Anda di halaman 1dari 4

PTK: KOMPETENSI UMUM BAGI PEGAWAI KERAJAAN MALAYSIA: TONGGA...

Page 1 of 4

Selasa, 11 November 2008


Himpunan Nota
TONGGAK DUA BELAS
► 09 (6)
▼ 08 (8)
ELEMEN TONGGAK DUA BELAS
▼ 11 (8)
▼ 11 (7)
Apa itu virus PC
(i) Menghargai Masa
Apa itu Komputer
(ii) Ketekunan Membawa Kejayaan
Dasar : Bersih ,
Cekap dan (iii) Keseronokan Bekerja
Amanah (iv) Kemuliaan Kesederhanaan
Hakikat Jati Diri (v) Ketinggian Peribadi
Dalam (vi) Kekuatan Sifat Baik Hati
Pembinaan
(vii) Pengaruh Teladan
Ummah Hadhari
TONGGAK DUA
(viii) Kewajipan Menjalankan Tugas
BELAS (ix) Kebijaksanaan Berhemat
NILAI DAN ETIKA (x) Keutamaan Kesabaran
PERKHIDMATAN (xi) Peningkatan Bakat
AWAM
(xii) Nikmat Mencipta
Pelan Integriti
Nasional (PIN)
► 9 (1) ANALISIS DAN TAFSIRAN

Nota Pengarang 1 MENGHARGAI MASA


Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup.
Laman Blog ini Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian,
menghimpunkan Panduan-
masa yang berIalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah
panduan serta contoh
jawapan bagi kertas lesap.
Peperiksaan Penilaian Banyak petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. al-Quran
Tahap Kecekapan (PTK) (al-Asr 103: 1-3) memperingati manusia tentang masa. Dalam semua budaya
tahap 1 dan tahap 2
juga terdapat kata-kata hikmah yang menyentuh keperihalan mahalnya masa,
kompetensi Umum Teras
dan Profesional. Contoh contohnya 'time and tide wail for no man ". Peribahasa kita sendiri mengatakan
jawapan yang di berikan “masa itu emas"!
merupakan antara koleksi Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan masa.
jawapan terbaik yang
Misalnya, apabila membuat sesuatu kerja, "Do it right the first time", supaya
pernah mendapat
keputusan aras 4. Selamat tidak perlu diulang sekali lagi. Perbincangan kerja yang teliti juga akan
menduduki peperiksaan. menjamin kerja berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian,
antara nilai yang diutamakan dalam menghargai masa ialah:
Pengunjung · Segerakan tindakan;
· Tepati masa;
· Rancang masa dan tugas; dan
· Menyelesaikan tugas pada masa yang tetapkan).
Amalan-amalan negatif pula akan mengakibatkan pembaziran masa. Misalnya
mencuri tulang semasa bertugas atau berbual-bual kosong.

http://ptkumum.blogspot.com/2008/11/tonggak-dua-belas.html 5/24/2011
PTK: KOMPETENSI UMUM BAGI PEGAWAI KERAJAAN MALAYSIA: TONGGA... Page 2 of 4

2 KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN


Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang
tekun tidak menerima kekalahan. Genggam bara api biar jadi arang, kata orang
tua-tua. Orang Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa bersama
dengan mereka yang sabar (al-Baqarah 2:153).
Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. Orang yang berdisiplin,
bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka yang tidak berdisiplin
pula tidak bekerja atau curi tulang semasa mereka sepatutnya bekerja.
Ketabahan diperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar atau kecil.
Setiap halangan adalah cabaran dan bukannya pematah semangat.
Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikap
hangal-hangat tahi ayam " tidak boleh dijadikan model, sebaliknya contohi
semangat "kaizen" (lakukan sesuatu secara berterusan dan
berkesinambungan),seperti yang diamalkan dalam budaya kerja Jepun. Secara
ringkasnya, nilai-nilai yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan
antaranya ialah:(i)Bersemangat gigih dan tekun;(ii)Berdisiplin,(iii)Dedikasi,(iv)
Cekal,(v)Berpandangan jauh,(vi)Inovatif dan kreatif.

