Anda di halaman 1dari 16

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 PENGENALAN

Bagi setiap penuntut POLITEKNIK yang terdapat di Negara ini di wajibkan untuk
menjalani Latihan Industri sama ada mereka ini mengikuti kursus Sijil ataupun Diploma. Ini
adalah syarat yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK dan tempoh
Latihan Industri yang ditentukan adalah selama 6 bulan. Semua pelajar akan diberi tempoh
ini untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana firma yang mereka pilih sendiri ataupun
yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK.

Latihan Industri ini dijalankan pada semester yang ketiga bagi Kursus Peringkat Sijil
dan semester keempat bagi Kursus Peringkat Diploma ( kecuali bagi penuntut Kursus
Diploma Sains Kesetiausahaan iaitu bagi semester ketiga ). Penganugerahan Sijil atau
Diploma hanya akan diberikan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan Latihan
Industri sebelum menyambung semula semester nanti. Ia juga merupakan salah satu syarat
yang di wajibkan untuk penganugerah Sijil mahupun Diploma. Dengan ini para penuntut
POLITEKNIK semua harus memandang serius terhadap Latihan Industri ini dan kita tidak
boleh memandang remeh sahaja. Melalui Latihan Industri inilah kita akan dapat mengetahui
alam pekerjaan yang sebenar-benarnya.
1.1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri bagi pelajar yang menjalani kursus Sijil ataupun Diploma adalah satu
langkah yang baik dalam usaha Negara iaitu Malaysia untuk melahirkan ramai tenaga mahir
dan separuh mahir. Melalui Latihan Industri ini para pelajar yang menuntut di Politeknik
dapat menimba kemahiran dan pengalaman yang baru. Malah disamping itu juga, mereka
dapat mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa belajar di tempat pengajian. Ini
kerana ketika apa yang para pelajar belajar di tempat pengajian berbanding semasa menjalani
Latihan Industri ini adalah amat berlainan sekali. Ternyata semasa para pelajar menjalani
Latihan Industri mereka dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang dunia
pekerjaan yang sebenarnya. Dengan ini mereka dapat memantapkan lagi tahap pemikiran
serta kepakaran para pelajar lepasan Politeknik khususnya.

Dunia pekerjaan adalah lebih banyak rintangan dan memerlukan kematangan


seseorang itu dalam melakukan sesuatu tugas yang telah di berikan. Latihan industri menguji
sejauh manakah kebolehan serta kesabaran para pelajar untuk mempraktikkan semula teori
yang telah dipelajari dan merupakan penyediaan diri bagi pelajar sebelum memasuki alam
pekerjaan yang sebenarnya. Ketika di alam pekerjaan nanti para pelajar perlu mempelajari
dan mengetahui lebih banyak kesulitan yang akan menimpa diri kita apabila sudah bekerja
kelak.

Oleh itu, buku laporan industri ini adalan gambaran keseluruhan semasa saya
menjalani latihan industri di Pejabat Telekom Jitra. Selain itu, saya sertakan juga penerangan-
penerangan bagi sesuatu tajuk yang berkaitan dengan tugas-tugas yang saya lakukan di
Pejabat Telekom Jitra ini.
1.1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah wajib bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di


POLITEKNIK sebelum layak dipertimbangkan untuk mendapat Sijil dan Diploma di dalam
bidang pengkhususan masing-masing. Kepentingan Latihan Industri ini dapat dilihat apabila
setiap palajar perlu lulus di dalam Latihan Industri sebelum mereka memasuki semester yang
berikutnya.

Para pelajar yang menjalani Latihan Industri ini akan ditempatkan di firma-firma atau
organisasi-organisasi yang sesuai dengan kursus yang di pelajari ketika berada di
POLITEKNIK. Oleh itu, beberapa objektif Latihan Industri ini diadakan adalah :

 Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenarnya.


 Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan membina perhubungan baik sesama
pekerja.
 Untuk memperlihatkan pelajar perkaitan antara teori dan praktikal.
 Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan, displin masa dan etika kerja
dalam Latihan Industri.
 Untuk memupuk sifat amanah, bertanggungjawab, membina keyakinan diri dan tahan
menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
 Untuk menyiapkan diri bagi menyediakan satu laporan rasmi setelah tamat Latihan
Industri.

1.1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri mempunyai banyak kepentingannya kepada para pelajar. Tambahan


pula tempoh masa panjang yang di tetapkan oleh pihak POLITEKNIK memberi kelebihan
kepada pelajarnya berbanding dengan industri pengajian lain yang hanya menyediakan ruang
tempoh yang begitu singkat.
Selain itu, Latihan Industri ini membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori
kepada praktikal dan sebaliknya. Sebagai seorang penuntut di POLITEKNIK, teori dan
praktikal adalah dua perkara yang sama penting. Oleh itu, sebagai seorang penuntut amat
penting bagi mereka yang mempraktikkan apa yang telah dipelajari agar tidak berasa kekok
apabila bekerja nanti.

Latihan Industri amat penting kepada para pelajar kerana :

 Pelajar dapat berdikari dengan mengenali cabaran dunia luar dan bertemu orang-orang
yang baru di sekeliling mereka.
 Mengasah bakat dan minat para pelajar terhadap setiap tugasan yang telah di berikan
oleh penyelia atau kakitangan di syarikat tersebut.
 Mematangkan kehidupan serta pemikiran pelajar dalam menempuhi tempoh
sepanjang Latihan Industri tersebut.
 Dapat membentuk sahsiah diri dan keterampilan para pelajar kearah yang lebih positif
agar mereka lebih berkeyakinan apabila bekerja kelak.
 Mengetahui serta mempelajari lebih mendalam lagi bagaimana sesuatu pekerjaan itu
dilaksanakan dengan sistematik dan bagaimana menyelesaikan masalah yang timbul.
1.1.4 RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Semasa menjalani Latihan Industri di Pejabat Telekom Lahad Datu ini saya telah
banyak didedahkan dengan tugas-tugas yang berlainan setiap hari. Antara aktiviti dan tugas
yang telah saya lakukan:

 Configuration streamyx.
 Memasang jumper di cabinet.
 Menerima aduan kerosakan daripada pelanggan.
 Menulis doket baru dan lama untuk di serahkan kepada kontraktor.
 Complete job apabila kerosakan telah dibaiki oleh pekerja Telekom ataupun
kontraktor.
 Membaiki kerosakan ‘fixed dial telephone’ (telepon talian tetap)
 Menghadiri mesyuarat yang diadakan pada setiap minggu.
 Membetulkan kerosakan pada telefon radio ( Fixed Wireless Terminal ).
 Memasang dan membetulkan kerosakan bagi talian ISDN.
 Splicing Fiber optic
 Installing Computer Program
1.1.5 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini, penyelia tidak menetapkan
sesuatu tugas kepada saya. Oleh itu, setiap hari saya melakukan tugas yang berbeza. Ini
kerana penyelia mahu melihat saya mempelbagaikan tugas saya yang banyak bersangkut paut
dengan kursus yang saya ambil iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik( Komputer ). Saya
amat berterima kasih kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada penyelia serta rakan-rakan
sekerja sebagaimana yang diharapkan sebelum menghadapi Latihan Industri.

Walaupun sebahagian besar tugas-tugas yang saya lakukan berkait rapat dengan
jurusan yang diambil, namun saya juga diajar bagaimana menerima aduan daripada
pelanggan, membaca laporan kerosan (webstars), diajar untuk membaiki kerosakan telepon,
telefon pelanggan bagi mengetahui samada kerosakan telah dibaiki ataupun tidak, menyalin
worklist, configuration streamyx, closed doket yang telah siap dibaiki dan menghadiri
mesyuarat serta diberi pendedahan awal kepada proses ‘splicing fiber’ atau penyambungan
fiber optic.
1.1.6 PENULISAN LAPORAN

Laporan ini dihasilkan adalah untuk di jadikan sumber rujukan kepada pihak majikan
apabila pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di POLITEKNIK keluar
untuk mencari peluang pekerjaan. Malah laporan ini dapat di jadikan panduan oleh para
pelajar untuk melakukan sesuatu tanggungjawab terhadap pihak majikan mereka kelak.

