Anda di halaman 1dari 7

Assalamualaikum.... dan salam bahagia kepada semua yang hadir.

YBhg Dato’ Seri Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Pengerusi Badan


Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. YB Dato’ Azhar Ibrahim, Setiausaha
BPUN, YBhg Dato’ Zainal Abidin
Osman, Bendahari BPUN, sahabat-sahabat seperjuangan Ketua-Ketua UMNO
Bahagian dan wakil-wakil Ketua UMNO Bahagian.

Ketua-Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Badan Perhubungan UMNO Negeri


Pulau Pinang, Yang Berhormat-Yang Berhormat Adun-Adun yang dihormati.

Sahabat-sahabat daripada semua media yang hadir,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati Allah.

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T dan berterima kasih
kepada sahabat-sahabat saya yang turut bersama-sama dengan saya
didalam mengharungi isu yang semakin panas ini.

Alhamdulilah saya bersyukur kehadhirat Allah kerana saya tidak keseorangan


dalam mengharungi isu ini, malah selain dari sahabat-sahabat yang hadir
pada sidang akhbar ini, saya menganggap PC ini adalah juga mewakili
orang-orang Melayu dan umat Islam yang bukan sahaja dari Pulau Pinang
akan tetapi diseluruh pelusuk tanah air.

Saya berdoa kehadhirat Allah S.W.T semoga diberi kekuatan dan ketabahan
serta kesabaran didalam menghadapi musibah ini. Saya juga berdoa
kehadhirat Allah Yang Esa agar dijauhi sifat riak dan takabbur di dalam
meniti ujian Allah S.W.T di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh
barokah ini, Amin..

Pertamanya, walaupun masih terus ada desakan yang meminta saya untuk
meminta maaf kepada orang-orang Cina — saya tetap dengan keputusan
saya bahawa saya tidak akan meminta maaf lantaran saya tidak bersalah.
Walaupun memang bukannya susah untuk minta maaf — namun demi
maruah mertabat Melayu saya tetap tidak akan minta maaf biar apa pun
orang nak kata. Saya sanggup menanggung risiko.

Saya bersyukur kehadhirat Allah S.W.T kerana didalam mesyuarat Badan


Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang pada 6hb. September, 2008 yang
lalu, saya bersama-sama dengan para-para sahabat saya didalam Badan
Perhubungan UMNO Negeri telah menerangkan keadaan sebenar tentang isu
ini dengan terperinci kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri,
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga adalah Presiden UMNO dan
Pengerusi Barisan Nasional.
Kami bersyukur YAB Pak Lah faham tentang isu tersebut dan inl boleh kita
nilai sendiri dari kenyataan akhbar yang dibuat oleh beliau sebaik sahaja
selesai mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. Tak
payahlah nak saya huraikan.

Pak Lah telah meminta saya untuk membuat satu lagi sidang akhbar — maka
inilah kita adakan sidang akhbar pada hari ini.

Saya berterima kasih kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri yang telah
membuat keputusan melantik peguam bagi mengkaji dan seterusnya
mengambil tindakan menyaman “reporter” yang telah sengaja menjadikan
isu ini begitu sensasi dan kontroversi dan juga akhbar Sin Chew Daily yang
telah sengaja menerbitkan laporan yang berbau perkauman dengan tujuan
menghasut orang-orang Cina.

Saya telah difahamkan juga bahawa ada akhbar yang telah melaporkan
bahawa kononnya saya didalam sidang akhbar saya pada 5hb. September
yang lalu kononnya saya telah menafikan yang saya ada menyatakan
bahawa “orang-orang Cina adalah menumpang di negara ini”.

Ini adalah satu permainan jahat yang mahu merosakkan kredibiliti saya.

Tuan-tuan dan Puan-puan pun ada mendengar yang saya tidak menafikan
bahawa saya ada berkata yang “orang-orang Cina adalah menumpang di
dalam negara kita”, cuma tidak didalam konteks yang disebut oleh
“reporter” berkenaan. Apa yang saya katakan adalah didalam konteks
sejarah Pra-Merdeka. Malah teks penuh saya ada disiarkan oleh Malaysia
Kini. Semua orang boleh melihatnya.

