Anda di halaman 1dari 7

KURSUS:

HNS 2013 / ULP1023


KPD 3 KPD 3026
GROUP: EL- 19

PENSYARAH: EN. SAMRI BIN SAINUDDIN

TUGASAN 2

ISLAM DAN DEMOKRASI

NAMA & No. Matrik:

MOHD RAZALI BIN ABU NOR (D201020043093)

HNS 2013 / D20102043093 Page 1


PENGENALAN ISLAM:
Di dalam al Quran banyak ayat-ayat yang menegaskan Islam adalah agama yang
merangkumi segala aspek kejadian alam dan manusia. Sebahagian daripadanya, menyatakan
keperluan bagi diri manusia serta hubungannya dengan Allah dan alam semesta. Ada juga
disentuh berkaitan dengan peranan sebenar manusia di dunia ini.
Allah berfirman,” Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-
burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat juga seperti kamu. Tiadalah
kami lupakan sesuatu pun di dalam al kitab, kemudian kepada tuhan mereka dihimpunkan.
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami adalah pekak, bisu dan berada dalam
gelap gelita ( sesat ). Sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka disesatkannya dan
sesiapa yang dikehendaki Allah maka Dia menjadikannya berada di atas jalan yang benar.”
-surah al-Ana’am ayat 38 hingga 39-
Para sarjana Islam menghuraikan, ayat-ayat ini mengandungi dua maksud. Pertama,
semua makhluk yang dijadikan dan melakukan segala urusan dan tindak tanduk mereka akan
dicatat di lohmahfuz ( menjadi ilmu Allah yang maha luas tanpa batas ). Kedua, semua urusan
makhluknya dinyatakan di dalam kitab al Quran, iaitu kalam Allah yang terkandung di dalamnya
petunjuk yang benar dan lengkap bagi keperluan seluruh hambanya.
Arahan itu ditujukan kepada manusia yang ditugaskan menjadi khalifah di bumi.
Diutuskan kepada mereka rasul dan kitab itu. Mereka dikehendaki beriman, beramal dan
menghayatinya yang menjadi kewajipan besar dan amanah penting. Amanah itu akan
dibicarakan dalam perhimpunan besar yang dinamakan Padang Mahsyar.
Al Quran mengandungi ajaran-ajaran serta peraturan-peraturan yang lengkap dan
sempurna merangkumi segala aspek kejadian dan kehidupan manusia. Nabi Muhammad
melaksanakannya dengan jelas dan benar. Segala amanah itu disampaikan dengan penuh
bijaksana berdasarkan petunjuk dan panduan Allah dalam segala urusan di dunia sehingga di
alam akhirat yang kekal itu.
Perjalanan hidup nabi Muhammad selama 23 tahun bermula dari mengislamkan manusia
dalam segala urusan kehidupan dan juga selepas kematian. Bukan itu sahaja, Nabi Muhammad
juga mengislamkan politik negara, hubungan manusia dengan makhluk yang lain bagi
memudahkan melaksanakan peranannya di dunia ini. Semua urusan itu adalah satu amanah dan
kewajipan yang disoal semula apabila meninggal dunia.

