Anda di halaman 1dari 38

WARGA TUA

SEJARAH PERKEMBANGAN KE ARAH PENUBUHAN RUMAH ORANG TUA

Kerajaan Tentera British amat sensitif dengan keperitan hidup rakyat yang menjadi

sasaran utama terutamanya rakyat Kelantan. Dengan objektif yang jelas Kerajaan Tentera British

menubuhkan Rumah Kebajikan di Kubang Kerian, Kota Bharu. Rumah Kebajikan ini memberi

pembelaan kepada warga tua dan kanak-kanak pada era sebelum tahun 1950. Pada tahun 1952,

tapak baru telah dikenalpasti.

Kawasan seluas 30 ekar di Kemumin, Pengkalan Chepa telah dipilih. Pada tahun 1952,

di tapak inilah sebanyak 20 blok bangunan didirikan dan rumah ini dibuka untuk penempatan

semula kumpulan sasar iaitu golongan orang tua dan miskin, cacat serta kanak-kanak khususnya

anak yatim piatu. Kumpulan sasar ditempatkan berasingan mengikut blok kawasan. Penghuni

cacat diberi latihan untuk berdikari manakala kanak-kanak diberi pendidikan secara formal.

Perasmian pembukaan rumah ini dimasyhurkan oleh DYTM Tengku Mahkota Kelantan iaitu

Tengku Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim pada Mei 1953.

Pada tahun 1960-an beberapa tragedi peperangan saudara berlaku di negara-negara jiran.

Akibatnya, ramai rakyat mereka telah lari untuk mendapat perlindungan di Malaysia. Sebahagian

pelarian ini di tempatkan di rumah ini sementara mereka dipindahkan ke negara ketiga atau

pulang semula ke negara masing-masing.

Menjelang tahun 70-an, satu lagi aspek masalah sosial telah dikenalpasti. Ada rakyat

telah kehilangan harta benda dan tidak berupaya berdikari. Selain itu, mereka juga tiada tempat

untuk mengadu nasib serta mendapat bantuan. Pihak berkuasa amat prihatin terhadap mereka.

Pada tahun 1977 Akta Orang Papa telah diperkenalkan. Melalui akta inilah orang papa yang

memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan diterima sebagai penghuni rumah ini. Untuk

1
memberi pembelaan yang sesuai kepada anak-anak yatim, pihak berkuasa telah membuat

keputusan untuk menempatkan mereka di Rumah Kebajikan yang boleh memberi keselesaan

mengikut keperluan mereka. Warga tua kekal tinggal di Rumah Orang tua Taman Kemumin,

warga cacat anggota ditempatkan di Bengkel Orang Cacat Jalan Bayam, Kota Bharu. Kanak-

kanak dihantar ke Rumah Kanak-Kanak Kuantan, Pahang pada akhir tahun 1970.

Pada tahun 1990, 16 bangunan yang didirikan pada tahun 1952 telah dirobohkan untuk

memberi laluan kepada bangunan baru. 4 blok yang masih kukuh dan selamat digunakan

dijadikan Pusat Harian untuk kanak-kanak spastik dan terencat akal.

Definisi warga tua.

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat warga tua dapatlah

didefinisikan sebagai ahli atau anggota yang sudah lanjut usia. Kebiasaannya warga tua dapat

dikesan melalui ciri-ciri fizikal seperti muka berkedut, badan lemah, penglihatan kabur dan

sebagainya. Selain itu, warga tua juga dapat dilihat daripada biologinya . Sebagai contoh

apabila wanita sampai ke tahap tua, mereka akan ‘menopause’ manakala lelaki iaitu pula

iaitu ‘andropaus’ . Pada usia ini mereka sentiasa mahukan perhatian dan kasih sayang kerana

tahap perkembangan usia mereka akan menurun ke tahap seperti kanak-kanak. Individu yang

terlibat dalam usia tua ini iaitu semua golongan lelaki dan perempuan. Keadaan umur bagi warga

tua antara 66 tahun ke atas.

Menurut pandangan barat John Shaw (1974), beliau telah membina ‘Model Putaran

Hidup’ 1
yang membahagikan manusia kepada beberapa peringkat. Antara peringkat

pertama iaitu usia (0-15 tahun) yang dikategorikan sebagai bayi dan kanak-kanak.

1 John Shaw (1974), membina ‘Model Putaran Hidup’.

2
Peringkat kedua pula, pada umur (16-25 tahun) iaitu dalam kategori remaja dan dewasa

awal. Pada peringkat ketiga, John menyatakan peringkat dewasa awal atau muda iaitu

dalam umur 26 hingga 40 tahun. Peringkat keempat pula ialah pertengahan umur (awal)

iaitu dalam lingkungan usia 41 hingga 55 tahun. Selain itu, peringkat kelima pula iaitu

pada umur 56 hingga 65 yang mewakili pertengahan umur (akhir) manakala peringkat

terakhir iaitu pada usia 66 hingga 70 tahun iaitu umur tua atau lanjut usia. Oleh itu, John Shaw

(1974) menyifatkan bahawa peringkat umur warga tua iaitu 66 tahun ke atas.

Menurut istilah warga tua dalam Islam, warga tua didefinisikan sebagai

pemanis dan pelengkap kepada kejayaan kehidupan manusia di dunia. Mereka perlu di hormati

serta dijaga dengan baik. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa' ayat 23
2
tafsirnya:

“Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-

Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang

dari keduanya atau keduanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan

pemeliharaan mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan

kasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,

tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang sopan-santun” .

Selain itu, menurut tokoh Islam iaitu Ibnu Mansur (1990;2373) warga emas ditakrifkan

sebagai orang yang telah meningkat usia tua dan sudah tumbuh uban pada dirinya. Sesetengah

sarjana mengehadkan umur warga tua kepada 50tahun ke atas. Keadaan ini dibuktikan lagi

dengan definisi oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka yang menyatakan bahawa warga tua ialah

orang tua. Tua itu sendiri telah menerangkan tentang usia lanjut, sudah hidup lama, atau sudah

2 Surah Al-Israa' ayat 23.

3
berumur. Peringkat umur warga tua ini merupakan satu fitrah kehidupan manusia yang tidak

boleh dielakkan oleh manusia. Hal ini demikian kerana, Allah S.W.T telah menentukan dalam

firman-Nya

“Dialah yang mencipta kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih,

kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging, kemudian dia

mengeluarkan kamu menjadi kanak-kanak; kemudian kamu dipelihara sehingga ke

peringkat dewasa; kemudian kamu dipanjangkan umur ke peringkat tua. Dan (dalam

pada itu) ada dalam kalangan kamu yang dimatikan sebelumnya. (Allah melakukan

kejadian yang sedemikian) supaya kamu sampai masa yang ditentukan (untuk menerima

balasan); dan supaya kamu memahami (hikmah-hikmah kejadian itu dan kekuasaan

Tuhan.”