Saya ingin mengulangi sekali lagi bahawa saya didalam ceramah saya pada
23hb. Ogos, 2008 di Kampung Pelet memang ada menyebut bahawa “orang-
orang Cina adalah menumpang di negara kita” didalam konteks yang saya
terangkan tadi, saya suka juga menegaskan disini bahawa apa yang saya
katakan itu sememangnya dari segi fakta sejarah Pra-Merdeka, orang-orang
Cina adalah pendatang dan sekadar menumpang di negara kita. “Nobody
can change history. History cannot be change just to satisfy and make
certain quarters happy. We have to accept history”.

Saya merasa amat kesal dan amat dukacita kerana ucapan saya telah
dimanupulasikan sedemikian rupa dengan tujuan menghasut orang-orang
Cina bukan sahaja untuk membenci saya tetapi juga dengan tujuan
menghasut agar orang-orang Cina bangun dan membenci orang-orang
Melayu dan umat Islam keseluruhannya. Ini adalah suatu perbuatan yang keji
dengan tujuan yang amat jahat.

Saya hanyalah seorang pemimpin kecil. Kenapa heboh-heboh situasi


tersebut sehingga menjadi tegang?
Beberapa pemimpin Cina Gerakan yang juga sengaja mengambil
kesempatan dan sesungguhnya merekalah yang menggembar-gemburkan
fakta menjadikan isu ini lebih nampak perkauman dengan tujuan untuk

menyembunyikan kelemahan diri sendiri dan cuba menjadikan isu ini


sebagai “scape goat” dan telah cuba lari dari hakikat bahawa orang-orang
Cina sudah tidak lagi menyokong mereka. Daripada kawan-kawan saya yang
berbangsa Cina — memang mereka menyatakan bahawa mereka tidak suka
pada Koh Tsu Koon.
Dan saya berani berkata bahawa kegagalan BN di Pulau Pinang di dalam PRU
ke 12 adalah kerana Koh Tsu Koon yang bukan saja tidak mendapat sokongan
dari orang-orang Cina tetapi dibenci oleh orang-orang Cina sendiri. Orang
Melayu tak usah cakaplah betapa bencinya kami terhadap Tsu Koon yang
terlalu banyak bermain sandiwara. “As I have said the other day — I have
worked with him for the past 18 years. I knew him very well. He is a very
good actor” dan saya tak pernah jumpa dalam usia saya yang dah tua ini
seorang pemimpin yang cukup pandai “Tai Chi” tapi saya ingin ingatkan agar
jangan lupa bahawa kami orang-orang Melayu pun tahu juga bersilat.

Keadaan menjadi gawat lagi bila Koh Tsu Koon dan beberapa orang
pemimpin Gerakan dan pemimpin-pemimpin Cina yang sengaja membuat
kenyataan-kenyataan yang melambangkan perkauman. Dan bilamana
mereka mendesak saya meminta maaf sesungguhnya mereka telah
membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu dan umat Islam diseluruh
negara sehinggakan saya sendiri bimbang tentang keamanan negara kita.
Saya terkejut dengan kebangkitan orang-orang Melayu dan umat Islam
diseluruh negara tentang isu ini. Saya banyak sekali menerima SMS dan
panggilan-panggilan telefon menyokong tindakan saya dan mendesak saya
untuk tidak minta maaf dengan mengungkit banyak perkara-perkara dimana
orang-orang Cina telah menyakiti hati orang-orang Melayu dan Umat Islam.

Ini bukan soal parti lagi. Tetapi ini adalah soal maruah dan mertabat Melayu
serta agama Islam yang cuba diperlekehkan. Justeru, hari ini orang-orang
Melayu dan umat Islam tak kira dari parti mana sekali pun dan juga yang
tidak masuk mana-mana parti juga telah bangun dengan begitu hebat sekali.

Gara-gara siapa? “seorang reporter” yang punyai agendanya sendiri dan


lebih-lebih lagi gara-gara Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin Gerakan
yang mula-mula sekali sengaja menghangatkan keadaan dan mula nak jadi
hero dengan membakar semangat orang-orang Cina bila menjadikan isu ini
isu perkauman dan telah membakar pula semangat orang-orang Melayu dan
umat Islam dengan mendesak seorang pemimpin Melayu beragama Islam
untuk minta maaf dan tunduk pada orang-orang Cina.