1.1.7 PENYELARASAN

Buku laporan Iatihan Industri ini adalah :

 Merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang berkaitan
dengan perjalanan Latihan Industri.
 Untuk tujuan penyelarasan. Penulisan laporan ini adalah mengambil kira setiap
tugasan mengikut keutamaan yang sistematik dan bersepadu serta laporan disesuaikan
dengan perhubungan semasa agar peningkatan diri di dalam menjalankan
tanggungjawab dan amanah dapat membangun dengan seiringan.
1.1.8 OBJEKTIF LAPORAN

Objektif laporan ini adalah untuk menghuraikan apa yang telah dipraktikkan semasa
menjalani Latihan Industri dan juga dapat melihat sejauh manakah kefahaman para pelajar
tentang Latihan Industri sebenarnya.

Selain itu, di dalam laporan ini saya juga turut menceritakan serba sedikit tentang apa
yang saya laksanakan di Pejabat Telekom Lahad Datu ini. Laporan ini bertujuan untuk
dijadikan sumber rujukan bagi saya serta para pelajar di masa akan datang.

Akhir sekali, laporan ini juga bertujuan sebagai satu rumusan atau kesimpulan tentang
segala aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dan pelajari di pejabat ini selama tempoh 6 bulan
ketika menjalani Latihan Industri.

Semoga dengan adanya ilmu serta kemahiran yang diperolehi semasa menjalani
Latihan Industri ini saya berharap semua pelajar dapat mempraktikkan dengan sebaik yang
mungkin. Di samping itu para pelajar dapat membantu Negara melahirkan tenaga pekerja
yang lebih optimis di masa hadapan apabila mereka sudah mendapat pekerjaan kelak.
1.1.9 JADUAL LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini mereka tidak menyediakan
jadual Latihan Industri yang tetap bagi setiap pelajar. Oleh itu, ini terpulang kepada daya
usaha oleh seseorang pelajar itu untuk melakukan kerja-kerja yang telah disediakan dan
kerja-kerja sampingan yang diberikan oleh kakitangan mereka.

Pada kebiasaannya, kerja-kerja yang diberikan oleh penyelia turut diberi juga oleh
kakitangan yang lain kerana mereka memerlukan bantuan para pelajar. Antara kerja-kerja
yang biasa saya lakukan ialah menerima order pemasangan baru dari TM Point Lahad Datu,
menyemak worklist, membaiki kerosakan telepon pelanggan. Selain daripada itu, para pelajar
juga diajar untuk membaiki kerosakan streamyx dan penyambungan fiber optik.
1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

1.2.1 Sejarah penubuhan Telekom Malaysia Berhad

Telekomunikasi merupakan salah satu keperluan dalam hidup manusia yang mana
melalui telekomunikasi telah dapat meningkatkan taraf hidup manusia seterusnya dapat
membangunkan negara. Dengan adanya telekomunikasi, suatu maklumat dapat disalurkan
dengan mudah dan cepat tanpa sebarang halangan. Kerana mengetahui hal ini, kerajaan
mengambil langkah yang bijak, menubuhkan Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1968
sebelum diperbadankan pada Oktober 1984. Ini memandangkan telekomunikasi adalah
satu aspek yang terpenting dalam kehidupan manusia seharian pada hari ini. Dari tahun ke
tahun, Telekom Malaysia berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya dan kini Telekom
Malaysia Berhad berdiri megah bersama syarikat telekomunikasi lain di dunia yang
memberikan produk, perkhidmatan dan penyelesaian bertaraf dunia.

