yang salah serta
tingkahlaku yang tidak brsesuaian. Bagi mencapai matlamat ini, kaunselor bukan
sahaja mengambil sikap menyokong kliennya di dalam penerokaannya, tetapi juga
membuat konfrontasi terhadap klien.

Melalui proses yang disokong, dicanai dan diiberi tafsiran pada saat-saat
tertentu, klien akan berjaya memperolehi kefahaman dengan sendirinya melalui celik
akal. Klien akan mengerti mengapa matlamatnya tidak sesuai sehingga menyebabkan
tingkahlaku dan hidupnya tidak wajar.

2.1.5.4 Membantu klien mencari alternatif tindakan dan membuat pilihan

Apabila klien sudah memahami dan menyedari tentang sebab-sebab mengapa


matlamat dan hidupnya tidak sesuai dan gaya hidupnya tidak wajar, maka dia kini

8
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

bersedia untuk mengubah semuanya itu. Untuk membantu klien mencari alternatif,
tindakan dan seterusnya membuat pilihan, kaunselor dan klien akan sama-sama
mencari pelbagai alternatif tindakan untuk dilakukan oleh klien. Tindakan-tindakan
yang dipilih itu akan dilaksanakan dan dinilai semula sehinggalah terhasilnya
matlamat, tingkahlaku dan gaya hidup yang wajar.

2.2 Teori Elektik Dalam Keluarga


Pendekatan Elektik menggunakan campuran teori dan teknik kaunseling yang
dibahagikan kepada Elektik Teknikal dan Elektik Teoritikal. Dalam pendekatan
Elektik ia memperkenalkan terapi multimodal yang diperkenalkan oleh Arnold A
Lazarus. Terapi ini menggunakan teknik dalam kaunseling yang berasaskan
pendekatan teori dengan konsep. (Laura G. Roberto, 1992).

Menurut Arnold A. Lazarus, masalah manusia berasaskan B,A,S,I,C,I,D yang


merujuk kepada tingkahlaku, perasaan, sensari deria, bayangan imej, pemikiran,
interpersonal( perhubungan) dengan orang lain dan ubat-ubatan. Pengamal terapi ini
akan menggunakan apa sahaja teknik. Contohnya, teknik tingkahlaku (modelling,
imajeri dan penegahan), kognitif (berhujah dengan fikiran dan pemusatan klien PCC
(kemahiran empati) (Laura G. Roberto, 1992).

2.2.1 Proses Kaunseling Multimodal


Pada sesi pertama, kaunselor akan memulakan dan membina hubungan diikuti dengan
penstrukturan ringkas tentang matlamat sesi. Teknik temubual dijalankan dan terapis
menggunakan soal selidik sejarah hidup klienuntuk diisi dan dilengkapkan bagi pihak
klien. Klien mempunyai pilihan untuk melengkapkan borang ini atau sebaliknya dan
borang ini diberikan sebagai satu kerja rumah. (Laura G. Roberto, 1992).

Seterusnya, dalam sesi kedua, klien akan membawa borang tersebut bersama-
sama dan menyemak bersama kaunselor . kaunselor akan membuat rumusan besar
pada sesi pertama pada sesi pertama dan berkongsi maklumat terhadap apa yang
tercatat dalam borang tersebut. Sebagai homework, kaunselor meminta klien
menyediakan profil modalitinya berasaskan BASIC-ID. Contoh profil modaliti ialah
aspek tingkahlaku, sensari deria dan kognitif. Aspek tingkahlaku menekankan tidak

9
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

tegas, bertangguh, banyak tidur, konflik dalam diri, rasa bersalah dan rasa sedih.
(Laura G. Roberto, 1992).

Aspek sensasi deria pula ialah tekanan, sakit belakang, khayalan, dipinggirkan
keluarga, bayangkan diri sebagai tidak berguna atau kerdil. Seterusnya aspek kognitif
iaitu memeikirkan diri teruk dan tidak berguna, mesti disayangi dan diterima,
perhubungan intrapersonal, perhubungan dingin, terlalu bergantung atau tidak dapat
tidur lena.

Manakala sesi ketiga kaunseling, kaunselor dan klien menunjukkan profil


yamh dibentuk dan setiap item diperjelaskan dan dibincang. Masalah dianalisis
dengan menggunakan teknik tingkahlaku iaitu meneroka peristiwa yang berlaku
sebelum masalah dan kesan selepas masalah. Kaunselor akan berbincang dengan klien
apa yang perlu dipertingkatkan, dikurangka, kelemahan dan kekuatan.

Kaunselor membuat ‘bridging’ iaitu satu teknik di mana kaunselor bertukar


dari modaliti ke modaliti yang lainuntuk melihat BASIC-ID, sebagai contoh semasa
bercakap tentang perasaan, tanya pula apakah yang terjadi terhadap kognitif atau
sensasi. Kaunselor juga membuat firing order iaitu kaunselor kenalpasti modaliti
manakah yang selalu dilancarkan oleh klien setiap kali ia mengalami masalah. Contoh
masalah ialah seperti berikut:

Masalah klien bermula dari imej dahulu iaitu ia membayangkan ibu bapanya tidak
dapat hadir ke sekolah untuk menyaksikannya menerima hadiah sebagai pelajar
terbaik kerana ibu bapanya tidak menyayanginya seperti adik beardik yang
lain.selepas itu, sensasinya pula terlibat iaitu, jantungkan berdegup kencang, diikuti
dengan perasaan marah, sedih, kecewa dan disusuli dengan tingkahlaku menagis,
tidak mahu makan. Kelakuan ini berdasarkan susunan BASIC ID.

Kaunselor perlu menangani imajeri dahulu kerana ia berpunca kepada adanya


masalah-masalah lain. Kaunselor akan menolong menukar imej yang mendatangkan
gambaran negatif dengan menggunakan teknik yang sesuai.

10
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Setelah dua dekad, terapi keluarga yang dilihat daripada perspektif sistem
telah berkembang sebagai pendekatan inovatif dalam kaunseling. Teknik terapi ini
mempengaruhi intervensi teraputik dalam kehidupan klien dan keluarganya. Sebagai
contoh teori sistem menyediakan rangka kerja yang merangkumi teori dan praktikal
untuk menguruskan maklumat mengdiagnosis dan menilai masalah terkini.

2.2.2 Model Terapi Elektif Dalam Sistem Keluarga oleh Rosemary A.


Thompson (1996).

Psikodinamik
 menerangkan ketidakfungsian sebagai hasil ketidak celaruan tingkahlaku yang
tidak bersesuaian cuba mengupas isu yang lepas masa lampau
Generalisasikan
 fokus tentang kepentingan perbezaan , perhubungan antara generasi,
ketidakfungsian generasi . terapis bersifat direkstif, sebagai guru dan pengadil.
Komunikasi
 Rawatan memfokuskan pada corak interaksi yang berubah untuk
perkembangan dan pembangunan konsep kendiri. Mengurangkan konflik dan
maklumbalas terhadap tingkahlaku baru dalam komunikasi yang tidak
berkesan.
Berstruktur
 Melihat ketidakfungsian keluarga sebagai mempengaruhi struktur keluarga.
Celik akal dan kebijaksanaan hanya datang setelah struktur diubah.
Sistem
 Menitikberatkan pengaruh rangkaian pewrhubungan antara individu.
Perhubungan dapat difahami sebagai satu unit interaksi atau komunikasi
antara individu.
Intervensi strategik
 Model rawatan teraputik yang diubah dan dicipta khas oleh Haley dan Selvini
Palazzoli (1978). Intervensi yang strategik digunakan dalam mengubah
pengaruh peraturan keluarga dalam menggerakkkan ahli keluarga untuk
berubah.

11
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Analisis Transactional
 Diciptakan oleh Eric Berne (1961, 1964) yang bekerjasama dengan aspek
personaliti yang lain seperti tingkahlaku, interpersonal dan psikik dalaman. Ia
adalah kesan daripada terapi yang memfokuskan pada ego PAC ( parent, adult
dan child) dan proses membuat semula keputusan dan perubahan.
Terapi kumpulan famili pelbagai(multiple)
 Keluarga menyediakan rangkaian sokongan dan pertolongan untuk saling
menolong antara ahli. Kelebihan setiap ahli diakui melalui pengalaman
kehidupan berkeluarga. Saling memberi sokongan dan rasa kesepunyaan
adalah matlamat umum, keseluruhan keluarga dapat menyediakan sumber atau
kaedah dalam menyelesaikan masalah, membina alternatif dan perancangan
tindakan untuk perubahan.

3.0 Jenis-Jenis Terapi Sistemik


3.1 Terapi Keluarga Psikodinamik Dan Bowenian
Terapi keluarga psikodinamik dan Bowenian bermula pada tahun 1950 oleh Nathan
Ackerman di New York dan Murray Bowen. Kedua-dua pengasas mempunyai
personaliti yang berpengaruh dan pengikut yang setia. Pengasas turut menggunakan
sedikit pengaruh teori Freud untuk digunakan dalam keluarga dan perkembangan
interpersonal yang tertekan. ( Samuel T. Gladding, 2002).

Pandangan teori ini percaya bahawa perubahan dalam keluarga dan ahli-
ahlinya adalah berkesan apabila keluarga mengenalpasti sejarah dan perkembangan
sistem keluarga. Proses sedar dan tidak sedar dikumpulkan bersama dan setiap
individu difokuskan semasa intervensi teraputik. Teori ini juga berkongsi kepercayaan
bahawa dalam terapi keluarga perlu menekankan fakta yang telah berlalu dapat
mempengaruhi hari ini (the past is active in the present).

Pendekatan ini menekankan kepentingan sejarah dan sosial dalam kehidupan


keluarga. Contohnya pengalaman semasa kecil samada berkekalan ataupun tidak
boleh mempengaruhi inividu atau keluarga pada masa sekarang atau akan datang.
Terapi keluarga ini memerlukan kerja keras dan pelaburan masa serta sumber yang

12
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

banyak serta memerlukan lima atau sepuluh sessi untuk mencapai keputusan yang
terbaik.

3.1.1 Asas Teori Psikodinamik


Terapi ini berasaskan daripada teori Sigmund Freud yang dicipta direka dan
diaplikasikan dalam kehidupan keluarga. Freud melihat manusia sebagai pengawal
terhadap diri seperti aspek seksualiti dan agresif. Konflik adalah isyarat bagi
tingkahlaku yang tidak diinginkan seperti kekecewaan dan tekanan dengan kata lain,
untuk menyelesaikan konflik, dua tindakan perlu diambil iaitu kekuatan untuk
mengatasi halangan konflik atau halangan perlu direhatkan untuk mendapat sedikit
penghargaan. (Samuel T. Gladding, 2002).

Ackerman telah merangka konsep patologi yang mengikat (interlocking


patologi) untuk menjelaskan bagaimana keluarga dan ahli-ahlinya menjadi tidak
berfungsi. Dalam konsep interlocking patologi, proses tidak sedar akan mengambil
tempat antara ahli keluarga untuk menjadikan mereka masih bersama. Jika ahli
keluarga melanggar peraturan keluarga yang tidak bertulis, maka samada ahli
membuat keputusan untuk meninggalkan keluarga atau mereka menarik, mencabut
atau mengeluarkan kembali corak keluarga yang biasa digunakan oleh ahli yang lain
dan meneruskan fungsi sekurang-kurangkan dalam keadaan yang selaras. (Samuel T.
Gladding, 2002).

Contohnya, jika remaja yang berhasrat untuk tinggal berasingan dari ibu
bapanya. Jika remaja mendapat pekerjaan yang sesuai dan membina ramai kawan
baru dalam lingkungan umurnya dia akan mengelakkan untuk bersatu kembali dalam
keluarganya dan mungkin memulakan identiti baru dan kehidupan baru. Fokus
seterusnya dalam terapi ini ialah teori perhubungan objek. Objek di sini bermaksud
sesuatu yang disayangi terutamanya manusia. Oleh itu perhubungan objek bermaksud
perhubugan antara induvidu yang terikat dengan perhubungan emosi.

Melalui teori perhubungan ini, perkaitan antara generasi dapat dijelaskan iaitu
manusia mempunyai motivasi untuk melihat objek iaitu individu dalam perhubungan
bermula dari kelahiran lagi. Dalam kes ini, objek adalah sesuatu signifikan iaitu
gambar seorang ibu semasa kecil yang boleh menjadikan anak-anaknya membentuk

13
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

interaksi dan ikatan emosi. Apabila anak membesar, mereka akan menganalisis ciri-
ciri kebaikan dan keburukan objek tersebut dengan diri mereka.