3 KESERONOKAN BEKERJA
Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membeban dan
membosankan. Peneriman hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja, dan
semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang seronok
bekerja bersifat proaktif (Covey, 1990: 66-44).
Bagi seorang ketua pula, minat dan pengharapan yang ditunjukkan kepada
usaha-usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai-nilai yang
perlu dititik beratkan dalam. mewujudkan keseronokan bekerja ialah:
(i) Kerja adalah ibadah(i i) Menghasilkan sesuatu yang berfaedah;(iii)
Komitmen terhadap kerja(iv)Sedia bekerjasama.

4 KEMULIAAN KESEDERHANAAN
Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan,
memilih jalan pertengahan antara dua extremes. Orang Islam telah
diperingatkan bahawa sebaik-baik pekerjaan itu yang sederhana.
Kesederhanaan akan menjamin tidak berlakunya pemborosan. Antara sifat
yang patut diamalkan ialah:
(i)Sederhana dalam semua aspek kehidupan;(ii)Tidak membazir,(iii)Adil dalam
tindakan;(iv) Bersikap terbuka(v) Berjimat cermat.
Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka
menunjuk-nunjuk. Kerapkali pula mereka ini terdiri daripada golongan munafik
yang suka berpura-pura.

5 KETINGGIAN PERIBADI
Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk
adalah tutur-kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata
memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia
menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak angkuh;
boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara.
Oleh itu antara sifat ketinggian peribadi seseorang ialah:
(i)Bersopan santun(ii)Amanah(iii) Saling hormat-menghormati(iv)Sedia
membantu.sebaliknya, kerendahan peribadi dapat diukur, antara lainnya,
daripada perbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah,
menyalahgunakan kedudukan dan tidak ikhlas dalam segala tindak-tanduknya.

6 KEKUATAN SIFAT BAIK HATI


Tersangat banyak sifat terpuji pada diri oang yang menghayati nilai ini. Sebagai
ketua dia kaya dengan sifat perikemanusiaan, simpati suka menolong orang
bawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam keputusannya.
Salahuddin AI-Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan
dikagumi oleh musuh-musuhnya. Pernah dia menangguh serangan ke atas

http://ptkumum.blogspot.com/2008/11/tonggak-dua-belas.html 5/24/2011
PTK: KOMPETENSI UMUM BAGI PEGAWAI KERAJAAN MALAYSIA: TONGGA... Page 3 of 4

sebuah kubu orang Kristian, kerana seorang knight sedang melangsungkan


upacara perkahwinannya pada ketika itu. Antara sifat baik hati yang perlu
dipraktikkan ialah:
(i) Adil(i i)Sedia menerima teguran(iii) Bertimbang rasa(iv) Prihatin terhadap
kebajikan.

7 PENGARUH TELADAN
Satu sifat yang dicela pada diri seorang ketua ialah dia yang berkata, "buat
seperti apa yang aku kata, bukan seperti apa yang aku buat". Ini sama saja
seperli ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dalam banyak kes pula,
teladan buruk apabila ditiru, ditiru dengan terlebih buruk lagi!
Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui
teladan. Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada
semata-mata memberi arahan. Oleh iti sifat-sifat yang perlu diamalkan ialah:
(i) Berkelakuan baik(ii)Amanah(iii) Telus dalam prosedur(iv)Bermoral tinggi.

