Anda di halaman 1dari 11

(a)

Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam

Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai ‘3 R’ iaitu
membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf ‘R’adalah satu kata yang sesuaidigunakan dalam
Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun begitu, sama ada kata-kata itu
sesuai atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asasselain
membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikanmemainkan peranan yang penting
dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu
Seni Visual, Seni Muzikdan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti
MataPelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsurseni dan berbeza dari kaedah
pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis sebagai media dalam
penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa
lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar
secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu,
perhubungan sesama murid juga dapatbertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-
aktiviti permainansecara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam
diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidakdapat mengelakkan murid-murid
daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap
individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-
aksiyang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan
pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melaluideria sentuh. Komunikasi deria
sentuh ini mempunyaiasas yang boleh menjalinperhubungan sesama manusia yang membawa
kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan minat dan kebolehan
mereka, maka akan terbentuk satu situasi idealyang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial
iaitu rasa ketermilikan dankeinginan diterima sebagai anggota kelompok.

Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompokdan pada masa yang sama
memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan SeniDalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-
kurangnya dipenuhimelalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka
memersembahkanaktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkansuasana yang harmonis dan
menyebabkan murid merasakan bahawa guru danrakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan
menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkansebagai penyelidikan yang
bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belumdiketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan
cara menjelajah. Namunbegitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah.
Pengalamanmeneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankandengan
membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan
terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan,

cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterimasama ada ia bersedia atau
tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapatmemberikan sumber manfaat dan kerugian
kepada seseorang. Guru bolehmengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang
dipamerkan. Muridyang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan
suasanakeriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalammenghadapi
persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diriyang tinggi dapat melakukan aktiviti
tanpa rasa segan atau bimbang mengenaipandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap
aktiviti yang dilakukanperlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek inimempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian
ini akanmemperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajukyang diajar.

(b)

TIGA (3) contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalampendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran yangdipilih.

(i)

Matapelajaran

:Bahasa Melayu (Tahun 2)

Tajuk

:Mari Bertani

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:


1) Muzik

:Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’

2) Pergerakan

:Membuat gaya membanting padi, merumput dan

menyemai.

3) Seni Visual

:Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dandifahami, guru telah
menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikanyang merangkumi bidang seni muzik, seni
pergerakan dan seni visual dalamtajuk mata pelajaran yang diajar.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilihuntuk menggunakancara pengintegrasian Seni
Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran BahasaMelayu yang dipilih iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam
tajuk ini, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk dengan Seni Visualdengan melakukan aktiviti
melukisdan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan memintamurid-murid
menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudianmurid-murid diminta melukis
gambar sayur-sayuran yang mereka tahumenggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak
langsung, integrasidalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatantajuk
ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.

Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk ‘Mari Bertani’

dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid

lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru bolehmemilih untuk
menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramai sambil membuat gaya pergerakan
berdasarkan dengan lagu yang dipilih.

Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakandalam tajuk dan sekaligus
memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya
murid-murid berasa seronok untukmengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar.

Lirik lagu

: Pak Mamat Tukang Kebun

Gubahan

: Mazwan Mohd

Pak Mamat ada kebun


Luasnya luasnya...
Kebun Pak Mamat banyak sayur
Segarnya segarnya...
Setiap pagi ia ke kebun
Bersama dengan anaknya...
Pak Mamat ada kebun
Luasnya luasnya...

(ii)

Matapelajaran

:Sains (Tahun 4)

Tajuk

:Bahagian-bahagian Pokok

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik

:Bunyi yang kuat....pokok tumbang

Bunyi yang lembut….daun augur, angin bertiup.

2) Pergerakan

:Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang

berbeza fungsi, rendah dan berterbangan

3) Seni Visual

:Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti


gembira, marah dengan menggunakan sapuan berus
dengan pelbagai warna.

Integrasi Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk ‘Bahagian-bahagian Pokok’bertujuan membantu


mempertingkatkan kefahaman murid. Pengintegrasiandalam pengajaran dan pembelajaran juga
dapat mempertingkatkan dayakreativiti murid-murid.

Dalam tajuk ’Bahagian-bahagian Pokok’, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk dengan aktiviti
Seni Visual iaitu melukis, mewarna danmenamakan bahagian-bahagian pokok. Melalui aktiviti
mewarna pula, muriddapat mengekspresi perasaan seperti gembira, marah dan sebagainya
melaluiwarna yang digunakan. Integrasi dalam tajuk ini juga dapat meningkatkan lagipemahaman
dan pengekalan ingatan isi tajuk yang diajar ke dalam minda pelajardengan melukis, mewarna dan
menamakan bahagian pokok-pokok yang dilukis.
Selain itu, guru dapat mengintegrasikan seni muzik dalam tajuk ini denganmeminta pelajar membuat
bunyi pokok tumbang, bunyi desiran angin yangbertiup daun gugur dan sebagainya. Melalui aktiviti
ini, secara tidak langsungmurid dapat menggunakan pengalaman sedia ada mendengar bunyi-
bunyitersebut dan meniru bunyi-bunyi tersebut.

