Anda di halaman 1dari 18

KEMAHIRAN

KOMUNIKASI
GURU
OLEH:
PRESCILLA WIN
PENGENALAN

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Lisan dan Bukan


Laras Bahasa
Lisan
• Komunikasi berkesan dapat dijelmakan
dalam cara bertutur, penggunaan
bahasa badan, penulisan serta
penggunaan alat-alat tertentu seperti
komputer, telefon dan sebagainya.

• Komunikasi dan interaksi merupakan


kunci penting antara kejayaan guru dan
murid di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
• Guru perlu menggunakan kecekapan
kemahiran berkomunikasi untuk
mempengaruhi muridnya supaya
mengekalkan tahap motivasi dalam
pembelajaran.
Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan

• Wagner (1994) memberikan definisi interaksi


sebagai tindak balas peristiwa yang
memerlukan sekurang-kurangnya dua objek
dan dua aksi.
• Interaksi berlaku apabila objek dan peristiwa
saling mempengaruhi satu sama lain.
• Tindak balas ini akan menyebabkan proses
komunikasi lisan berlaku.
Model Komunikasi Kemanusiaan

Komunikasi Mementingkan
merupakan cara Menekankan ciri manusia yang
yang berkesan interaksi antara mana tarikan
untuk individu manusia / antara dua orang
menyesuaikan individu individu / lebih
diri ditekankan
daripada sikap
terhadap sesuatu
perkara / objek.
Model Simetri
Newcomb
X
A = Individu
B = Individu A B
x = Maklumat

Melalui model di atas, jelas bahawa komunikasi


berkesan oleh seseorang guru memerlukan
penglibatan atau interaksi berbentuk dua hala.
• Model Wilbur Schramm (1954) merumuskan
komunikasi dalam pendidikan adalah seperti
berikut:
Komunikasi Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran

Senyuman
Semasa
L menyoal Renungan
I BUKAN
S Anggukan
A Semasa LISAN Memek Muka
N memberi
penerangan Genggaman
Tangan
• Komunikasi lisan memerlukan kedua-dua pihak
memelihara aspek kesantunan dalam komunikasi
tersebut.

• Menurut Brown dan Levinson (1978) strategi


kesantunan dikembang untuk menjaga martabat
pendengar dan pihak yang terlibat.

• Antara strategi kesantunan yang biasa digunakan


adalah seperti berterus terang, kesantunan positif,
kesantunan negatif dan berlaku tanpa rekod.
• Komunikasi berbentuk lisan merupakan cara
mudah untuk mendapatkan maklumat dan
penerimaan mesej dari penutur.

• Di samping itu, melalui lisan guru juga boleh


menyampaikan maklumat dan mengemukakan
idea baru.

• Guru boleh memberi panduan tentang sesuatu


keadaan dan situasi di dalam kelas dengan lebih
jelas.
• Komunikasi lisan juga banyak bergantung kepada
kelajuan bercakap seseorang guru.

• Maklumat yang disampaikan secara laju akan


menjejaskan penerimaan mesej kepada murid.

• Dalam komunikasi lisan, pengaruh bahasa yang


digunakan oleh guru akan mempengaruhi
pemahaman murid terhadap isi pembelajaran
yang disampaikan.
KOMUNIKASI BUKAN LISAN

• Komunikasi lisan juga boleh disertai dengan


komunikasi bukan lisan.
Contohnya:
Renungan mata, pergerakan tangan, ukiran
senyuman di bibir, ekspresi muka, perubahan air
muka dan pergerakan kecil tubuh badan.
• Mc Cardle (1974) mengatakan komunikasi bukan
lisan merupakan faktor penting yang membentuk
‘gestalt’ keseluruhan pada komunikasi.

• Komunikasi bukan lisan lebih kepada penglibatan


gerak badan dan penumpuan penutur kepada
pendengarnya.

Di dalam sesebuah kelas, guru boleh mengawal


kelas tanpa lisan dengan menggunakan ‘eye
contact’ atau melihat dengan penuh tumpuan
kepada individu serta murid yang berkenaan.
• Semasa berkomunikasi, guru perlu mengelakkan
beberapa gangguan supaya mesej yang hendak
disampaikan dapat diterima dengan jelas.

• Gangguan ini boleh dikategorikan kepada dua


jenis iaitu gangguan luaran dan gangguan
dalaman.

• Gangguan luaran datangnya dari suasana


persekitaran yang terlalu bising, penggunaan
laras bahasa yang sukar difahami dan suasana di
dalam bilik darjah itu sendiri.
• Gangguan dalaman pula terdiri daripada unsur bias
dalam persepsi, pengalaman lalu dan perbezaan
dalam budaya.

• Mesej yang tidak disukai akibat rasa kecewa serta


salah faham kedua-dua pihak turut menjadi faktor
gangguan dalam komunikasi.

• Faktor lain seperti sumber yang tidak boleh


dipercayai, kesilapan dalam alih bahasa, nilai
pertimbangan, pemikiran penyampai dan penerima
maklumat yang berbeza akan menjadi penghalang
penerimaan mesej.
Masalah, cara mengatasi dan implikasi Komunikasi
di Bilik Darjah

Masalah Cara Mengatasi Implikasi

Kurang Hendaklah sentiasa Murid dapat


persediaan bersedia dengan menerima mesej
perancangan yang dengan jelas dan
lengkap objektif pengajaran
tercapai
Pastikan Bilik
Darjah senyap / Murid dapat
Kebisingan bersedia semasa mendengar dengan
guru mengajar jelas
Masalah, cara mengatasi dan implikasi Komunikasi
di Bilik Darjah

Masalah Cara Mengatasi Implikasi

Elak mengkritik Murid bertambah


Kritikan murid yakin

Elak melabel Murid bertambah


Melabel Murid negatif kepada yakin mengemukakan
murid hujah

Memberi Menggalakkan Murid mudah diajak


Arahan perundingan berunding
PENUTUP
• Sebagai kesimpulannya semua komunikasi
mempunyai tujuan.

• Komunikasi sama ada lisan atau bukan lisan


merupakan kunci kejayaan dalam setiap pengurusan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

• Komunikasi harus berterusan dan berkesan bagi


mewujudkan hubungan yang baik dalam komuniti
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai