Anda di halaman 1dari 31

………………………… ...……………………..

SUMBER INTERNET =
( http://psk-shima.blogspot.com/2009/04/alat-muzik-
tradisionalbhgn-2.html )
SUMBER SURAT KHABAR = TIADA
SUMBER MAJALAH = TIADA
SUMBER CD =
Alat Muzik Tradisional Malaysia ini dibangunkan dengan
tujuan untuk mewarwarkan kepada masyarakat sejagat terutama
generasi muda. Disamping itu dapat memberi pemahaman lebih jelas
tentang rupabentuk dan fungsi serta bunyi alat muzik itu. Skop
maklumat alat muzik tradisional ini amatlah terbatas, ianya
masih terdapat masa kini dan terus diterima pakai oleh bangsa di
Malaysia.Kami berusaha membangunkan web ini semungkin yang boleh
dan pertambahan maklumat serta paparan artifak yang menarik akan
dikemaskini dari semasa ke semasa. Secara amnya, selain daripada
digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat
muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam
masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang
budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia
dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai
alat hiburan.

Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional:


Kordofon

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan


bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-
alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori
ini.Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang
menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan
dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong
dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam
menghasilkan lagu-lagu rakyat.

Membranofon
Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan
bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan
dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong
dalam kategori membranofon.Kebiasaannya digunakan di dalam
menghasilkan lagu-lagu rakyat.

Erofon
Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui
lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat
beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling,
nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.Idiofon
adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui
tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik
idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya.
Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone',
yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir
dalam ensemble gamelan.

Idiofon
.

Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui


tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik
idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya.
Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone',
yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir
dalam ensemble gamelan.

Erofon Bebas
Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi
melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat
adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk
yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara
seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan
bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk
tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.
Ciri-ciri alat muzik tradisional di Malaysia
Cara-cara alat muzik tradisional bermain
Jenis-jenis alat muzik tradisional di Malaysia

Biola
Pengenalan :
Biola dari Barat.

Fungsi :
Dimainkan untuk muzik hiburan diseluruh Malaysia. Digunakan
untuk mengiringi nyanyian oleh pemain Gabbang dalam tarian
`Dating-Dating' di Sabah.

Cara Bermain :
Tali digesek dengan pengeseknya

Lain-lain Gambar :
Tampura

Pengenalan :
Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai
besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu.Badannya
dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya
melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi
lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya
berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda
titian tali di tengah-tengah dada.

Fungsi :
Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk
mengeluarkan dengung iringan.

Cara Bermain :
Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.

Lain-lain Gambar :

Tiada
GAMBUS

Pengenalan :
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya
hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut
binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling.
Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di
dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan
permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit
biawak.

Fungsi :
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik
gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan
zapin di Johor.

Cara Bermain:
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.
Erh-Hu

Pengenalan :
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga
saiz; kecil, sedang dan besar.

Fungsi :
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga
digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

Cara Bermain :
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali
digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan
lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai
pic, lantai dan digesek seperti cello.

Lain-lain Gambar :

Pipa
Pengenalan :
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat
dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi
permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari
kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat
kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras
disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi :
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga
sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain :
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali
dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan
sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk
mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.
Venna

Pengenalan :
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali
untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan
belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang
di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada
papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang
di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras
pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung
penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan
minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung
jari pemain.

Fungsi :
Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara Bermain :
Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah
tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan
menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan
berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.

Lain-lain Gambar:
Tiada

Rehab
Pengenalan :
Diperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil
sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar.

Fungsi :
Dimainkan ketika mengisi masa lapang.

Cara Bermain :
Tali ini dipetik dengan jari dan berbunyi agak perlahan.

Sitar
Pengenalan :
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali
digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung).
Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah
pear.

Fungsi :
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.
Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai
kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara
dan melodi.

Cara Bermain :
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat
solo.
Sundatang

Pengenalan :
Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia
mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.

Fungsi :
Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang
magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian
dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara.

Cara Bermain :
Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya
dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.
Dholak

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India


Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah
dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal
daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat
daripada kulit haiwan.
Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-
lagu filem dan sebagainya.
Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular


bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik
gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian
belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan
permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini,
gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa
masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka
oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13
oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan
ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia
mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan
sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang.


Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan
bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang
biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara
tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan
tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi
kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi
dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering
dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat
popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai
Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu
tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan
pelanduk-pelanduk.
Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar
yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan
bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi

Gong
Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu
tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang
diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil
pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong
untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.
Kajian Alat-Alat Muzik
Tradisional Di Malaysia

Senarai Kandungan
Kandungan Muka surat

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

Rumusan

Lampiran

Saya Muhammad Zulfikri B. Mohd Zuki ingin merakamkan ucapan


terima kasih kepada ibu bapa saya atas sokongan moral dan
kewangan yang telah diberikan sehingga saya dapat menjalankan
dan menyempurnakan folio ini. Tidak ketinggalan juga kepada guru
sejarah saya iaitu Encik Fauzi yang banyak membantu saya dalam
menjayakan folio ini. Akhir sekali, kepada rakan-rakan sekelas
saya kerana sudi menyokong saya menyediakan folio ini.
Kajian saya merangkumi objektif- objektif yang berikut:

Objektif Am :
- Memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 1.

Objektif Khusus :

1. Mengenal pasti sumber- sumber sejarah yang sahih. Ini secara


tidak langsung
membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang
betul.

2. Dapat menambah lagi pengetahuan tentang permainan tradisional


wau dalam
kalangan masyarakat mengikut adat resam melayu.
3. Menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan
tradisional wau yang
semakin ditelan zaman ini.

4. Membuat perkaitan Permainan Tradisional dengan rakyat


Malaysia.

Kaedah- kaedah yang saya gunakan ialah:

a)Pemerhatian :
- Saya telah memperoleh pengajaran dan penerangan yang diberikan
oleh guru sejarah.

b)Melayari internet :
- Saya telah melayari internet dan mencari maklumat di laman web
berkitan dengan alat-alat muzik tradisional di malaysia.

c)Temubual :
- Saya telah menemu bual ibu saya bagi mendapatkan maklumat
tentang alat-alat muzik tradisional di malaysia.
Selepas menjalankan kajian ini, saya berasa amat bersyukur
sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan
kepelbagaian budaya dan adapt resam yang terdapat di negeri
tercinta ini. Saya juga berasa sangat bertuah kerana dapat
mengenali alat-alat muzik tradisional di malaysia dengan lebih
mendalam. Bak kata pepatah melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’.
Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan
menghayati alat-alat muzik tradisional di malaysia dalam
kehidupan seharian. Saya akan cuba untuk mengekalkan popularity
alat-alat muzik tradisional di malaysia dan akan berusaha
memajukan alat muzik tradisional ini. Jika semua rakyat
masyarakat kita masih terus menjadikan alat muzik tradisional
sebagai alat muzik utama, sudah tentu alat muzik ini masih wujud
dan kekal walaupun arus kemodenan semakin meningkat. Ini
sekaligus menimbulkan semangat kerjasama dan bersatu- padu dalam
kalangan masyarakat kita. Oleh itu, setiap pihak hendaklah
memainkan peranan penting dalam memartabatkan alat-alat muzik
tradisional ini.