Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA KELADI

13200 KEPALA BATAS


SEBERANG PERAI UTARA

LAPORAN MESYUARAT PANITIA ICT


BIL 2 TAHUN 2010

Tarikh : 29 APRIL 2010


Hari : Khamis
Masa : 2.15 petang – 3.15 petang
Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran : 1. Tuan Haji Zainuddin bin Ahmad


2. Tuan Haji Ab Jalil bin Jaafar
3. Nur Suhaila binti Ahmad

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi


Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli pada mesyuarat kali ini.

2.0 Ucapan Guru Kanan Teknik & Vokasional


Tn Hj Zainuddin b Ahmad selaku guru kanan mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan
kerjasama semua ahli. Beliau berharap semua ahli panitia dapat menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dengan baik.

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Merujuk kepada perkara 3.1.4 mengenai penyelenggaraan komputer
 Talian internet yang telah diperbaiki masih terdapat masalah capaian
sukar diakses. Ini menimbulkan masalah pada para pelajar, khususnya
pelajar 4 Sains dan 5 Sains untuk menyiapkan folio di makmal komputer.
Guru-guru juga tidak dapat mengakses internet di Bilik Guru dan PSS
disebabkan masalah ini.
Tindakan : Makluman

4.0 Analisis Keputusan Peperiksaan ICT


4.1 Berikut adalah analisis bagi peperiksaan SPM 2009

Gred Bil. Pelajar


A- 1 orang
B+ 1 orang
C+ 3 orang
C 2 orang
D 1 orang
E 1 orang
G 1 orang
% Lulus 90.0 %

4.2 Analisis peperiksaan Ujian Cermin Diri 1 tahun 2010, peratus lulus
Tingkatan 5 Sains – 85.7 %
Tingkatan 4 Sains – 83.3 %

Tindakan : Makluman
5.0 Peruntukan PCG Panitia 2010
5.1 Pembetulan peruntukan PCG untuk, tahun ini 2010 adalah sebanyak RM 1560.00
dan tahun lepas RM975.00. Jumlah RM 2535.00. Jumlah yang boleh dibelanja
adalah sebanyak RM2281.50
5.2 Walau bagaimanapun belanjawan yang diberi hanya untuk kegunaan subjek ICT dan
tiada peruntukan untuk subjek ICTL.
5.3 Perancangan untuk pembelian perbelanjaan telah dibuat oleh Guru ICT. Diharap
perbelanjaan untuk tahun ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Tindakan : Guru ICT

6.0 Program Peningkatan SPM 2010


6.1 Program ini akan dijalankan bermula bulan Jun selepas cuti sekolah. Program
pertama ialah menyudahkan folio ICT yang mana seorang juruteknik dari PKG atau
sekolah berdekatan akan dipanggil untuk topik Network dan PC Assembling. Selain
itu teknik menjawab kertas 2 ICT juga akan diadakan bagi membantu para pelajar
meningkatkan kefahaman bagi menjawab soalan ICT. Di harap peratus kelulusan
dapat meningkat sekurang-kurangnya 3% setiap tahun.
Tindakan : Guru-guru ICT dan ICTL

7.0 Folio 2010


Folio ICT bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5 agak lambat untuk disispkan disebabkan
masalah talian internet dimakmal komputer. Pihak GITN telah dihubungi beberapa
kali namun masalah yang sama sering berrulang. Cikgu Suhaila amat berharap
masalah ini dapat diatasi bagi memudahkan pelajar menyiapkan folio. Pihak JPN
juga akan melakukan pemantauan menurut surat yang diedar pada bulan Julai 2010.
Tindakan : Guru ICT

8.0 Hal-hal Lain


8.1 Tuan Haji Zainuddin memaklumkan fail panitia ICT boleh diambil di bilik mesyuarat
untuk dikemaskini.
8.2 Pengerusi mengingatkan agar guru-guru dan para pelajar yang menggunakan
makmal komputer menulis penggunaanya dalam buku log sebagai bukti penggunaan
8.3 Tn Hj Ab Jalil melahirkan rasa kesal terhadap kerosakan beberapa peralatan ICT
oleh beberapa orang pelajar yang tidak bertanggungjawab terutama keyboard, dan
mouse. Tindakan juga akan diambil terhadap pelajar yang suka melakukan
vandalism di makmal komputer.
8.4 Pengerusi memaklumkan tentang kerosakan ‘aircond’ di makmal komputer 1 masih
dalam penyelenggraan bagi maklaml 2, bilik persediaan dan server masalah
‘aircond’ telah dibaikpulih. Terima kasih atas kerjasama guru-guru panitia dan tuan
pengetua, Encik Abdul Rashid bin Mansor yang membantu mengatasi masalah
‘aircond’ ini.
Tindakan : Guru-guru ICT dan ICTL

9.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang

Disediakan oleh,

…………………………………….
(NUR SUHAILA BINTI AHMAD)

Anda mungkin juga menyukai