Telekom Malaysia Berhad pada mulanya ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan


telekomunikasi kepada rakyat Malaysia. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah
seperti perkhidmatan telefon awam dan rumah, panggilan rumah, panggilan kecemsan dan
sebagainya. Melalui pemberian lesen oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia Berhad ia
memberikan hak kepada Telekom untuk mengendalikan kesemua sistem telekomunikasi.
Selain itu, penubuhan Universiti Telekom (UNITEL) pada tahun 1997 adalah merupakan
universiti swasta pertama di Malaysia yang mempunyai objektif menyumbng ke arah
pembangunan teknologi maklumat, industri multimedia dan telekomunikasi. Begitu juga
dengan penubuhan Universiti Multimedia pada tahun 1999.
Dalam era teknologi pada masa kini, Telekom Malaysia Berhad berusaha
mempertingkatkan perkhidmatannya dan sentiasa menyalurkan produk dan perkhidmatan
terbaik demi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan – pelanggannya. Salah satu
produk dan perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada keuntungan syarikat
ialah perkhidmatan telefon Direct Exchange Line. Dengan pelanggan melebihi 4.4 bilion,
Telekom Malaysia Berhad telah berusaha untuk mempertingkatkan pasaran bagi memenuhi
impiannya untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dengan memberi tumpuan penuh
kepada kepuasan pelanggan secara menyeluruh.

Pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia telah diswastakan yang dikenali sebagai
Telekom Malaysia yang masih dikawal sedia oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan
Multimedia . Selaras dengan perkembangan komunikasi, Telekom mengorak langkah dengan
terus berkembang dengan pertubuhan hasil yang berterusan menyumbangkan dengan
pertambahan keuntungan yang tinggi. Telekom Malaysia juga menyumbang dari segi
pembangunan pasaran telekomunikasi di Malaysia secara progresif .

1.2.5 SEJARAH SISTEM RANGKAIAN TELEKOM MALAYSIA

1874 – Talian pertama menghubungkan pejabat Residen di Kuala Lumpur dan


pejabat Penolong Residen di Taiping .

1882 – Talian yang melalui dasar laut yang menghubungkan Seberang Prai dan
Pulau Pinang diwujudkan .

1891 – Ibusawat pertama di bina di Kuala Lumpur .

1900 – Perkhidmatan telefon Magneto yang pertama yang dilancarkan di Sabah .

1962 – Kemudahan Sambung Terus Dail (STD) diantara Kuala Lumpur dan
Singapura diwujudkan .

1964 – Pemasaran kabel dasar laut SEACOM diantara Singapura Dan Kota
Kinabalu .
1970 – Stesen satelit bumi dibina di Kuantan .

1975 – Pemasangan ibusawat teleks automatik .

1979 – Kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD) diperkenalkan .

1980 – Ibusawat elektronik dilancarkan .

1981 – Stesen satelit kedua di Lendu dilancarkan .

1983 – Perkhidmatan Datel dan telefaks diperkenalkan .

1987 – CASS (Customer Automatik Service System) dilaksanakan .


1988 – Perkhidmatan Business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang . Telekom Malaysia memberi tumpuan kepada perlaksanaan stesen
satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai rekabentuk dan teknologi yang
termoden .

1989 – TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan computer


dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris .

1990 – Perkhidmatan Toll – Free antarabangsa diperkenalkan diikuti dengan kad


fon tanpa bayaran .

1998 – ISDN (Intergrated Service Digital Network) yang membolehkan


pelanggan malihat pemanggilnya yng menggunakan ISDN juga .

1999 – TM-CLIP boleh mengetahui dari mana panggilan dibuat .


1.2 Latar belakang Telekom Malaysia Berhad

Telekom Malaysia Berhad diperbadankan daripada Jabatan Telekom Malaysia


(JTM) pada 12 Oktober 1984, manakala pada 7 November 1990 ia memasuki papan utama
dalam pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Pada 14 April 2005 Telekom
Malaysia Berhad melalui proses penjenamaan semula dan dikenali sebagai TM.

Aktiviti utama TM adalah membangun, mengurus dan menyediakan perkhidmatan


yang berkaitan dengannya dibawah lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia yang dulunya dikenali sebagai Kementerian Tenaga,
Telekomunikasi dan Pos.