(Surah Al Ghafir, 40;67)3

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah S.W.T menjadikan manusia mempunyai peringkat

yang tertentu supaya hikmat, kebaikan, dan tanggungjawab dapat dikongsi dan dilaksanakan

secara kolektif untuk menyempurnakan kehidupan manusia di dunia, sebagai contoh Allah

S.W.T menjadikan golongan tua supaya dapat diberikan khidmat, layanan dan kehormatan

kepada golongan muda agar sumbangan ini dapat dibalas dengan ganjaran pahala dan syurga.

Menurut bahasa Inggeris warga tua dapatlah didefinisikan sebagai ‘old man’ atau

‘parents’ yang merujuk kepada warga tua atau ibu bapa. Orang Inggeris juga menyatakan

bahawa orang tua juga perlu diberikan perhatian dan menghormati mereka. Ramai dalam

kalangan tokoh barat yang menyatakan definisi warga tua secara menyeluruh. Mereka

berpendapat bahawa warga tua banyak menerima perubahan fizikal dan kecekapan mentaliti

3 (Surah Al Ghafir, 40;67).

4
mereka akan menurun pada usia ini. Menurut Riegel (1970), beliau menyatakan tentang ‘inner-

biological’, ‘individual-psychological’, ‘cultural-sociological’ dan ‘outer-physical’ yang


4

menunjukkan semua peringkat usia yang telah dinyatakan oleh John Shaw memberi kesan ke

atas badan seseorang untuk menerima perubahan.

Akhirnya, menurut pandangan analisis sosial dan falsafah pada masa lalu iaitu Plato

tentang cadangan peranan keluarga dalam isu warga tua . karya ‘ republik ’ karya Plato adalah

satu percubaan bagi menyelesaikan masalah sosial tradisional5. Selain itu ,wujud model ‘Utopia’

yang mencadangkan bahawa keluarga perlu memainkan peranan dalam hak dan tanggungjawab

anggota bagi menyelesaikan masalah warga tua. Komentar, analisis dan tindakan politik yang

beraneka pada sepanjang tempoh dua ribu lima ratus tahun ini, menyarankan bahawa dalam

sejarah sekurang-kurangnya kita telah sedar tentang pentingnya pola keluarga sebagai satu unsur

utama dalam masyarakat manusia.

Beberapa kes jenayah yang dilakukan oleh warga tua.

• Nibong Tebal - Tiga warga emas sanggup mengembara beratus-ratus kilometer dari tempat

asal mereka di Ipoh, Perak, ke Kuala Lumpur semata-mata untuk melakukan kegiatan jenayah

termasuk pecah rumah. Penyamun yang ditahan berusia 51 hingga 55 tahun dan mempunyai

rekod jenayah lampau termasuk seorang daripadanya berada dalam senarai dikehendaki polis

4 Riegel (1970), inner-biological’, ‘individual-psychological’, ‘cultural-sociological’ dan ‘outer-physical’.

5 Keluarga, William J. Goode, penterjemah Maso’od Abd. Rashid, muka surat 3.

5
Perak. Siasatan mendapati ketiga-tiga suspek sudah melakukan 32 kes jenayah sejak dua tahun

lalu termasuk mengakui terbabit 18 kes pecah rumah di daerah Seberang Prai Selatan. (Harian

Metro, 24 Januari 2007)

• Kuala Lumpur - Mahkamah sedang mendengar perbicaraan terhadap Tan Sri Kasitah

Gaddam, 59 tahun, atas dakwaan melakukan rasuah dan penipuan pada 22 Oktober 1996 di Bilik

Mesyuarat Forum, Hotel Fairland di sini. Bagi tuduhan rasuah, tertuduh didakwa menggunakan

kedudukannya sebagai penjawat awam untuk faedah kewangan sendiri. Ia dilakukan dengan

mengambil bahagian dalam membuat keputusan meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham

LKTNS dalam SAPI Plantations Sdn. Bhd. kepada Briskmark Enterprise Sdn. Bhd. yang mana

dia telah dijanjikan oleh Pengarah Briskmark, Datuk Wasli Mohd. Said sejumlah 3.36 juta saham

dalam SAPI Plantations. Kasitah turut didakwa menipu ahli-ahli mesyuarat LKTNS dengan

menyembunyikan tawaran PPB Oil Palms Sdn. Bhd. yang diketahuinya pada 13 September 1996

sehingga mendorong ahli-ahli mesyuarat LKTNS meluluskan penjualan 16.8 juta saham LKTNS

(Utusan Malaysia, 11 Januari 2007)

• Pasir Mas, Kelantan – seorang wanita warga emas berusia 75 tahun memberi alasan kegiatan

menjual tuak masam di kedainya sudah mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa sejak 10

tahun dahulu (Harian Metro, 17 Disember 2006).

• Klang - Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun telah dikenakan perintah tahanan reman

atas kes kematian seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Siti Norazlina Azlan, tujuh

tahun. Mayat Kanak-kanak malang itu ditemui terapung di Sungai Pinang, 50 meter dari

6
rumahnya di Kampung Sungai Pinang di Kapar. (Harian Metro, 17 Disember 2006)

• Tampin - Seorang lelaki berusia 70 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang

penoreh getah yang membabitkan pergaduhan kerana mercun bola di Kampung Ulu Ladang,

Gemas. Mangsa kejadian itu, Mohd Khairil Mohd Nor, 26 tahun, mati di Hospital Muar, Johor

selepas lapan jam pergaduhan itu berlaku yang dipercayai ditikam dengan senjata tajam di

bahagian belakang badannya. Abangnya, Mohd Azli, 27 tahun turut cedera dalam pergaduhan itu

dan dimasukkan ke Hospital Segamat untuk rawatan. (Utusan Malaysia, 16 Oktober 2006)

• Kota Kinabalu – Mahkamah Koroner di sini mendapati bekas Menteri Kabinet Sabah, Datuk

Conrad Mojuntin (58 tahun) secara jenayah menembak mati dengan menggunakan senapang

patah, seorang penjual ikan, Anthony Chang Kim Fook (20 tahun) Kematian Kim Fook

disebabkan pendarahan yang berlebihan di bahagian arteri karotid leher kanannya selain turut

mengalami kecederaan di kedua-dua paru-paru dan dadanya akibat tembakan tersebut. (Utusan

Malaysia, 2 September 2006)

• Pulau Pinang - Tan Khoon Huat, seorang pemandu teksi yang berusia 50 tahun telah

dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun atas pertuduhan merogol anak gadis teman

wanitanya yang ketika itu berusia 13 tahun (Utusan Malaysia, 18 Ogos 2005).

Kefahaman dan Pendapat tentang permasalahan warga tua serta golongan yang terlibat.

Saya berpendapat bahawa permasalahan warga tua dapat di nyatakan dalam tiga kategori

yang berbeza iaitu pandangan individu(mikro), masyarakat (mezzo) dan komuniti (makro).

Pendapat saya tentang warga tua dari segi individual(mikro) iaitu warga tua sebagai seorang

yang berusia dan mempunyai pengalaman yang luas dalam kehidupan seharian. Hal ini

7
disebabkan mereka telah hidup lama dan menurut John Shaw sendiri menyatakan bahawa warga

tua iaitu pada usia 66 tahun ke atas.

Kebiasaannya pada usia lanjut ini, warga tua sering dilanda dengan masalah yang

berkaitan dengan kesihatan seperti nyanyuk, sakit sendi dan lemah anggota badan. Faktor- faktor

inilah yang membawa kepada masalah dalam kalangan mereka untuk mencari kerja dan menyara

hidup seharian sendiri. Rentetan itu, apabila warga tua ini tidak mendapat perhatian daripada

anak atau cucu mereka. Mereka akan mencari jalan sendiri untuk mencari duit untuk

mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan mereka. Oleh itu, sebagai seorang anak kepada

warga tua, mereka perlu menjaga ibu bapa mereka dengan baik dan bukan rumah jagaan warga

tua menjadi pilihan untuk warga tua ini mendapat kasih sayang itu.

Selain itu, dari segi pandangan masyarakat(mezzo) pula warga tua ini selalunya

dipinggirkan kerana apabila anak-anak mereka mendapat pekerjaan sendiri. Mereka akan

meninggalkan keluarga untuk membina keluarga lain. Kadang kala, terdapat ibu bapa yang

ditinggalkan tanpa berita oleh anak-anak. Perkara ini yang menimbulkan permasalahan kepada

warga tua seperti merempat di tepi jalan, menjadi pengemis jalanan, kutu rayau dan lain-lain.

Oleh itu, anak-anak perlu memainkan peranan mereka sebagai seorang yang bertanggungjawab

dan mampu menjaga ibu bapa mereka sendiri sebagaimana ibu bapa mereka menjaga mereka

dahulu seperti ‘menatang minyak yang penuh’.

Pandangan saya yang terakhir iaitu bagi golongan sesebuah komuniti (makro).

Komuniti merupakan sesuatu yang besar (makro),komuniti terbentuk daripada keluarga yang

terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Menurut pandangan komuniti terhadap warga tua iaitu

seseorang yang lanjut usianya. Mereka percaya bahawa masyarakat akan kehilangan

8
kekuatannya sekiranya mengabaikan kewajipan terhadap keluarga.6 Confucius percaya bahawa

kebahagian dan kemakmuran akan tercapai apabila tiap-tiap orang berkelakuan yang sewajarnya

sebagai anggota masyarakat7. Oleh itu, apabila semua masyarakat mampu berkelakuan baik dan

menghormati ibu bapa atau orang tua mereka. Isu warga tua berpelesiran di jalanan tidak begitu

meruncingkan.

Faktor-faktor menyumbang masalah warga tua.

Warga tua sering dikaitkan dengan pelbagai masalah seperti nyanyuk dan kutu rayau.

Perkara ini pasti terdapat punca yang menyebabkan mereka menjadi seperti itu. Banyak faktor

yang mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan masyarakat dan

membiarkan ibu bapa mereka bersendirian di rumah jagaan itu. Mereka memberi alasan

tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan

keselesaan ibu bapa.8 Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi

memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak

sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian. Tidak kurang anak yang menghantar

ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yang

sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan

baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu tidak

murni dan tidak boleh di ikuti.

6 ( Sumber; soal selidik terhadap Mahasiswa Universiti Sains Malaysia,USM) .

7 Keluarga, William J. Goode, penterjemah Maso’od Abd. Rashid, muka surat 2.

8 penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=400:warga-tua&catid=206:kategori-masyarakat.

9
Antara punca warga tua diabaikan iaitu Sifat individualisme dan mementingkan diri

masyarakat kita di Malaysia. Tamadun manusia walau apa pun agamanya, meletakkan

kedudukan yang tinggi kepada orang yang lebih tua, terutamanya kedua ibu-bapa. Tamadun itu

semakin hari semakin ditelan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga

bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah warga tua di Malaysia

semakin meruncingkan sehingga negara dijangka akan mengalami fenomena negara tua pada

2035.9

Selain itu, faktor penyumbang yang kedua iaitu identifikasi iaitu menempatkan diri

dalam keadaan orang lain. 10Hal ini berlaku apabila warga tua ini mengalami masalah kewangan

dan mereka mencari jalan penyelesaian sendiri. Kebiasaannya mereka bersikap begini kerana

mereka tidak mahu anak-anak mereka susah menjaga mereka. Oleh itu, mereka mencari

pekerjaan sendiri seperti mengutip tin-tin kosong untuk di jualkan dan tidur di tepi-tepi jalan.

Apabila mereka di serbu pihak berkuasa dan perlu ditempatkan di sesuatu kawasan. Mereka

dikenali sebagai identifikasi dan mendiamkan diri di pusat jagaan tanpa diketahui oleh pihak

Jabatan Kebajikan Masyarakat status sebenar mereka. Sesetengah daripada mereka yang masuk

ke pusat penjagaan warga tua berasa selesa untuk berada di sana.

Seterusnya, faktor masalah warga tua ini meningkat disebabkan oleh Pendekatan

'Constructionist'.11 Pendekatan ini ialah pembinaan sesebuah keluarga itu sendiri. Apabila

seseorang itu mengabaikan ibu bapa mereka, maka pendekatan pembinaan ini tidak tercapai dan

membolehkan manusia mengabaikan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, Masyarakat telah

mengabaikan norma moral dalam penyelesai masalah sosial seperti menghantar ibu bapa mereka

9 Dipetik daripada Utusan Malaysia, 10 Mac 2010

10 Cari –tau sendiri, diindonesaikan oleh G.M.A Naninggolan, cetakan ke tiga, muka surat 86.

11 penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=400:warga-tua&catid=206:kategori-masyarakat.

10
ke pusat jagaan warga tua walaupun mereka mampu menjaganya. Memandangkan pelbagai

masalah sosial yang timbul di negara barat, masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang

sedia ada tanpa terikut-ikut budaya barat. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan

suatu nilai luhur yang diamalkan oleh masyarakat kita. Kita mesti berpegang kepada nilai moral

yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua terbiar

dan lain-lain.

Faktor keempat iaitu oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. kesan latar belakang keluarga

pada masa dahulu yang tidak praktikal dan baik seperti mendera anak-anak dan mementingkan

materialistik semata-mata. Kesan daripada ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka

dengan baik dan berkesan. Anak-anak mereka mengikut cara ibu bapa mereka melayan mereka.