Di dalam tajuk ini juga, guru menggunakan pendekatan eksplisit denganmenerapkan nilai-nilai
menghargai alam sekitar yang diselitkan dalam tajuk yangdiajar. Guru akan memasukkan contoh-
contoh keadaan semasa bagimenggalakkan murid-murid berfikir tentang kesan-kesan yang akan
berlaku jikamanusia tidak menjaga alam sekitar.

(iii)

Matapelajaran

:Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

(Tahun 2)

Tajuk

:Koordinasi

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik

:Nyanyian lagu ‘Jika Rasa Gembira’

2) Pergerakan

:Murid bertepuk tangan, menepuk peha dan

menghentak kaki gabungan ketiga-tiga pergerakan.

3) Seni Visual

:Melukis koordinasi antara anggota tubuh badan.

Dalam tajuk ‘Koordinasi’, guru menggunakan cara integrasi untukmenekankan aspek psikologi. Ini
bertujuan untuk memberi kesan dan impakpositif secara tidak langsung kepada minda dan tubuh
murid-murid.

Seperti yang diketahui, matapelajaran PJK lebih memfokuskan kepadaaktiviti-aktiviti fizikal. Dalam
tajuk ‘Koordinasi’ ini, guru akan menyuruh murid-murid melakukan pergerakan fizikal seperti berlari,
bertepuk tangan danmenghentak kaki bersama-sama. Walaupun murid-murid melakukan
pergerakansecara bebas namun masih lagi di bawah pengawalan guru. Dengan
melakukanpergerakan-pergerakan tersebut,murid dapat belajar sambil bergerak.

Dalam tajuk ini, seni muzik dan seni pergerakan dapat diintegrasikanbersama dengan menyanyikan
lagu ‘Jika Rasa Gembira’. Selepas melakukanaktiviti ini, murid dapat menyelaraskan pergerakan
mengikut rentak muzik.Melalui aktiviti ini juga, murid dapat bergerak, berfikir dan merasai
sesuatusecara langsung serta mempelajari pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitifdan afektif.
Melalui pergerakan seperti ini, murid juga dapat mempelajari tentangdiri sendiri.

Melalui aktiviti menyanyi lagu ini, murid dapat menyanyi beramai-ramai,murid berpeluang
mewujudkan suasana yang harmonis. Suasana sedemikiandapat mencetuskan perhubungan mesra di
antara guru dengan murid dan muriddengan rakan-rakannya.

Lirik lagu: Jika Rasa Gembira

Jika rasa gembira tepuk tangan (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira tepuk tangan

Jika rasa gembira tepuk paha (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira tepuk paha

Jika rasa gembira hentak kaki (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira hentak kaki

Jika rasa gembira buat semua (2 kali)


Jika rasa gembira beginilah caranya
Jika rasa gembira buat semua.

(c) SATU (1) Tema Berkaitan Dengan Kehidupan Seharian Murid SekolahRendah Yang Sesuai
Digunakan Dalam Proses Pengajaran DanPembelajaran.

Tema

:Menghormati Ibu Bapa

Matapelajaran

:Pendidikan Agama Islam Tahun 2

Tajuk

:Kasih Ibu Bapa


1) Perkara penting yang dipilih : Menghormati Ibu Bapa
2) Aktiviti seni yang boleh dijalankan :

Muzik

: Murid-murid menyanyikan lagu ‘Ayah Ibu’

Pergerakan

: Murid melakonkan watak sebagai ibu, ayah


dan anak

Seni Visual

: Murid melukiskan gambar ibu bapa mereka

Tema terbahagi kepada tiga kategori iaitu tema persekitaran, temamasyarakat dan tema komunikasi.
Tema yang telah dipilih ialah temamasyarakat yang berkaitan dengan amalan seharian murid-murid
iaitumenghormati ibu dan ayah.Tema ini dipilih kerana sesuai digunakan dalamproses pengajaran
dan pembelajaran. Tambahan pula amalan menghormati ibudan ayah merupakan kewajipan yang
sangat dituntut dalam Islam.

(i)Nyatakan perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat danbudaya. Pembelajaran sosial yang
bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitandapat membantu seseorang itu untuk lebih mendalami
tentang masyarakatbersama. Walau bagaimanapun, tema masyarkat yang dipilih ini lebih
berfokuskepada menghormati ibu bapa.