Proses penilaian ini melalui prosedur tidak sedar yang dikenali sebagai
splitting (membahagikan) objek kepada beberapa karektor samasa baik atau buruk.
Melalui splitting, individu berupaya mengawal kekecewaan atau kebimbangan
terhadap objek dengan menjadikan mereka dapat dijangkakan. Apabila splitting
berlaku, kanak-kanak gagal untuk menyepadukan perasaan mereka terhadap objek
kepada pandangan yang realistik contohnya dalam hubungan percintaan, setiap
pasangan mungkin menonjolkan kelakuan yang tidak realistik terhadap pasangannya.
Samuel T. Gladding (2002). Selain itu, untuk memutarbelitkan sesuatu perhubungan,
penonjolan projeksi boleh mengundang konflik dan kekeliruan. Individu yang terlibat
dalam keadaan ini mempunyai masalah untuk membina hubungan dengan orang lain
dan kurang matang dalam interaksi.

Kepentingan teori ini adalah untuk menjelaskan sebab memilih untuk


berkahwin dan corak interaksi keluarga. Ia menekankan nilai bekerjasama dengan
penguhan tidak sedar dalam individu dan keluarga iaitu konsep Id, Ego, dan Super
Ego. Tahap tidak sedar dan perhubungan objek yang tidak dapat dipulihkan mungkin
membawa ikatan perkahwinan tidak berfungsi yang mana individu terlampau
bergantung dan mendesak dengan orang lain. Corak rawatan adalah untuk membawa
keluarga menjadi lebih sedar, mengambil tindakan untuk membezakan diri mereka
daripada objek yang lepas dan dalam proses mempelajari tingkahlaku dan kaedah
produktif yang baru.

3.1.2 Teknik rawatan terapi


Dalam terapi psikodinamik, penekanan diberikan terhadap tahap tidak sedar, memori
awalan, dan perhubungan antara objek. Teknik teraputik termasuk transference
(pemindahan) atau (penyaluran), analisis mimpi, konfrantasi,fokus kepada kekuatan,
sejarah kehidupan, dan complementary (saling melengkapi) oleh Samuel T. Gladding
(2002).

14
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

3.1.2.1 Transference
Transference adalah projeksi terhadap terapis seperti perasaan, sikap dan kehendak.
Teknik ini ditugaskan dalam analisis individu untuk menolongklien melalui perasaan
mereka dengan memandang terapis sebagai golongan yang signifikan dalam
perhubungan yang tidak selesai. Transference menyepadukan dalam terapi keluarga
untuk memahami perasaan yang dominan dalam keluarga dan memutuskan apakah
emosi yang mengganggu seseorang individu. ( Samuel T. Gladding, 2002).

Semasa proses transference, klien dalam keluarga membina sempadan dengan


terapis dan bertindak terhadap terapis seperti mereka akan bertindak dengan orang
lain yang bermasalah. Selain itu, faedah terapi ini dapat dilihat melalui espresi
perasaan dan penemuan diri, celik akal, dan pembelajaran kaedah baru untuk
berinteraksi. Sebagai contoh, ahli keluarga yang marah dengan ahli yang lain dan
kecewa terhadap perkhidmatan agensi sosial mungkin menyatakan kepada terapis
keluarga seperti berikut:

“Saya tidak melihat apa kebaikan yang anda lakukan terhadap kami”
“Apakah faedah yang saya dapat dengan bercakap bersama awak”
“Saya sangat marah apabila seluruh keluarga ini melakukan kerja bodoh dan apa
yang kami lakukan adalah bercakap dengan awak. Bilakah kami akan mendapat
pertolongan yang sebenar”

Untuk menjadikan ayat tersebut tidak menentang dan difahami, terapis


keluarga boleh menolong keluarga untuk menangani emosi yang tidak produktif dan
bergerak ke arah isu yang penting dalam kehidupan.

3.1.2.2 Analisis Mimpi


Objektif untuk ahli keluarga berbincang tentang impian atau mimpi adalah untuk
analisis apakah keperluan dalam keluarga yang belum dijumpai. Sebagai contoh, jika
bapa merasakan mimpi untuk diabaikan, dia mungkin akan menonjolkan keperluan
untuk lebih rapat dengan ahli keluarga. Dalam kes ini, famili keluarga perlu keluar
bersama atau makan malam perlu dirancang untuk menolong mengeratkan kembali
antara bapa dan ahli keluarga dengan cara yang selesa. Keseluruhannya analisis
mimpi amat berguna untuk keluarga yang melihat diri mereka memerlukan perhatian.

15
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Bagaimanapun analisis mimpi boleh menjadi masalah jika ahli keluarga adalah besar.
( Samuel T. Gladding, 2002).

3.1.2.3 Konfrantasi
Dalam prosedur konfrantasi, terapis berperanan untuk menerangkan kepada keluarga
bagaimana tingkahlaku mereka bertentangan atau menimbulkan konflik dengan
matlamat sebenar. Sebagai contoh, seorang bapa yang memprotes bahawa dia
berharap untuk meluangkan lebih masa dengan isteri dan anak dan berterusan untuk
datang lewat ke pejabat akan melakukan konfrantasi di hadapan terapis seperti
berikut:
“Josh, saya melihat anda bekerja dengan sukarela sepanjang hari dan sehingga larut
malam. Namun, saya dengar anda mahu meluangkan masa yang lebih banyak
dengan keluarga anda. Tolong saya untuk memahami apa yang anda buat dan apa
yang anda katakan.”

Tujuan konfrantasi adalah untuk menolong ahli keluarga menjadi lebih sedar
terhadap tidak mereka dan mengubah tindakan mereka kepada strategi yang lebih
berfungsi. ( Samuel T. Gladding, 2002).

3.1.2.4 Fokus Kepada Kekuatan


Seperti kaedah teraputik yang lain, terapis akan melihat setiap keluarga yang datang
untuk rawatan kerana mereka memfokuskan terhadap menerima dan menangani
kelemahan mereka dan keluarga mereka. Dengan menumpukan kekuatan keluarga,
terapis menolong mengubah fokus keluarga. Sebagai contoh, terapis akan menyatakan
keada keluarga bahawa semua ahli sanggup berkorban dan berupaya memecahkan
tradisi dalam corak interaksi dengan menyatakan seperti berikut:

“Saya telah mendengar setiap daripada anda tentang bagaimana anda menyukai
tentang pekerjaan keluarga anda. Bill, saya teruja dengan komitmen anda untuk
melakukan apa sahaja. Sue, saya agak terkejut bahawa anda telah menyatakan anda
sanggup berkorban jika diperlukan untuk keperluan keluarga anda. Anda pula Chip,
walaupun berusia empat belas tahun, saya dapati anda sangat matang dan sanggup
untuk bekerja dengan keluarga anda untuk membawa perubahan.”

16
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Kesan dari memfokus kepada kekuatan, aktiviti berstruktur boleh direka untuk
menonjolkan kerjasama dan memecahakan corak tingkahlaku yang tidak berfungsi.
( Samuel T. Gladding, 2002).

3.1.2.5 Sejarah Kehidupan


Dengan mengambil dan menilai sejarah kehidupan keluarga, terapis keluarga
psikodinamik boleh melaporkan corak interaksi pada masad dahulu dan sekarang
dalam keluarga. Proses ini turut meningatkan ahli keluarga bahawa mereka adalah
bernilai dan menerima kekurangan dalam latar belakang mereka. Membuka kisah
sejarah kehidupan keluarga boleh memberikan kepercayaan kepada terapis dan
memberikan keluarga celik akal. Sejarah boleh ditulis dalam bentuk cerita atau dalam
cerpen pendek. ( Elsa Jones, 1993).

3.1.2.6 Complimentarity (Saling melengkapi)


Saling melengkapi adalah darjah keharmonian dalam peranan keluarga. Sebagai
contoh, jika suami dan isteri bersetuju bahawa peranan isteri perlu merancang
belanjawan keluarga dan peranan suami perlu menyeimbangkan buku kira-kira dan
mewujudkan perhubungan yang saling melengkapi untuk peranan kewangan.

Peranan terapis adalah menolong ahli keluarga memberi dan menerima


kepuasan daripada perhubungan ini. Ini bermakna ahli perlu memberi apa yang
mereka mahu dan apa yang mereka sanggup lakukan sebagai balasan.

3.1.2.7 Peranan Terapis


Dalam rawatan psikodinamik, terapis memainkan beberapa peranan, salah satunya
adalah sebagai guru. Adalah amat perlu jika ahli keluarga memahami bagaimana
pengaruh masa lampau terutama bagi mereka yang tidak sedardan memberi kesan
kepada mereka sekarang. Oleh itu, adalah asas untuk shli keluarga mempelajari ciri-
ciri psikoanaliti dan bagaimana ciri-ciri ini diaplikasikan dalam diri sendiri dan asas
interpersonal.

Peranan kedua terapis ialah sebagai ‘good enough mother’. Seorang ibu yang
baik memberikan kasih sayang kepada anaknya dan mewujudkan kepercayaan dan
meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain. Peranan ini juga untuk

17
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

menyediakan tingkahlaku yang disokong pada awal tahap perkembangan. Dalam


peranan ini, terapis akan melibatkan ahli keluarga dalam interaksi antara satu sama
lain dalam menolong mereka mengatasi kekurangan lepas.

Peranan terapis seterusnya ialah sebagai catalysist (pemangkin) yang


menggerak ruang kehidupan dalam keluarga dan menggabungkan interaksi. Dalam
peranan ini, terapis perlu aktif, suka memberi cabaran, konfrantasi, kadangkala
mencelah dan menolong menyatukan keluarga.

3.1.3 Proses dan Hasil


Matlamat utama terapi ini adalah untuk membebaskan ahli keluarga daripada tidak
sedar yang terbatas. Hasil ini dicapai melalui interpretasi terapis terhadap keadaan dan
celik akal dalam ahli keluarga menangani keadaan. Interpretasi digunakan oleh terapis
dalam tahap pra sedar, di mana ahli keluarga menyedarinya. Apabila celik akal
diterima, ahli keluarga perlu bekerjasama dan menukar tingkahlaku yang baru dan
produktif. Satu, halangan tidak sedar bekerja adalah ahli keluarga mampu berinteraksi
antara satu sama lain dengan kesepunyaan, individu yang sihat dalam realiti terkini
berbanding imej tidak sedar pada masa lepas.( Samuel T. Gladding, 2002).

3.1.4 Aspek Unik Dalam Terapi Psikodinamik


Penekanan utama dalam terapi ini adalah dalam menumpukan potensi tidak sedar
dalam mempengaruhi tingkahlaku manusia iaitu bagaimana tidak sedar
mempengaruhi hubungan interpersonal dan intrapersonal dan seperti mereka hadapi
dalam perkahwinan dan kehidupan berkeluarga. Kaedah rawatan dapat meningkatkan
kesedaran ahli keluarga tentang bagaimana menggerakkan diri mereka dan orang lain
sebagai objek setia yang tidak nampak (invisible loyalties) kepada ibu bapa samada
merapatkan hubungan mereka atau mempengaruhi diri mereka.

Pendekatan psikodinamik mengawal mekanisme beladiri yang asas dan


bahagian yang mereka mainkan dalam perhubungan keluarga. Ini adalah hubungan
yang unik dalam dinamika keluarga dan menolong mewujudkan interaksi antara ahli
keluarga supaya lebih memahami. Sebagai contoh, kanak-kanak yang didera yang
tinggal dengan ibu bapa akan melihat perspektif ini dan merujuk mekanisme beladiri
Freud sebagai identifikasi sikap agresif.( Samuel T. Gladding, 2002).

18
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Aspek ketiga dalam famili terapi ini menekankan sejarah asal tentang
ketidakfungsian dan rawatan terhadap individu dan keluarga yang berkesan. Dengan
bekerja bersama famili, terapis melihat akar kepada masalah yang berpunca dari
zaman kanak-kanak. Akhir sekali, teori keluarga psikodinamik terutama perhubungan
objek, menolong menjelaskan bagaimana individu membina penyatuan dan
bagaimana ahli keluarga berfungsi.

3.2 Terapi Famili Bowenian


3.2.1 Asas teori
Bagi Bowen, terapi dan teori adalah bahagian yang sama dan tidak dapat dipisahkan
antara satu sama lain. Bowean mendapati dirinya sebagai seorang teoris dan membina
konsep iaitu (keluarga sebagai sistem semulajadi yang tidak dapat difahami
sepenuhnya dalam ciri-ciri tersebut, tetapi proses yang dapat dijangka antara ahli).
Bowen dipengaruhi oleh peristiwa dan sejarah kehidupannya sendiri terutamanya
masalah dengan asal-usul keluarganya. Dengan itu, situasi peribadi ini mempunyai
kesan terhadap tindakannya. ( Samuel T. Gladding, 2002).

Kunci elemen dalam terapi ini adalah (terdapat kebimbangan yang kronik di
dalam kehidupan yang datang bersama persekitaran kehidupan). Kebimbangan ini
adalah gabungan emosi dan fizikal yang dikongsi antara benda hidup. Untuk
mengenalpasti kebimbangan dan emosi yang kronik dalam keluarga dan masyarakat,
Bowen menekankan lapan konsep asas. Untuk memahami konsep ini, terapis perlu
memahami dan melayan keluarga dengan baik.

Lapan konsep tersebut adalah diferentiation, sistem emosi proses transmisi


antara generasi, sistem emosi keluarga nuklear, proses projeksi keluarga, segitiga,
kedudukan adik beradik, pengunduran dari masyarakat ( Samuel T. Gladding, 2002):

Dalam perbezaan, ia merujuk kepada keupayaan individu membezakan diri


mereka dengan baka atau asal usul keluarga dari segi emosi dan tahap intelektual,
untuk menyeimbangkan psikik dalam dimensi interpersonal diri sendiri. Terdapat dua
pendekatan dalam keseimbangan iaitu kesamaan dan individuality. Tahap perbezaan
adalah seperti satu kontinum daripada autonomi iaitu isyarat keupayaan untuk berfikir

19
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

melalui situasi yang jelas kepada persamaan di penghujungnya iaitu membayangkan


pergantungan emosi kepada ahli keluarga walaupun tinggal jauh dari mereka.

Secara teori, terdapat empat faktor mempengaruhi tahap perbezaan: memberi


reaksi emosi, sekatan emosi, perpaduan antara lain, keupayaan mengambil (I-
Position). Ia melihat proses perbezaan dalam keluarga dan individual yang berubah.
Dalam situasi yang bersatu ahli keluarga mempamerkan tingkahlaku yang tidak
berfungsi seperti “bulimia”. Dalam kes ini, terapis keluarga perlu menolong ahli
terutama remaja wanita meningkatkan tahap perbezaan kendiri mereka. Prosedur
yang diperlukan termasuk latihan latihan yang asertif, membina sempadan keluarga
yang sihat, mempertingkatkan kemahiran komunikasi, dan menemui tingkahlaku
menangani stress. Strategi menangani stress adalah yang diturunkan dari satu generasi
ke generasi yang lain adalah satu fenomena yang dikenali sebagai proses transmisi
multi generasi. (Elsa Jones, 1993). Keluarga yang mempunyai masalah memerlukan
peneguhan dari beberapa generasi untuk menangani masalah ini. Dalam perkahwinan,
manusia lebih selesa memilih pasangan berdasarkan perbezaan diri mereka. Pasangan
dengan tahap identiti yang tinggi mampu mewujudkan imej individual yang jelas dan
pada masa yang sama perlu matang, bertanggungjawab dan mempunyai kerapatan
emosi. Dengan sebaliknya, pasangan yang mempunyai tahap perbezaan yang rendah
mempunyai kesukaran untuk mewujudkan keintiman kerana mereka hanya membina
kendiri yang berpura-pura.

Kendiri yang berpura-pura (pseudo-self) berubah-ubah mengikut situasi


dalam penyatuan kepada individu yang umum dengan sempadan ego yang membasmi
sempadan ego antara mereka dan kehilangan individualiti terhadap diri sendiri.
Pasangan lebih menghasilkan keturunan yang sama tahap perbezaan seperti mereka
yang dilihat oleh Bowen sebagai gambaran keadaan akan datang berasaskan keadaan
masa kini.

Terapis Boweanian melihat segitiga semasa bekerja dengan pasangan. Segitiga


boleh berlaku antara manusia dengan manusia atau benda. Segitiga adalah (bangunan
asas) yang menyekat mana-mana sistem emosi dan sistem perhubungan yang paling
stabil. Segitiga kadangkala adalah sihat dan juga sebaliknya. Dalam sesuatu kes,
segitiga digunakan untuk menangani kerisauan di mana tekanan antara dua individu

20
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

yang diprojeksikan kepada objek yang lain. Segitiga yang asli antara ibu bapa dan
anak. Dalam situasi tekanan, kebimbangan merebak dari satu pusat segitiga dalam
keluarga kepada segitiga luaran keluarga terutama sistem pekerjaan dan sosial.

3.2.2 Teknik Terapi


3.2.2.1 Genograms: Systemic Maps

Genograms adalah persembahan visual iaitu (pokok keluarga individu) yang


diterangkan dalam jadual geometrik. Genograms mempunyai maklumat berkaitan
keluarga dan perhubungan antara ahli sekurang-kurangnya tiga generasi. Genograms
keluarga menolong individu mendapatkan maklumat hipnotesis, dan mengenalpasti
perubahan perhubungan dalam konteks sejarah dan perhubungan terkini. Dari diagram
yang ringkas ini, terapis dapat melihat komposisi keluarga, jantina, umur, etnik, tarikh
lahir, perkahwinan, perceraian, kematian dan peristiwa penting keluarga. (Laura G.
Roberto, 1992). Genogram di bawah terapis transgeneration keluarga mencipta satu
kronologi “map” bagi pembinaan keluarga dan hubungan lebih generasi. Ini juga
untuk mengubahsuai dan menjadi maklumat terkini tentang terapi keluarga.
Genogram merangsang terapis dan ahli keluaraga untuk berfikir tentang luasnya corak
keluarga, menyumbang kepada format hipotesis sistemik tentang tingkah laku,
kepercayaan, nilai dan waris dalam kefungsian keluarga.

Genogram juga digunakan sebagai alat teraputik dalam mengendalikan terapi


transgeneration, membenarkan ahli keluarga untuk mempelajari “meta perspective”
tentang organisasi dan emosi mereka. (Laura G. Roberto, 1992).

3.2.2.1.2 Genogram untuk transgenerational clinician


Genogram mesti meliputi maklumat sekurang-kurangnya tiga generasi keluarga dalam
susunan bagi menghasilkan data yang cukup untuk transgenerational clinician. Semua
ahli seisi keluarga adalah direkod seperti yang berhubung dengan orang yang tinggal
dengan keluarga nuklear atau siapa yang paling penting kepada mereka.
Di sini maklumat direkod di mana datuk dilihat sebagai generasi keluarga, clician
mula melihat kandungan keluarga besar dan menekankan simptom keluarga sekarang.

21
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Contohnya simptom kanak-kanak dilihat dari tingkah laku yang berpindah dari
hubungan rapat kepada tekanan antara ibu dan bapa hasil ketidakfungsian sesebuah
perkahwinan. Dalam himpunan sejarah keluarga, terapis perlu berhati-hati di sini, ini
kerana hubungan tekanan yang kuat antara pasangan suami isteri dan konteks tekanan
antara bapa dan datuk. Strategi terapis berbeza dengan terapis transgenerational dan
melihat tekanan bapa dan datuk penyumbang kedua tiada rundingan antara ibu bapa
dan simptom kanak-kanak.

Mungkin datuk merasa si anak yakin dalam menyelesaikan masalah


perkahwinan. Dan mungkin juga datuk menduga untuk menyelesaikan masalah anak
dengan menyisihkan ibu. Bagaimana pun, terapis menyedari ahli keluarga
menyumbang kepada sejarah. Proses evolusi ini mempunyai kesan secara langsung
dalam kualiti kehidupan keluarga. Secara kesimpulannya, genogram tiga generasi
memberi maklumat tentang tingkah laku, biomedikal, psikologi dan epidemologi
tentang semua ahli keluarga. Bagi transgenerational terapis, maklumat ini ialah
membawa makna disebalik corak hubungan dalam here and now.

3.2.2.1.3 Tiga demensi analisis genogram


Tiga generasi genogram menghasikan maklumat yang dipanggil untuk perbezaan
level analisis. Contohnya dalam structure family therapy maklumat melibatkan
kedudukan seisi keluarga. Tindakan terapis structure menarik dalam persekutuan,
percampuran dan hiraki dalam kumpulan untuk tinggal bersama.

Bagi terapis transgenerational family, pelbagai level analisis diperlukan untuk


mengkaji kesan struktur keluarga yang lepas dan proses dinamik yang mengambil
masa yang lama untuk berkembang.

3.2.2.1.4 Family structure


Level analisis yang paling rendah melibatkan pembinaan informasi bagaimana
kandungan dan susunan seisi keluarga itu. Transgenerational klinik mempergunakan
maklumat tentang kedudukan seisi keluarga dan stuktur dari luar terapi. Bagaimana
pun, sudah tentu terapis maps untuk diri setiap tempat ahli dalam susunan keluarga
dan juga ia termasuk penambahan ahli keluarga.

22
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Struktur keluarga akan mempengaruhi plan rawatan jika ianya signifikan


dalam cara ini. Contohnya keluarga yang bercerai, di mana ibu tinggal bersama anak
perempuan dan anak lelaki dan bapa tinggal berseorangan di bandar yang lain, klinik
boleh mengagak bahawa si bapa menjadi sempadan atau menjadi pengganti dan boleh
juga merancang untuk masuk dalam sesi famili terapi.

3.2.2.1.5 The human validation process model ( Satir )


Pendekatan ini adalah secara semulajadi di mana ia menitikberatkan kolaborasi iaitu
kerjasama dan usaha di antara ahli terapi dan anggota keluarga bagi mencapai
kesejahteraan keluarga. Selain itu, pendekatan ini turut menekankan komunikasi yang
kongruen. Setiap ahli dalam keluarga perlu berkomunikasi secara telus untuk
mengekalkan keseimbangan dan memelihara sistem keluarga. Pembentukan konsep
kendiri yang tinggi perlu diberi perhatian sekiranya setiap ahli ingin berkembang
sebagai individu dan menjadi sebahagian daripada sistem yang berfungsi.
Untuk membina konsep kendiri ini, semua ahli perlu menonjolkan ciri-ciri individu
yang tersendiri dan memahami bahawa mereka sebahagian dari sistem keluarga.

Pendekatan ini menjelaskan setiap individu dalam sesebuah keluarga itu


mempunyai peranan dan fungsi masing-masing. Menurut Satir, setiap individu adalah
unik ada kelebihan dan ada kekurangan.

23
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

3.2.2.1.6 Genogram tree

A 27 year old male

A 25 year old female

A married couple (married 1971)

24
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

M 71

A couple separated ( / ) 1973, divorced ( // ) 1974

S 73 S 74

A married couple with two children; older child on the left (7 years old boy)
younger on right (5 years old girl)

25
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

7 5

An unmarried couple living together since 1985

85

A male identified patien

A deceased male (died at age 35)

26
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

35

A married couple with stillborn female

A married couple with fraternal twins (if twins identifical horizontal bar connects
them)

27
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

A married couple wife pregnant

A married couple with adopter son

28
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Genogram dari tiga generasi keluarga

64
61 70 61

44 39 37 34
39 37 33

11 7
12

29
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Genogram dari tiga generasi keluarga

75 68 69
73

Cut off 71 43
51 48 46

49
M 68 49

24 17 30
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

22

68 70 75

Rajah 1

Corak Multigenerasi

Peringkat ketiga adalah analisis yang berkaitan dengan corak hubungan dan tingkah
laku melalui tiga atau lebih generasi. Corak ini termasuk corak berkenaan suami isteri
diadik seperti saling melengkapi atau simetri, jauh atau rapat, berhierarki atau
egalitarian, bersatu atau berasingan dan sebagainya manakala corak antara ibu bapa
dan anak pula seperti keibubapaan, berstruktur baik, bersatu, bebas, konsisten, kacau
bilau, kasar, mendidik, dan juga merupakan simbol segitiga. Sesuatu yag boleh dikaji
tentang genogram untuk corak hubungan yang berulang antara generasi ke satu
generasi. Corak ini adalah untuk beberapa had, yang ditakrifkan oleh orientasi satu
teori yang mana tujuan model hubungan ini ialah “projective identification” yang
digariskan sebagai satu corak yang khusus yang mana ahli yang diad merasa
ketakutan dalam aspek sistem kepercayaan mereka.

Bagaimanapun, penyelidik dan klinisian biasanya bersetuju hubungan-


hubungan itu boleh dinilai sepanjang dimensi kemesraan (hampir atau jauh), kawalan
(bertolak ansur atau dominan), autonomi (bersatu atau berasingan), dan konflik (tinggi
atau kurang). Tidak secara kebetulan, dua daripada dimensi ini telah diterjemahkan ke
dalam simbol bergambar iaitu kemesraan dan autonomi. Kawalan dimensi tidak
mempunyai simbol yang grafik, dan ianya digambarkan dalam satu genogram dalam
bentuk kata-kata seperti kasar, kritikal, membolehkan/ bertolak ansur, terlalu
mengikut.

31
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Analisis hubungan sesuatu genogram melibatkan kajian pengulangan atau


yang berkaitan dengan corak spesifik yang lain. Contonhya, dalam sesebuah keluarga,
wanita cenderung menunjukkan kerengganan dengan suaminya dalam sesebuah
perkahwinan. Atau, ia mungkin kelihatan seperti mempunyai suatu masalah yang
berulang yang mana bapa mengkritik atau menganiaya anak-anak mereka. Cara yang
lebih kompleks, bentuk segitiga ini boleh berulang-ulang dari satu generasi kepada
satu generasi yang lain. Contonhnya dalam kes seorang ibu dalam suatu perkahwinan
yang renggang yang mana anak berpaling untuk lebih suka kepada suaminya sendiri.

Rajah 1 menunjukkan sebuah keluarga yang mengulang, hubungan segitiga


yang tidak berubah-ubah–segitiga ini yang merencanakan corak kerengganan dan
kemesraan antara suami dan isteri. Kedua-dua suami dan isteri dalam rajah 1
menunjukan kehidupan ibu bapa, tetapi mempunyai corak hubungan yang berbeza
dengan mereka. Suami terputus hubungan yang bermakna atau dialog dengan ibu
bapa dan adik-beradiknya, sementara isteri menikmati suatu perhubungan yang
menawan dan mendapat sokongan daripada ibubapanya. Dalam keluarga ini,
hubungan di antara suami dan anak dewasanya mengambarkan kerengganan daripada
bapa sendirinya, sementara isteri mampu untuk melibatkan anaknya dalam ciri
hubungan dengan keluarga asalnya.

Corak hubungan yang lebih di antara generasi tidak dibatasi oleh komposisi
isi rumah, dan boleh melibatkan pengulangan simbol, seruan, dan kepercayaan.
Misalnya, sebuah keluarga boleh menunjukkan tiga atau empat generasi terlibat dalam
penagihan dadah. Atau mungkin satu corak perceraiaan selepas melahirkan anak. Ini
menunjukkan bentuk disfungsi yang teruk antaranya ialah penganiayaan fizikal,
kemelesetan yang teruk, dan bunuh diri, serta corak transgenerational menjadi kerap.
Sebuah keluarga mungkin menghasilkan lima orang paderi dalam lingkungan dua
generasi, yang mana menunjukkan seorang transgenerational yang kuat kepercayaan
agama dan pandangan dunia.

Dari segi corak vokasional, kebanyakan doktor datangnya dari keluarga yang
terdapat doktor pada generasi yang terdahulu. Kehidupan buruk bagi peristiwa-
peristiwa tertentu, seperti bencana alam, persekitaran yang trauma, atau gangguan

32
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

fungsi yang kritikal ini menghasilkan corak transgenerational yang mengikut


kesesuaian. Klinisian dapat mengimbas genogram untuk maklumat mengenai
“vertical” yang mana penekanan untuk menganalisis hubungan yang mungkin semasa
mereka disfungsi.

Simptom-simptom dan penekanan tiga dimensi

Analisis tiga peringkat ini adalah penting dan dapat dirumuskan dalam gambaran
yang sistemik bagi sumber sebuah keluarga yang emosional, serta keupayaan ahli-ahli
untuk mengatasi dengan konstruktif situasi-situasi yang buruk atau masalah-masalah
yang berbangkit serta sejarah mereka yang tertentu. Kita boleh menyimpulkan sebuah
keluarga itu mengalami perubahan yang pesat pada organisasi yang di strukturkan,
bersama dengan peralihan-peralihan dalam kitaran hidup yang satu atau lebih ahli-
ahlinya seperti penyakit yang membawa maut dan berkaitan corak pengulangan
generasi yang kuat, yang mana akan muncul sebagai simbol atau tanda. Keluarga
yang lagi pula, organisasinya telah terganggu seperti disebabkan oleh oleh
perkahwinan atau perceraian, tetapi anggota-anggota yang tidak mengalami tekanan
dalam dimensi-dimensi yang lain, ini akan mengurangkan tanda atau simbol untuk
satu tempoh masa yang agak pendek.

Sudah tentu, di antara generasi yang penting ialah mandat dan preskripsi untuk
mengendali tiga dimensi kefungsiaan keluarga yang akan melalui proses penyelesaian
masalah bagi setiap keluarga, setiap ahli individu mendefinasikan peranan dan
pandangan mereka tentang perkahwinan, keibubapaan, dan persahabatan. Mandat ini
mempunyai kekuatannya yang tersendiri, yang mana boleh menggunakan kuasa yang
hebat dan mewujudkan emosional dan juga kesengsaraan spiritual ke atas perjalanan
seumur hidup mereka; ini “tidak kelihatan” penyumbang kepada hubungan garisan-
garisan dengan genogram.

Alternatif peta-peta: Time-Line Genogram

33
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Standard genogram, seperti yang digambarkan terdahulu, yang merupakan satu alat
penilaian yang cukup untuk ahli keluarga pelajari dan hubungan mereka di antara
generasi-generasi. Format standard genogram adalah terhad, bagaimanapun,
disebabkan ia tidak boleh menunjukkan perubahan secara langsung dalam hubungan
ke atas perjalanan masa.

Format standard menghadkan maklumat yang temporal untuk merakamkan


tarikh peristiwa penting bagi kitaran hayat ahli-ahli keluarga yang berkaitan.
Walaupun maklumat ini kemudiannya boleh jadi digunakan untuk membandingkan
tarikh-tarikh dan perubahan kelakuan, maklumat yang mempunyai angka tidak mudah
untuk digunakan sebagai satu persembahan yang grafik.

Satu alternatif yang kebelakangan ini adalah time-line genogram (TLG;


Friedman et al., 1988). TLG pada asasnya adalah suatu piawai genogram yang mana
satu paksi menegak untuk menambahkan plot masa. Temporal yang menarik, sebagai
peristiwa hidup dan bertukar hubungan, demikian juga boleh menjadi cacatan apa
sebenarnya berlaku. Misalnya, waktu sebenar bagi kelahiran, kematian, pengasingan,
perkahwinan, dan urusan pengambilan anak angkat boleh dirancang. Dengan cara ini,
TLG menerangkan aspek temporal sejarah keluarga dalam satu cara yang begitu
kabur oleh format standard.

Walaupun TLG adalah lebih sukar untuk dibaca, ia dapat menambah


maklumat rawatan genting apabila kita merancang untuk keluarga yang kompleks
atau untuk keluarga telah mengalami politik, geografi, atau perubahan budaya.

Dalam ringkasan, menggunakan klasik genogram dan TLG boleh


dibandingkan dalam cara-cara yang berikut. Format yang standard termasuk tiga
kategori maklumat:

1. Struktur keluarga asas. Ini termasuk biologi, kekeluargaan, dan psikososial


hubungan
2. Maklumat individu. Ini merujuk kepada data kependudukan, dan emosional,
kelakuan, serta maklumat perubatan.

34
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

3. Corak hubungan. Aspek dinamik melambangkan hubungan yang rapat, darjah


keutamaan kemesraan, konflik, hierarki, perikatan, dan campuran.

Carta kronologi telah direka sebagai satu sistem garisan petak untuk
merakamkan pengalaman-pengalaman dan reaksi ahli-ahli keluarga sepanjang masa.
Ahli teori lain telah dinasihatkan agar menggunakan satu “critikal events”
penyenaraian, untuk menambah standard genogram. Tetapi TLG mensintesiskan
kedua-dua sumber data, simpanan format yang bergambar dan bersambung.
Genograms sebagai alat penilaian

Penjelasan daripada maklumat yang luas digambarkan di dalam satu keluarga


genogram yang mana alat ini begitu berkhidmat sebagai blok binaan yang berharga
untuk merumuskan diagnos-diagnos dan merancang arahan terapi perkahwinan dan
keluarga. Sebagai satu rekod pembangunan keluarga dan sejarah, visualnya yang
menarik dan mudah diperolehi membuatkan genogram sebagai satu alat yang
berpengaruh juga satu sumber yang klinikal.

Bagaimanapun, model transgenerational terapi keluarga memberi penekanan


ke atas penyelidikan tingkah laku dan proses emosional sesebuah keluarga dalam
lingungan sumber maklumat penting dalam pemahaman asal masalah-masalah
keluarga. Penekanan ini merupakan refleksi evolusi model transgenerational daripada
asas mereka dalam penyelidikan psikotik dan proses komunikasi keluarga yang
terganggu. Maka, daripada pandangan transgenerational, ia tidak boleh bergantung
dengan sepenuhnya ke atas “objektif” maklumat fakta yang dirakamkan pada satu
genogram dengan tujuan menilai makna gejala-gejala seorang klien atau akibat-akibat
yang lazimnya individu bertingkah laku dan membuat pilihan.

Tambahan pula, tiga daripada empat utama transgenerations dalam model


terapi keluarga memberi penekanan khas ke atas keperluan untuk klinisian mengkaji
reaksi emosional mereka, persatuan, dan nilai-nilai sebagai satu tambahan sumber
maklumat diagnosis. Ahli terapi yang berpengalaman “menggunakan diri” untuk
menilai kesan corak interaksi keluarga yang mana seolah-olah terapis adalah seorang
ahli bagi sistem keluarga tersebut yang mana adalah subjektif, dimensi afektif dalam
teknik penilaian keluarga yang tidak boleh diteroka dengan hanya data dari fakta

35
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

genogram. Bagaimanapun, genogramming boleh menjadi satu elemen dalam tiga


penilaian generasi, kerana data yang direkodkan adalah statik , dilaporkan sendiri, dan
rasional dari interaksi tersebut.

3.2.2.2 Going Home Again (Kembali ke rumah)


Dalam teknik ini, terapis mengarahkan ahli keluarga untuk pulang kembali ke rumah
agar dapat mengetahui asal-usul keluarga dengan lebih baik. Di sebalik idea ialah
bahawa dengan jenis maklumat yang didapati individu dapat membezakan diri mereka
dengan lebih jelas.

3.2.2.3 Detriangulation
Konsep ini melibatkan proses dalam hubugan dan emosi yang terpisah. Ia beroperasi
dalam dua tahap. Pertama, individu menyelesaikan kebimbangan terhadap keluarga
dan tidak menunjukkan perasaan atau projeksi terhadap ahli keluarga yang lain.
Kedua, terapis menolong individu mengasingkan diri mereka daripada menjadi
tumpuan apabila tekakan atau kerisauan meningkat dalam keluarga.

Dalam prosedur ini, individu tidak menjadi sasaran oleh orang lain yang
mempunyai masalah dengan kemurungan. Sebagai contoh, jika individu rasional
sepanjang tempoh tekanan, beliau jarang menjadi perhatian orang lain. Dalam tahap
yang lain, famili dan keluarga bebas menyuarakan perhatian mereka dan mencuba
tingkahlaku baru.

3.2.2.4 Perhubungan Individu Terhadap Individu Yang Lain


Dalam teknik ini, dua ahli keluarga berhubungan secara peribadi tentang satu sama
lain, dengan itu mereka tidak bercakap mengenai orang lain dan tidak bercakap
tentang isu yang mempengaruhi perasaan. Sebagai contoh, seorang bapa akan
mengatakan “Sikap kamu mengingatkan ayah terhadapa diri ayah sewaktu berumur
seperti kamu”. Sebagai maklumbalas, anaknya mungkin mengatakan, saya benar-
benar tidak tahu banyak tentang ayah semasa ayah sebaya saya, sila beritahu saya
tentang apa yang ayah lakukan bagaimana ayah rasa semasa berumur sebaya saya.
Proses ini mengeratkan hubugan antara individu.

3.2.2.5 Perbezaan Kendiri

36
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Perbezaan kendiri ialah tahap individu untuk membezakan antara proses perasaan
yang subjektif dan proses intelektual (pemikiran) yang objektif. Prosedur ini boleh
mengundang antara ahli keluarga dan terapis. Kegagalan untuk membezakan
perbezaan yang bersatu di mana individu didominasikan sistem emosi yang
automatik. Dalam kata lain, mereka kurang fleksibel, kurang kemampuan dan suka
bergantung terhadap emosi mereka.

3.2.2.6 Menanyakan Soalan


Dari perspektif ini, pertanyaan soalan adalah alatan utama bagi terapis. Sebagai
contoh, kematian salah seorang ahli keluarga boleh mengganggu “equilibrium” dalam
keluarga dan kejutan perasaan. Dengan menanyakan soalan, klien belajar memahami
interaksi ahli keluarga dengan lebih baik.

3.2.3 Peranan Terapis


Terapis perlu mengekalkan ketenangan sekarang, ketenangan masa kini dan
perbezaan asal usul keluarga. Untuk bekerja dengan keluarga ini, terapis perlu
menempuhi perubahan emosi. Idea rawatan ini ialah, jika terapis tidak mengalami
perubahan yang penting dalam terapi keluarga, maka terapis tidak bekerja dengan
pengalaman yang sepenuhnya. Terapi Bowen juga melibatkan melatih dan mengajar.
Aktiviti ini memerlukan tahap kognitif, penglibatan ahli keluarga, dan perbualan
dengan terapis supaya isu emosi tidak menghalang mesej komunikasi.

3.2.4 Proses dan Hasil


Rawatan ini dilihat berjaya apabila ahli keluarga memahami corak antara generasi dan
mendapat celik akal terhadap keadaan sejarah yang mempengaruhi cara mereka
berinteraksi. Selain itu, ia menjangka pergabungan antara pengetahuan dalam
memfokuskan perubahan operasi antara generasi dalam keluarga masa kini.

Di akhir rawatan, isu dan tingkahlaku yang tidak sedar perlu diperjelaskan.
Individu perlu serasi untuk mempengaruhi, tahap kognitif, dan corak projeksi
menyalahkan diri perlu diubah. Dalam teknik ini, individu selalu menjadi sasaran
rawatan walaupun penekanan terhadap pendekatan ini adalah sistemik. Teori sistem
menyatakan kaedah teraputik yang berkesan mempengaruhi sistem keluarga secara

37
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

keseluruhan. Oleh itu, dengan mengubah seorang individu seluruh keluarga dapat
dipengaruhi dengan lebih baik.