Sesetengah warga tua di tempatkan di pusat warga tua kerana ibu bapa mereka dahulu tidak

pernah menunjukkan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka malah ibu bapa mereka

dahulu mendera mereka untuk mencari wang sendiri untuk hidup berdikari. Kesannya apabila

mereka berjaya, mereka tidak merasakan ibu bapa mereka berkorban untuk mereka dahulu dan

mereka membalasnya dengan menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan warga tua seperti

Rumah kenangan di Taiping perak dan Rumah Sri kenangan di Tanjung Rambutan.

Faktor yang kelima yang menyumbang warga tua ke pusat penjagaan warga emas ini

disebabkan kepincangan keluarga. Apabila anak sudah berkahwin dan memiliki keluarga

sendiri, Kepentingan utama mereka iaitu menyuruh ibu bapa untuk tinggal bersama-sama

mereka. Tanggungjawab itu sangat murni dan perlu di contohi tetapi apabila berlakunya

kepincangan keluarga dan keluarga berkenaan bercerai. Mereka mula tidak mempunyai arah tuju

dan menyebabkan mereka menghantar ibu bapa mereka ke jabatan-jabatan kerajaan ataupun

badan-badan bukan kerajaan untuk mendapatkan penjagaan kepada ibu bapa mereka. Perkara ini

sepatutnya tidak berlaku kerana anak-anak perlu sedar diri dan mengetahui titik peluh ibu bapa

11
mereka menyara kehidupan mereka dahulu. Walaupun anak-anak mempunyai masalah janganlah

libatkan ibu bapa kerana mereka lebih risaukan kita. Akibatnya, apabila berlakunya penceraian

terhadap anak-anak, ibu bapa yang tinggal bersama dengan anak-anak akan berasa kurang selesa

dan ada dalam kalangan mereka sendiri yang mahu memasuki pusat penjagaan warga tua ini.

Kesimpulannya, banyak faktor yang menyumbang warga tua terlibat dalam

masalah sosial dan menjadi penghuni tetap rumah penjagaan orang-orang tua. Walau

bagaimanapun warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang banyak perkara kepada negara

seperti pengalaman yang mereka miliki. Masyarakat perlu mencontohi warga emas dapat

menjalankan kehidupan mereka dengan kudrat yang lemah. Tambahan pula, apa yang berlaku

apabila ia semakin tua? Daun-daun semakin mengering dan kontang sehingga mudah terlerai dari

ranting-rantingnya. Gugur satu persatu dan menjadi sampah yang berterbangan ke mana-mana.

Jika tidak melayang pun, daun-daun itu pasti mereput dan akhirnya hancur di atas bumi. Batang

dan rantingnya yang kering mungkin berguna untuk dijadikan kayu api. Bagaimanapun, ada juga

daun-daun kering yang masih boleh diguna semula untuk dijadikan perhiasan.

Isu-isu permasalahan bagi warga tua.

Kita jarang mendengar isu permasalahan bagi warga tua kerana terdapat sebahagian

sahaja daripada mereka yang melakukan masalah dalam kalangan masyarakat. Bak kata pepatah

‘lagikan lidah lagi tergigit inikan suami isteri’. Permasalahan ini berlaku disebabkan banyak

sebab antaranya iaitu kurang didikan agama. Antara permasalahan yang mereka lakukan seperti

kutu rayau, peminta sedekah, masalah kesihatan(nyanyuk, strok dan lain-lain), menghidapi

masalah mental, kaki judi dan ada antara mereka yang melakukan perkara-perkara jenayah

seperti mencuri, merogol dan membunuh.

12
Isu pertama iaitu mereka sering dikaitkan dengan kutu rayau. Kutu rayau bermaksud

berkeliaran. Warga tua dipercayai oleh individu ,masyarakat dan komuniti seorang yang lemah

dan tidak berupaya serta sudah lanjut usia. Kenapa warga tua dikatakan sebagai kutu rayau yang

berkeliaran di sekitar bandar malahan mereka lemah fizikal. Hal ini disebabkan mereka tidak

berupaya untuk menjalankan kehidupan sebenar yang semakin meningkat secara drastik.

Kebiasaannya, warga tua yang berkeliaran di kawasan seperti bandar raya kerana mahu mencari

rezeki di jalanan. Walaupun kudrat mereka terbatas kerana sesuap nasi mereka terpaksa

melakukan perkara itu.

Selain itu, permasalahan yang sering berlaku pada orang-orang tua yang papa ialah

meminta sedekah. Walaupun keadaan seperti itu hina di sisi masyarakat tetapi mereka tidak

mampu untuk bekerja kerana tenaga fizikal mereka tidak mengizinkan. Apabila berlaku perkara

ini, pertolongan dari segi komuniti perlu diberikan perhatian secara serius. Mereka yang berada

pada tahap makro ini perlu saling memahami masalah yang dihadapi oleh golongan papa ini atau

dari tahap kelompok makro. Oleh itu, pergantungan antara pihak komuniti seperti Jabatan

Kebajikan Masyarakat dengan warga emas yang meminta sedekah ini perlu mengetahui cara

yang terbaik untuk menempatkan warga emas ini di pusat jagaan sementara. Supaya mereka

yang susah, tidak akan menjadi lebih susah.

Seterusnya , kebiasaannya warga tua akan mengalami masalah kesihatan yang serius. Hal

ini disebabkan oleh sistem saraf manusia dan kecekapan tubuh badan menjadi merosot akibat

usia yang lanjut. Rentetan itu, warga tua akan mengalami masalah kesihatan seperti strok. Hal

ini demikian kerana, punca epilepsi dalam kalangan tua. Arteri semakin menyempit atau menjadi

beku (clog) apabila usia meningkat, mengakibatkan kekurangan aliran darah dan oksigen dalam

sesetengah bahagian otak. Kadang-kala pendarahan berlaku dalam otak. Ini akan membawa

13
kepada kerosakan yang menyebabkan terjadinya Seizure.12 Seizure ialah masalah fizikal.

Masalah kesihatan warga tua ini dapatlah dikaitkan dengan makro iaitu melibatkan individu itu.

Tambahan pula, masalah kesihatan yang kerap berlaku pada warga tua iaitu bagi lelaki

Mati pucuk. Mati pucuk dapatlah ditakrifkan sebagai Ketidakupayaan dalam memperoleh dan

mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks. Kajian

epidemiologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas

mengalami masalah mati pucuk.13 Antara sebab masalah mati pucuk ini berlaku disebabkan oleh;

➢ Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan


➢ Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
➢ Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
➢ Kegagalan hati dan buah pinggang
➢ Penyakit Parkinson
➢ Angin ahmar
➢ Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
➢ Kesan sampingan ubat-ubatan

Oleh itu, isu mati pucuk ini sangat serius kepada warga tua. Peranan Kerajaan untuk mengkaji

masalah ini perlu disegerakan untuk mempertingkatkan kadar pertumbuhan negara dan menuju

negara maju 2020.

