Anda di halaman 1dari 6

BUBUR NASI

Bahan-Bahan
 1 1/2 cup beras
 sebatang lobak merah

 sawi (dlm 2 pokok cukup la)


 1 kiub pati ayam ( boleh substitute dgn chicken stock)
 10 ekor udang bersaiz sederhana
 1 liter air..(air ditambah shgga nasi betul2 kembang)
 garam secukup rasa
 ikan bilis goreng
 daun bawang

Cara-cara

1. lobak merah di potong dadu.. sawi dipotong halus


2. udang perlu dibuang kulit dan dipotong dua kalau udang tu besar
3. basuh beras dan masak seperti masak nasi tapi lebihkan air. air kena lebih supaya bubur
betul2 kembang..
4. bila beras dh lembut (hampir masak), masukkn kiub pati ayam, udang,lobak merah dan
sedikit garam
5. tunggu sehingga bubur betul2 kembang baru masukkan sawi.. tambah garam secukup
rasa.. tambah air kalau bubur jadi terlalu kering.. bila bubur dh betul2 kembang bolehla
makan.. :)
6. nak lagi sedap.. makan bubur bersama ikan bilis yang digoreng dengan bawang
merah..dan ditabur daun bawang

BBUR KACANG HIJAU

Bahan-Bahan

500 gm kacang hijau


250 gm gula merah atau putih
1 liter santan kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam.
Cara-cara

Rebus kacang hijau sampai lembut. Masukkan santan bersama daun


pandan, kemudian masukkan gula merah atau putih dan sedikit garam.
Masak hingga mendidih dan hidangkan.

BUBUR PULUT HITAM

Bahan- Bahan :

500 gm pulut hitam

1 liter santan

1 liter air

daun pandan

gula/ gula melaka & garam secukup rasa

Caranya:

1. Rebus pulut hitam dengan seliter air dan daun pandan sehingga pulut hitam empuk

2. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa.

Tips :

1. Kepekatan bubur mengikut citarasa masing-masing,sekiranya ingin lebih pekat boleh tambah
lebih byk santan dan kalau nak lebih cair tambahkan air

TELUR BUNGKUS

Bahan - bahan

6 biji telur

1 labu bawang besar(dimayang)


4 ulas bawang putih (didadukan)

1 biji kentang (didadukan)

1 batang carrot (didadukan)

sedikit daging ayam -bahagian dada (dipotong nipis)

3 batang crabstick (leh gak guna isi ketam)

1 sudu besar serbuk kari

3 sudu besar tomato puri

1 sudu besar chili powder (bancuh bersama sedikit air)

1 sudu besar black pepper

1 kiub pati ayam

sedikit daun sup

sedikit garam,

gula

cara - cara

1. Tumis bawang besar,bawang putih. Bila dah garing, masukkan black pepper..

2. Kemudian, masukkan ayam dan crabstick. Bila ayam dah kecut, masukkan serbuk cili yang
sudah dibancuh dengan air, tomato puri,kiub ayam dan serbuk kari...

3. Bila dah nampak garing, masukkan carrot dan kentang..Biar sampai empuk...

4. kemudian boleh la masukkan daun sup...

5. Angkat and asingkan di dalam bekas..

6. Dadarkan 3 biji telur di dalam kuali.... kemudian letakkan bahan2 inti tadi di atas telur
tersebut... tnggu kering sedikit then dadarkan 3 biji telur lagi kat atas inti tu.....
7. terbalikkan telur tersebut..Bila dah masak angkat and boleh dihidangkan.

Saiz hidangan : 3 orang

TELUR SAMBAL

Bahan
10 biji telur rebus
1 labu bawang besar [mayangkan]
3 s/b sos tomato
1 s/k gula
garam
minyak

Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
belacan [jika suka]

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sos tomato, gula dan garam. Kacau rata.
3. Masukkan telur dalam sambal dan biarkan sebentar.
4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit.
5. Bila nampak bawang layu boleh masukkan sambal dalam pinggan dan hidangkan.

IKAN MASAK ASAM

Bahan-bahan
Ikan yang dah digoreng dengan kunyit dan garam. (boleh jugak kalau nak ganti dgn ayam)
2 biji bawang besar (1 blend, satu dipotong bulat2)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu jintan besar
Air perahan asam jawa
Cili padi

Cara penyediaan
1. Blend bawang besar, bawang putih, halia dan jintan
2. Tumis bahan-bahan yang telah diblend.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Masukkan air asam jawa mengikut citarasa anda. (kalau nak
masam letak banyak, kalau x, letak agak-agak).
4. Masukkan bawang yang dipotong bulat2 dan cili padi.

KENTANG BERSALUT KENTANG

Bahan-bahan:

6 biji kentang
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
Air dari peti sejuk secukupnya
Sedikit garam
Sedikit sos cili
Sedikit mayonis
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan:

1. Kupas kentang, sebahagiannya dibelah lapan dan sebahagian lagi dipotong keping bulat atau
bujur.

2. Rendam dalam air sambil diramas supaya keluar sagunya. Basuh lagi dan tuskan hingga
kering, kemudian keringkan dengan tuala kertas yang bersih.

3. Campurkan tepung jagung, garam dan telur. Campurkan sedikit demi sedikit air dalam peti
sejuk sambil dipukul perlahan hingga rata dan tidak bergentel.

4. Panaskan minyak, celup kentang dan goreng hingga kekuningan.

5. Hidangkan dengan mayonis dan sos cili.

BAYAM DADAR

Bahan-bahan:

1 pokok bayam - ambil daunnya sahaja


1 labu bawang besar - dipotong dadu
1/2 sudu kecil serbuk pala
2 biji telur
2 sudu besar susu segar - disatukan
1/2 cawan air
Secubit garam
Acuan gegelang untuk menggoreng
1/2 cawan minyak
50 gm mentega

Cara Menyediakan:

1. Celur daun bayam hingga lembut dan tuskan.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar. Pindahkan bawang ke dalam mangkuk kemudian
masukkan daun bayam, serbuk pala, garam, telur dan bancuhan susu segar. Kacau hingga rata.

3. Letakkan acuan gegelang ke atas kuali leper dan masukkan sedikit mentega ke dalamnya.

4. Dengan api sederhana, tuangkan sesenduk adunan telur ke dalam acuan gegelang tadi. Masak
sehingga garing sedikit baru dikeluarkan daripada gegelang dan terbalikkan. Goreng lagi hingga
masak baru diangkat.

5. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur dan hidangkan panas-panas bersama sos cili.

PUDING PISANG TANDUK

Bahan-bahan:

6 sudu besar tepung kastard


4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu cair
3 cawan santan yang tidak terlalu pekat
1 biji pisang tanduk
Secubit garam

Cara Menyediakan:

1. Pisang dibelah dua dan potong serong setebal 1 cm. Rebus sebentar saja, jangan sampai
lembik.

2. Bancuh tepung kastard bersama gula dan santan, kacau dengan api yang perlahan hingga
mendidih dan berkilat.

3. Atur pisang dalam mangkuk, kemudian curahkan kastard ke atasnya dan sejukkan di dalam
peti sejuk sebelum dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai