Anda di halaman 1dari 26

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN

2) PENULISAN ILMIAH 17/03/2010

TAJUK : GAYA DAN KAEDAH PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH.

BINCANGKAN JUGA PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH DALAM SAINS

AWAL.

NAMA : MOHAMMAD SAIDI B. USOP

SITI ZAWANI BT. SARUMAT

ZURAIDA BT. INSON

NURUL SHUHAIRIANI BT. ISHAK

NURUL SYAHIDA BT. MOHD FADZIL

FAKULTI : SENI MUZIK

JABATAN :TEKNIKAL VOKASIONAL

TEMPAT : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DISEMAK: EN. KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM

1
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

1.0 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak

sebelum memasuki sekolah. Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan awal

dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia

merupakan pendidikan awal yang dapat menarik minat dan dapat menyemai bibit

cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah terhadap kanak-kanak. Oleh

sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai

pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-

kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan

aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.

Program pendidikan prasekolah memberi pendedahan pengetahuan,

kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak

normal serta dalam suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain

sambil belajar. Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik,

konprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik darjah yang

mementingkan penerokaan serta yang menggalakkan naluri ingin tahu di

kalangan kanak-kanak.

Pendidikan prasekolah juga menerapkan pendidikan sains awal didalam

kandungan pembelajaran prasekolah. Pendidikan sains awal, menyediakan

peluang pembelajaran sains dengan cara menyediakan persekitaran yang

selamat untuk diterokai, menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba,

2
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat

perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Kanak-kanak juga

mendapat pembelajaran melalui pengalaman dan membuat rumusan saintifik

daripada pengalaman.

Terdapat dua bentuk pengurusan pendidikan prasekolah dalam negara

iaitu taska dan tadika. Taska merupakan singkatan daripada ”Taman Asuhan

Kanak-Kanak” mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 syeksyen 2

mentakrifkan pengurusan TASKA sebagai mana-mana premis yang menerima

masuk empat orang atau lebih kanak-kanak dibawah umur empat tahun, lebih

daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Dibawah Seksyen 5 akta

yang sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKA yang menerima

kurang daripada 10 orang kanak-kanak dan TASKA institusi pula menerima lebih

dari 10 orang kanak-kanak dibawah jagaan mereka.

Tadika pula merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak.

Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961.

bagaimanapun pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis

yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun

untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di

peringkat tadikaialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal

apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.

3
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

2.0 DEFINISI PENGAJARAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SAINS

AWAL

Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat

prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur

tiga hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’.

Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi

kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun.

Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai

peringkat ‘nursery’. Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa

anak masih berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam

tahun. Secara umum, pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua

peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat

sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. Iaitu dari mula dilahirkan

hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke

enam tahun.

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan

pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam

jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah

formal. Pembelajaran tadika bukan merupakan pembelajaran wajib dalam

Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat

digalakkan oleh pihak kerajaan. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil

Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran

4
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan

prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti

kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual.

Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi

pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Pada peringkat prasekolah, pendedahan awal kanak-kanak kepada sains

penting bagi perkembangan intelek yang lain. Pendidikan sains awal ini perlulah

dipupuk dari peringkat awal lagi. Matlamat pendidikan sains untuk kanak-kanak

dapat dilihat daripada aspek kemahiran dan pengetahuan. Aspek pengetahuan

ditentukan oleh guru dengan mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dan

penting diketahui bagi kanak-kanak berfungsi dalam persekitarannya dan yang

menarik perhatian mereka.

Pada peringkat prasekolah, pendidikan sains adalah cara kanak-kanak

menerokai dunianya. Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan (saya fikir),

pemerhatian (saya lihat), dan kesimpulan (saya tahu atau pelajari). Kanak-kanak

di peringkat ini belajar dengan melakukan aktiviti dan berfikir dengan apa aktiviti

yang dilakukan. Mereka perlulah melakukan aktiviti ini sendiri supaya dapat

melihat sendiri kesan dan akibat daripada manipulasi yang dilakukan dalam

pelbagai keadaan.

