Anda di halaman 1dari 13

ADAT RESAM

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat
dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah
kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan
kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak
budaya masyarakat tersebut.

ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU

Kelahiran

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami
isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak
yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu
disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat
tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung,
bersalin dan selepas lahir.

Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)


Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada
wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau
lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut.

Peralatan untuk upacara ini termasuk

  Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan

  Segantang beras
  Sebiji kelapa

  Beberapa urat benang mentah


Damar

  Minyak kelapa atau minyak urut

  Lilin

  Tepak sirih yang lengkap isinya

  Pengeras sebanyak RM1.25

Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi.
Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.

Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.

Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir
nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan
ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil
dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan
menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah
dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya
sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke
atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan
melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain
yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya
pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini
dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya
Hindu.

 Sewaktu Bersalin

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi
adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang
dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam
rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping
itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.

Potong Tali Pusat


Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan
menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah
tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh
kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api
sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.

  Azan/Qamat

Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala


bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan
melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan
berunsur keagamaan.

  Membelah/Mulut

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan
membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap
atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang
dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu
menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak
diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.

   Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang
yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan
mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama
empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama
seratus hari.

Tempoh Berpantang

Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut
kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara
makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan di seluruh anggota
badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai
sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada
badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar,
direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.

Bertungku

Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku
dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku
diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain
yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai
dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat.

Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi
masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya
dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan
berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas
bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.

     Selepas lahir

         Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.

  Tanggal Pusat/Cuci Lantai


Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika
itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai
kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur di
samping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.

  Nasi kunyit dan lauk-lauk

  Seekor ayam hidup

  Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang

  Hadiah untuk bidan sepersalinan

Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan
jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas
lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan
menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut
dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan
dihadiahkan kepada bidan tersebut.  

Memberi Nama
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada
bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala
untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.

Cukur Rambut/ Potong Jambul


Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong
jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.

   Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras kunyit dan
bertih.

  Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku
seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian
kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan
melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.   

Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian


  cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas
dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa
atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke
tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki
sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar
serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para
hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting
sedikit rambut  bayi tersebut dan dimasukkan
ke dalam kelapa tadi.

Bilangan orang yang menggunting rambut


bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang
ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya.
Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara
  menggunting, pihak perempuan pula
mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua
pihak menjalankan adat bercukur barulah
kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh
melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya
kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau
seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan. 

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah
membawa  pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan.
Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu
atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali
sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan
jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya
ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah
sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan
pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan
adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Naik Buai 
Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di
kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh meriah
terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.

Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan
kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri
kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam
atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan
bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu
menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

JejakTanah/TurunTanah
Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang
baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak
tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari
satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.

Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai,
tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar
disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman.
Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang,
cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan
yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang
tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.

  Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-
kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil
gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini jug boleh dilakukan
secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke  piring-piring kecil yang
berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan.
Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.
 Bersunat / Berkhatan

 Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu
beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan
menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan
dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga
dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan
akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib
kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi
kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak
lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.
I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did

And you were strong and I was not


My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did

And now when all is done


There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now


Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy


And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard


Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know

Thinking all you need is there


Building faith on love and words
Empty promises will wear
I know, I know

And now when all is gone


There is nothing to say
And if you’re done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them
Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy


And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible!
Ooh impossible (yeah yeah)

I remember years ago


Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did

Tell them all I know now


Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy


And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible

I remember years ago


Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did..
Oh her eyes her eyes
make the stars look like they’re not shinin
Her hair her hair
falls perfectly without her tryin
Shes so beautiful
And i tell her everyday

Yeah, I know I know


when i compliment her she wont believe me
And its so its so
sad to think that she don’t see what I see
But every time she asks me do I look okay, I say

When I see your face


theres not a thing that I would change
Cuz ur amazing
Just the way you are

And when you smile


The whole world stops and stares for awhile
Cuz girl ur amazing
Just the way you are

Her lips her lips


I could kiss them all day if she let me
Her laugh her laugh
She hates but I think its so sexy
Shes so beautiful
And I tell her everyday

Oh you know you know you know


Id never ask you to change
If perfect’s what your searching for

then just stay the same


So don’t even bother asking if you look ok
You know I’ll say

When I see your face


Theres not a thing that I would change
Cuz ur amazing
Just the way you are

And when you smile


The whole world stops and stares for awhile
Cuz girl ur amazing
Just the way you are

The way you are


The way you are
Girl your amazing
Just the way you are

When I see your face


Theres not a thing that I would change
Cuz ur amazing
Just the way you are

And when you smile


The whole world stops and stares for awhile
Cuz girl ur amazing
Just the way you are

Yeaah

Song Title: Thinking Of You


Artist: Katy Perry
Comparisons are easily done
Once you’ve had a taste of perfection
Like an apple hanging from a tree
I picked the ripest one
I still got a seed
You said move on
Where do I go
I guess second best
Is all I will know
Cause when I’m with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into your eyes.
You’re like an Indian summer
In the middle of a winter
Like a hard candy
With a surprise center
How do I get better
Once I’ve had the best
You said there’s
Tons of fish in the water
So the water’s I will test
He kissed my lips
I taste your mouth
He pulled me in
I was disgusted with myself
Cause when I’m with him
I am thinking of you
Thinking of you
What do I do would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into.
You’re the best
And yes I do regret
How I could let myself
Let you go
Now the lesson’s learned
I touched it I was burned
Oh I think you should know
Cause when I’m with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into your eyes
Looking into your eyes
Looking into your eyes
Oh won’t you walk through
And bust in the door
And take me away
Oh no more mistakes
Cause in your eyes I’d like to stay.
Submitted by admin ·
Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk

menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan

yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak

apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di

luar lengkungan bernilai 3 mata.Boladigerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau

menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan

bagaimana bola bola dikawal (penalty)

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith
yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua
bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan
berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan
dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainanbola
sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith
meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar
sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta
oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua
bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola
keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau
pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya basket ball.

Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang
memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.

Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturan pertama untuk


permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat
khabar sekolah, the Triangle pada 15 Janauri 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui
penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah
menegah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari 1982. Hanya 9
orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang cuma separuh
saiz gelanggang NBA pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai