Teks Ceramah Pin MD Ezzme

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Teks Ceramah PIN

Bismillahirahmanirahim. Assalamu'alaikum wbt dan salam satu Malaysia

Selamat datang ke
program_______________________________________________________________ sesi
Jun – November 2011.

Yang Dihormati Tuan Penceramah kita pada hari ini,


(___________________________________)

Barisan para pensyarah UiTM

Barisan para Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 dan

Para Peers Mentor sesi Jun 2011-November 2011,

serta pelajar baru yang dikasihi sekalian.

Hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu negaraku dan lagu sabah tanah airku.

Hadirin dijemput duduk.

Dimajlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersama-sama.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya,
marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
Al-fatihah......

Amin Ya Rabbal alamin...

Para hadirin yang dihormati, Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan mempersilakan
Yang Berbahagia _________________________________untuk menyampaikan ceramah
beliau. Sebelum itu izinkan saya memperkenalkan serba sedikit tentang beliau.

Nama:

Asal:

Status:

Tahap Pendidikan:

Jawatan terkini:

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada
_______________________________________________diatas ceramah beliau sebentar
tadi.
Sesungguhnya, banyak input dan pengisian yang telah diketengahkan oleh beliau dan
diharapkan para pelajar baru mendapat manfaat daripada input yang telah diberikan.

Kini majlis telah sampai ke penghujungnya , dengan ini majlis mempersilakan hadirin hadirat
untuk berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu UiTM DIHATIKU dan Wawasan Setia
Warga UiTM.

Dengan itu berakhirlah slot ceramah kita pada hari ini. Saya ..................................................
sebagai pengacara majlis pada hari ini ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kekurangan sepanjang saya mengendalikan majlis ini.

Saya dengan itu mengakhiri majlis dengan ucapan Wabillahitaufiq walhidayah


wassalamualaikum wbt.

Seterusnya, Majlis menjemput penceramah jemputan untuk menikmati hidangan yang telah
disediakan.

Anda mungkin juga menyukai