3.2.5 Keunikan Aspek Dalam Terapi Bowenian


Teori ini memberi perhatian dalam keluarga dan kepentingan untuk mengenalpasti
dan menangani jenis tingkahlaku yang lepas untuk mengelakkan pengulangan dalam
tingkahlaku ini terutama dalam perhubungan interpersonal. Penggunaan genograms
adalah menunjukkan pautan sejarah sebagai alat yang spesifik. Genograms digunakan
dengan meluas oleh terapis dalam mengenali keluarga klien.

Teori dan terapi Bowean adalah intensif kompleks dan berbelit. Oleh itu, terapi adalah
konsisten dengan teori. Selain itu, terapi Bowean adalah sistemik dengan semulajadi,
menekankan pengawalan, melatih kognitif, memberi peluang klien untuk menilai
kemajuan. Tidak seperti sistemik terapi yang lain, Boweanian boleh digunakan secara
intensif terhadap individu atau pasangan.

3.3 Terapi Keluarga Bersistem

3.3.1 Pengasas Terapi

Seperti mana pakar terapi yang terkenal dalam bidang terapi keluarga, Mara Selvini
Palazzoli pada mulanya dilatih sebagai pakar psikoanalisis. Di tempat asalnya di Itali,
beliau seorang pakar yang mengendalikan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah
pemakanan, tetapi beliau menjadi kecewa dengan hasil kajiannya. Pada 1967, dia
menjadi ketua kumpulan bagi pelopor dalam pengamalan psikoanalisis yang
digunakan ke atas kaunseling keluarga. Selepas menemui idea yang dikemukakan
oleh Bateson, Haley, Watzlawick dan yang lain, mereka mula mengubah suai
pendekatan mereka. Selvini Palazzoli, Boscolo, Cecchin dan Prata menubuhkan Pusat
Kajian Keluarga di Milan yang memperkembangkan model Milan.

Kumpulan Milan ini kemudiannya berpecah pada 1980. Selvini Palazzoli dan
Prata menyambung kajian sistem keluarga sehingga 1982. Pada masa itu Selvini
Palazzoli menubuhkan kumpulan baru yang menumpukan kepada keluarga
skizofrenia dan anorektik. Serentak dengan itu, konsep dan idea Palazzoli mengalami

38
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

perubahan dan beliau mula menggambarkan klien keluarga sebagai ‘terlibat dalam siri
permainan’. Apabila ahli keluarga terlibat dalam permainan, si anak dan ibubapa
menjadi stabil akibat tingkah laku yang terganggu dalam percubaan mendapat
manfaat daripada mereka. Untuk meleraikan permainan ini, terapis keluarga mestilah
berjumpa dengan keluarga dan kemudiannya dengan ibu bapa secara berasingan untuk
menghasilkan jurang yang jelas dan stabil di antara generasi. (Samuel T. Gladding,
2002).

Palazzoli meninggal dunia pada 21 Jun 1999 di Milan pada usia 83 tahun.
Beliau adalah pakar dalam bidang terapi keluarga yang mempunyai ‘kelainan dan
personaliti yang berkarisma’.

3.3.2 Asas Teori

Terapi Sistem Keluarga adalah berdasarkan idea bahawa terapis akan mengambil kira
pandangan keseluruhan permasalahan dan strategi untuk berubah. Penyimpangan
tingkah laku oleh salah seorang ahli keluarga menyebabkan kekacauan dalam sistem
keluarga. Oleh itu, terapi bersistem menumpukan kepada kepentingan bentuk
komunikasi keluarga dan konflik di antara persaingan hierarki dalam keluarga.
(Samuel T. Gladding, 2002).

Konsep keneutralan adalah tunjang utama yang mendasari pendekatan sistem


keluarga Milan dan ia dinamakan sebagai keneutralan teraputik. Ia mengelakkan
terapis daripada terlibat dengan pertikaian keluarga dan memberi terapis masa untuk
menilai situasi dinamik dalam keluarga. Keadaan keneutralan ini juga menggalakkan
ahli keluarga untuk mencari penyelesaian kepada masalah mereka sendiri.

3.3.3 Teknik rawatan

Terapis bersistem (Milan) telah mencipta beberapa teknik rawatan dalam Samuel T.
Gladding (2002) iaitu :

39
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

1. menghipotesis - pendekatan utama dalam rawatan, ia melibatkan rawatan dan


pertemuan ahli keluarga sebelum ketibaan ahli keluarga yang lain untuk
merumus dan membincangkan aspek-aspek berkaitan dalam situasi keluarga
yang mungkin menimbulkan simptom. Pada peringkat permulaan sesi, ahli
keluarga cuba menyediakan diri mereka untuk merawat ahli keluarga. Mereka
percaya bahawa, mereka mesti mencari idea bagaimana setiap ahli keluarga
berfungsi, ataupun keluarga akan mengenalpasti masalah dan merawatnya
dengan cara yang salah. Hipotesis akan menjadi suatu rawatan yang berterusan

2. Tanggapan positif - teknik ini berlaku di mana setiap tingkah laku ahli
keluarga akan dilabelkan sebagai baik dan dimotivasikan melalui perhatian
yang baik, sebagai contoh jika seorang ibu terlalu mengawasi anak gadisnya,
terapis mungkin melabelkan tingkah lakunya sebagai sikap mengambil berat.
Dengan memberikan tanggapan positif kepada tingkah laku itu, terapis akan
mengurangkan penentangan terhadap proses rawatan dari ahli keluarga dan
membina hubungan

3. Soalan yang berterusan - Ia memfokuskan kepada perhatian kepada hubungan


keluarga dengan merangka setiap soalan yang menyatakan perbezaan persepsi
dari ahli keluarga tentang peristiwa ataupun perhubungan. Contohnya setiap
ahli keluarga mungkin ditanya tentang bagaimana dia melihat keluarga
tersebut berhadapan dengan krisis yang berlaku, ia memberikan keluarga
tersebut maklumat yang jelas dan membantu ahli keluarga menjawab
persoalan.

4. Panduan yang pelbagai - ibu bapa akan menerangkan kepada anak-anak


mereka yang bermasalah bahawa mereka mempunyai satu rahsia tanpa
memberitahu apakah rahsia tersebut.. mereka akan keluar bersama pada masa
yang berbeza-beza tanpa memberitahu anak-anak mereka kemana mereka
pergi atau bila mereka akan kembali. Ia bertujuan memberi mereka peluang
untuk memerhati dan membincangkan reaksi keluarga

5. Upacara ritual - upacara ini bersifat mengarah yang bertujuan


memperbesarkan aspek positif dalam permasalahan. Ritual berlaku setiap hari

40
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

sewaktu makan, sebelum tidur dan semasa rutin harian. Contohnya apabila
duduk untuk makan bersama atau mengucapkan selamat malam kepada setiap
ahli keluarga sebelum masuk tidur. Teknik ini akan mengarah setiap ahli
keluarga untuk mengubah tingkah laku mereka melalui situasi yang tertentu.
Melalui perubahan ini, terapis berharap dapat mengubah cara berfikir dan
maksud tingkah laku tersebut. Terapis akan menentukan bila sepatutnya ritual
itu dijalankan.

Ritual yang berkesan adalah khusus kepada apa yang harus dilakukan, siapa
yang harus melakukannya dan bagaimana ia akan dilakukan. Contohnya
seorang gadis yang mengidap aneroksia akan disuruh untuk memberitahu
nenek yang sedang nazak, “Saya sangat sayangkan awak. Oleh itu, saya tidak
mahu ibu bapa saya merasa risau tentang kematian awak. Oleh itu, saya
sanggup berlapar agar mereka risau terhadap saya.” Neneknya akan
menjawab, “Terima kasih, tetapi ibu bapa awak sangat tabah untuk meghadapi
saat kematian saya dan mereka akan tetap sayangkan awak”.

3.3.4 Peranan Terapis


Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh terapis dalam Terapi Sistem
Keluarga oleh Allie C. Kilpatrick, Thomas P. Holland (1995) iaitu:
1. Terapis adalah seorang yang pakar dan sentiasa memperkembangkan sistem
keluarga.
2. Terapis akan berperanan tidak menyalahkan, memberikan arahan dan neutral
tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
3. Terapis sistem keluarga selalunya tidak cuba secara terang-terangan untuk
mencabar atau mengubah peranan keluarga.
4. Terapis berperanan dalam kedudukan paradoksikal (berlawanan) dengan
menjadi agen perubahan dengan menyangkal kepada perubahan.
5. Terapis akan menggunakan soalan yang berulang-ulang atau bentuk intervensi
lain yang secara tidak langsung untuk membawa perubahan ke dalam
keluarga.
6. Terapis menekankan tanggapan positif ke atas tingkah laku dan menerangkan
bagaimana ‘simptom yang bermasalah merupakan keluarga yang harmoni’.

41
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

3.3.5 Keunikan Terapi Sistemik

Satu ciri dalam terapi sistem keluarga ialah kesesuaiannya untuk diaplikasikan
pelbagai jenis klien keluarga. Pendekatan ini berjaya digunakan dalam merawat ahli
keluarga yang menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti masalah pemakanan,
penyalahgunaan bahan kimia seperti alkohol dan dadah. (Samuel T. Gladding, 2002).

Aspek kedua dalam terapi sistem keluarga adalah terapis-terapis bekerjasama untuk
membantu keluarga untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan kumpulan ini mahal
tetapi sangat berkesan. Konsep ini telah dipinjam dan diubahsuai dari beberapa
institusi terapi keluarga dan telah terbukti terkenal sebagai satu cara yang digunakan
untuk melatih terapis-terapis keluarga yang baru.

Aspek ketiga dalam terapi ini adalah penumpuan kepada satu-satu masalah
pada masa yang singkat, terapi sistemik membantu keluarga mengatur sumber mereka
berhadapan dengan masalah yang telah dikenalpasti. Terapis yang mengamalkan
pendekatan ini dapat membantu ahli keluarga mencari jalan untuk berkongsi masa
lapang bersama-sama ahli keluarga yang lain. Apabila permasalahan telah selesai,
keluarga dan terapis akan menghabiskan masa dan sumber dengan cara yang lebih
produktif.

3.4 Terapi Struktural Keluarga

Pendekatan teori struktural adalah begitu pragmatik. Salah satunya adalah setiap ahli
dalam keluarga mempunyai struktur atau peranan masing-masing. Struktur ini akan
dapat dilihat apabila ahli dalam keluarga itu bertindak atau bertingkah laku. Struktur
merupakan set yang tidak jelas bergantung kepada fungsi yang dimainkan oleh ahli
dalam keluarga yang berhubungan diantara satu sama lain (Minuchin, 1974 dalam
Samuel T. Gladding (2002). Pengaruh struktur keluarga boleh membawa kebaikan
atau keburukan.

Perkembangan atau situasi sesuatu peristiwa boleh meningkatkan tekanan


kepada keluarga, ketegaran, huru-hara dan ketidakfungsian yang akan membawa
keluarga ke dalam krisis (Minuchin, 1974 dalam Samuel T. Gladding (2002). Namun

42
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

begitu, keluarga yang terbuka dan menghargai struktur yang dimainkan akan dapat
berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan keluarga
yang tidak tersusun. Penekanan dalam pendekatan struktural ke atas keluarga seperti
interaksi yang penuh antara ahli dalam unit yang kecil.

Penggabungan adalah ikatan diantara ahli dalam keluarga dengan orang


ketiga. Penggabungan yang kukuh adalah tetap dan tidak berubah seperti ibu dan anak
yang memberi bahagian yang dominan kepada fungsi kekeluargaan sehari-hari.
Penggabungan boleh terlepas daripada genggaman orang ketiga yang
bertanggungjawab pada kesukaran yang dialami atau konflik dengan yang lain
seterusnya mengurangkan tekanan atau perhubungan mereka (Goldenberg &
Goldenberg, 1991 dalam Samuel T. Gladding (2002).

Kajian yang lebih besar teori struktural adalah tanda-tanda seseorang itu dapat
difahami sebagai punca dalam kandungan corak perjalanan keluarga. Keluarga dilihat
sebagai klien. Dengan harapan bahawa melalui penstrukturan atau penstrukturan
semula sistem semua ahli keluarga dan keluarga tersebut akan menjadi kukuh
(Minuchin, 1974 Samuel T. Gladding (2002). Keluarga dapat memahami daripada
perspektif ini sebagai sistem tempat tinggal. Mereka bekerja dalam persekitaran yang
mengubah di mana komunikasi dan interaksi adalah penting (Friendlander Wildman
& Heatherington, 1991 Samuel T. Gladding (2002). Perubahan akhir bergantung atas
keseimbangan dan ikatan hubungan dalam keluarga yang merupakan cara baru
berinteraksi untuk mencapai kebenaran.