Seterusnya, isu masalah mental juga sering dikaitkan dengan warga tua. Antara punca

warga tua(mikro) menerima masalah mental ini disebabkan persekitaran(mezzo) mereka. Dalam

kata lain, persekitaran yang kurang selesa, keadaan mereka yang tertekan, keperluan mereka

tidak mencukupi dan lain-lain. Keadaan seumpama ini telah menyebabkan warga tua berasa

tertekan dan apabila masalah mereka sukar untuk diselesaikan sistem saraf otak mereka juga

12 http://web.usm.my/sawan/professional/tua.htm.

13 http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Wargatua/MatiPucukwargaemas.php.

14
akan menyebabkan mereka mengalami masalah mental disebabkan imun saraf otak tidak

berfungsi dengan baik disebabkan usia yang lanjut. Masalah mental warga tua ini bukan sahaja

membahayakan dirinya sendiri malah membahayakan orang lain termasuk individu(mikro),

masyarakat(mezzo), dan komuniti(makro).

Isu yang sukar ditemui oleh warga tua ini iaitu kes-kes yang berkaitan dengan jenayah

seperti mencolek, rasuah, menjual dadah, membunuh dan merogol. Kebiasaannya, golongan

yang terlibat dalam rasuah ini terjebak dalam aktiviti haram ketika mereka muda. Bak kata

pepatah ‘alah bisa tegar biasa’. Rasuah bermaksud penyogok. Penyogok dari segi wang rasuah,

merasuah untuk mendapatkan kerja dan lain-lain. Apabila mereka terbiasa dalam melakukan

rasuah kecil-kecilan semasa muda, mereka akan melakukan rasuah secara besar-besaran apabila

umur mereka lanjut. Tambahan pula, mereka pandai seluk belok untuk mengelirukan pihak

atasan kerana mereka sudah terbiasa dalam melakukan jenayah rasuah ini. Sebagai contoh ;

• Kuala Lumpur – Seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas tuduhan menerima rasuah RM400 dari seorang

pengusaha tempat letak kereta, V.Pathmanathan, 46 tahun, sebagai dorongan agar tindakan tidak

diambil terhadap perniagaan tempat letak kereta yang di usaha tanpa lesen. Mohamed Nor Jantan

berusia 54 tahun, mengaku tidak bersalah. Dia didakwa di bawah Seksyen 11(a) Akta

Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama. (Utusan

Malaysia, 23 Disember 2006).

Seterusnya, ada dalam kalangan warga tua yang menjual dadah untuk menampung

kehidupan mereka. Ketika manusia dalam keadaan yang terdesak mereka tidak dapat berfikir

secara logik dan waras. Sebagai contoh ;

15
• Kangar - Seorang lelaki berusia 54 tahun menghadapi tuduhan mengedar 207 gram kanabis

pada 23 Jun lalu. Mat Desa Man dari Jalan Sungai Padang, Sanglang, didakwa mengedar dadah

tersebut pada kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 1, Jalan Sungai

Padang, Sanglang. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya (Akta 234)

dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.( Utusan Malaysia, 5 Oktober

2006).

Mereka tidak takut dengan hukuman mati sekiranya mereka memiliki dadah. Dadah tidak

mengenal usia, sekiranya orang tua ini mengambil dadah mereka pasti tidak terlepas dengan

ketagihan. Sesetengah warga tua terpaksa untuk menggunakan dadah kerana mereka mahu

mengelakkan diri mereka daripada sebarang penyakit seperti penyakit sendi, penyakit goat,

penyakit kulit dan lain-lain. Jadi , dadah juga merupakan isu yang perlu dilihat secara mendalam

oleh pihak berkuasa supaya kesan dadah itu tidak menyebabkan warga tua ketagihan dadah serta

mengelakkan mereka daripada pengambilan dadah yang berbahaya.

Selain itu, terdapat juga sebilangan besar warga tua melakukan jenayah rogol.

Nafsu tidak mengenal usia. Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat

mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah

'highway' atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka

semakin luas lah 'highway' syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan

syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang

digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.

" Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan "

(Yusuf: 53)14

14 http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/Jihad%20Paling%20Besar%20Melawan%20Hawa%20Nafsu.htm.

16
Dan ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah; "Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu

yang ada di antara dua lambung mu ".

Walau bagaimanapun, warga tidak terlepas untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebagai

contoh ;

• Kota Baharu – Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang sudah tidak bersekolah di dakwa

telah dirogol berkali-kali oleh bapa tirinya yang berusia 69 tahun15. Lebih malang, perbuatan

hina bapa tirinya itu turut dibantu oleh ibu kandung kanak-kanak tersebut. Kejadian berlaku

sejak bulan September tahun lepas hingga ke awal bulan Januari 2007. ibu bapa kanak-kanak

tersebut telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut seksyen 376B

kanun keseksaan kerana sumbang mahram. Jika sabit kesalahan hukuman penjara tidak kurang

dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan.( Harian Metro, 23 Januari 2007).

Kesimpulannya, isu-isu permasalahan yang melibatkan warga tua ini perlu diambil

perhatian yang serius oleh kerajaan supaya tidak ramai lagi yang terjebak dalam permasalahan

ini. Warga tua sepatutnya dijadikan contoh yang terbaik dalam kehidupan masyarakat seharian

bukan menjadi seorang penjenayah yang boleh mengemparkan negara.

Intervensi-intervensi bagi mengatasi masalah warga tua.

Intervensi-intervensi merupakan kaedah pertolongan yang dapat membantu

mengurangkan dan menyelesaikan masalah warga tua ini daripada tidak terlalu serius. Intervensi

15 Harian Metro, 23 Januari 2007.

17
ini kebiasaannya melibatkan aspek intervensi peringkat mikro, intervensi peringkat mezzo,

intervensi peringkat makro dan intervensi dengan profesion kerja sosial;

Setiap peringkat yang telah dibincangkan di atas telah dibahagikan kepada tiga fungsi utama

iaitu perundingan, pengurusan sumber, pendidikan.16

Intervensi yang perlu dilakukan untuk menangani masalah warga tua iaitu melalui

perundingan. Sebagai pekerja sosial, mereka perlu mengetahui apa punca yang dihadapi oleh

warga tua akibat daripada perbuatan jenayah mereka seperti merogol, mencuri, membunuh dan

lai-lain. Pekerja sosial juga perlu mengetahui tentang faktor sekeliling yang mungkin memberi

kesan kepada warga tua untuk mendorong mereka melakukan masalah sosial itu. Melalui

perundingan dengan warga tua, pekerja sosial dapat membantu warga tua untuk membentuk

pelan perubahan. Sebagai contoh, apabila seorang warga tua melakukan jenayah mengedar dadah

untuk tujuan menampung keperluan keluarga. Pekerja sosial perlu berunding dengannya untuk

memberi tahu maklumat yang sebenar untuk mengelakkan mereka daripada hukuman bunuh

kerana memiliki dadah. Pengetahuan itu yang perlu diterapkan oleh pekerja sosial melalui

intervensi perundingan itu tadi.