8 KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS


Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya
menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang
tepat ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh
tanggungjawab,bukan sekadar memenuhi syarat saja.
Dalarm Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripada
tanggungjawab. Hukumnya. berdosa. Ada orang yang "mencuri " waktu
pejabat, berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek
dan pinggan-mangkuk. Pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan
waklu "curi" ini adalah haram. Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan
ke profesionalisme adalah menjadi kayu ukur yang dikehendaki. Oleh yang
demikian antara sifal yang perlu diamalkan ialah:
(i) Bertanggungjawab(ii) Tekun dan sabar(iii) Mengutamakan kerja(iv)
Peningkatan kualiti

9 KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
Berhemat ertinya berjimat-cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran adalah
dikutuk, dikatakan sahabat syaitan. Dalam kajian yang dibuat di Amerika
tentang mereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu faklor yang
sentiasa terdapat pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam perbelanjaan
mereka, yakni tidak penah melebihi pendapatan.
Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi
Misalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakai
pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik air
ditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu
rehat. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakan
usaha berhemat ialah:
(i) Tidak membazirkan harta kerajaan (ii) Bertanggungjawab terhadap harta
kerajaan(iii)Menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan.

10 KEUTAMAAN KESABARAN
Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat
menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam,
kesabaran adalah sifat terpuji. Lumrah diketahui bahawa tidak ada
kemenangan atau kejayaan tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan
Rasulullah S.A.W., penentangan daripada pembesar-pembesar Quraisy tidak
mematahkan semangat perjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya Islam
diterima dan berkembang. Demikian juga, jika kita mengkaji sejarah reka cipta,
Edison, Bell, Marconi, Baird dan lain-lain pereka cipta berjaya lantaran
kesabaran.
Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dan
dinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari alternatif-altematif.
Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu aset, terutama
dalam menghadapi kerenah orang lain, Oleh itu kesabaran dalam
mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan mengambil kira

http://ptkumum.blogspot.com/2008/11/tonggak-dua-belas.html 5/24/2011
PTK: KOMPETENSI UMUM BAGI PEGAWAI KERAJAAN MALAYSIA: TONGGA... Page 4 of 4

pemupukankan sifat-sifat berikut:


i)Sedia menghadapi tekanan masa dan ruang(ii)Tidak mudah putus asa(iii)
Sedia menyabut cabaran.

11 PENINGKATAN BAKAT
Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori muhiple
inleffigences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat
menghasilkan kerja yang bermutu. Muzik ciptaan P. Ramlee hidup segar hingga
ke hari ini kerana muziknya itu adalah cetusan bakatnya.
Bakat jika tidak dipupuk dan di pertingkatkan menjadi sia-sia. Sebaliknya, jika
dipertingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut
menerima. faedahnya. Di bawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga
akan turut mendapat keuntungan daripada peningkatan bakat
individu-individu; kejayaan sektor swasta akan mempengaruhi juga sektor
awam.
Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat serta
menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan. Idea-idea baru janganlah
disekat, lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan untuk
dikembangkan. Dalam ucapan YAB Dato' Seri Dr. Mahathir sempena perasmian
Kompleks Jabatan Perkhidmatan Awam, beliau menegaskan tentang perlunya
"menajarnkan bakat yang sedia ada pada seseorang".

12 NIKMAT MENCIPTA
Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea-idea lateral
seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward de Bono,
1990 dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Di jabatan-jabatan
kerajaan banyak tradisi kerja yang boleh digantikan dengan yang baru.
Misalnya, tradisi pegawai atasan mengelak daripada berjumpa dengan
pelanggan.
Dalam perbankan, biasanya pelanggan datang ke bank untuk menyelesaikan
urusan, misaInya pinjaman. Tetapi, hari ini ada bank yang menghantarkan
pegawainya untuk mendapalkan tanda tangan peminjam yang sedang
menunggu penerbangan di lapangan terbang.
Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau "gila-gila", akhirnya
diterima dengan baik, misalnya konsep "sekolah dalam taman". Idea
menerbitkan kereta nasional kita pada masa mula-mula dicadangkan dahulu
telah mentertawakan sesetengah pihak. Tetapi, kini nyatalah idea itu sesuatu
yang hebat.

Sumber : Nota kursus PTK


Dicatat oleh myanimasi di 9:10 AM

Catatan Lama Laman utama Catatan Terbaru

http://ptkumum.blogspot.com/2008/11/tonggak-dua-belas.html 5/24/2011

Anda mungkin juga menyukai