Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam sebuah bilik darjah
bergantung kepada interaksi antara guru dengan murid-muridnya. Menurut
kajian, pengajaran dan pembelajaran ini bukan sahaja bergantung kepada corak
interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan
bahan pembelajaran, malahan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
i) Persekitaran fizikal
ii) Persekitaran psikososial
i) Persekitaran fizikal
3. Papan kenyataan
4. Rak buku
Rak buku disediakan untuk murid menyimpan meletakkan dan menyimpan
buku-buku rujukan termasuk hasil tugasan, kamus, majalah, surat khabar,
untuk bacaan umum dan rujukan murid. Rak buku diletakkan di bahagian
belakang kelas agar tidak mengganggu sesi pembelajaran serta
memudahkan murid mencari rujukan mereka. Di sebelah rak buku diletakkan
ruang santai iaitu ruang untuk murid-murid membaca dan mengadakan
aktiviti santai.
3. Komunikasi berkesan
Sikap mesra dan layanan yang sama rata buat semua murid menjadikan
komunikasi guru tersebut berkesan dan interaksi dua hala berlaku. Murid-
murid akan merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Oleh sebab
itu, murid-murid akan menjadi aktif dan melibatkan diri dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini memudahkan guru untuk mencapai objektif
pngajarannya. Seperti dlam pelan yang dilukis, komunikasi berkesan boleh
berlaku dengan baik kerana susunan kerusi dan meja serta perkakasan kelas
yang lain secara tersusun memberi ruang kepada guru untuk bergerak
mendekati setiap murid-muridnya.
4. Suasana yang merangsang pembelajaran
Keadaan bilik darjah yang bersih, selesa, tersusun serta menerima
pencahayaan dan pengudaraan yang cukup menjadikan suasana
pembelajaran itu lebih selesa. Apabila murid-murid selesa, mereka dapat
menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru sepenuhnya. Suasana
yang kondusif dan merangsang pembelajaran menjadikan mereka lebih
bersemangat untuk belajar.