Anda di halaman 1dari 10

UNIT 6: WANG HINGGA RMI00

UNIT 6.1

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Imbas kembali


Menyatakan nilai wang pengetahuan sedia ada murid. Minta mereka mengenal
dalam „RM‟ dan 'sen' pasti mata wang Malaysia dengan menunjukkan
cetakan wang kertas dan cetakan duit syiling bersaiz
besar.

2. Perkenalkan wang kertas lima puluh ringgit dengan


menggunakan wang kertas sebenar atau cetakannya.
Minta murid memperihalkan tentang nombor, tulisan dan
gambar pada permukaan, nilai, warna, serta saiz
BAHAN BANTU MENGAJAR mengikut pemerhatian mereka. Banding bezakan
dengan wang kertas yang lain.
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran: 3. Edarkan lembaran aktiviti, gambar duit syiling, gambar
1. Cetakan wang kertas wang kertas, kertas mahjong, gunting dan gam kepada
bersaiz besar setiap kumpulan.
2. Cetakan duit syiling
bersaiz besar 4. Maklumkan murid bahawa mereka akan menghasilkan
3. Lembaran Aktiviti satu „Katalog Promosi Jualan‟ (sila rujuk contoh „Katalog
(Rujuk BBM ms. ) Promosi Jualan‟).
4. Gambar duit syiling
(Rujuk BBM ms. ) 5. Minta murid menggunting gambar barangan, gambar
5. Gambar wang kertas duit syiling dan gambar wang kertas tersebut. Dengan
(Rujuk BBM ms. ) merujuk kepada senarai barangan dan harganya,
6. Kertas mahjong mereka diminta melekatkan gambar barangan berserta
7. Gunting gambar duit syiling dan gambar wang kertas yang betul
8. Gam nilainya pada kertas mahjong untuk menjadi sebuah
katalog. Murid boleh menggunakan kreativiti masing-
masing.
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Papan tulis individu 6. Bincang dan bandingkan pelbagai kombinasi wang
2. Pen marker yang terhasil. Pamerkan hasil kerja mereka.
3. Kad bergambar
7. Edarkan Lembaran Kerja 6.1.

139
UNIT 6: WANG HINGGA RMI00

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Matawang 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis


Wang kertas individu dan pen marker kepada setiap kumpulan.
Duit syiling
Ringgit 2. Sediakan tujuh stesen dalam bilik darjah. Di setiap stesen,
Sen letakkan satu kad bergambar berserta tanda harganya
Harga (dalam perkataan) seperti berikut:
Nilai
Jumlah
Kombinasi

empat puluh sembilan ringgit

3. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan


bermula di stesen B, dan seterusnya.

4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Di setiap stesen,


murid perlu menuliskan harga barangan dalam kad
bergambar tersebut dalam „RM‟ atau „sen‟.

5. Wisel ditiup lagi dan mereka perlu bergerak ke stesen


yang berikutnya.

6. Teruskan aktiviti hingga kesemua stesen telah selesai.

7. Pada akhir permainan setiap kumpulan perlu


menyerahkan jawapan.

8. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang


mendapat jawapan betul yang paling banyak dikira
pemenang.
UNIT 6: WANG HINGGA RMI00
Contoh ‘Katalog Promosi Jualan’

RM1
RM5

RM18

RM2

RM15 RM80

141
UNIT 6: WANG HINGGA RMI00

UNIT 6.2

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (empat orang).


Menukarkan wang kertas
sehingga RM100 2. Minta murid menceritakan tentang wang tabungan
mereka (jika ada).

Soal jawab:
Jumlah tabungan saya ialah lima belas ringgit.
(Tuliskan ‘RMI5’ pada papan tulis)
Wang kertas yang saya tabungkan ialah satu keping
sepuluh ringgit dan satu keping lima ringgit.
BAHAN BANTU MENGAJAR (Lekatkan cetakan wang kertas seperti berikut pada
papan tulis)
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran: RMI5
1. Cetakan wang kertas
bersaiz besar
2. Cetakan duit syiling
bersaiz besar
3. Pelekat Bolehkah saya gunakan wang kertas lain untuk
4. Gambar wang kertas mendapatkan jumlah yang sama? Tunjukkan saya.
(Rujuk BBM ms. ) (Pilih beberapa murid untuk melekatkan kombinasi
5. Kertas mahjong cetakan wang kertas yang berbeza pada papan tulis.
6. Gunting Bincang dan bandingkan jawapan mereka)
7. Gam
8. Pen marker 3. Ulangi langkah 2 dengan memberikan contoh-contoh
yang lain.

