Anda di halaman 1dari 2

ABDUL HAMID BIN OMAR

Pelajar Perubatan Tahun 3,


Fakulti Perubatan,
Universiti Teknologi Mara.

Pengarah Hospital,

___________________

___________________

___________________ 4 JANUARI 2010

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENDAPATKAN REKOD KADAR KEMATIAN DI HOSPITAL

Perkara di atas adalah dirujuk, saya seperti nama di atas Abdul Hamid bin Omar merupakan wakil
pelajar perubatan Tahun 3 Fakulti Perubatan Univesiti Teknologi Mara ingin meminta kebenaran
daripada pihak tuan untuk mendapatkan rekod kadar kematian di hospital bawah jagaan pihak tuan.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami pelajar perubatan Tahun 3 dikehendaki menjalankan
program elektif sebagai salah satu program wajib di mana pelajar di beri peluang untuk menjalankan
kajian di institusi-institusi perubatan yang berkenaan di seluruh Malaysia dan pelajar dikehendaki
menyiapkan tugasan yang di berikan dan menghantar laporan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh
pihak fakulti.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami inginkan maklumat penuh mengenai data pesakit yang
meninggal dunia di hospital tuan kerana ingin mengkaji kadar kematian dan juga penyebab utama
kepada kematian tersebut. Kami ingin mendapatkan data kematian di Jabatan Pediatrik sepanjang
tahun 2010. Rekod yang saya inginkan daripada pihak tuan ini adalah untuk memenuhi kajian yang
perlu kami lakukan sebagai syarat kelayakan sebelum menjadai graduan dan rekod ini tidak akan
disebarkan kepada umum.

4. Selain itu juga, kami ingin mengkaji tahap perkhidmatan yang ditawarkan di hospital bawah
jagaan pihak tuan. Kaji selidik ini sangat penting untuk mengetahui kekangan dari segi perkhidmatan
yang ditawarkan di hospital bawah jagaan tuan. Untuk menjayakan kaji selidik ini kami akan
memohon pesakit ataupun pelawat di hospital tuan mengisi borang kaji selidik. Kami akan
menghantar seorang wakil pelajar untuk membuat kaji selidik di setiap jabatan yang ada di hospital
tuan.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dari pihak tuan agar memberi kebenaran
untuk menjalankan kaji selidik di hospital pihak tuan dan sekiranya pihak tuan bersetuju sila
maklumkan secepat mungkin supaya pihak kami dapat memberikan tarikh yang sesuai untuk
menjalankan kaji selidik di hospital pihak tuan.Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan
pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai
dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Di sediakan oleh:

................................................
(ABDUL HAMID BIN OMAR)
Pelajar Perubatan Tahun 3,
Fakulti Perubatan
UiTM Sungai Buloh, Selangor.

Di Sahkan Oleh:

................................................
(PROF. DR. MOHD. HAMIM BIN RAJIKIN)
Timbalan Dekan (Pelajar dan Alumni),
Fakulti Perubatan,
Universiti Teknologi MARA.

Anda mungkin juga menyukai