Subsistem juga amat penting dalam teori ini. Subsistem adalah unit kecil
dalam keseluruhan sistem. Ia wujud untuk membawa berbagai tugas dalam keluarga.
Tanpa subsistem, keseluruhan sistem keluarga tidak berfungsi. Ia juga baik dalam
menjelaskan sempadan atau batasan dan peranan dalam keluarga. Subsistem berjalan
apabila keluarga bersama-sama menjalankan berbagai fungsi. Sesetengah fungsi
adalah sementara seperti mengecat bilik. Manakala fungsi kekal adalah seperti ibu
bapa kepada anak. Menurut Minuchin dan Fishman (1981) dalam Samuel T. Gladding
(2002). Tiga unit subsistem yang memberikan keluarga itu bermakna iaitu subsistem
pasangan, subsistem keibubapaan dan subsistem adik-beradik.

43
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Subsistem pasangan terdiri daripada pasangan yang berkahwin. Dalam


keluarga, ia mengandungi dua orang individu iaitu pasangan lelaki dan perempuan
yang saling memberi sokongan dan perkongsian antara satu sama lain dalam
menjalankan struktur keluarga dan bagaimana keluarga itu dapat berfungsi. Subsistem
pasangan ini akan berjalan baik apabila mereka saling melengkapi dalam fungsi yang
dimainkan. Contohnya pasangan suami dan isteri yang bekerja dalam satu kumpulan
dan menerima kebergantungan di antara satu sama lain.
Subsistem keibubapaan pula terjadi apabila mereka bertanggungjawab dalam
menjaga, melindungi dan mengawasi pergaulan sosial anak-anak. Perikatan dalam
generasi yang berbeza seperti penggabungan dalam keluarga mempunyai ahli dua
generasi yang berbeza. Subsistem keluarga perlu diubah mengikut perkembangan
kanak-kanak. Peranan pada umur 8 tahun tidak sesuai dilakukan pada umur 18 tahun.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa menghargai, jelas dan mengurangkan batasan
untuk menolong ahli keluarga mempunyai hubungan antara satu sama lain tanpa
mendatangkan keretakan dan jarak antara mereka.

Subsistem adik-beradik merupakan unit yang terkandung dalam keluarga dari


generasi yang sama. Contohnya abang dan kakak secara keseluruhannya adalah
subsistem adik-beradik. Kebanyakkan keluarga, subsistem adik-beradik terdiri
daripada kelahiran ibu bapa yang sama. Tetapi ada juga yang terdiri daripada keluarga
tiri. Umur yang berbeza memberi kesan bagaimana subsistem adik-beradik berfungsi.
Adik beradik yang jarak umur antara 2 atau 3 tahun mempunyai hubungan yang rapat
berbanding jarak umur yang panjang. Secara psikologikal, kanak-kanak ini rapat
antara mereka kerana mempunyai peluang berinteraksi antara satu sama lain.

Tiga aspek besar terapi struktural keluarga adalah persoalan sempadan asas.
Sempadan adalah faktor fizikal dan pikologikal yang mengubah manusia untuk
menyatukan mereka. Tiga jenis sempadan utama adalah seperti jelas (garisan putus
mendatar), tetap (garisan lurus), dan kabur (garisan titik). Sempadan yang jelas adalah
peraturan dan kebiasaan yang akan membawa ahli keluarga menambah komunikasi
dan perhubungan mereka di antara satu sama lain kerana adanya perbualan yang
menggalakkan. Contohnya, ahli keluarga secara sukarela bertukar-tukar maklumat
dan memberi serta menerima teguran. Sempadan adalah peraturan yang hanya
seorang sahaja bercakap dalam satu-satu masa. Dengan sempadan yang jelas ini,

44
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

perundingan dan penginapan akan berjaya sepenuhnya dalam keluarga. Proses ini
memudahkan perubahan dan seimbangkan kestabilan keluarga. Ibu bapa dan anak-
anak dapat merasakan tarikan bersama dan boleh berdikari.

Sempadan tetap pula tidak mudah lentur dan mempertahankan individu dari
berpisah antara satu sama lain. Kebanyakkan keluarga mempunyai ahli yang
berpengalaman menghadapi kesukaran dalam membandingkan kemesraan dalam
keluarga disebabkan oleh sempadan jenis ini. Contohnya individu yang disakiti
emosinya akan berpisah atau mengasingkan diri atau memutuskan hubungan daripada
ahli keluarga yang lain seperti suami dan isteri yang berpisah. Sempadan yang kabur
menyebabkan tidak cukup pengasingan antara ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang
mahu meninggalkan sempadan ini kerana tidak mahu adanya kebergantungan dan
mahukan kebebasan sepenuhnya. Ini kerana sempadan yang terjadi ini lebih
menggalakkan kebergantungan berbanding sempadan yang jelas.

45
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

M F M F

Children Children

Clear boundary family. Detached husband/wife.

M F
M F

Children
Children
Diffused family boundaries.
Conflicted parents who are
overinvolved with their children.

M C

Coalition between one parent and a child


to form a cross-generational alliance.

Jenis-jenis sempadan keluarga

Petunjuk:

Conflict Detouring

Coalition Affiliation/
involvement

Overinvolvement

46
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Simbol yang diguna untuk menunjukkan bagaimana keluarga berhubungkait

Beberapa simbol digunakan untuk menunjukkan bagaimana hubungan di dalam


keluarga antaranya mengenai konflik, penggabungan, penglibatan yang lebih,
lencongan dan hubungan atau penglibatan. Penglibatan yang lebih menunjukkan
keluarga yang mempunyai hubungan tiga hala yang mana perhubungan ibu atau bapa
dengan anak lebih rapat berbanding hubungan ibu dan bapa yang mengalami konflik.
Dari sudut penggabungan pula menunjukkan anak menggantikan tempat salah satu
ibu atau bapa dan sangat rapat antara ibu atau bapa.

Dalam perkembangan keluarga, sempadan boleh berubah tanpa menghiraukan


keluarga. Ia amat genting tetapi bukan kesilapan dalam perkembangan normal
keluarga dan pertumbuhan yang sukar untuk membentuk patologi (Minuchin, 1974
dalam Samuel T. Gladding (2002). Perkara ini akan memberi kesedaran atau celik
akal dalam menjaga melalui latihan penyeliaan dan pengalaman. Ia amat penting
untuk menyedarkan bahawa bentuk perjalanan keluarga adalah sejajar setiap masa.
Kesejajaran adalah jalan kepada ahli keluarga mengikuti bersama dan menentang
antara mereka dalam menjalankan aktiviti keluarga. Banyak kesejajaran ini membawa
kebaikan dan penghargaan tetapi ada juga yang sebaliknya.

Dalam penambahan kepada struktur, subsistem, dan sempadan, terapi


struktural keluarga ini adalah berdasarkan kepada peranan, peraturan, dan kuasa
(Figley & Nelson, 1990) dalam Samuel T. Gladding (2002). Perhatian yang lebih
kepada peranan, keluarga yang mempunyai kesukaran pengalaman ahlinya yang
berhubung antara satu sama lain mengikut jangkaan bahawa kedua-duanya sudah
lepas dan tidak berkesan lagi. Ketidakcekapan kepada keluarga adalah nyata bahawa
ahli keluarga mempunyai sedikit atau tidak ada langsung jangkaan ganjaran untuk
menghargai tingkah laku (McWhirter & McWhirter, 1989 dalam Samuel T. Gladding
(2002).). Contohnya ahli keluarga yang paling muda akan sentiasa memainkan
peranan sebagai budak kecil dan tidak sesekali menggugat yang lain.

47
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Begitu juga dengan peraturan, keutamaan keluarga dibentuk tetap berpegang


teguh pada peraturan tanpa menghiraukan perubahan yang berlaku dalam
kehidupannya. Contohnya, sesetengah keluarga yang sudah biasa membeli pakaian di
sebuah kedai yang ekslusif akan tetap membeli pakaian di situ walaupun kegawatan
ekonomi dalam keluarganya. Peraturan dalam keluarga biasanya menjadi tabiat yang
melambangkan keluarga tersebut. Bentuk yang dibina akan membawa kepada
kecenderungan dan dapat diramalkan pengulangannya oleh gaya hidup mereka
(Friesen, 1985, p. 7) dalam Samuel T. Gladding (2002). Kuasa adalah keupayaan
dalam menjalankan sesuatu. Dalam keluarga, kuasa dikaitkan dengan kewibawaan
dan tanggungjawab (seseorang yang membuat dan menentukan keputusan dalam
keluarga). Terapis struktural keluarga meninjau bahawa dalam kefungsian
kekeluargaan, kuasa diberikan hanya kepada sesetengah ahli sahaja.

Keupayaan ahli keluarga dalam menentukan proses penyelesaian masalah


kepada keluarga adalah terhad. Selepas mengetahui bagaimana kuasa diagih-agihkan
dalam kelaurga, terapis struktural keluarga ini menggunaka kemahirannya untuk
menyeimbangkan dan menolong ahli keluarga mempelajari cara yang baru dengan
kekuasaan yang disandarkan.

3.4.1 Teknik Rawatan

Terapi struktural keluarga kadangkala merujuk kepada perjalanan sesebuah keluarga.


Menurut Minuchin (1974), keputusan ketidakfungsian adalah daripada pembentukan
set yang tidak berfungsi. Set ketidakfungsian adalah tindakbalas keluarga, dibentuk
dalam tindakbalas kepada tekanan, ia adalah modifikasi yang diulang apabila
berlakunya konflik keluarga. Contohnya, satu pasangan bertengkar dan mengeluarkan
kata-kata kesat, ini telah menyebabkan pasangannya menjadi marah dan rasa tercabar.
Maka, berlakunya serangan dari segi fizikal seperti pasangan lelaki menampar
pasangan wanitanya.

Beberapa prosuder telah dibina dengan pendekatan terapi struktural keluarga


(Friesen, 1985; Minuchin & Fishman, 1981). Teknik ini kadangkalan dijalankan

48
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

dalam cara yang berturut-turut atau digabungkan. Kaedah rawatan struktural paling
kerap digunakan adalah seperti berikut:

 Joining
Joining didefinisikan sebagai proses berpasangan yang merujuk di antara terapis dan
keluarga, mengetuai kepada pembentukan sistem terapeutik (Sauber, L’Abate, &
Weeks, 1985, p. 95). Ini melibatkan terapis mewujudkan hubungan dengan setiap ahli
keluarga. Dalam proses ini, terapis bersama ahli keluarga melahirkan minat melalui
secara individual dan bekerja bersama dan untuk mereka (Minuchin & Fishman,
1981). Dalam peranan mengetuai ini, terapis menolong proses rawatan ahli baru.
Joining adalah boleh dikatakan sebagai antara keperluan yang paling penting yang
diperlukan untuk penstrukturan semula. Penjagaan khas dan pemerhatian perlu
diambil untuk melihat tanda daripada bapa yang menganggap terapi merugikan masa
dan wang atau daripada kemarahan remaja yang merasakan mereka menjadi mangsa.
Ini adalah penting untuk menghubungkan semula kekerapan mereka dengan jarak
waktu semasa terapi yang secara terang-terangan menunjukkan perasaan cemas dan
kemarahan. Pendekatan terapi struktural keluarga dalam menyertai keluarga ada
empat cara antaranya:

 Tracking
Dalam kaedah ini, terapis hanya mengikut kandungan keluarga. Contohnya, terapis
mungkin akan mengatakan kepada seorang wanita: “maka dapatlah saya faham situasi
ini, awak dan suami awak berkahwin pada bulan Mei yang lepas dan sekarang akan
mendapat cahaya mata pada bulan tiga yang akan datang. Kamu tidak berfikir bahawa
kamu tidak mempunyai banyak masa untuk membiasakan diri bersama pasangan
sebelum bercadang untuk mempunyai anak”. Semasa tracking, penyalahan tidak
dibuat oleh terapis. Tracking adalah merupakan contoh terbaik apabila terapis
memberi tindak balas kepada keluarga.

 Mimesis
Melalui kaedah ini, terapis menjadi sebahagian daripada keluarga “dalam bentuk atau
kandungan komunikasi mereka contohnya, berjenaka dengan keluarga periang atau

49
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

bercakap secara perlahan atau jarang-jarang dengan keluarga yang bercakap perlahan”
(Sauber et al., 1985, p. 107).

 Confirmation of a family member


Proses ini melibatkan penggunaan perkataan secara efektif untuk membayangkan
kejelasan atau tidak jelas perasaan ahli keluarga. Ini mungkin dicapai melalui
gambaran yang tidak menyalahkan individu dalam tingkahlakunya. Contohnya,
terapis menyatakan kepada kanak-kanak perempuan yang merenung lantai apabila
dipanggil ayah mereka: “saya merasakan bahawa kamu melihat lantai apabila kamu
bercakap dengan ayah kamu yang menghubungkan dengan perasaan dalaman yang
sedikit kemurungan”.

 Accomodation
Terapis secara perseorangan akan membuat pengubahan arahan untuk mencapai
perjanjian terapeutik. Contohnya, terapis perlu menanggalkan kot jika ahli keluarga
yang datang hanya berpakaian biasa (Minuchin, 1974).

