Anda di halaman 1dari 23

TOPIK 1 : PERMAINAN BOLA SEPAK

H
A
S
I
L
P
E
M
B
E
L
A
J
A
R
A
N
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti sejarah dan perkembangan bola sepak di Malaysia; dan


   
2. Mempraktikkan, peraturan dan undang-undang dalam sesuatu
kejohanan dan pertandingan bola sepak.

PENGENALAN
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah
wujud di negeri China sejak abad ke-3 sebelum Masihi? Pelbagai jenis permainan bola sepak
telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak
cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat
dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi
untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat
kebangsaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan
yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh
yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-
undang dan peraturan dalam permainan bola sepak.

1.1.1 Sejarah Permainan


Rajah 1.1: Permainan bola sepak tanpa peraturan
dimainkan secara meluas di Eropah ketika Zaman
Pertengahan

Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan
bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal
daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan (Rajah 1.1).

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman
pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit
sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan ‘Tsu Chu’.

Selain itu, fakta juga telah menunjukkan permainan Greek  ‘episkyros’ mempunyai persamaan dengan permainan
daripada Rom. Cara ia dimainkan bermula dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan
padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola
melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.

Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh  dunia. Permainan ini juga
dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan ‘football’ yang lain di sana.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk
menguruskan bola sepak.

Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom,
undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan
pemain-pemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah
ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan
undang-undang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.

Selepas beberapa tahun,  FIFA  telah  menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910,
Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk
mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.  Beliau
merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. 
Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan  trofi. Manakala, seorang pengukir
Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai
Piala Jules Rimet.
Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai
tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.

Rajah 1.2: Bola yang digunakan pada piala dunia pertama di Uruguay pada 1930

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di
tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas
menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. Bola yang digunakan semasa kejohanan ini ditunjukkan
dalam Rajah 1.2.

Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah
berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan
apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada
85  negara dari seluruh dunia.

Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan
Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-
seli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang
bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir
Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru
dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.

Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di
dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

SEM
AK
KEN
DIRI
1.1
  1.      Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak.
2.      Siapakah tokoh yang berjaya menganjurkan Piala Dunia Bola Sepak yang pertama?

3.      Nyatakan apakah peranan FIFA dalam pembangunan bola sepak.

1.1.2 Perkembangan Bola Sepak di Malaysia Awal 1920-an

Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Begini Permainan bola sepak pertama di
Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan
pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara
Selangor dan Singapura pada tahun 1921.

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola
sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott
dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R.
Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia
Kedua meletus.

Selepas tamat perang, Presiden FAM  ialah J. King,diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat
selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa
British.

Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984


Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik
sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang
kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri
Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.

Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism


Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam
pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf
sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian.     

Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak banyak
meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya
mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan
kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga
merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama.

SEM
AK
KEN
DIRI
1.2
   
Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak di Malaysia.
 

1.1.3 Struktur Organisasi Persatuan

Rajah 1.3 menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Rajah 1.3: Struktur organisasi FAM

1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal-usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita.
Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan dan undang-undang bola sepak. Undang-undang bola sepak digubal
untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8
Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA).

1.2.1 Undang-undang Permainan

Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih
mudah lagi. Mutu permainan  atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat
mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17
undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam
sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan
seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat
bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-
undang ini.

Undang-undang 1: Padang Permainan

(a)    Permukaan Padang

Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada
peraturan sesuatu pertandingan.

(b)    Ukuran Padang

Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (Rajah
1.4 ):

Panjang        :     Minimum 90m (100 ela)


Maksimum 120m (130 ela)
Lebar            :     Minimum 45m (50 ela)
Maksimum 90m (100 ela)  

Ukuran padang pertandingan antarabangsa:


Panjang        :    Minimum 100m (110 ela)
Maksimum       110m (120 ela)
Lebar            :    Minimum 64m (70 ela)
Maksimum 75m (80 ela) 

(c)    Kawasan Padang

Untuk melancarkan permainan,  garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk
membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang
manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan
mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan
kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang
mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).
Rajah 1.4:  Ukuran kawasan padang bola sepak

(a)     Kawasan Gol

Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing 
berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(b)    Kawasan Penalti

Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m
(18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari
kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti
dibuat di luar kawasan penalti (Rajah 1.5).
Rajah 1.5:  Ukuran kawasan penalti

(c)     Tiang Bendera

Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru   padang. Ia juga
boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan  mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.

(d)   Lengkungan Sudut

Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang
permainan.

(e)    Tiang Gol

Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol (Rajah 1.6). Jarak
antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8
kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).
Rajah 1.6 : Ukuran tiang gol bola sepak

Undang-undang 2: Bola

Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang
dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam
lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz
4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Rajah 1.7 menunjukkan bentuk bola yang
dimaksudkan.
Rajah 1.7: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak

Undang-undang 3: Bilangan Pemain

(a)    Pemain

Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri
daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol (Rajah 1.8). Perlawanan tidak boleh dimulakan
sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain. 

Rajah 1.8: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

(b)    Perlawanan Rasmi

Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di bawah gabungannya, hanya 3
orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah
menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

(c)    Nama Pemain Gantian

Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan
dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

(d)   Peraturan Pemain Gantian

Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan
sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak
digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila
pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian
dalam perlawanan tersebut.

(e)    Pertukaran Penjaga Gol


Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain

(a)    Keselamatan

Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga
kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.