5
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

3.0 KAEDAH ATAU CORAK PENGAJARAN GURU-GURU PRASEKOLAH

Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan

perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak

secara menyeluruh. Selain itu juga, gaya dan kaedah pengajaran seseorang

guru yang sesuai dan betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar

mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan

yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif

pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Selain itu juga, Kaedah pembelajaran

ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu yang akan dapat

memperkembangkan minda kanak-kanak dalam semua aspek pembelajaran. Hal

ini kerana, pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-

kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan

memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) sains awal di peringkat prasekolah yang memerlukan guru

berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak.

Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), seseorang guru seharusnya dapat

menentukan jenis dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Ia juga

harus menentukan bahan-bahan itu sesuai dengan minat, pengetahuan dan

keupayaan murid. Oleh itu, untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru

perlulah merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan

6
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan topik dan aktiviti sains yang akan

diperkenalkan kepada mereka. Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran

yang melibatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berasaskan

kepada teknologi komputer. Alat bantu mengajar ini memainkan peranan

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia juga turut berfungsi

untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murud, murid

dengan guru, dan murid dengan murid. Hal ini kerana, pembelajaran berasakan

komputer seperti penggunaan alat bantu mengajar slide show atau grafik,

membolehkan kanak-kanak ini lebih berpluang untuk bertanya. Selain itu juga,

penggunaan komputer juga dapat mewujudkan situasi sebenar tentang apa yang

ingin disampaikan, misalkan penggunaan video dan audio dapat memberi

gambaran sebenar dan seterusnya dapat membina imiginasi kanak-kanak

tersebut.

Tambahan pula menurut Rio Sumarni Shariffudin et al, proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang

berperanan merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Untuk

merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlu merangka persekitaran

pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai

dengan topik dan aktiviti sains. Sains di peringkat prasekolah adalah dunia

sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak langsung kanak-kanak dapat

menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka.

Melalui penggunaan PBK, guru-guru dapat menarik minat kanak-kanak yang

7
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

secara semulajadinya sukakan benda-benda yang menarik. Perisian PBK yang

dilengkapi dengan arahan-arahan secara teks dan audio yang jelas dan mudah

difahami oleh kanak-kanak. Ia juga mempunyai objektif yang jelas, sesuai

dengan tahap dan kemahiran kanak-kanak, interaktif, dan mempunyai grafik-

grafik yang menarik dan pelbagai.

Menurut Rio Sumarni Shariffudin et al lagi , penggunaan elemen-elemen

mutimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses

pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik perhatian pelajar.

Tajuk yang dipilih adalah “Mengenal Haiwan”. Dengan animasi ataupun video,

murid sekolah dapat mengenal dan membuat perbezaan dalam mengklasifikasi

jenis haiwan seperti haiwan bersayap, berjalan, berkaki dua dan sebagainya.

Sebagai contoh burung dan ayam dapat dikelaskan dalam kategori haiwan

bersayap manakala lembu dan kambing adalah haiwan yang berkaki empat.

Tambahan pula, di persekitaran mereka terdapat pelbagai jenis haiwan yang

mereka biasa lihat dan secara tidak langsung akan menambah pengetahuan

sedia ada.

8
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Rajah : bahan bantu mengajar dalam penggunaan komputer bagi kanak-kanak

prasekolah

Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan

bagi pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Main

atau bermain secara amnya boleh di definisikan sebagai satu aktiviti yang

memberikan kegembiraan atau kepuasan kepada kanak-kanak tampa

menimbangkan hasil daripada aktiviti itu. Dengan kata lain, kanak-kanak bermain

bukan kerana ingin akan sesuatu atau ingin mencapai tujuan tetentu. Bermain

juga di anggap satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang

memerlukan hasil akhirnya atau tujuan tetentu. Bermain juga bukanlah aktiviti

yang di paksa, malah ia merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak ( Kraus,

1990 ). Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu

pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid

untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang

pemikiran kanak-kanak.