Intervensi yang kedua dalam menangani masalah yang dihadapi oleh warga tua iaitu

melalui pengurusan maklumat atau sumber. Warga tua akan mengalami masalah penyakit

seperti kanser, diabetes, goat, sakit sendi dan sebagainya. Ubat-ubatan untuk mengurangkan

penyakit ini terlalu mahal dan warga tua tidak mampu membayar kos perubatan ini. Sebagai

pekerja sosial, mereka perlu menjadi broker kepada warga tua untuk memberi mereka maklumat

dan sumber untuk mengatasi masalah mereka. Sumber ini boleh wujud sama ada melalui

16 Pengantar pekerja sosial, Samir Muhazzab amin dan winny abdul,muka surat 88.

18
individu itu sendiri (makro) atau dalam institusi sosial yang terdapat dalam persekitaran mereka

seperti ahli keluarga, institusi kerajaan atau institusi swasta yang dapat membantu mereka dari

aspek bantuan kewangan atau penjagaan.

Selain itu, pendidikan juga merupakan intervensi penting dalam menangani masalah

yang dihadapi oleh warga tua itu. Terdapat ramai warga tua yang tidak tahu membaca, menulis

dan mengeja. Perkara ini menyukarkan mereka untuk mengetahui maklumat serta meminta

bantuan daripada pihak bertanggungjawab supaya membantu mereka dalam menjalankan

kehidupan seharian mereka. Pekerja sosial dapat membantu warga tua untuk mengajar mereka

untuk mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan kewangan sekiranya perlu

pekerja sosial perlu membawa warga tua ini pergi melawat agensi-agensi yang boleh membantu

mereka dalam mendapatkan dana seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat mampu memberi

golongan miskin RM300 sebulan bagi menampung keperluan seharian mereka.

Seterusnya , Memberi kemahiran kepada warga tua juga merupakan satu proses

intervensi untuk membantu warga tua mengurangkan masalah mereka. Kebanyakan daripada

warga tua yang tinggal di rumah jagaan warga tua ini ialah golongan yang miskin dan papa.

Mereka tidak mempunyai kewangan bagi menjalankan kehidupan seharian mereka. Melalui

Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka akan diberikan RM300 sebulan untuk menampung

kemiskinan mereka. Sebagai pekerja sosial, mereka perlu memberi kemahiran kepada golongan

ini supaya mereka menggunakan wang itu dengan baik. Warga tua perlu mengetahui cara

pengurusan kewangan. Pekerja sosial perlu membantu warga tua ini untuk menggunakan duit itu

dengan baik untuk membeli sesuatu yang boleh membawa mereka keluar daripada peringkat

kemiskinan seperti membeli mesin jahit, meniaga kecil-kecilan dan lain-lain.

19
Tambahan pula, warga tua juga perlu diberikan kaunseling untuk memberikan mereka

pendedahan awal dalam menghadapi sesuatu perkara itu dengan lebih berkesan. Kebiasaannya,

perubahan pola interaksi dan ketidakfungsian sosial itu berlaku apabila terdapat kehilangan ahli

keluarga. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka sukar menyesuaikan diri dan boleh

menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Statistik menunjukkan banyak warga tua yang

mengalami sakit mental ;

“Laporan akhbar harian Kosmo! bertarikh 27 November 2008 menyebut bahawa Negeri

Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental di kalangan orang dewasa paling tinggi di

negara ini. Kes terbaru yang berlaku di negeri itu adalah di Kampung Batang Rokan,

Gemencheh”.17

Rentetan daripada itu sesi kaunseling perlu diadakan untuk membantu warga tua untuk

menghadapi masalah mereka secara bersama. Apabila terdapat banyak halangan dan masalah

yang dihadapi seseorang sukar untuk dibantu, perkara ini yang membolehkan seseorang itu

menghadapi penyakit mental. Cara kaunseling yang berkesan iaitu melalui kaedah terapi

psikologi, terapi muzik dan lain-lain.

INTERVENSI-INTERVENSI

Institusi-institusi sosial yang menawarkan perkhidmatan sosial kepada warga tua.

17 http://sitik.wordpress.com/2010/01/09/kenapa-pesakit-mental-bertambah/

20
Terdapat banyak institusi-institusi yang menawarkan perkhidmatan membantu warga tua

ini. Penawaran ini dijalankan oleh Jabatan-jabatan kerajaan iaitu jabatan kebajikan masyarakat ,

dan Institusi swasta seperti Hendington institution, Briged( kebajikan perdana), dan lain-lain.

Melalui pihak kerajaan, isu kemasyarakatan ditekankan untuk membantu masyarakat keluar

dari lingkungan kemiskinan. Kewujudan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berteras

utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi

kumpulan sasar seperti berikut:-

➢ Kanak-kanak
➢ Orang Kurang Upaya
➢ Warga Tua
➢ Keluarga
➢ Orang Papa
➢ Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
➢ Mangsa Bencana18

Dapat membantu warga tua khususnya ke arah keseimbangan sosial-ekonomi mereka.

Selain itu, Jabatan pembangunan wanita (JPW) 19


juga turut menyediakan

perkhidmatan yang sama iaitu membantu golongan sasaran seperti warga tua untuk

meningkatkan kefungsian sosial mereka. Institusi ini juga mengedaikan perkhidmatan kaunseling

kepada warga tua wanita, bengkel kepada mereka dan sebagainya.

Institusi Lembaga Pembangunan penduduk keluarga dan negara (LPPKN) 20


juga

menyediakan perkhidmatan kaunseling, rawatan klinikal, program nur@ rumah, bantuan khas,

pusat keluarga dan lain-lain. Perkhidmatan ini perlu di lihat secara profesional oleh pekerja sosial

bagi membantu warga tua.