 Disequilibrium Techniques
Teknik ini adalah sebagai intervensi kepada terapis yang ditujukan kepada perubahan
sistem. Beberapa cara yang dijalankan bagi teknik ini iaitu:

 Reframing
Teknik ini melibatkan perubahan persepsi oleh penjelasan situasi daripada kandungan
yang berbeza. Dalam aktiviti ini, fakta peristiwa tidak berubah tetapi maksud situasi
diperiksa daripada perspektif yang baru (Sherman & Fredman, 1986). Melalui proses
ini, situasi negatif kadangkala dilihat dalam kebanyakkan sudut yang menggalakkan.
Jenis perubahan ini adalah penting untuk mendedahkan pergerakan dalam terapi
keluarga. Contohnya, jika tingkahlaku yang menimbulkan gangguan ini dibentuk
semula oleh terapis sebagai kenakalan yang tidak boleh diperbaiki, ahli keluarga akan
mencari jalan untuk mengubah sikap terhadap kenakalan ini dan menolong mereka ini
berubah.

 Punctuation

50
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Punctuation adalah fenomena biasa dan dikategorikan daripada interaksi semua


manusia. Dalam terapi struktural keluarga, punctuation adalah “gambaran urusniaga
yang digariskan dalam menurut dengan matlamat terapis” (Colapinto, 2000, p.158).
Contohnya, jika terapis mencuba untuk memperlihatkan bahawa seorang ibu
mempunyai kecekapan dalam mengawal tingkahlaku anaknya, terapis akan membina
kecekapannya apabila dia membetulkan atau mendisiplinkan anaknya. Persepsi setiap
orang adalah berbeza dan berubah-ubah.

 Unbalancing
Unbalancing adalah prosuder yang mana sokongan terapis kepada seseorang atau
subsistem yang menentang keluarga ini. Contohnya, terapis akan duduk disebelah
kanak-kanak perempuan yang tidak mengikut tradisi keluarga. Dalam situasi ini,
terapis akan memberi sebab mengapa ia penting kepada kanak-kanak perempuan ini
membuat tingkah laku yang baru. Apabila teknik ini digunakan untuk menyokong
individu yang ditindas dalam sistem keluarga, sebagai peluang untuk berubah dengan
memelihara perhubungan jumlah hierarki (Sauber et al., 1985).

• Enactment
Proses enactment bermakna kepada keluarga dalam membawa rawatan secara
berterusan kepada tingkahlaku bermasalah oleh mereka kepada terapis dalam
demonstrasi urusniaga. Contohnya, keluarga secara jelas bersetuju mengenai
bagaimana mereka perlu memperuntukkan hari cuti yang disoal menjadi
pertengkaran hangat semasa adanya terapis sebagai ganti menunggu masa yang sesuai
untuk bergaduh. Idea ini adalah untuk melihat bagaimana interaksi ahli keluarga
dengan yang lain dan mencabar kewujudan bentuk dan peraturan.

Kaedah ini dapat digunakn untuk menolong ahli mengawal tingkahlaku


mereka yang mendesak. Ia merupakan cara terakhir kepada ahli yang mendakwa
bahawa mereka berupaya mengawal tindakannya, pemikiran dan perasaannya.
Keputusan menunjukkan bahawa pengalaman ahli keluarga memberikan mereka
transaksi dengan kesedaran memuncak (Minuchin, 1974).

• Working with Spontaneous Interaction

51
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Teknik ini adalah merujuk kepada terapis yang mempunyai kepakaran yang
memfokuskan kepada perhatian sesetengah tingkahlaku. Ia penyebab apabila keluarga
mempamerkan tindakan yang menimbulkan gangguan dan tidak berfungsi dalam sesi
seperti ahli yang menjerit kepada ahli yang lain atau ibu bapa menjauhkan diri
daripada anak mereka. Dalam kes ini, terapis akan menanda dapatan dinamik dan
tingkahlaku yang berterusan. Fokus adalah ke atas proses bukannya kandungan. Ini
penting kepada terapis bahawa penggunaan seperti masa untuk menolong membentuk
semula interaksi keluarga dan apa kekuatan mereka bawa mengenai perubahan kepada
modifikasi.

• Boundary Making

Sempadan adalah garisan yang tidak dapat dilihat bahawa pengasingan seseorang atau
subsistem daripada yang lain secara psikologikal (Minuchin, 1974). Untuk kefungsian
yang efektif, keluarga memerlukan jenis sempadan yang berbeza pada masa yang
berlainan daripada perkembangan tahap. “Setiap tahap membawa kepada desakan,
ahli keluarga tampil untuk menyesuaikan keperluan yang baru sebagai pertumbuhan
dan peningkatan umur ahli keluarga dan mengubah keadaan” (Minuchin, 1993, p. 40).

Contohnya, keluarga memerlukan banyak sempadan yang tetap tahap semasa


anak-anak masih muda dalam mengarah untuk memastikan bahawa setiap orang perlu
penjagaan dan sempadan ini mudah lentur semasa mereka remaja. Arahan dilihat
dalam tuntutan aturan yang berbeza. Terapis dapat menolong keluarga samada
mengukuhkan atau menghilangkan sempadan, bergantung kepada situasi keterbukaan
keluarga (Sauber et al., 1985, p. 16).

• Intensity
Intensity adalah struktural kaedah transaksi perubahan maladaptif yang menggunakan
kekuatan mempengaruhi intervensi berulang atau tekanan berpanjangan. Contohnya,
intensity adalah manifestasi kepada terapis memaksa ahli tampil memberitahu kepada
keluarga untuk membuat sesuatu yang berlainan (Minuchin & Fishman, 1981).
Intensity merupakan cara yang paling berkesan jika terapis tahu apa yang mereka

52
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

mahu bertanya dan buat secara terus, cara meminta maaf sebagai matlamat
spesifiknya.

• Restructuring
Prosedur penstrukturan semula adalah jantung kepada pendekatan struktural.
Kesannya, matlamat pendekatan kepada terapi keluarga adalah perubahan struktural.
Penstrukturan semula melibatkan perubahan struktur kepada keluarga. Rasional
penstrukturan ini adalah untuk membuat keluarga lebih berfungsi dengan mengubah
kewujudan hierarki dan membentuk interaksi maka permasalahan dapat diatasi.

Contohnya, jika bapa mendominasi kepada satu tahap yang menyebabkan


anak-anak merasa takut, terapis akan memberi arahan kepada ahli keluarga untuk
melakonkan suasana bapa yang mendominasi. Jika ini berlaku, terapis akan mengarah
sesetengah ahli keluarga untuk melakukan dalam sesetengah jalan, sebagai contoh,
semua ahli keluarga bekerjasama untuk tidak menerima arahan daripada bapa dan
tidak menghiraukannya.

• Shaping Competence
Dalam proses membentuk kecekapan, terapis struktural keluarga menolong keluarga
dan ahlinya menjadi lebih berfungsi dengan menjelaskan tingkahlaku yang positif.
Contohnya, terapis akan menyokong ibu bapa yang mahu membentuk tingkahlaku
anak mereka. Walaupun begitu, ibu bapa hanya berjaya membentuk tingkahlaku
dalam masa yang singkat.

Kesan pembentukan kecekapan bergantung kepada terapis. Jika tidak berjaya


kemungkinan kecekapan ini disebabkan oleh kelemahan terapis dalam menangani
pembentukan kecekapan yang tidak semestinya cekap sepanjang masa. Sebaliknya,
terapis memberi peneguhan kepada ahli keluarga untuk membuat perkara yang betul
atau menghargai setiap keputusan yang dibuat olehnya (Minuchin, Lee, & Simon,
1997). Keputusannya, keupayaan positif dijelaskan dan menghargai jalan yang lain
daripada bekerja dengan masalah yang dibuat.

• Diagnosing

53
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Satu daripada keutamaan kepada terapi struktural keluarga adalah untuk mendiagnosis
keluarga seperti cara untuk menerangkan hubungan yang berkaitan dengan sistematik
kepada semua ahli keluarga. Contohnya, terapis akan memerhatikan gangguan dalam
penggabungan dan hubungkaitnya dikalangan ahli keluarga. Diagnosis diselesaikan
seawal proses terapeutik sebelum keluarga menerima terapis sebagai sebahagian
daripada sistem. Melalui interaksi diagnosis, terapis menjadi proaktif dalam
mempromosikan intervensi struktural.

• Adding Cognitive Constructions


Walaupun Terapi Struktur Keluarga berorientasikan kepada tindakan yang utama, ia
mengambil kira komponen dengan lain perkataan iaitu membantu keluarga dan juga
diri mereka sendiri. Aspek yang di gunakankan dalam penambahan pembinaan
kognitif ini termasuklah nasihat, memberi maklumat, pragmatik fiksyen dan paradok.
Nasihat dan maklumat yang diberikan adalah berasal daripada pengalaman dan
pengetahuan oleh keluarga dalam terapi. Ia digunakan untuk mengurangkan tekanan
pada ahli keluarga yang sangat terganggu fikiran atau untuk menenangkan individu
atau keluarga berkaitan dengan sesuatu tindakan.

Pragmatik fiksyen pula digunakan untuk membantu keluarga dan ahli-ahlinya


berubah. Sebagai contoh, ahli terapi boleh kadang-kadang untuk memberitahu kanak-
kanak bahawa dia telah bertindak kurang matang berbanding usianya. Paradok pula
adalah kenyataan yang kelihatan bercanggah tetapi mengandungi kebenaran. Ia adalah
mesej yang keliru yang bermaksud untuk menghalang atau keluarga yang keliru dan
memotivasikan mereka untuk mencari alternatif. Sebagai contoh, sebuah keluarga
menentang ajaran dan perubahan mungkin tidak mahu mengikut ajaran dari ahli terapi
dan tidak mahu berubah. Biarkan mereka bertindak seperti yang mereka mahukan.
Keluarga mungkin menentang ahli terapi atau mereka mahu melihat alasan kenapa
tingkah laku mereka perlu di ubah untuk berinteraksi dengan ahli-ahlinya.
3.4.2 Peranan Terapis

Terapis struktural keluarga meninjau dan mempunyai kepakaran yang secara aktif
dalam menjalankan intervensi untuk mengubahsuai dan melakukan perubahan kepada

54
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

struktur keluarga yang digariskan. Kejayaan terapis struktural keluarga ini akan
menentukan ketinggian kuasa dan ketepatan masa (Minuchin et.al., 1967).

Peranan terapis berubah lebih kepada perjalanan terapi (Minuchin, 1974).


Sebagai contoh dalam fasa pertama rawatan, ahli terapi bergaul dengan keluarga dan
bertindak sebagai ketua. Dalam fasa yang kedua, terapis dari segi mental merancang
dengan teliti struktur yang menjadi asas keluarga. Dalam fasa yang terakhir, ahli
terapi membantu mengubah struktur keluarga. Semasa rawatan dijalankan, terapis
melihat rentak keluarga dan kemudiannya menyertai mereka dan seterusnya
meninggalkan bidang interaksi secara arahan dalam mengubah suasana terapeutik
(Friedlander et al., 1991, p. 397). Terapis menggunakan beberapa teknik dalam
mencapai matlamat perubahan, termasuklah ketidakseimbangan ( menyebelahi
sebelah pihak atau pilih kasih), pujian, cabaran, arahan terus, dan mengadili (Fishman,
1988; Minuchin & Fishman, 1981).

Secara tersirat, jika tidak jelas anggapan ia menunjukkan terapis adalah betul
interpretasinya mengenai apa yang berlaku kepada keluarga dan sebagai alat yang
berkuasa untuk menolong keluarga membina dan mengekalkan kebanyakkan fungsi
sistem. Dalam sesetengah kes, terapis beraksi secara dramatik ( jika untuk
mendapatkan perhatian keluarga) (Simon, 1984). Contohnya, terapis berkemungkinan
akan memberitahu kepada ahli keluarga yang menyepikan diri dan menyangkal
kewujudannya iaitu dengan menyuruh ahli keluarga menerima peranan dan bertindak
melalui peranan yang perlu dimainkan dalam menentukan keluarga tersebut.

Dalam erti kata yang lain, terapis menjadi kekunci dan menyatakan interaksi
secara berulang-ulang seperti seorang remaja yang bergantung kepada ibunya dalam
setiap tindak tanduknya. Pada masa yang sama, terapis perlu atau tidak perlu
menyebut setiap tindakan kepada ahli keluarga tersebut. Ahli terapis bekerja untuk
mengubah struktur keluarga ini tanpa mengira masa maka, ahli keluarga akan dapat
bersatu dalam mencari jalan yang sihat dan produktif.

3.4.3 Proses dan Hasil Terapeutik

55
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

Proses untuk berubah di dalam terapi struktur keluarga adalah barangkali perlahan-
lahan tetapi stabil. Kebiasaannya perubahan yang penting adalah selepas melakukan
beberapa sesi, ini kerana ahli terapi membantu ahli keluarga untuk mencuba untuk
bertindak balas dengan mereka menggunakan teknik yang spesifik. Ia adalah rawatan
yang berjaya, secara keseluruhannya struktur dalam keluarga adalah disusun semula.
Perubahan dalam struktur membolehkan ahli keluarga berhubung lain-lain fungsi dan
pelbagai produktif.

Kesimpulan

Seperti teori-teori sistem yang lain, terapi struktural keluarga adalah menarik di dalam
bagaimana komponen dalam sistem itu berinteraksi, bagaimana keseimbangan atau
homeostasis dicapai, bagaimana keluarga berinteraksi dalam mekanisma tindakbalas
dan bagaimana membentuk perkembangan dalam ketidakfungsian komunikasi.
Penegasan ditentukan daripada pendekatan struktural iaitu semua keluarga
mempunyai struktur yang disesuaikan melalui interaksi ahli. Sesetengah struktur
keluarga lebih berfungsi daripada yang lain. Keluarga yang mempunyai hierarki
diolah dengan lebih baik bergantung kepada persekitaran dan krisis yang mana
keluarga tidak meletakkan sebarang cara yang tertentu. Istimewanya kebaikan terapi
struktural keluarga adalah kepada pasangan, keibubapaan dan subsistem adik-beradik,
dan kejelasan sempadan di antara mereka. Tambahan lagi, peranan, peraturan dan
kuasa dalam keluarga ditegaskan.

Bilangan teknik dan prosedur yang inovatif datangnya daripada terapi


struktural keluarga. Dikalangan pengetahuan yang terbaik dan paling efektif adalah
joining, reframing, unbalancing, enacting, working with spontaneous interaction,
boundary formation, intensity, restructuring, shaping competence dan adding
cognitive constructions. Sesetengah keadaan, mereka memetakan interaksi keluarga;
dengan kata lain mereka campurtangan dalam situasi dramatik. Keadaan ini tidak
boleh diramalkan dan ianya boleh menjadikan pendekatan sebagai sebahagian
daripada kuasa.

Jika semuanya berjalan dengan lancar, keluarga akan meninggalkan rawatan


struktural keluarga dengan cara yang lebih berfungsi dengan salah seorang ahli

56
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

keluarga boleh berinteraksi dengan sempadan yang jelas. Keluarga mungkin tidak
mempunyai celik akal dalam menentukan tingkahlaku yang baru, tetapi mereka
mempunyai cara yang baru berkaitan. Terapi struktural keluarga adalah pelbagai
dalam jenis keluarga yang boleh digunakan. Ia juga senang digabung dengan
pendekatan terapi keluarga yang lain seperti terapi strategik keluarga. Kritikan kepada
pendekatan ini mendakwa bahawa ia terlalu memberi perhatian ke atas permukaan
isu dan ini mungkin menyebabkan seksis yang tersembunyi. Lagi, terapi struktural
keluarga semakin popular sebagai rawatan metodologi.

3.5 Terapi strategik

3.5.1 Pengenalan

Strategi terapi keluarga di bina berdasarkan andaian dan konsep asas yang merujuk
kepada sifat semulajadi manusia dan masalah-masalah yang timbul serta idea-idea,
peraturan dan sistem dalam keluarga yang perlu dipatuhi. Tambahan itu, konflik
tentang kefungsian keluarga yang dipersembahkan perlu disedari dan diakui.
Walaubagaimananapun, ahli terapi strategi menggunakan cara yang berbeza dalam
penyelesaian masalah ini.

Simptom-simptomnya ialah system-maintaining and destructive berlaku dalam


satu bulatan dengan keadaan saling bertindak antara ahli keluarga untuk mencapai
kejayaan dalam matlamat yang dibina. Pembangunan tahap dalam pusingan keluarga
mempunyai kuasa tetapi sistem keluarga yang tidak berfungsi boleh menimbulkan
konfilik. Dalam strategik Family Terapi, fokus adalah masa sekarang; celik akal
perubahan tingkahlaku untuk berhadapan dengan konflik dan kefungsian keluarga.

Pakar terapi strategik biasanya akan bertindak sebagai pengarah yang


memberikan arahan kepada keluarga untuk bertindak. Ahli terapi akan membuat
hipotesis setiap masalah yang timbul dan menyediakan atau memberi arahan kepada
setiap ahli keluarga apa yang mesti mereka selesaikan. Ahli terapi strategik pada
mulanya akan melihat akibat daripada kelakuan yang wujud dalam keluarga.
Contohnya, apabila salah seorang ahlli keluarga bercakap, maka apakah tindakan ahli
keluarga yang lain. daripada kes yang ditunjukkan, apabila ahli keluarga bercakap

57
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

mengenai ahli keluarga lain yang bermasalah, ahli tersebut hanya diam manakala
percakapan atau luahan yang dikeluarkan oleh ahli tadi mendapat reaksi daripada
anggota ahli keluarga yang lain. Manakala ahli yang ditegur tadi hanya mendiamkan
diri. Ahli terapi akan memerhati setiap kelakuan dan interaksi antara mereka dan akan
membuat satu bentuk arahan bagi percubaan untuk menyelesaikan masalah.

3.5.2 Matlamat

Matlamat terapi adalah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukan oleh setiap
ahli keluarga. Masalah ini mentakrifkan rangkaian tingkahlaku antara ahli keluarga
dalam konteks sosial. Matlamat terapis ialah mengatasi masalah semasa, mencari
jalan penyelesaian dan membawa perubahan. Bagi mencapai matlmat ialah
mengenalpasti tingkahlaku dan perkara yang tidak menimbulkan masalah. Menjadi
tanggungjawab terapis untuk menyediakan plan tindakan berdasarkan perbicangan
kedua-dua pihak untuk memutuskan masalah klien dalam konteks sosial. Matlamat
kedua terapi untuk membantu setiap ahli keluarga bergerak ke arah fasa lain dalam
pusingan kehidupan keluarga, berdasarkan kesesuaian kehidupan individu.

4.5.3 Proses Terapi

Proses terapi bersifat praktikal, klien menerima arahan dan maklumat dan di bawah
bimbingan terapis. Objektif rawatan adalah untuk membaiki urutan tingkahlaku bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan. Menurut Haley (1987), 5 tahap terapi strategi
ialah:
I. Social stage: Terapi akan bercakap kepada setiap orang, bertanyakan
nama dan mendapatkan tindakbalas sama seperti tuan rumah
melayan tetamu agar berasa selesa. Terapi melihat kedudukan yang
telah ahli keluarga pilih, cara ahli keluarga berfikir dan memadankan
perasaan ahli keluarga dengan bahasa badan dan vokal.
II. Problem stage: Terapis meneroka masalah dengan menggunakan
formal questions.
III. Interaction Stage: Terapis meminta ahli keluarga bercakap antara
satu sama lain tentang masalah yang dihadapi. Di sini terapis akan

58
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

memantau, siapa yang bercakap dengan siapa, siapa yang pendiam


dan siapa yang banyak menggangu percakapan orang lain. Terapis
tidak akan berkongsi hipotesis yang dibuat bersama ahli keluarga
tersebut.
IV. Goal-Setting Stage: Terapis mencari perubahan yang diharapkan oleh
setiap ahli keluarga dari terapi yang dijalankan. Harapannya ialah
perubahan tingkahlaku berterusan dan berteraskan kebaikan atas
bimbingan terapis.
V. Task-Setting Stage: Terapis memberi setiap ahli keluarga arahan.
Arahan ini praktikal untuk waktu sekarang dan tugasan lain
diarahkan untuk disiapkan pada waktu tertentu. Temujanji untuk
masa akan datang adalah melihat tahap kerja yang dapat dilakukan
dan terapis akan memberitahu ahli keluarga yang mana perlu
kembali menjalani sesi.

Terapis menggunakan 5 tahap ini sebagai cara pembinaan alternatif sehingga ahli
keluarga mempersembahkan masalah yang perlu diselesaikan dan berbincang
bersama-sama.

3.5.4 Teknik Strategi Terapi

I. Directives: arahan berkuasa dalam strategi terapi, arahan yang diberikan


secara langsung dan berharap arahan klien melaksanakan arahan yang diberi.
Arahan tersebut tidak berbentuk penghakiman tetapi perlu dipatuhi oleh
semua ahli keluarga untuk melahirkan perubahan. Matlamat directives ialah
untuk mengubah tingkahlaku klien ke arah alam realiti. Directives memberi 3
fungsi :
i. Untuk mempromosikan perubahan tingkahlaku dan pengalaman
subjektif klien bagi setiap ahli keluarga.
ii. Meningkatkan usaha klien dan terapis dalam merapatkan hubungan
berdasarkan tugasan yang diberi.
iii. Mengumpul maklumat tentang ahli keluarga dari tindakbalas ahli
keluarga berdasarkan arahan terapi

59
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

II. Paradoxical Directives: Teknik ini membantu ahli keluarga melakukan


dengan
bersungguh-sungguh terhadap perkara yang diamalkan dengan tujuan
meredakan masalah. Kejayaan yang ditentukan oleh terapis berdasarkan
arahan yang bertentangan dengan ahli keluarga, menahan keluarga daripada
berubah dan melakonkan keadaan yang menimbulkan masalah di hadapan
terapis sehingga kebuntuan. Selain itu, mengikut isu yang bertentangan dan
diakhiri dengan perunduran untuk menghasilkan perubahan. Secara
tipikalnya, tugasan ini untuk membantu ahli keluarga saling mempercayai
antara satu dengan lain setelah berjaya mendefinisikan masalah yang dihadapi.
III. Reforming: Nama lain ialah relabeling, positive interpretation, positive
connotation dan rettribution. Terapis menawarkan pandangan berbeza untuk
mempersembahkan konfilik keluarga. Ahli keluarga akan berfikir dan
bertindak balas terhadap perbezaan-perbezaan dalam isi kandungan akan
datang.
IV. Prescribing The Symptom: Terapis akan menerima dan membesar-besarkan
symptom yang dikemukan oleh ahli keluarga. Tujuan campur tangan terapis
yang bertentangan dengan ahli keluarga supaya klien melihat kejelekitan
berterus- terang tentang tingkahlaku symptomatic bagi membentuk
tingkahlaku baru.
V. Pretend Techniques: Ini adalah campur tangan bertentang yang mana klien
secara
terus-terang berpura-pura mengalami masalah untuk mengubah tingkahlaku
orang lain. Contohnya seorang bapa berpura-pura menghidap penyakit jantung
kronik dan mempunyai masa hidup yang singkat. Kedaan ini boleh mengubah
tingkahlaku anaknya dari tidak menghiraukannya kepada menjaga bapa
tersebut dengan baik.
VI. Restraining Changes: Terapis melemahkan semangat ahli keluarga untuk
bergerak dengan pantas. Terapis mengkonfrantasi perubahan mustahil akan
berlaku.
VII. Ordeals: Terapis menyediakan isu-isu iaitu memberi arahan yang sukar
kepada klien yang menghadapi masalah tingkahlaku. Arahan tersebut terlalu sukar
dan hanya melahirkan keburukan. Secara tipikalnya, arahan membuatkan
seseorang bertindak dengan baik. Kesannya ahli keluarga membuat pilihan untuk

60
Intervensi Dalam Kaunseling (KKT 3013)

bertinkahlaku secara konstruktif. Contohnya mereka yang cemas digalakkan


bersenam di luar kemampuan dalam bebepara minit bagi menghilangkan
kecemasan yang dialami.
VIII. Metaphor For Task: Aktiviti dan percakapan secara simbolik tentang masalah
adalah arahan terapis. Keadaan ini menyenangkan perubahan secara tidak
langsung.
IX. Devil’s Pact: Keluarga bertanggungjawab terhadap tugasan ini sebelum
terapis membuat kesimpulan. Keluarga dinasihatkan oleh terapis bahawa tugasan
ini mempunyai pemintaan melampau. Oleh sebab itu, mereka perlu memilih untuk
memutuskan atau tidak mahu memutuskan bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi.

Kesimpulan terapi Keluarga

Terapi sistem keluarga merupakan di antara pendekatan yang biasa digunakan ke atas
keluarga yang bermasalah. Ia bersifat ringkas, khusus, positif dan menarik kepada
keluarga yang berhadapan dengan masalah organisasi dan perkembangan. Terdapat
teknik-teknik yang dibentuk secara langsung untuk mengubah tingkah laku dan
pemikiran, yang jarang dititik beratkan dalam pendekatan teraputik yang lain.

Terapi sistem keluarga telah dibangunkan dan dikritik disebabkan cara


rawatan yang digunakan. Namun pendekatan-pendekatan yang digunakan sangat
kukuh, terapis bersungguh-sungguh untuk membantu ahli keluarga membuat
perubahan. Walaubagaimanapun teknik yang ringkas ini dikritik kerana tidak mampu
memainkan peranan yang terperinci untuk menangani masalah keluarga.

Secara keseluruhannya terapi sistem keluarga bersifat jelas, khusus dan


mempunyai matlamat rawatan yang terarah berdasarkan kepada teknik-teknik yang
digunakan.

61