Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Era globalisasi ini,membaca merupakan amalan dominan yang harus diterapkan dalam
masyarakat kita.Hal ini demikian kerana membaca banyak memberi maslahat kepada kita semua sama
ada golongan kanak-kanak ,remaja ,dan golongan tua.Kepentingan membaca merupakan kenyataan
yang sukar dipertikaikan oleh sesiapa sama ada orang yang tidak gemar membaca ,waima mereka yang
tidak tahu membaca pun tidak menafikannya.Mengikut kajian daripada Doktor Awang Had Salleh ,rakyat
Malaysia hanya membelanjakan RM 2.80 setahun untuk membeli majalah ilmiah atau membaca dua
helaian setahun.Pada kesempatan ini ,para ilmuwan telah menasihatkan kepada khalayak tentang
kewajaran amalan membaca.Bagi ibu bapa pula, keculasan anak-anak membaca kerap menjadi
rungutan meskipun ada antara mereka yang bertindak seperti ketam mengajar anak berjalan dengan
betul.Oleh hal demikian ,kita mestilah mengkaji puncanya supaya langkah tertentu dapat dilaksanakan.
Kesedaran tentang faedah membaca merupakan faktor utama masyarakat tidak gemar
membaca.Mereka beranggapan bahawa membaca sekadar mengisi masa lapang dan tidak mempunyai
kaitan dengan pemikiran ,tindakan serta cara hidup mereka ,malah membaca mempunyai hubungan
yang erat dengan tindakan dan cara hidup seseorang.Lebih-lebih lagi ,semakin luas pembacaan
seseorang maka semakin luaslah pengalaman yang diperolehinya.Banyak kajian telah mendapati
bahawa satu punca daripada kemajuan pesat yang dicapai oleh negara-negara Eropah dan Jepun adalah
minat membaca oleh rakyat negaranya.Minat seperti ini hanyalah ilusi di negara kita dan tidak hairanlah
pembangunan di negara kita hanya maju pada tahap ketiga sahaja.Oleh hal itu ,langkah-langkah
memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia haruslah dilakukan oleh pihak yang
bertanggungjawab.
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menarik perhatian rakyat Negara kita supaya
menjadikan aktiviti membaca buku itu sebagai aktiviti utama masa senggang ,namun sehingga kini usaha
itu umpama mencurah garam ke laut.Banyak faktor yang menyebabkan rakyat kurang membaca buku
,lantas usaha mengatasinya haruslah dilakukan dengan serius kerana pembangunan sesebuah Negara
itu mempunyai hubungan yang rapat dengan minat membaca.Oleh itu ,pihak kerajaan ,badan swasta
,NGO ,media massa haruslah bekerjasama memupuk budaya membaca dalam kalangan
masyarakat.Misalnya ,mengadakan kempen membaca ,penjualan buku yang berkaitan ilmu dengan
harga yang berpatutan ,dan mengadakan pelbagai aktiviti supaya dapat menarik perhatian rakyat
Negara kita.Selain itu,”The Mines Hotel and Resort” telah melancarkan kempen “Read II” dengan
menjadikan Aznil Haji Nawawi iaitu pengacara tersohor sebagai ikon untuk memupuk budaya
membaca. Kempen yang dijalankan itu mestilah berterusan,bak kata pepatah alang-alang menyeluk
pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.Di samping itu,pihak sekolah boleh mengadakan ceramah
tentang kepentingan membaca kepada semua pelajar.Pepatah ada mengatakan melentur buluh biarlah
dari rebungnya.Oleh hal demikian ,janganlah kita mengabaikan usaha ini kerana akan menimbulkan
kesan negatif kepada Negara terutama dalam melahirkan generasi muda yang bertaraf dunia.
Kesan negatif yang timbul jika masyarakat tidak membaca ialah akan mewujudkan masyarakat
yang tidak berilmu.Selain itu,Negara kita juga akan ketandusan generasi pemimpin yang bijak untuk
memerintah Negara dalam arena politik antarabangsa.Sebagai contoh,negara-negara seperti
Jepun,Jerman,Perancis,Britain dan Sweden yang telah maju dengan selaras dengan kemajuan
pengetahuan yang dilahirkan melalui pembacaan.Bagaimana dengan negara kita pula?Oleh hal
itu,marilah kita bersama-sama renungkan betapa buruknya kesan yang dihadapi oleh kita juga jika
rakyat negara kita kurangya ilmu pengetahuan.Bak kata pepatah,ilmu itu adalah kunci kejayaan.Namun
begitu,kita mestilah rajin mencari ilmu dan ilmu pengetahuan itu banyak kepentingan daripada
keburukan.
“Membaca tunggak ilmu”.Hal ini demikian kerana ilmu merupakan khazanah pengetahuan yang
berharga kepada kita semua.Antara kepentingan membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman seseorang.Sebagai contoh,pada peringkat sekolah, telah terbukti bahawa amalan dan
tabiat membaca dalam kalangan pelajar telah melahirkan individu yang menyerlah dalam pelbagai
aspek. Kecemerlangan mereka tidak khusus kepada bidang akademik sahaja, malah memberi kesan
langsung terhadap bidang lain.Selain itu, sekolah yang memberi keutamaan terhadap aspek pembacaan
dalam kalangan pelajarnya turut meraih kecemerlangan.Rentetan itu,kita juga tidak mudah ditipu oleh
orang lain kerana kebijaksanaan kita yang banyak membaca.