Dari aspek psikoanalisis Freud, bermain memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk memperoleh perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan

dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti yang sebenar

(Kraus, 1990). Carr, dalam teorinya menyatakan, bermain adalah penting kepada

kanak-kanak kerana bermain dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak

untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Dalam konteks

prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain

9
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

itu bukanlah bermain bebas tanpa perancangan tetapi bermain yang mempunyai

unsur seperti main terancang, fleksibel, bersruktur serta main yang memenuhi

keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.

Terdapat banyak contoh aktiviti bermain. Antara aktiviti yang boleh

dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon

dan bercerita. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung

rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor

halus dan kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak akan berasa seronok,

gembira dan aktif untuk melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan

kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih

selamat, lebih yakin dan boleh berdikari. Selain itu juga, aktiviti bermain seperti

Selain itu, dapat memudahkan guru menyampaikan maklumat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger,

2002; Mccune & Zanes, 2001; Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). Selain

itu juga, aktiviti seperti membina istana dengan pasir misalnya juga akan

membolehkan mereka lebih berimiginasi dan meningkatkan keupayaan otak

mereka untuk berfikir.

10
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Rajah : contoh aktiviti main dalam belajar bagi kanak-kanak prasekolah

Selain itu juga, antara permainan pembelajaran bagi sains awal ialah

permainan yang melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan

perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta

kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira

sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk

bersenam. Hal ini secara tidak langsung akan memberi pengetahuan kepada

kanak-kanak tentang bahagian tubuh badan mereka serta mengetahui bersenam

bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat menyihatkan tubuh badan

manusia

11
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Rajah : aktiviti main dalam belajar bagi sains awal ( bersenam)

Selain dari melakukan aktiviti senaman, berlakon dan bernyanyi juga

merupakan aktiviti belajar dalam bermain yang lazimnya telah dipraktikkan oleh

guru di tadika. Misalnya, guru menyuruh kanak-kanak berlakon sebagai guru dan

pesakit seperti situasi sebenar dan dalam situasi begini kanak-kanak akan

didedahkan dengan bagaimana cara untuk merawat pesakit, mengenal ubat-

ubatan dan sekali gus pembelajaran dalam sains awal dapat dilakukan secara

tidak langsung dalam permainan ini.

Seterusnya, gaya pengajaran guru prasekolah yang berkesan ialah

melalui pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. Kreativiti adalah keupayaan

untuk memikirkan sesuatu dalam keadaan-keadaan luar biasa dan bersedia

untuk menyelesaikan masalah secara unik. Contohnya guru boleh

mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan

menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir atau tanah liat, kanak-kanak

12
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

boleh berlatih

menulis

menggunakan

hujung jari di atas

pasir atau

menggunakan lidi di atad doh atau tanih liat. Kaedah ini bukan sahaja dapat

menarik minat kanak-kanak untuk menulis, ia juga akan turut membina pemikiran

kreatif mereka bagi menghasilkan sesuatu yang menarik dengan menggunakan

cara mereka sendiri. Oleh itu, dengan adanya aktiviti seperti ini kanak-kanak

akan lebih berminat untuk belajar menulis.

Rajah : Murid sedang membentuk huruf di atas permukaan pasir.

Selain itu juga, kanak-kanak akan mudah menjadi bosan dan tertekan

sekiranya guru mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut

berlaku kerana cara tersebut telah menyebabkan kanak-kanak merasakan

13
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

mereka kurang mendapat peluang untuk menggunakan pengetahuan sedia ada

yang telah terbentuk dengan cara yang bermakna. Selain itu juga, tidak di

nafikan bahawa, sikap kanak-kanak itu sendiri yang cepat bosan keadaan

sekeliling lebih-lebih lagi kepada aktiviti yang sedia membosankan. Mereka lebih

berjiwa lembut dan mahu dihargai, oleh itu, dengan cara ini sedikit sebanyak

akan dapat menarik minat mereka.

Guru-guru prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan

atau belajar secara berkumpulan. Proses yang melibatkan pembelajaran secara

kumpulan kecil bekerjasama menyiapkan tugasan dan dalam kumpulan

( pembelajaran koperatif ). Teknik pembelajaran dengan cara ini harus di

praktikal bagi kanak-kanak prasekolah. Hal ini kerana, cara ini dapat memupuk

minat mereka untuk belajar bersama-sama disamping dapat mewujudkan

hubungan yang baik antara mereka. Selain itu juga, berbagai-bagai kegiatan

dapat dijalankan untuk membangkitkan minat kanak-kanak terhadap

pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai-bagai kegiatan

yang berjalan serentak. Oleh itu guru-guru yang mengendalikan kelas perlu

fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu jangka

masa yang agak lama. Selain itu, guru-guru juga seharusnya peka kepada

kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga

berbagai-bagai (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 2004). Jadi, aktiviti kumpulan yang

besar lebih sesuai dilakukan dalam masa sependek yang boleh.

14
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Misalnya, apabila mereka telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan

kecil, guru akan menceritakan atau menyampaikan sesuatu cerita samada

secara lisan atau bekan lisan, seterusnya guru mungkin boleh menyertakan

aktiviti - aktiviti seperti meminta kanak-kanak melibatkan diri secara aktif didalam

kumpulan mereka semasa cerita dijalankan, membunyikan bunyi-bunyi yang

terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan pada tempat-tempat sesuai. Dalam

P&P sains pula, guru boleh menjalankan aktiviti mengumpulkan biji benih

mengikut bentuk, saiz, warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun tidak boleh

di makan. Melalui cara ini, kanak-kanak dapat bekerjasama dalam kumpulan

untuk membezakan bahan-bahan yang diberikan mengikut pemahaman sendiri.

Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi antara mereka.

Pada peringkat prasekolah juga, guru-guru juga perlu memahami aras

pemikiran kanak-kanak. Pemikiran kanak-kanak didapati masih belum

berkembang seperti orang dewasa (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989). Pada

peringkat ini terdapat beberapa perkara pokok menjadi perbezaan besar di

antara pemikiran orang dewasa dengan kanak-kanak. Jadi, apabila guru

memberikan penerangan atau berbincang dengan kanak-kanak, jangan

menganggap mereka itu orang-orang dewasa yang kecil. Oleh itu, guru-guru

seharusnya perlu menggunakan bahasa yang jelas, suara yang lembut dan

menimbulkan suasana yang menarik semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Apabila memberikan penerangan kepada kanak-kanak, guru-guru

15
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

seharusnya mengeluarkan buah fikiran yang dapat diberikan contoh-contoh yang

konkrit.

Contohnya seperti, guru-guru mahu menerangkan bahawa kanak-kanak

mesti berhati-hati apabila makan, baca doa sebelum dan selepas mkan dan juga

basuh tangan sebelum makan. Sebab-sebab yang dijelaskan pada kanak-kanak

sepatutnya berkait dengan perkara yang mereka sendiri alami seperti tidak

tercekik, lebih sedap makanan itu, tidak sakit perut, tidak memudharatkan diri

mereka dan seterusnya mereka tidak buruk dipandang orang. Semua keadaan

ini dapat di pupuk dalam diri setiap kanak-kanak kerana ibarat kanak pepatah,

kanak-kanak umpama kain putih dan kita yang akan menyorakkannya. Melalui

sebab-sebab yang diterangkan dan di jelaskan dan ditunjukkan, kanak-kanak

akan lebih memahami apa yang guru sampaikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

4.0 KAJIAN BERKAITAN PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH

Seperti yang kita ketahui pendidikan prasekolah merupakan pengalaman yang

penting dalam dunia persekolahan kanak- kanak. Pengalaman persekolahan dan

pembelajaran yang menarik, berkesan dan bermakna dapat mengembangkan

kemahiran tertentu dalam diri kanak - kanak. Kemahiran seperti peningkatan

keyakinan diri dan sikap yang positif akan menjadi satu persediaan yang baik

bagi diri kanak- kanak untuk memasuki alam persekolahan yang lebih formal.

16
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru yang efektif, mereka perlulah

mengambil kira gaya pembelajaran yang sesuai dengan kanak - kanak pada

peringkat prasekolah. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya

pembelajaran kanak - kanak. Menurut teori Pembelajaran Sosial (Bandura,1977),

salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan

yang sesuai, jelas dan menarik. Model percontohan dan permodelan adalah

amat baik untuk kanak-kanak pada peringkat ini dalam mencapai matlamat yang

abstrak.

Selain itu, menurut Khadijah Rohani (1992), beliau mendapati program

prasekolah yang menekankan akademik semata-mata menyebabkan kanak-

kanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan

menyebabkan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan

masalah pembelajaran di bilik darjah. Pendapat ini selari dengan dapatan kajian

oleh Katz (1985). Beliau menyatakan bahawa pendedahan akademik atau

kemahiran asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan

perkembangan minat belajar kanak-kanak.

Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran

perlu terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada

kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan

mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol

seperti abjad dan nombor (Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983;

17
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Oleh itu, penggunaan buku

kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa

untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur

antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak

menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan,

lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh

orang dewasa. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri.

Piaget (1950, 1972), Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine (1986).

Namun begitu, kajian-kajian yang di jalankan di peringkat prasekolah

banyak menumpu kepada kanak-kanak dan tidak kepada amalan dan

pelaksanaan pengajaran guru. Sebagaimana Khatijah Rohani (1992) mendapati

pusat-pusat pendidikan prasekolah banyak menyediakan program yang bersifat

akedemik yang membuatkan kanak-kanak tertekan dan hilang minat dalam

pembelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut Halim (1989), kanak-kanak yang

telah mengikuti pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan

formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian akademik yang lebih

baik semasa di Tahun 1 persekolahan.

Walau bagaimanapun Asma (2001), telah membuat kajian perlaksanaan

main di tadika Brunei. Sample kajian ialah 12 orang guru tadika dan 16 orang

kanak-kanak. Kaedah kajian ialah secara temuduga dan pemerhatian.

Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60% guru-guru tadika tidak

18
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

bersetuju dengan kaedah ini. Mereka berpendapat kaedah ini tidak memberi

sumbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Pada keseluruhannya

kesemua guru tadika yang dikaji iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa

kanak-kanak ini perlu diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran

setiap hari dan pengajaran secara kelas. Ini sangat penting bagi tujuan

menyediakan mereka kelak ke tahun satu. Aktiviti bermain cumalah mengisi

masa yang terluang sahaja.

5.0 PENGAJARAN SAINS AWAL OLEH GURU PRASEKOLAH

Bagi pengajaran sains awal, guru perlulah merancang proses pengajaran dan

pembelajaran dengan teliti. Melalui perancangan yang teliti, guru dapat

menerapkan kemahiran- kemahiran proses sains dalam pengajaran di kelas. Hal

ini kerana, kemahiran proses sains amat perlu bagi kanak-kanak prasekolah

untuk mempelajari dan memahami mata pelajaran sains diperingkat awal.

sains awal merupakan satu subjek yang di bina untuk menyediakan

peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun meneroka

alam sekitar dengan menggunakan organ deria dan peralatan mainan yang

mudah untuk mempelajari sains pada peringkat awal. Menurut Mc Anarney ,1980

dalam zurida ismail et al (2003) menyatakan sains bagi kanak-kanak melibatkan

mereka secara aktif dalam aktiviti penerokaan dan penyiasatan. Pada peringkat

umur begini, pembelajaran lebih tertumpu kepada pembelajaran hands-on

19
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

dimana kanak-kanak memulakan penerokaan melalui deria rasa, membuat

ramalan dan seterusnya dapat merekod pemerhatian.

Konsep yang dipelajari oleh pelajar adalah berdasarkan kefahaman yang

di kuasai kanak-kanak itu sendiri melalui fenomena yang telah diperhatikan dan

aktiviti yang telah di lakukan oleh pelajar. Kefahaman kanak-kanak ini boleh

dibina semasa proses pengajaran dan pembelajaran dimana guru boleh

mengemukakan pelbagai bentuk soalan kepada kanak-kanak semasa

melakukan aktiviti, seterusnya dapat menentukan arah aktiviti seterusnya.

Pembelajaran yang kreatif membantu kanak-kanak meneroka dan memikirkan

bentuk jawapan dan penyelesaian dan pemberian jawapan yang kreatif.

Bagi pengajaran sains awal, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan

oleh guru yang membolehkan guru menjana minat dan membantu murid dalam

memahami konsep-konsep asas dalam sains. Antara aktiviti yang boleh

dilakukan oleh guru bagi membolehkan pembelajaran sains menjadi lebih

menarik ialah, permainan air. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak amat gemar

bermain dengan air. Aktiviti- aktiviti pembelajaran yang teracang dapat

membantu guru melaksanakan pembelajaran dengan berkesan dan

membolehkan kanak-kanak meneroka mengenai beberapa konsep berkaitan

dengan air. Keadaan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan

eksperimen mengenai air dengan menggunakan peralatan dan bahan dari

pelbagai saiz, warna dan bentuk. Eksperimen yang dapat di lakukan oleh kanak-

20
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

kanak ialah seperti melihat bahan yang boleh tenggelam dan timbul , bahan yang

larut dalam air dan membuat buih daripada sabun.

Seterusnya guru dapat melaksanakan proses pengajaran dengan

melaksanakan aktiviti permainan pasir. Melalui aktiviti permainan pasir guru

boleh mengadakan sesi perbincangan dengan kanak-kanak prasekolah dan

berbincang mengenai saiz dan bentuk yang di miliki oleh pasir serta teksturnya.

Melalui perbincangan tersebut, kanak-kanak prasekolah dapat megetahui saiz

dan tekstur yang dimiliki oleh pasir. Pasir yang memiliki rupa dan tekstur yang

berlainan boleh di pindah-pindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Misalnya dalam pembinaan istana pasir oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat

mencampurkan pasir dengan air bagi membentukkan ikatan kukuh dalam

pembinaan istana pasir. Kemudian mereka juga membina bentuk dari pasir

tanpa mencampurkannya dengan air. Seterusnya kanak-kanak dapat membuat

perbezaan kesan membina bentuk dengan mengunakan pasir basah dan pasir

kering.

Selain itu, dalam pengajaran dan pembelajaran sains awal, guru bertindak

untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran berdasarkan sentuhan. Dalam

aktiviti ini guru perlu menyediakan bahan-bahan dengan memasukkan bahan

tersebut ke dalam satu karung kain dan meminta kanak-kanak menyentuh dan

meneka objek apakah yang telah di sentuh oleh kanak-kanak berkenaan.

Kemudianya kanak-kanak tersebut perlu menerangkan mengenai perkara yang

21
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

telah dirasainya melalui sentuhan yang telah di lakukan. Melalui aktiviti ini,

pelajar dapat mempelajari dan mengetahui konsep rasa seperti lembut, licin,

keras dan sebagainya.

Selain daripada aktiviti sentuhan, aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh

guru prasekolah dalam pembelajaran sain awal ialah melaksanakan aktiviti

pendengaran. Aktiviti ini dilaksanakan dengan meminta kanak-kanak meneka

bunyi yang telah di dengar oleh mereka dan menerangkan bunyi tersebut. Aktiviti

pendengaran ini dapat dilaksanakan melalui mata pelajaran muzik, dimana

pelajar perlu meneka tinggi atau rendah sesuatu bunyi. Selain itu, aktiviti

pendengaran ini juga boleh dilaksanakan dengan memasang muzik atau nada-

nada bunyian seperti bunyi- bunyi haiwan, ketukan dan sebagainya. Seterusnya

meminta pelajar meneka apakah benda atau haiwan yang berbunyi seperti yang

telah mereka dengar.