Saya mahu mereka tahu, malah anggap ini sebagai amaran orang Melayu.
Orang Melayu dan umat Islam telah diusik banyak kali. Kami bersabar kerana
menjaga kestabilan negara. Namun ingatlah!! Kesabaran orang Melayu dan
umat Islam ada hadnya. Jangan tolak kami sampai ke dinding dimana kami
terpaksa berpusing balik dan nescaya kami akan terpaksa tolak orang-orang
Cina pula demi survival kami.

Sekirannya apa yang telah saya katakan agak berat kepada BN. Anggaplah
ini sebagai amaran orang Melayu dan umat Islam yang tidak ada kena
mengena dengan UMNO. Jadi tak usahlah mendesak pemimpin UMNO kami
sehingga mereka terjebak dalam dilema.

Saya mahu Koh Tsu Koon dan Gerakan bertanggungjawab sekiranya apa-apa
hal yang tidak baik terjadi didalam negara kita.

Saya ingin mendesak disini agar Pengerusi BN Pulau Pinang diberi kepada
MCA kerana jelas terbukti bahawa Koh Tsu Koon telah gagal dengan teruk
sekali didalam pilihanraya umum yang lalu.

Saya juga ingin mendesak pemimpin-pemimpin didalam BN dan semua


komponen parti untuk memecat Gerakan keluar dari BN kerana dengan
adanya mereka — kucar kacir hubungan kita didalam BN. Sekiranya tidak
Koh Tsu Koon harus minta maaf pada orang-orang Cina dan juga orang-orang
Melayu serta umat Islam kerana menyebabkan keadaan menjadi tegang
sampal ketahap ini. “He should be responsible. But knowing him as usual he
will “Tai Chi” again in his own ways.

Dengan kenyataan ini saya berharap tidak ada yang akan menuduh saya
“racist” lagi.

Sebagai pemimpin kecil Melayu, saya ada tanggungjawab pada bangsa,


agama dan tanah air saya.

Kalaulah saya “racist”, sudah tentu selama ini saya tidak bekerjasama
dengan Gerakan dan MCA. Saya sudah menjadi Ketua UMNO Bahagian Bukit
Bendera selama 20 tahun dan sebelum itu didalam Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian selama 11 tahun dan saya telah berkecimpung secara aktif
didalam UMNO sudah Iebih dari 34 tahun sejak 1974 lagi.

Semasa saya mengambil alih teraju kepimpinan UMNO Bahagian Bukit


Bendera kira-kira 20 tahun yang lalu, BN sebelum itu hanya mempunyai satu
kerusi DUN sahaja didalam Parlimen Bukit Bendera. Dari segi sejarah kerusi
Parlimen Bukit Bendera hanya sekali sahaja pernah dimenangi BN iaitu
apabila Mendiang Albert Mah, bekas Ketua Polis Pulau Pinang bertanding.

Sebelum dan sesudah itu BN tidak pernah menang Kerusi Parlimen. Malah
dari segi DUN pula hanya satu saja kerusi yang BN menang manakala dua
lagi Kerusi DUN BN selalu kecundang kepada DAP.
Pada pilihanraya 1990, adalah pilihanraya yang pertama bagi saya sebagai
ketua Bahagian membantu calon-calon BN telah berjaya menambah satu lagi
kerusi menjadikan dua kerusi DUN dimenangi BN.

Manakala PRU 1994 pula, buat pertama kalinya BN menang kesemua tiga
kerusi DUN dikawasan kami.

Didalam keadaan gawat, pada PRU 1999 buat pertama kali BN telah berjaya
memenangi semua kerus yang dipertandingkan iaitu 3 kerusi DUN dan juga
Kerusi Parlimen.

Pada tahun 2004, hanya di Bukit Bendera sahaja yang kerusi DUN ditambah
dari 3 menjadi 4 Kerusi. Itu pun kami berjaya memenangi semua Kerusi yang
dipertandingkan iaitu 1 Kerusi Parlimen dan 4 Kerusi DUN.

