Anda di halaman 1dari 16

TEORI

TEORI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
Konsep & Kepentingan Teori embelajaran
Teori Pembelajaran Behavioris
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran sosial
Teori Pembelajaran Hunamistik
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Implikasi Teori-teori Pembelajaran dalam P & P

BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR : JABATAN ILMU PENDIDIKAN : INSTITUT PERGURUAN TAWAU SABAH : PEDAGOGI PENDIDIKAN
Konsep
Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran adalah dapatan kajian ahli


psikologi pendidikan tentang konsep pembelajaran,
faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran
serta proses dan sebab berlakunya pembelajaran.
Kepentingan
Teori Pembelajaran
Pendekatan pembelajaran iaitu berfungsi sebagai sesuatu cara
mengkaji, menganalisis dan mentafsir pembelajaran atau memberi
panduan menjalankan kajian secara saintifik.
Huraian hukum-hukum pembelajaran secara
mudah dan ringkas
Huraian konsep dan proses pembelajaran serta
faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran.
Teori Pembelajaran Behavioris

Dipelopori oleh Ivan Pavlov, Edward Thorndike &


B.F Skinner.
Tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Tekankan peranan dorongan/rangsangan dan gerak balas dalam
menentukan tingkah laku atau pembelajaran.
Teori Pembelajaran Behavioris
Teori ini menggunakan konsep pelaziman untuk terangkan
bagaimana pembelajaran berlaku.
Pelaziman diertikan sebagai satu proses di mana tingkah laku
oranisma berkaitan dengan rangsangan supaya apabila
rangsangan ini
wujud, tingkah laku tersebut berlaku.
Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Generalisasi – rangsangan yang sama akan


menghasilkan tindak balas yang sama.
Diskriminasi – individu bertindak balas terhadap
sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan
tidak pada rangsangan yang lain.
Penghapusan – apabila rangsangan terlazim
yang tidak disertakan dengan rangsangan tidak
terlazim.
Teori Pelaziman Operan Thorndike

Hukum Kesediaan – apabila seseorang itu bersedia untuk


melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi
kepuasan kepadanya.
Hukum Latihan – perkaitan antara rangsangan dan gerak
balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-
ulang.
Hukum Kesan – Jika sesuatu tindakan tidak diikuti oleh
sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan,
kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan
sebaliknya.
Teori Pembelajaran Kognitif
Dipelopori oleh Jean Piaget.
Beranggapan bahawa pembelajaran adalah proses mental yang
aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan
menggunakan ilmu.
Manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian,
menghindar, merenung kembali dan membuat banyak
keputusan tentang peristiwa yang berlaku dalam persekitaran
bagi mencapai matlamat mereka.
Teori Pembelajaran Sosial
Dipelopori oleh Albert Bandura
Menekankan pembelajaran berdasarkan faktor sosial iaitu
manusia berfikir & bertingkah laku melalui pemerhatian
terhadap orang lain dan meniru tingkah laku yang boleh
memberi manafaat kepadanya.
4 proses pembelajaran iaitu;
a. Proses penumpuan / memberi perhatian
b. Proses pengekalan
c. Proses penghasilan
d. Proses Insentif & Motivasi
Teori Pembelajaran Humanistik
Dipelopori oleh Abraham Maslow & Carl Rogers.
Beranggapan bahawa manusia sebagai insan
yang unik mempunyai potensi yang unggul serta berusaha sedaya
upaya untuk mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya.
Mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk
belajar.
Carl Rogers – pentingkan konsep kendiri positif
di mana pelajar perlu menampilkan tingkah laku
baik untuk disenangi orang lain.
Maslow – manusia perlu penuhi keperluan asas
sebelum penuhi keperluan tinggi.
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Berpendapat bahawa murid membina
pengetahuan berasaskan pengalaman mereka.
Menyediakan peluang kepada pelajar untuk
membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dgn
mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan
fakta yang sedang dipelajari.
Pelajar akan memainkan peranan aktif di dalam memahami
dan memberi makna kepada
maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.
Fokus guru kepada aspek pembinaan ilmu dan
cara-cara pengajaran guru yg menggalakkan pemikiran
KBKK.
IMPLIKASI KEPADA P & P
Memberi peneguhan positif secara bersistematik
Ganjaran yang diberikan haruslah bersesuaian dengan umur
pelajar
Guru perlu memberikan keutamaaan kepada latihan dan gerak
balas yang berulang-ulang.
Memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang
perlu untuk pelajaran baru.
Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan
tentang sesuatu konsep.
Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif
rakan mereka
Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar
Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di
kalangan pelajar.
Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang
dilaluinya
Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-
pelajar lain
Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minta pelajar.
Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.
Menentukan persekitaran yang sesuai untuk P & P
Memulakan P & P setelah pelajar bersedia
BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR : JABATAN ILMU PENDIDIKAN : INSTITUT PERGURUAN TAWAU SABAH : PEDAGOGI PENDIDIKAN

Anda mungkin juga menyukai