Bagi aktiviti pengukuhan: 4. Seterusnya edarkan gambar wang kertas, kertas


1. Radio/muzik mahjong, gunting, gam dan pen marker kepada setiap
2. Kotak kosong kumpulan.
3. Kad soalan
(Rujuk BBM ms.) 5. Minta murid membahagikan kertas mahjong kepada
4. Cetakan wang kertas empat bahagian dengan menggunakan pen marker
bersaiz besar dan menuliskan jumlah tabungan seperti berikut:
5. Pelekat
RM30 RM55

RM78 RMl00

6. Seterusnya minta murid menggunting gambar wang


kertas yang diedarkan. Dengan merujuk kepada jumlah
tabungan, mereka perlu melekatkan gambar-gambar
wang kertas yang sama nilainya pada ruangan tersebut.

7. Bincang dan bandingkan pelbagai kombinasi wang


yang terhasil. Pamerkan hasil kerja mereka.

8. Edarkan Lembaran Kerja 6.2.


UNIT 6: WANG HINGGA RMI00

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Matawang 1. Adakan permainan „Kotak Beracun‟.


Wang kertas
Duit syiling 2. Masukkan kad soalan ke dalam kotak.
Ringgit
Sen 3. Muzik dimainkan. Kotak tersebut diedarkan daripada
Harga murid ke murid yang lain.
Nilai
Jumlah 4. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang ‟kotak
Kombinasi beracun‟ tersebut akan mengambil satu kad soalan
daripada dalam kotak.

5. Murid tersebut hendaklah membaca soalan dan


memberikan jawapan yang betul dengan melekatkan
cetakan wang kertas yang betul pada papan tulis.

6. Semak jawapan bersama-sama. Sekiranya jawapan


tersebut salah, soalan akan dibuka kepada murid yang
lain.

7. Soalan yang telah dijawab perlu dikeluarkan dari kotak


tersebut.

8. Permainan diteruskan hingga selesai.

143
UNIT 6: WANG HINGGA RMI00

UNIT 6.3

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Adakan aktiviti „Jual beli‟.


Menambah wang sehingga
RM100 2. Sediakan „tapak‟ bagi empat buah gerai jualan iaitu:
 gerai buah-buahan
 gerai kuih-muih
 gerai alat tulis
 gerai barang-barang permainan

3. Tetapkan dua murid sebagai „penjual‟ di setiap tapak.


Susunkan meja sebagai gerai dan susunkan kad
BAHAN BANTU MENGAJAR bergambar yang mewakili barang jualan di atas meja.

Bagi sesi pengajaran & 4. Murid lain berperanan sebagai „pembeli‟ dalam
pembelajaran: kumpulan (tiga oran
1. Sampel wang kertas 5. g). Edarkan sampel wang kertas dan sampel duit syiling
2. Sampel duit syiling yang mencukupi kepada setiap kumpulan „pembeli‟.
3. Kad bergambar buah-
buahan 6. Terangkan bagaimana aktiviti ini dijalankan.
(Rujuk BBM ms. )  „Pembeli‟ akan menggunakan sampel wang yang
4. Kad bergambar kuih- mereka terima sebagai „wang belanja‟ dan
muih dibenarkan membeli dua „barang‟ sahaja.
(Rujuk BBM ms. )  „Penjual‟ akan memberi kad bergambar tersebut
5. Kad bergambar alat tulis kepada „Pembeli‟.
(Rujuk BBM ms. )
6. Kad bergambar barang- 7. Pantau setiap kumpulan untuk membantu murid dalam
barang permainan aktiviti ini dan kenal pasti masalah pembelajaran murid.
(Rujuk BBM ms. )
8. Apabila aktiviti selesai, murid diminta melekatkan kad
bergambar pada papan tulis.
Bagi aktiviti pengukuhan:
Kad domino tambah 9. Minta murid mengira jumlah harga mana-mana dua
(disusun secara rawak) barangan yang dilekatkan pada papan tulis (sen dan
(Rujuk BBM ms. ) sen, ringgit dan ringgit sahaja) dan mencatatkannya
pada buku latihan.

10. Edarkan Lembaran Kerja 6.3.

Nota: Kad bergambar boleh digantikan dengan barang


sebenar atau sampel.
UNIT 6: WANG HINGGA RMI00

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Matawang 1. Bentukkan kumpulan (lima orang). Edarkan satu set kad


Wang kertas domino kepada setiap kumpulan. Murid diminta
Duit syiling mengambil tiga keping kad setiap seorang.
Ringgit
Sen 2. Kad „MULA‟ diletakkan di atas meja bagi setiap
Harga kumpulan. Contohnya:
Nilai
Jumlah MULA RM35 + RM2 =
Tambah
Sama dengan
Wang belanja Kesemua ahli kumpulan perlu membaca soalan yang
tertera “Tiga puluh lima ringgit tambah dua ringgit sama
dengan ...”

