1. Guru menunjukkan lirik lagu "Kalau anda rasa gembira....".
2. Guru menyanyi lagu. 3. Guru terlebih dahulu menunjukkan gaya seperti yang disebutkan dalam lirik lagu. Contohnya, tepuk tangan. 4. Guru menyuruh murid menyanyi bersama-sama guru sambil membuat gaya.
Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada:
1. Guru menyuruh murid menunjukkan kembali gaya yang telah murid lakukan tadi. 2. Guru menyoal, "Apakah gaya yang telah murid lakukan tadi?". 3. Murid memberikan jawapan tepuk tangan, petik jari, tepuk bahu, tepuk peha dan hentak kaki. 4. Guru membimbing murid menjawab.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid:
Budak Perempuan. 1. Guru menunjukkan gambar budak perempuan dan gambar budak lelaki. 2. Guru menyatakan bahawa anggota badan budak perempuan dan budak lelaki tersebut sama seperti anggota badan murid dalam kelas. 3. Guru menyatakan isi pelajaran iaitu anggota badan.
Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid:
Langkah Pertama Mengecam anggota badan 1. Guru menunjukkan gambar budak perempuan kepada murid. Guru menamakan budak perempuan tersebut sebagai Suri. 2. Guru membimbing murid menyebut perkataan anggota badan Suri. Murid menyebut perkataan. 3. Guru membimbing murid menyebut perkataan sambil menunjukkan anggota badan Suri dengan jari. Kemudian, guru menyuruh murid menyebut secara kelas. 4. Selepas itu, guru menyuruh murid seorang demi seorang menunjukkan anggota badan yang disebutkan oleh guru. 5. Guru menyuruh murid mengadap muka rakan mereka secara berpasangan dua orang. 6. Guru menyuruh murid menunjukkan anggota badan rakan mereka sambil menyebut nama anggota badan tersebut.