Selain membangunkan infrastruktur telekomunikasi di Malaysia, TM juga menjalinkan


usahasama dengan syarikat telekomunikasi luar negara dan bekerjasama dalam
membangunkan sistem telekomunikasi negara tersebut. Antaranya negara Ghana, Afrika
Selatan dan Kemboja.

1.3.1 Visi Telekom Malaysia

‘Menjadi syarikat telekomunikasi pilihan dengan penumpuan kearah menyampaikan


nilai terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam
syarikat’.

1.3.2 Misi Telekom Malaysia

Untuk mencapai misi, perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan :

i) Menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang diceburi


ii) Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan
menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.
iii) Membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan rakan niaga
berdasarkan kepercayaan.
iv) Menjana nilai pemegang saham dengan merebut peluang-peluang perniagaan di
Asia Pasifik dan lain-lain pasaran serantau terpilih.
v) Menjadi majikan pilihan yang memberi inspirasi kearah kecemerlangan prestasi.

1.3.3 Nilai-nilai Kristal

TM telah berusaha menuju ke suatu arah iaitu menjadi syarikat telekomunikasi yang
terunggul di negara ini berpandukan satu visi dan misi yang menjadi panduan kepada
setiap anggotanya. Untuk mencapai matlamat ini, TM menggariskan nilai-nilai kristal untuk
diterapkan disetiap anggotanya dan menjadi landasan yang tepat. Nilai-nilai kristal ini
adalah :
i) Komitmen menyeluruh Terhadap Pelanggan
- Proaktif, Seneitif, Responsif

ii) Kewibawaan Tanpa Kompromi


- Jujur, Boleh Dipercayai, Keikhlasan, Dedikasi. Adil

iii) Hormat Dan Prihatin


- Semangat Berpasukan, Bekerjasama, Saling Menghormati,
Bersopan Santun, Kesefahaman, Berfikiran Terbuka.
1.3.4 Logo dan imej baru Telekom Malaysia Berhad

Telekom Malaysia Berhad yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Telekom
Malaysia telah memperkenalkan logo baru syarikat yang membawa identiti dan imej baru.
Pada tahun 1990, secara rasminya logo ini telah diperkenalkan kepada semua pengguna
dengan misi korporatnya yang mengandungi huruf ‘t’ diperkukuhkan dalam satu bulatan dan
diikuti dengan nama korporatnya ‘Telekom Malaysia’ serta diperkukuhkan lagi dengan
garisan merah dibawah perkataan ‘Telekom’. Logo yang baru ini mewujudkan lagi tenaga
kerja yang lebih progresif.

Rajah 1.2: Logo lama TM


.
1.3.5 Penjanaan semula Telekom Malaysia 2005

Gambarajah 1.3 : Logo baru bagi Telekom Malaysia setelah Penjanaan

Pada 14 April 2005, ia merupakan tarikh bersejarah di negara kita kerana YAB
DATO’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan
majlis pelancaran identity penjenamaan TM yang mana ia menerima sokongan daripada
pihak kerajaan dalam usaha syarikat membawakan perubahan sebenar kepada TM.

Logo baru dengan huruf “TM” melambangkan identiti kumpulan terdiri daripada tiga
warna yang bersemangat dan jelas iaitu oren, biru, merah. Warna oren melambangkan
semangat ceria anak syarikat multimedia TMNet manakala merah pula menggambarkan
kebebasan, iaitu identity Celcom, syarikat selular TM. Huruf “TM” dan warna-warna baru ini
menggambarkan imej baru TM sebagai sebuah organisasi yang tegas, berani, bersemangat
dan bertenaga.

Pengubahsuaian ini bukan sahaja menggemparkan perubahan luaran sahaja kepada


nama dan logo, malah perubahan kali ini menekankan pendekatan kasar kearah menyemai
budaya berorentasikan khidmat pelanggan dikalangan anggota TM.

Anda mungkin juga menyukai