HNS 2013 / D20102043093 Page 2


PENGENALAN DEMOKRASI
Perkataan demokrasi berasal daripada dua perkataan Greek atau Latin, bahasa purba di
Barat iaitu demos dan kratos atau demo dan kratia yang bermakna rakyat dan kuasa. Maksudnya
rakyat berkuasa dalam urusan pemerintahan atau politik.
Teori ini lahir di zaman purba dan diamalkan di Athen dan Bandar-bandar sekitarnya.
negara purba sebelum Masihi melakukan kegiatan kenegaraan yang hanya tertumpu di kawasan
bandar sahaja. Plato menyatakan, ‘ Sumber kekuasaan itu daripada kemahuan bersatu bagi
sebuah Bandar maksudnya di sini ialah rakyat.’ Apa yang dikatakan kekuasaan rakyat itu
hanya indah khabar dari rupa kerana hanya segelintir rakyat sahaja yang berhak mengundi.
Rakyat yang dianggap lemah seperti kaum wanita, mereka yang dianggap hamba abdi, petani
miskin dan sebagainya, tidak berhak bersuara. Oleh itu, amalan demokrasi menjadi pudar selepas
penguasaan golongan feudal yang berlaku dalam tempoh beberapa abad.
Demokrasi muncul semula dengan perubahan dan pembaharuan bersama Revolusi
Perancis dengan slogannya yang terkenal iaitu, kebebasan, persaudaraan dan persamaan.
Revolusi ini membawa kepada pengistiharan hak asasi pada tahun 1789 dan dicatat dalam
perkara 3 perlembagaannya, ‘ Rakyat adalah sumber kekuasaan, setiap golongan dan individu
berhak dalam pemerintahan, iaitu kekuasaan itu dicetuskan daripada mereka.’ Berikutnya,
ditetapkan dalam perlembagaan Perancis 1791, ‘ Bahawa kekuasaan itu daripada rakyat, yang
tidak boleh dibelah bahagi dan dihapuskan.’
Pembaharuan teori demokrasi adalah pengaruh daripada tamadun Islam melalui ilmu
fikah politik Islam. Ini dikaitkan dengan adanya hubungan Barat dengan Islam melalui
perdagangan, pengajian dan peperangan Salib. Teori demokrasi berkembang di peringkat
antarabangsa, apabila negara-negara dunia memakai perkataan demokrasi bagi mempengaruhi
rakyat, sama ada di Negara Barat atau di Negara Komunis.
Falsafah demokrasi yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh Barat direalisasikan dengan cara
melakukan kontrak masyarakat. Ia dilakukan secara memindahkan kekuasaan rakyat kepada
wakil-wakil mereka melalui pilihanraya dan bukan lagi secara langsung melalui rakyat iaitu
rakyat diberi hak menentukan wakil-wakil mereka. Demokrasi mengalami perubahan di
sepanjang zaman mengikut keadaan politik negeri-negeri yang mempraktikkannya.

HNS 2013 / D20102043093 Page 3


SYURA ISLAM DAN DEMOKRASI:
Dalam perkara syura atau mesyuarat, ada titik persamaan di antara Islam dan demokrasi,
walau pun di dalamnya ada beberapa perbezaan dalam aspek merealisasikan prinsip dan konsep.
Islam bergantung kepada asas akidah, syariat dan akhlak sama ada perkara hukuman putus
(qat’iyyat) atau perkara yang tetap (thawabit) serta perkara ijtihad dan pembaharuan. Sementara
itu, demokrasi Barat, mengalami perubahan dari segi prinsip dan konsepnya kerana sifat
sekularnya yang hanya bergantung kepada akal manusia semata-mata. Mungkin dalam perkara
akal yang mengubah demokrasi boleh disesuaikan dengan perkara ijtihad dan pembaharuan yang
ada dalam ajaran Islam.
Syura dalam Islam bersumberkan kitab Allah dan sunnah Nabi Muhammad. Amalannya
pula merangkumi dalam segala aspek kehidupan masyarakat Islam hasil daripada cabang-
cabang, kaedah-kaedah, hokum-hukum dan pengajaran yang banyak disepanjang perjalanan para
Anbia’ dan orang-orang salih serta iktibar daripada golongan kufur yang tegak di atas kebatilan.
Islam hendak menunjukkan yang syura adalah senjata berfaedah apabila digunakan dengan betul.
Kaedah ini juga boleh disalahgunakan apabila mengalami kelemahan dan manusia itu boleh
bertukar menjadi seorang dictator secara kolektif dan individu. Situasi begitu pernah berlaku di
zaman dahulu dan juga abad kini.
Syura menjadi sunnah Nabi Muhammad apabila ia dilaksanakan semasa mengendalikan
urusan agama dan masyarakat. Walaupun syura sudah dikenali sejak zaman berzaman, ia juga
berlaku dalam masyarakat Barat di zaman purba dan masyarakat Arab Jahiliah namun ada
perbezaan sejarah di antara Islam dan Barat. Oleh itu, Islam bersama dengan demokrasi Barat
negara. Kesimpulannya, ada persamaan di antara Islam dan demokrasi yang perlu dikaji secara
mendalam.