3. Kesemua ahli kumpulan akan menyemak sama ada dia


mempunyai kad jawapan bagi soalan tersebut.
Sekiranya dia memegang kad jawapan bagi kad „MULA‟
ini, dia perlu menyebut “Tiga puluh tujuh ringgit” dan
kemudian membaca soalan berikutnya “Empat puluh
dua ringgit tambah tujuh ringgit sama dengan ...”.

RM37 RM42 + RM7 =

Jawapan bagi kad Soalan yang


sebelumnya berikutnya

4. Permainan diteruskan hingga selesai. Kumpulan yang


paling awal menamatkan permainan dikira pemenang.

145
UNIT 6: WANG HINGGA RMI00

UNIT 6.4

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (empat orang).


Menolak wang sehingga
RM100 2. Edarkan sebiji dadu, empat keping sida dan papan
permainan „Dam Ular Wang‟ kepada setiap kumpulan.

3. Terangkan bagaimana permainan ini dijalankan.


 Pemain pertama akan melontar dadu.
 Dia akan menggerakkan sidanya ke hadapan
mengikut bilangan bintik pada permukaan atas dadu
tersebut.
BAHAN BANTU MENGAJAR  Jika dia berada pada petak yang terdapat soalan di
dalamnya, dia dikehendaki menyelesaikan soalan
Bagi sesi pengajaran & tersebut.
pembelajaran:  Pemain pertama yang berjaya menamatkan
1. Dadu permainan dikira pemenang.
2. Sida
3. Papan permainan 4. Edarkan Lembaran Kerja 6.4.
„Dam Ular Wang‟
(Rujuk BBM ms. )

Bagi aktiviti pengukuhan:


Kad domino tolak
(disusun secara rawak)
(Rujuk BBM ms. )
UNIT 6: WANG HINGGA RMI00

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Matawang 1. Bentukkan kumpulan (lima orang). Edarkan satu set kad


Wang kertas domino kepada setiap kumpulan. Murid diminta
Duit syiling mengambil tiga keping kad setiap seorang.
Ringgit
Sen 2. Kad „MULA‟ diletakkan di atas meja bagi setiap
Harga kumpulan. Contohnya:
Nilai
Baki MULA RM35 – RM27 =
Tolak
Sama dengan
Kesemua ahli kumpulan perlu membaca soalan yang
tertera “Tiga puluh lima ringgit tolak dua puluh tujuh
ringgit sama dengan ...”

3. Kesemua ahli kumpulan akan menyemak sama ada dia


mempunyai kad jawapan bagi soalan tersebut.
Sekiranya dia memegang kad jawapan bagi kad „MULA‟
ini, dia perlu menyebut “Lapan ringgit” dan kemudian
membaca soalan berikutnya “Empat puluh sembilan
ringgit tolak lapan belas ringgit sama dengan ...”.

RM8 RM49 – RMI8 =

Jawapan bagi kad Soalan yang


sebelumnya berikutnya

4. Permainan diteruskan hingga selesai. Kumpulan yang


paling awal menamatkan permainan dikira pemenang.

147
UNIT 6: WANG HINGGA RMI00

UNIT 6.5

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan satu set kad
Menyelesaikan masalah cerita „Lawatan Ke Zoo Negara‟.
yang melibatkan wang
dalam situasi harian 2. Minta murid membaca cerita bersama-sama dan
menyelesaikan masalah dalam cerita tersebut secara
berkumpulan.

3. Edarkan Lembaran Kerja 6.5.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &


pembelajaran:
Kad cerita „Lawatan Ke Zoo
Negara‟
(Rujuk BBM ms. )

Bagi aktiviti pengukuhan:


1. Papan tulis individu
2. Pen marker
3. Kad bergambar berserta
tanda harga
(Rujuk BBM ms. )

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Matawang 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis


Wang kertas individu dan pen marker kepada setiap pasangan.
Duit syiling
Ringgit 2. Lekatkan kesemua kad bergambar pada papan tulis.
Sen
Harga 3. Soal jawab:
Nilai Jika kamu ada ... (sebutkan jumlahnya) ringgit, apa
Jumlah barangan yang boleh kamu beli?
Tambah
Baki Kamu ada ... (sebutkan jumlahnya) ringgit.
Tolak Berapa baki wang kamu jika kamu membeli ...
Sama dengan (sebutkan barangannya)?

Berapa jumlah wang yang perlu kamu ada untuk


membeli ... (sebutkan barangannya) dan ... (sebutkan
barangannya)?

4. Minta pasangan berbincang dan bergilir-gilir menuliskan


jawapannya pada papan tulis individu dan
menunjukkannya kepada semua.

5. Ulang langkah 3 dan 4 dengan jumlah yang lain.

Anda mungkin juga menyukai