18 http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=432:kanak-kanak&catid=192:piagam-pelanggan

19 http://www.jpw.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=339&Itemid=182

20 http://www.lppkn.gov.my/lppkn/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=1&lang=ms

21
Selain daripada pihak kerajaan, institusi swasta juga ada menawarkan khidmat bantuan

kebajikan untuk warga tua dan golongan sasaran yang memerlukan. Hedington institution

merupakan satu badan swasta yang menawarkan khidmat bantuan . Visi Hedington institution,

semua pekerja kemanusiaan akan mempunyai kemahiran peribadi,sokongan sosial, sumber daya

organisasi, dan kepentingan umum yang diperlukan,untuk mempertahankan kesejahteraan merek

a dan berkembang dalam kalangan mereka.21

Pihak swasta iaitu briged institution yang menawarkan perkhidmatan kebajikan untuk

warga tua dan matlamat mereka untuk menuntut keadilan sosial, keamanan dan keharmonian

sejagat ;

‘The focus on educating in faith and building strong learning communities is seen as a
powerful means of social transformation whereby the ideals of peace, freedom and social
justice are promoted. Briged is a celebration of this vision for education’.22

Kesimpulannya terdapat berbagai-bagai bantuan yang diberikan oleh institusi-institusi

kerajaan serta swasta untuk membantu warga tua. Sebagai pekerja sosial, mereka perlu

mengetahui maklumat ini secara menyeluruh dan membantu warga tua keluar daripada masalah

sosial mereka. Statistik menunjukkan banyak warga tua yang meninggal dunia apabila usia 71-75

tahun. 23
Statistik ini perlu di turunkan agar kadar pertumbuhan negara selari dengan kemajuan

negara.

21 http://www.facebook.com/home.php?sk=group_106786876055149

22 http://www.briged.org.au/welcome/dsp-landing.cfm?loadref=17

23 http://mes.selangor.gov.my/mes/lang/malay/article.php?article=132.

22
(sumber :
http://mes.selangor.gov.my/mes/lang/
malay/article.php?article=132

POLISI-POLISI SOSIAL/ PERUNDANGAN SOSIAL/ AKTA-AKTA WARGA TUA

Di Malaysia, banyak polisi, perundangan dan akta-akta yang berkaitan dengan warga tua.

Akta ini bukan sahaja untuk melindungi mereka malah menjaga kepentingan mereka. Antara

akta-akta yang diperuntukkan oleh Malaysia mengenai Warga Tua seperti akta-akta orang papa

(akta 183), Akta pusat jagaan, dasar mangsa tua kebangsaan, dasar sosial negara, pelan tindakan

dasar warga tua negara dan lain-lain.

Kebiasaannya, akta-akta orang papa 1997 (akta183) untuk golongan yang perlu

dipulihkan daripada menjadi kutu rayau, mendapatkan perlindungan kepada mereka dan

sebagainya. Akta ini dikuatkuasakan untuk membanteras warga tua yang mengemis di

persekitaran bandar atau di sesuatu tempat. Menurut jabatan kebajikan masyarakat orang papa

bermaksud ;

23
“Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga

menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim

mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kacau ganggu atau seseorang pelesir

yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak

mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat

menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.”

Orang papa dimasukkan ke Desa Bina Diri(DBD) mengikut peraturan-peraturan yang disahkan

oleh ;

➢ perintah mahkamah mengikut Akta Orang-orang Papa 1977


➢ secara sukarela dengan kelulusan Pengarah Kebajkan Masyarakat Negeri di mana orang
papa itu tinggal.
➢ Mereka yang ditempatkan di institusi ini akan diajar kemahiran-kemahiran yang
bersesuaian seperti menjahit, bertukang, berkebun dan sebagainya sebagai persediaan
menempatkan kembali mereka ke dalam keluarga atau masyarakat serta boleh berdikari.24

Selain itu, kerajaan telah menubuhkan akta pusat jagaan 1993 untuk memberikan

perlindungan dan penjagaan kepada warga tua yang berumur 60 tahun ke atas. Akta ini

membantu warga tua yang berpelesiran di merata tempat, ditempatkan di sesuatu tempat iaitu

pusat penjagaan warga tua sebagai pelindung dan menjaga kehidupan mereka dengan lebih baik.

sesebuah Pusat Jagaan juga diberi berdasarkan kriteria-kriteria berikut:-

➢ Had bilangan penghuni hendaklah tidak melebihi keluasan ruang yang dibenarkan.

Terdapat perbezaan keperluan bagi setiap kumpulan umur penghuni. Keluasan lantai

24 http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=392&Itemid=74&lang=ms

24
bagi kanak-kanak berumur di bawah sepuluh tahun dan orang kurang upaya ialah 3.5

meter persegi; manakala bagi remaja dan warga tua ialah 3.0 meter persegi.

➢ Mempunyai menu dan aktiviti harian yang sesuai bagi setiap kumpulan umur penghuni.

Jadual-jadual ini perlu dipamerkan di papan tanda Pusat Jagaan berkenaan. Perakuan

Pendaftaran juga perlu dipamerkan.

➢ Premis Pusat Jagaan Harian/Berkediaman perlu mematuhi syarat-syarat Majlis Tempatan,

panduan kesihatan Jabatan Kesihatan dan peraturan keselamatan kebakaran Jabatan

Bomba dan Penyelamat.

➢ Setiap Pusat Jagaan mesti mempunyai alat pemadam api, Kotak Pertolongan Cemas dan

tatacara mengosongkan premis sekiranya berlaku kebakaran.

➢ Rekod setiap penghuni hendaklah di senggara dengan baik25

Seterusnya, dasar warga tua negara juga merupakan dasar yang membantu warga tua

dalam kesejahteraan, keharmonian dan keselamatan warga tua. Dasar ini juga bermatlamat untuk

Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara.
26
Memajukan potensi warga tua agar mereka aktif dan produktif dalam pembangunan negara,

serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari. Menggalakkan

pewujudan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin

penjagaan dan perlindungan warga tua ke arah kesejahteraan hidup mereka.

Terdapat banyak lagi perundangan, polisi dan akta-akta yang membantu warga tua

menjamin kesejahteraan mereka. Semua polisi sosial itu membantu meningkatkan ke fungsian

sosial warga tua.

PERANAN PEKERJA SOSIAL

25 http://gerbang.selangor.gov.my/kemudahan_daftar_pusat_jagaan.php

26 http://kebajikan.perak.gov.my/jkm_stackakta.php?n=dasar2

25
Pekerja sosial merupakan satu bidang profesion yang membantu individu, masyarakat

dan komuniti menjalankan ke fungsian sosialnya dengan baik. Pekerja sosial boleh menjadi

seorang enabler, broker, peguam bela, aktivis, perantara, perunding, pendidik, insulator,

empower, penyelidik dan fasilitator.

Pekerja sosial seorang enabler. Pekerja sosial membantu individu atau masyarakat untuk

menyatakan keperluan, menjelaskan dan menyelesaikan masalah. Enabler juga ialah pekerja

sosial sebagai kaunseling yang membantu klien dalam melakukan perubahan mereka seperti

membantu warga tua meningkatkan potensi hidup, kesihatan mereka dan sebagainya.

Pekerja sosial juga seorang broker. Sebagai broker, pekerja sosial mampu

menghubungkan klien dengan bantuan terutama warga tua yang tidak mengetahui sumber

dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran klien. Oleh itu, Pekerja sosial

perlu mempunyai kemahiran, pengetahuan dan mengenal pasti sumber sekeliling klien supaya

sumber itu boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan.