(b)    Peralatan Asas

Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai
oleh pemain:

(i)      Jersi;
(ii)     Kasut bola;
(iii)    Seluar pendek;
(iv)    Stoking; dan
(v)     Pelindung kaki.

Rajah 1.9: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak

(c)    Pelindung Kaki (shin guards)

Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada
bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(d)   Penjaga Gol

Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.
(e)    Pelanggaran Peraturan

Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan
mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan  meninggalkan padang.  Pemain tersebut tidak dibenarkan
memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan
meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil

(a)    Kuasa Pengadil

Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa
dalam mengendalikan permainan bola sepak.

Rajah 1.10: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2  pembantu pengadil

(a)    Tugas Pengadil

Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil (Rajah 1.10):

i. Melaksanakan undang-undang perlawanan.


ii. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.

iii. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.

iv. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4.

v. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan.

vi. Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang  gangguan daripada pihak luar.

vii. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu
dibawa keluar dari padang.

viii. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu
hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil.
ix. Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan.

x. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain
itu supaya keluar padang.

xi. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan.

xii. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat
olehnya.

xiii. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.

(c)    Keputusan Pengadil

Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa
keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan

(a)    Tugas

Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-tugas pembantu pengadil ialah:

(i)      Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan.


(ii)     Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang.
(iii)    Memaklumkan  pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.
(iv)    Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama.

(b)    Pembantu

Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak.


Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan
kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

Rajah 1.11: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas


semasa pertukaran dilakukan

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan


(a)    Tempoh Permainan

Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit (Rajah 1.12), kecuali terdapat
persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-dua pasukan. Sebarang persetujuan
untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya
mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.

Rajah 1.12: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama
45 minit setiap separuh masa

(b)    Masa Rehat

Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah
tidak melebihi 15 minit.

(c)    Masa Tambahan

Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada
pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapatkan
rawatan.

(d)   Tendangan Penalti

Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga
tendangan penalti itu dilakukan.

(e)    Pemberhentian Perlawanan

Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan
sebaliknya.

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan


(a)    Permulaan Perlawanan

Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan
pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling
akan memulakan pertandingan (Rajah 1.13), sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk
memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan
sepakan mula pada separuh masa kedua.

Rajah 1.13: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan

(b)    Sepak mula

Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua.
Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa
semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.

(c)    Prosedur

Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya
9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam  keadaan  pegun dan berada di
tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepakan ke
hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang
bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan
mula akan diambil oleh pasukan lawan.

Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar

Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi  garisan tepi,
sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang (Rajah 1.14). Permainan akan diteruskan kembali
dengan:

(a)     Lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar.


(b)     Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang
permainan.
(c)     Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-
undang.
Rajah 1.14: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

Undang-undang 10: Jaringan

Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol,
dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan
atau tangan (Rajah 1.15).

Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol
akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira ‘seri’ sekiranya
kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah 1.15
menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.
Rajah 1.15: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol

Undang-undang 11: Ofsaid

Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih
daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat
sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri (Rajah
1.16).

Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan
kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Rajah 1.16: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain
pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk

Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan
dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu
dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah:

a. Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan.


b. Memegang pemain pihak lawan.

c. Melompat ke atas pemain pihak lawan.

d. Menolak pemain pihak lawan.

e. Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain
daripada mengambil bola.

f. Sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.

g. Menyadung pemain pihak lawan.


h. Mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan.

i. Membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia
dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).

Undang-undang 13: Tendangan Percuma

Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan
tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola
mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi
garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk
membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang
dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela
dari gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka
untuk menghalang jaringan berlaku.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang-kurangnya 9.15m
dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Bola
mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika
pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain
menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma (Rajah 1.17).

Rajah 1.17: Pemain yang mengambil sepakan percuma lazimnya adalah seorang yang
mempunyai kemahiran yang tinggi

Undang-undang 14: Sepakan Penalti

Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti (Rajah 1.18).

Prosedur:

(a)     Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah
gawang.
(b)     Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali
pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.
(c)     Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak
dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.
(d)    Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan
tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

Rajah 1.18: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

Undang-undang 15: BalinganMasuk

Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola
melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh
pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.

Prosedur:

(a)     Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala
(Rajah 1.19).
(b)     Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau
di luar garisan.
(c)     Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain.
(d)    Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan  dikira.
Rajah 1.19: Seorang pemain membuat cara balingan masuk yang betul

Undang-undang 16: Tendangan Gol

Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran,
terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara.

Prosedur:

(a)     Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol.
(b)     Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.
(c)     Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti.
(d)    Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil.
(e)     Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut

Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.

Prosedur:

(a)     Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan
dengan tiang bendera.
(b)     Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.
(c)     Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah
tendangan sudut diambil.
(d)        Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain
menyentuhnya.
Rajah 1.20: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol

SEM
AK
KEN
DIRI
1.3
  1.      Nyatakan apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan atau 
diberhentikan permainannya.

2.      Apakah prosedur yang harus dipatuhi untuk membuat tendangan mula?
3.      Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan tendangan percuma
langsung dan tidak langsung?

4.      Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira ofsaid?
 

RU
M
US
AN

 Sukan bola sepak ialah sukan yang paling popular di dunia amnya dan Malaysia
khususnya.

 FIFA adalah satu badan yang mengendalikan bola sepak antarabangsa dan diberi
tanggungjawab untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak peringkat antarabangsa.
   
 FAM adalah badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala hal ehwal
yang berkaitan bola sepak di Malaysia.

 Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang


diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA.
 

Anda mungkin juga menyukai