Anda di halaman 1dari 7

Teknik Menjawab Rumusan Karangan SPM

BAHASA MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

KOD 1103/2KERTAS 2

SOALAN 1: Rumusan(30 markah)

STRATEGI MERUMUS KARANGAN

PETIKAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup
berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam
setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri
masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting
dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang
berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang
paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah
yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau
sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan
memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan
kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu
padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian,
penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah
dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat,
penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan
mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala
tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat
sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran
yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah
semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat.
Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama
jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan
berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman
dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik
ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan
tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam
menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan
sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada
masa akan datang.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan Hubungan Baik, oleh Ahmad
Tarmizi Zakaria, Utusan Malaysia, Jun 2003)

A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

STRATEGI 1

Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,

* Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.

(masa dicadangkan 2 minit)

* Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman

(masa dicadangkan 5 minit)

STRATEGI 2 : Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-
perkataan tersebut.

* Fokus 1 = Isi tersurat


* Fokus 2 = Isi tersirat

Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan
fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula
merupakan fokus untuk isi tersirat. CONTOH 1 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian
buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara
memupuk semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

STRATEGI 3
Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab
Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan
dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan
ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat
penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni).[ISI 1]

Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab
Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang
berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang
paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan
seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak
berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama
dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita)[ISI 3]. Hal ini kerana (mereka
memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2]
Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat)
[ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab
Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah)
[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti
khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung)[ISI 6] jika jiran
memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu
bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat
seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung
sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu
sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada
masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan
persefahaman yang mantap sesama jiran.

Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab
Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan
berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman
dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran).[ISI 8] Jiran yang
baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan
mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka).[ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka
lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan
dan perpecahan.
Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab
Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam
(menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara)[ISI 10] Hanya negara yang
makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih
gemilang pada masa akan datang.
STRATEGI 4

Senaraikan FOKUS 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah
perkataannya.

Isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran

1. Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]


2. Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]
3. Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita. [ 11 ]

Atau Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]

1. Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]


2. Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]
3. Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
4. Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat setempat. [ 9 ]
5. Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
6. Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar
sesama mereka. [ 11 ]
7. Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]

STRATEGI 5

Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap. PERINGATAN:

1. Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kesemua isi
kerana jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1
ialah 60 – 65 patah perkataan
2. Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat.

CONTOH:

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin
keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama
jiran. [ 46 patah perkataan ]

B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

STRATEGI: 1.

1. Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang
diberikan.Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangat kejiranan.

2. Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat dan
fokus 2 dalam arahan soalan.

3. Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.

4. Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.

STRATEGI 1 :

Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat
kejiranan.

CONTOH : 1.

1. Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia memberi pertolongan /


tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]

2. Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin atau ambil berat
hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali
[ konsep : Interaksi tidak formal ]

3. Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.

4. Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat .

5. Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun tetangga / persatuan


belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]

6. Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan

7. Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak sombong /
berbaik sangka dengan jiran .
STRATEGI 2 :

Membina perenggan isi tersirat.

CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan
mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu
memupuk semangat kejiranan. [ 23 patah perkataan ]

C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN.

STRATEGI :

1. Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.


2. Kenal pasti fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan fokus 1 itulah penfahuluan rumusan
karangan dapat kita hasilkan.
3. Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi ayat anda
sendiri.
4. Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
5. Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan / membicarakan …….

CONTOH PENDAHULUAN:

Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran Pendahulaun:

Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara


kita.atauPetikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran
dalam masyarakat

D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN.

1. Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.


2. Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.
3. Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut berserta kesan atau
akibat cadangan / harapan tersebut.
4. Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan atau akibat
cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya, demi’.
5. Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayat tersebut
merupakan ayat kesimpulan.

Contoh : Kesimpulannya, ….
CONTOH KESIMPULAN:

1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat
diwujudkan

Atau

1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam masyarakat
dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.

CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP

Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin
keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama
jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat.

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan
mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu
memupuk semangat kejiranan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat
diwujudkan.

[ 100 patah perkataan]

Anda mungkin juga menyukai