Setelah itu aktiviti pengajaran mengenali manik-manik berwarna juga

dilaksanakan oleh guru prasekolah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat

mengetahui dan mengenali jenis warna, saiz dan betuk manik-manik. Melalui

aktiviti ini kanak-kanak dapat mengasingkan manik-manik mengikut susunan

yang telah diminta oleh guru.

Aktiviti rasa dan bau juga dilaksanakan oleh guru prasekolah bagi

matapelajaran sains awal. Melali aktiviti ini guru boleh meminta pelajar memejam

22
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

mata dan mengesan rasa dan bau yang telah disediakan. Contohnya, guru

menutup mata kanak-kanak dengan kain dan mengambil sekuntum bunga dan

diletakkan berhampiran dengan pelajar dan meminta pelajar meneka

darimanakah sumber bau yang telah mereka hidu. Melalui daripada kaedah ini

guru boleh mengadakan sesi perbincangan dengan kanak-kanak mengenai

perbezaan tekstur dan bau bahan-bahan yang dikaji.

6.0 PENUTUP

Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada

peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang

individu. Kajian mengenai kesan prasekolah membuktikan bahawa pendidikan

prasekolah dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan personaliti

kanak-kanak dan mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka panjang dan jangka

pendek. Oleh itu, pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak untuk

mengikutinya kerana banyak kelebihan yang akan mereka perolehi. Selain itu

juga, pendidikan prasekolah adalah satu pendidikan yang bertujuan untuk

mempersiapkan diri kanak-kanak sebelum mereka masuk ke alam persekolahan.

Pendidikan sains awal di peringkat prasekolah adalah penting bagi

menggalakkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling meraka. Penerokaan

adalah penting dalam proses saintifik. Menurut Johnston, 1996, melalui

penerokaan, kanak-kanak mengembangkan kemahiran seperti membuat

23
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

pencerapan, mengelas, dan membina soalan. Oeh itu, Interaksi mereka dengan

alam sekitar membantu mereka dalam membina kefahaman konseptual saintifik

disamping membentuk sikap dan minat dalam sains antaranya seperti keinginan

ingin tahu, tabah, ikram, dan jujur.

BIBLIOGRAFI

Amabile. (1992).Pendidik Kreatif Srbagai Teras Transformasi.Diperoleh pada

Februari 20 daripada http://eprints.utm.my/2286/1

(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber,
1984; Schickedanz, 1986). Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui
Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Asma (2001), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac
2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001;

Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003.Kepentingan Bermain Dalam


Pendidikan Prasekolah.Diperolehi pada Februari 25 daripada http://

www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-Pendidikan-
Prasekolah

Diperoleh dari http://sarjana.tripod.com/pra1. Kertas Kerja Kajian Sistem


Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Prasekolah pada 8 Febuari 2010.

24
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Halim (1989), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac
2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia


(2003), diperolehi pada Februari 19 2010 daripada http:// ms.
Wilkepedia.org./wiki/prasekolah

Johnston dalam Zurida Ismail, 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. PTS


Publications & Distributors Sdn.Bhd. , Kuala Lumpur.

Katz (1985), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac
2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Khadijah Rohani (1992), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh


pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/
file/saayah.pdf.

Kraus .(1990).Kepentingan Bermain dalam Pendidikan Prasekolah.Diperoleh


pada 13 Februari pada http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan

-Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah

Pembelajaran Sosial (Bandura,1977) dalam saayah, Pelaksanaan Ativiti Belajar


Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

25
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, & Dayang Hajjah Tiawa Awang
Haji Hamid. (2007). Reka Bentuk dan Keberkesanan Perisian Multimedia
Membaca-faham Berasaskan Gambaran Visual bagi Kanak-kanak
Prasekolah.Dimuat turun pads 16 Disember, 2007, daripada
http://eprints.utm.my/2344/1

Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989. Pendidikan prasekolah. Fajar bakti Sdn. Bhd

Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2004) Pendidikan Prasekolah.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zurida Ismail, 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publications &


Distributors Sdn.Bhd. , Kuala Lumpur.

26

Anda mungkin juga menyukai