Selain itu, pekerja sosial turut merupakan seorang perunding kepada klien. Sebagai

perunding, pekerja sosial perlu berusaha untuk mencapai kata sepakat dan membentuk

persetujuan. Dalam proses ini, pekerja sosial akan berusaha bagi memastikan semua pihak yang

terlibat akan mendapat faedah masing-masing.

Seterusnya, pekerja sosial juga ialah seorang pendidik. Pekerja sosial perlu berusaha

untuk membantu individu atau kumpulan dalam menyampaikan maklumat dan mengajar klien

untuk menggunakan pelbagai kemahiran. Ini bermakna untuk menjadi pendidik, pekerja sosial

itu perlulah bijak berkomunikasi agar mesej yang hendak disampaikan adalah jelas dan difahami

oleh klien.

26
Pekerja sosial juga merupakan fasilitator. Sebagai fasilitator, pekerja sosial memainkan

peranan sebagai ketua dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Pekerja sosial yang berperanan

sebagai fasilitator perlu berusaha untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada klien

dengan berkesan agar segala matlamat dapat di kecapi. Sebagai fasilitator juga, pekerja sosial

akan menghadapi dan menangani pelbagai jenis bentuk personaliti klien yang ada.

Kesimpulannya, pekerja sosial diberi amanah untuk melakukan peranan pekerja sosial ini

dengan bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab. Menurut Hepworth (1993), beliau

mengklasifikasikan peranan pekerja sosial kepada lima bahagian iaitu ;

➢ Penyedia perkhidmatan secara langsung.

➢ Penghubung sistem

➢ Pemelihara sistem

➢ Penyelidik dan penyelidikan pelanggan

➢ Pemaju sistem

LAMPIRAN

SURAT KHABAR

27
Eksklusif: Ibu bapa b

2010/05/23

28
orang tua dibuang

Eksklusif: Tahfiz dibuang


Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
29
Warga Emas vs Da
25 January 2007

Oleh ZALILA ISA

TUA merupakan suat


dapat dilambatkan, m
kekal cantik dan siha
setiap manusia yang
sedikit wajah dan tub
tepi mata, kulit yang
dan nafas yang muda
30
Malaysia ‘nega

Posted by Cikgu Awang

Dipetik daripada Utusan

Oleh ROKIAH ABDULLAH


rokiah.abdullah@utusan.

31
GAMBAR-GAMBAR WARGA TUA

32
BUKU

STATISTIK

33
34
35
KESIMPULAN

Warga tua dikenali sebagai seorang yang berada peringkat usai 60 tahun ke atas. Mereka

mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Apabila mencapai tahap ini mereka banyak menghadapi

masalah seperti penyakit kulit, lelah, gout, rabun, dan sebagainya. Ahli analisis sosiologi,

falsafah, tokoh Islam, tokoh barat dan sebagainya bersetuju bahawa warga tua adalah asas

kepada kehidupan manusia. Tanpa mereka golongan muda tidak mengetahui pengetahuan yang

mendalam tentang sesuatu perkara kerana mereka sudah hidup lebih lama berbanding orang

muda.

Warga tua juga merupakan salah satu persekitaran terdekat dengan individu manusia.

Praktis secara langsung ke atas individu dan keluarga merupakan kaedah tertua dan kadang kala

dirujuk sebagai kerja kes atau kerja sosial. Kes kerja merupakan ‘ ibu kepada kaedah’ yang

dipraktikkan dalam pelbagai bidang perkhidmatan sosial dan sebagai pendekatan yang general.

Oleh itu, mempelajari warga tua merupakan sesuatu kaedah yang baik untuk pengetahuan semua

manusia mengetahui kepentingan mereka dalam masyarakat dan negara.

Dengan berpandukan kepada model serta kaedah yang ada para pekerja sosial dapat

menjalankan tugas dengan tertib dan mengikut peraturan serta aliran yang betul tanpa

meninggalkan aspek-aspek yang diperlukan dalam kaedah rawatan atau pengendalian kes. Oleh

yang demikian, pekerja sosial peringkat makro merupakan satu kaedah yang cuba untuk

menyelesaikan masalah dengan melihat secara mendalam dan menyelesaikan secara menyeluruh.

RUJUKAN

36
SURAT KHABAR

➢ Harian Metro, 24 Januari 2007, m/s 1.

➢ Utusan Malaysia, 11 Januari 2007, m/s 3.

➢ Harian Metro, 17 Disember 2006 m/s 3.

➢ Harian Metro, 17 Disember 2006, m/s 6.

➢ Utusan Malaysia, 16 Oktober 2006, m/s 2.

➢ Utusan Malaysia, 2 September 2006, m/s 8.

➢ Utusan Malaysia, 23 Disember 2006, m/s 3.

➢ Harian Metro, 23 Januari 2007,m/s 1.

INTERNET@WEB

➢ penerangan.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=400:warga-tua&catid=206:kategori-

masyarakat.

➢ http://web.usm.my/sawan/professional/tua.htm.

➢ http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Wargatua/MatiPucukwargaemas.php.

➢ http://sitik.wordpress.com/2010/01/09/kenapa-pesakit-mental-bertambah/

➢ http://www.jkm.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=432:kanak-kanak&catid=192:piagam-

pelanggan

➢ http://www.jpw.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=339&Itemid=182

➢ http://www.lppkn.gov.my/lppkn/index.php?

option=com_content&view=frontpage&Itemid=1&lang=ms

37
➢ http://www.facebook.com/home.php?sk=group_106786876055149

➢ http://www.briged.org.au/welcome/dsp-landing.cfm?loadref=17

➢ http://mes.selangor.gov.my/mes/lang/malay/article.php?article=132.

➢ http://www.jkm.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=392&Itemid=74&lang=ms

➢ http://gerbang.selangor.gov.my/kemudahan_daftar_pusat_jagaan.php

➢ http://kebajikan.perak.gov.my/jkm_stackakta.php?n=dasar2

BUKU

➢ John Shaw (1974), membina ‘Model Putaran Hidup’.

➢ Surah Al-Israa' ayat 23.

➢ Riegel (1970), inner-biological’, ‘individual-psychological’, ‘cultural-

sociological’ dan ‘outer-physical’.

➢ Keluarga, William J. Goode, penterjemah Maso’od Abd. Rashid, muka surat 3.

➢ Cari –tau sendiri, diindonesiakan oleh G.M.A Naninggolan, cetakan ke tiga,

muka surat 86.

➢ OLD AND ALONE, ROUTLEDGE & KEGAN PAUL, muka surat 272.

➢ UNDERSTANDING OLD MAN, Gail Wilson, muka surat 101 dan 145.

➢ Sosial Policies and Programs on Aging, Louis Lowy, muka surat153.

➢ AGING 6th Edition, Harry R Moody, muka surat 129.

➢ Pengantar Kerja Sosial, Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, muka surat 88.

38