Tema ini dipilih kerana berkait rapat dengan kehidupan seharian muriddan dapat memudahkan
pemahaman murid secara menyeluruh mengenai tajukyang diajar. Tema ini menonjolkan hubungan
kekeluargaan antara murid denganibu bapa mereka. Melalui penghayatan dalam tema ini, murid
mendapatpendedahan tentang tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan seterusnyamembina
kehidupan yang bahagia. Kepentingan pemilihan tema ini termasuklahuntuk menyemai nilai-nilai
murni kekeluargaan dalam diri murid. Melalui tema ini,murid berpeluang untuk meluahkan perasaan
mereka terhadap ibu bapaberdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada
berbentukpergerakan, imej visual dan muzik berdasarkan tema tersebut. Pelaksanaanaktiviti-aktiviti
juga perlu dititikberatkan dan dilihat dari pelbagai aspek agar muridpeluang untuk menilai
kefahaman konsep. Pemilihan tema ini juga adalahbersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa,
kerana ibu bapa merupakankelompok terdekat dengan diri murid dan mereka akan mudah
mengaitkanperkara yang diajar dengan situasi yang sebenar.

Memandangkan tema ini berkait rapat dengan kehidupan seharian murid,maka pemilihan dan proses
mendapatkan bahan dan sumber juga mudahdidapati. Dengan itu, guru dapat mengajar dengan lebih
efektif dan tidak sekadarmenyampaikan maklumat dengan cara bercerita sahaja tanpa
memberipengalaman langsung kepada pelajar.

(ii) Nyatakan aktiviti muzik, pergerakan dan seni visual yang boleh

dijalankan dalam P&P.

a) Aktiviti Muzik

Tajuk Lagu: Ayah Dan Ibu

Pencipta

: Othman Ali
Ayah Ibu Banyak Memberi
Baju Buku Itu Ku Dapati
Dengan Apa Aku Berterima Kasih
Dengan Doa Kepada Allah Hu Robbi( Ulang 4 kali)

Di awal pengajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaraniaitu ‘ Menghormati
Ayah dan Ibu’ sebagi set induksi. Kemudian gurumengedarkan lirik lagu yang bertajuk ‘Ayah Ibu’
kepada setiap murid danmemasang kaset lagu ‘Ayah Ibu’ untuk diperdengarkan kepada murid-
murid.Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Aktiviti ini bolehmenimbulkan
minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh gurukerana murid berasa seronok. Fitrah
kanak-kanak yang cenderung kepadapembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan
minat bagi pelajaryang mempunyai jenis kecerdasan pelbagai muzik. Kemudian, pelajar bolehdiberi
peluang untuk bermain alat muzik yang mudah dan memainkan lagu-lagumudah yang bertemakan
keluarga. Penggubahan lirik lagu yang masihmengekalkan lagu-lagu pendidikan yang sama juga boleh
membantu pelajarmenjadi semakin berminat terhadap pelajaran.

b) Aktiviti Pergerakan

Murid diminta melakonkan watak-watak dalam keluarga di hadapan bilikdarjah. Aktiviti ini mudah
untuk dijalankan kerana menggunakan pengalamansedia ada murid-murid. Bagi mempelbagaikan
situasi, guru boleh memberi arahan kepada murid untuk memilih watak yang mereka mahu dan
melakonkanpelbagai gaya. Contohnya, melakonkan watak seorang ibu dalam pelbagaisituasi yang
berbeza seperti sedang memasak di dapur, melakukan kerja-kerjarumah, menggosok pakaian sambil
melayan karenah anak-anak di rumah dansebagainya. Murid-murid tentunya akan lebih seronok
apabila berjayamelakonkan watak dengan baik dan mendapat peneguhan positif daripada
guru.Semasa berlakon, murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelaslagi di mana secara
tidak langsung, ini akan dapat menjadikan mereka lebihkreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat
membina sosialisasi dengan lebihbaik.

c) Aktiviti Seni Visual

Setelah menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan, satu lagi elemen yangtidak kurang pentingnya
ialah seni visual. Semasa proses pengajaran danpembelajaran berlangsung, guru boleh mengambil
inisiatif dengan memberisekeping kertas kepada murid-murid dan meminta mereka melukis ahli
keluargamereka. Lukisan mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna, cukup
sekadarmenunjukkan keprihatinan mereka terhadap bilangan ahli keluarga mereka. Inisudah cukup
untuk menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersamakeluarga. Lukisan yang kelihatan
mesra menunjukkan perhubungankekeluargaan mereka yang memang erat dan terjalin kukuh.
Penggunaan warnadalam lukisan mereka juga menonjolkan keadaan keluarga mereka
melaluipandangan mereka sendiri.

iii) Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendekatan bertema yangdipilih dapat memberi peluang
kepada murid untuk mengembangkan dayakognitif, afektif dan psikomotor dalam pengajaran dan
pembelajaran muzik, senivisual dan pergerakan. Contohnya daripada tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’, murid-
murid dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan kehidupan seharian
mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.

Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapatmembantu murid-murid
memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis danpenghargaan melalui aktiviti lakonan yang
dijalankan bersama rakan-rakan.Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat memperolehi pendekatan
yangmendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain.Contohnya
aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai murniseperti nilai kemanusiaan,
kerjasama dan saling menghormati antara satu samalain.

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktivitimuzik, pergerakan dan seni
visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapatmembantu murid-murid memainkan peranan
dalam menyesuaikan diri secaraberkesan.

iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk muridmeneroka, memperolehi
pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakahkesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses
pengajaran danpembelajaran?

Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dantema pelajaran bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapatberjalan dengan lancar. Moldstat (1974)
berpendapat media (alat dan bahan) jikadigunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur
dan tutur) akanmeningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ ini,
gurumenggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannyadengan tajuk
tersebut.

Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks

Pendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam tajuk ‘Kasih Ibu
Bapa’ dan kemudian meminta murid-murid membaca tekstersebut beramai-ramai. Guru boleh
menanamkan konsep pemahaman daripadateks yang dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan
melakukan aktivitilakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak
denganlebih jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan muridtersebut
seorang yang lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapatmembina sosialisasi dengan lebih
baik. Selain itu, penglibatan murid dalamaktiviti ini juga dapat melatih murid lebih berkeyakinan diri.

Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakanpemain CD Audio untuk
memainkan lagu ‘Ayah Ibu’. Media audio adalah suatustrategi pengajaran dan pembelajaran secara
mendengar dimana bunyi suaradan muzik direkod, disimpan, dan boleh dimainkan semula
denganmenggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996). Denganmemasukkan
seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilaiestetika, kreativiti dan ekspresi diri.
Contohnya, murid-murid boleh menyanyisambil membuat gaya mengikut lirik lagu tersebut. Secara
tidak langsung, gurutelah memasukkan seni pergerakan dalam pengajarannya. Selain itu, murid-
murid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang berbeza jika belum pernahmendengar lagu
tersebut sebelum ini.

Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar,sebaiknya guru menyediakan kertas
lukisan yang sesuai untuk murid. Guru jugaboleh meminta murid menyediakan alat tulis untuk
melukis dan mewarna. Dalamaktiviti seni visual ini, murid perlu menggunakan pengetahuan sedia
ada merekauntuk melukis gambar keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradikmereka
mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu perkembangan murid dariaspek psikomotor dan emosi
dan penting dari segi fisiologi dan psikologi murid.Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti
lukisan kanak-kanak mengikutperingkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana
bahan,kandungan, subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut
peringkatperkembangan untuk merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan
kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-

kanak.

Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guruatau pengajar itu mestilah
memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,sifat murid, kebolehan penuntut dan menilai isi
kandungan secara terperinci. Alatdan bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapatmerangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guruakan
mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan denganadanya pelbagai aktiviti yang
dilakukan oleh guru.

KESIMPULAN

Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah pembangunaninsan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dalam KBSR konsep ini membawa maksud
bahawa penguasaan ilmupengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilaimurni
dilakukansecara bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan pelajar memperolehikemahiran,
mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yangdikehendaki. Ia juga
memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhanserta hubung kait antara satu perkara dengan
perkara yang lain membentuk satukerangka ilmu.

BIBLIOGRAFI

Abdul Hafidz bin Haji Omar. (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

Haji Hishamuddin Haji Suhaimi (2000), KBSR: Pendidikan Islam Tahun 2, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Juriah Long. (2000). Bahasa Malaysia Tahun 2, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), KBSR: Buku Panduan Khas Tahap 2,

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Modul HBEF 1403 : Seni Dalam Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala
Lumpur.

Rujukan Peperiksaan, Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ), Aspek Kompetensi

Teras.

Prof. Madya Dr. Zurida Ismail (2003), Pendidikan Sains Prasekolah, PTS

Publication & Distributors Sdn. Bhd, Pahang Darul Makmur.

Ustaz Baharuddin Kulup Harun (1997), Pendidikan Islam Tahun 2, Sasbadi SDN

BHD, Selangor Darul Ehsan.

Yusup Hashim (1996), Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan,

Penerbit Fajar Bakti, Selangor Darul Ehsan.

Raja Sabaruddin Abdullah dan Suliman Miskon (1988), Panduan Teknologi

Pendidikan, Kuala Lumpur, Progressive Products Supply

Jason Ohler (2000) “Art.becomes the 4th R” didapati pada 15 September 2006

dariwww.jas onohl er.com/fourthr

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), KBSM: Huraian Pendidikan Seni


Visual, didapati pada 15 September 2006 dari
(http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/seni/kbsm/hsp_pseni_f_infro.pdf#search

Anda mungkin juga menyukai