Pada PRU 2008, berlaku Tsunami lingkup semua. Tapi bukan kami saja di
Bukit Bendera, habis di merata tempat.

Izinkan saya menjelaskan bahawa semua kerusi-kerusi BN yang telah


menang di Bukit Bendera pada PRU 1990, 1994, 1999 dan 2004, calon-calon
yang bertanding adalah kesemuanya calon-calon Cina.

Kalaulah saya seorang yang “racist” — masakan kami orang-orang Melayu


akan bekerja keras memenangkan calon-calon Cina dan telah mencipta
sejarah kerana Bukit Bendera adalah kubu kuat DAP sebelum itu.

Malah calon-calon yang telah kami bantu dan menangkan telah menjadi
pemimpin-pemimpin besar dalam Gerakan iaitu Koh Tsu Koon, Chia Kwang
Chai dan Dr. Teng Hock Nan.

Malah pada PRU ke 12, 2008, walaupun berlaku Tsunami — kita boleh lihat
keputusan di peti undi Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong yang kalau tak
silap saya merupakan satu-satunya peti undi yang dimenangi oleh BN,
Kenapa ? Kerana didalam kawasan Bukit Bendera itulah satu-satunya peti
undi dimana orang-orang Melayu merupakan pengundi yang paling ramai
iaitu di Tanjung Tokong.

Cukuplah — jangan tuduh saya “racist” lagi kerana saya bukan “racist”.

Akhir sekali saya mohon kepada orang-orang Cina agar jangan cuba jadi
seperti “the Jewish in America” tak cukup ekonomi yang mereka kawal —
politik pun nak mereka kuasai.

Yang penting eratkan perpaduan kita agar negara tetap aman dan kesemua
rakyat boleh hidup dalam keadaan harmoni. Kalau berlaku kegawatan —
negara tidak stabil — orang-orang Cina nak berniaga pun payah.
Dengarlah nasihat Perdana Menteri kita — kalau keselamatan tak terjamin
lagi — tiada siapa yang untung - rakyat Malaysia yang rugi. Kita semua yang
rugi. “ENOUGH IS ENOUGH”.

Tsu Koon dakwa hubungan dia renggang dengan saya kerana tidak melantik
saya sebagai Ahli Majlis 2006. “Bull Shit and this another tactic of him to
character assassinate me”. — Saya adalah Ahli Majlis pada 2006. Sesungguh
kuasa melantik Ahli-Ahli MajIis bukanlah pada Koh Tsu Koon. Mengikut
persefahaman dan amalan BN, Ahli-Ahli yang mewakili komponen-komponen
parti BN adalah hak parti masing-masing UMNO negeri akan menentukan
Ahli-Ahli Majlis yang lazimnya dicalonkan oleh UMNO Bahagian-Bahagian.
MCA, MIC dan juga PPP akan ditentukan oleh parti masing-masing Koh Tsu
Koon hanya ada kuasa perlantikan Ahli-Ahli Majlis Gerakan sahaja. Nama-
nama yang diputuskan oleh parti-parti tersebut akan dibentangkan didalam
Mesyuarat EXCO “for endorsement”. Bukan kuasa Ketua Menteri seorang.
Kemudian surat perlantikan Ahli-Ahli Majlis akan dikeluarkan oleh Setiausaha
Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sesungguhnya Koh Tsu Koon tidak mahu saya menjadi Ahli Majlis sejak
2003…. huraian

Hubungan kami menjadi renggang…. huraian

Akhir kalam, memandangkan sementara bahang semangat orang Melayu


dan umat Islam diperingkat akar umbi sedang panas membara. Janganlah
kita sia-siakan. Marilah kita garapkan semangat tersebut, kita gembeling
seluruh keringat dan kita punggah seluruh kekuatan orang-orang Melayu dan
umat Islam diseluruh tanah air serta kita jadikan kebangkitan suara Melayu
ini sebagai suatu suara keramat yang akan menyatupadukan seluruh umat
Melayu dan umat Islam sebagai titik permulaan pengerak semangat Melayu
bersatu.

Saya syorkan agar setiap negeri akan memulakan suatu “Forum/Konvensyen


Himpunan Umah” dimana penyertaannya harus dibuka seluas mungkin
hingga ke akar umbi.