PERSAMAAN DEMOKRASI DENGAN ISLAM:


Apabila dikaji dengan teliti, didapati banyak titik persamaan di antara Islam dan
demokrasi. Ini kerana persamaan naluri manusia yang berhajat kepada adanya pemerintah dan
dalam masa yang sama naluri yang bersih murni mahukan keadilan dan menentang kezaliman
yang dilakukan oleh pemerintah kuku besi.

HNS 2013 / D20102043093 Page 4


Di sini ada beberapa persamaan demokrasi dengan Islam dari segi konsep pemerintahan
antaranya:
1. Menolak dictator
2. Pemesyuaratan
3. Kebebasan bersuara
4. Hisbah - penilaian
5. Pilihan raya
6. Pendapat majority

PERBEZAAN DEMOKRASI DENGAN ISLAM:


Perbezaan berlaku apabila perundangan dan pentadbiran Barat dengan acuan sekularnya
meminggirkan aspek agama dalam bidang akidah dan akhlak. Faktor inilah menyebabkan
berlakunya perbezaan dalam beberapa prinsip dan konsep di antara system pemesyuaratan
(syura) dalam Islam dan amalan perwakilan dalam demokrasi Barat. Antara perbezaan adalah:
1. Hubungan agama dengan politik- dipisahkan
2. Konsep mesyuarat - suara majority
3. Penyerahan kuasa – mengikut logik pemimpin
4. Pengaruh hawa nafsu – tidak terikat kepada hokum dan undang-undang tuhan
5. Mewujudkan perpecahan – kumpulan mengikut pemimpin

KESIMPULAN:
Demokrasi dilahirkan melalui pengalaman manusia yang bercampur aduk di dalam
perkara makruf dan mungkar. Namun begitu, masih ada persamaan dengan prinsip dan konsep
ajaran Islam. Apa yang terkandung di dalamnya beberapa perkara yang dapat dicontohi oleh
masyarakat Islam, disamping berpeluang berdakwah memperbaikinya dengan petunjuk Islam.
Prinsip dakwah dengan kerjasama tamadun yang ditunjuk oleh Allah di dalam al Quran dan
sunnah Nabi Muhammad menjadi pemandu dan dalil kepada amalan Islam, dakwah dan jihadnya
di sepanjang zaman.
Demokrasi adalah kebijaksanaan akal manusia yang bukan Islam dan ia boleh diterima
pakai kerana sudah ada beberapa persamaan atau perkara baru yang tidak ada dalil hukumnya

HNS 2013 / D20102043093 Page 5


yang boleh diterima pakai. Amalan pilihanraya bukannya penipuan pilihanraya, rasuah, melobi
secara tidak berakhlak dan lain-lain perkara negetif yang wajib dibuang kerana semua itu semua
adalah penyakit demokrasi Barat.
Mengikut amalan demokrasi Barat, membenarkan mana-mana pihak membuat peraturan
sendiri yang sesuai dengan mereka bagi menjamin kebebasan bersuara dan hak rakyat dijamin
dengan adil serta cekap. Ini bermakna member ruang kepada Islam bagi melaksanakan cita-cita
Islam dan dalam masa yang sama memperkenalkan Islam adalah lebih baik dan dapat menolak
aspek-aspek negetif yang wujud dalam amalan demokrasi Barat.

Nota kaki:
1. Fiqhu Al Sunnah, Sayed Sabiq
2. Politik Melayu dan Islam, Dato’ Kamaruddin Jaafar
3. Perlembagaan Persekutuan, fasal 8, ms.22
4. Islam dan Demokrasi, Muhamad Izzani, ms. 5 -10
5. Agama dan Negara, Dr. Muhammad Nasir, ms.88 – 94
6. Islam dan demokrasi dari perpektif ideology-ideologi gerakan Islamsemasa,
Dr. Muhammad Nor Manuty

HNS 2013 / D20102043093 Page 6


HNS 2013 / D20102043093 Page 7

Anda mungkin juga menyukai