Anda di halaman 1dari 5

Alkohol

KETAGIHAN ALKOHOL

Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit


tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan
alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol
merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal,
tingkahlaku dan emosi peminumnya.

KESAN FIZIKAL

 Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal.

 Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.


 Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis.
 Ulser dan gastritis
 Kecederaan otak dan masalah saraf
 Masalah jantung dan tekanan darah
 Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut
 Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan
 Masalah seksual
 Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)

SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME - FAS)

FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh
memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang
menghidapi FAS akan menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah
ini. Bayi yang lahir dengan FAS akan mengalami:

 Kekurangan berat badan.

 Kurang tinggi
 Kepala kecil
 Masalah jantung
 Kecacatan kaki-tangan serta sendi
 Koordinasi yang lemah
 Hilang ingatan
 Masalah pembelajaran

Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan
mental, zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa,
menghadapi masalah undang-undang, masalah dadah dan alkohol serta sukar
menjaga diri dan anak-anak mereka. Mereka sering menjadi kutu rayau.

1
ALKOHOL DAN KANSER

Meminum minuman keras menjadikan rawatan terhadap kanser tidak berkesan.


Sebagai contoh:

 Jika anda memerlukan pembedahan, alkohol di dalam badan akan


menimbulkan masalah dengan ubat bius (anesthesia).

 Jika anda dirawat dengan kemoterapi, dan mungkin terdapat kudis dalam
mulut anda, alkohol akan menerukkan lagi keadaan.
 Jika anda memerlukan rawatan radiasi/kemoterapi, anda perlu makan
dengan betul untuk menguatkan diri anda. Meminum minuman keras
boleh mengganggu tabiat makan dan membantut penyembuhan.
 Penyalahgunaan alkohol mengganggu keupayaan anda menghadapi
masalah kanser, tekanan perasaan dan emosi yang berkaitan dengannya.

MASALAH TINGKAHLAKU DAN TEKANAN EMOSI

 Alkohol boleh menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar


batas kawalannya seperti memandu terlalu laju dan amalan-amalan lain
yang merbahaya..

 Perubahan ragam atau mood seperti marah, ganas, murung dan mungkin
ke peringkat ingin membunuh diri dengan pengambilan alkohol yang
berlebihan.
 Boleh mengakibatkan hilang daya ingatan dan kewarasan (paras
pengambilan alkohol yang tinggi menghalang daya ingatan yang baik).
 Membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Kadar perceraian
meningkat di kalangan penagih arak dan anak-anak mereka mengalami
tekanan perasaan yang berpanjangan.
 Penagih arak juga menghadapi penurunan prestasi kerja, masalah
pergaulan dengan pekerja-pekerja lain dan majikan.

Anda memerlukan bantuan profesional sekiranya:

 Menghadapi masalah daya ingatan atau pengsan kerana minum.

 Anda tidak boleh hidup tanpa meminum alkohol.


 Gagal mengawal tabiat minum anda walaupun anda mengalami masalah
kesihatan yang disebabkan oleh tabiat buruk ini.
 Perlu minum banyak alkohol untuk mengatasi gejala seperti sakit kepala,
kesejukan, menggigil dan ketagihan arak yang teruk.
 Tabiat minum ini menjejaskan kerja, persekolahan dan pergaulan anda
dengan orang lain.
 Perlu mengambil alkohol untuk mengatasi masalah hidup atau melarikan
diri dari masalah yang dihadapi

2
 Melakukan kegiatan yang berisiko tinggi seperti mengadakan hubungan
seks yang tidak selamat dan rambang setelah minum..
 Melakukan beberapa kesalahan undang-undang seperti memandu dalam
keadaan mabuk
 Mendapat aduan dari kaum kelurga dan sahabat handai serta majikan
mengenai tabiat buruk anda ini.
 Tidak suka bergaul dan terasing selepas mengambil alkohol.

RAWATAN

Ketagihan alkohol boleh diwarisi . Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol


di kalangan lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga
penagih alkohol. Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini
adalah penting dan cara yang baik untuk mengatasi masalah minum arak ini
ialah dengan berhenti meminumnya. Dua jenis ubat yang boleh diberi untuk
merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse (tidak terdapat
di Malaysia). Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya
pesakit meminum alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat
Naltrexone (terdapat di Malaysia), ia menyekat keinginan untuk meminum arak
dan merasa nikmat kemabukannya.

PELIHARA DIRI ANDA

Jika anda seorang peminum tetapi masih belum mencapai tahap


menyalahgunakannya, lebih baik berhenti sahaja sebelum terlambat. Lebih cepat
anda berhenti lebih baik peluang anda terselamat dari kesan fizikal dan
psikologikal yang serius.

 Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi
penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai seorang
peminum.

 Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan
alkohol (kelab malam, parti dan majlis tari menari) sehinggalah anda boleh
mengawal diri anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah
ini, mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri
majlis-majlis tertentu.
 Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan
majlis mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda
boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini.
 Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan
motivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda.
 Kuatkan pegangan keagamaan anda. Semua agama melarang
pengambilan dan penyalahgunaan alkohol.

Langkah mencegah pergantungan terhadap alkohol

3
 Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.

 Minum sedikit sahaja. Anda digalakkan minum dalam kuantiti yang sedikit
 Gunakan sedikit sahaja alkohol dan lebihkan campuran lain untuk
mencairkan kesan alkohol.
 Cuba minum bir atau wain yang rendah kandungan alkoholnya.
 Selang-selikan minuman beralkohol dengan minuman lain (air mineral, jus
buahan, kopi, soda)
 Makan sambil minum, makanan dapat membantu melambatkan
penyerapan alkohol ke dalam badan.
 Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan
yang mengambil berat tentang diri anda. Mungkin ini akan mengurangkan
kesedihan anda dan mengelakkan diri dari mengambil alkohol.
 Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi,
senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang)
 Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada
anak-anak anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat.
 Jangan meminum alkohol semasa memandu, ketika mengambil ubat-
ubatan atau mengendalikan mesin. Perbuatan yang demikan
memudaratkan anda.

4
5

Anda mungkin juga menyukai