Anda di halaman 1dari 13

TAJUK PERSOALAN:

2 Anda baru menjawat jawatan pengurus di sebuah kilang. Antara masalah yang
dapat anda kesan di tempat anda bekerja ialah produktiviti rendah, hasil kerja
tidak berkualiti, hubungan pekerja dengan pekerja dan pekerja dengan majikan
sentiasa tegang.

Dengan menggunakan pemikiran analitikal, cari penyelesaian yang kreatif dan


proaktif untuk menyelesaikan masalah ini.

1. ANALISIS PERMASALAHAN

1.1 Produktiviti Rendah


Penghasilan produktiviti yang rendah dapat dikesan melalui penilaian terhadap

kuantiti pengeluaran yang sedikit berbanding tawaran permintaan pelanggan. Ia juga

berlaku jika tempoh jangkamasa yang diambil tidak setara dengan bilangan produk yang

terhasil.

Keadaan ini boleh berlaku dengan wujudnya pelbagai punca tafsiran dan penelitian

yang terperinci. Antara penyumbang-penyumbang utama kepada pemasalahan ini ialah

sumber tenaga manusia, tempoh kerja, penggunaan bahan pembuatan dan tahap

kemampuan mesin pengendali.

1.1.1 Sumber Tenaga Manusia

Tenaga kerja merupakan peranan utama dalam menentukan kuantiti

produktiviti mencapai tahap yang diingini. Sumbangan kemahiran dan kecekapan

pekerja mampu memastikan keupayaan pengeluaran meningkat dari semasa ke

semasa. Pasti tempoh yang lebih lama diperlukan jika individu kurang cekap atau

1
kurang mahir terdapat dalam senarai pekerja. Ini akan merugikan kerana berlaku

pembaziran masa, tenaga dan sekaligus kewangan syarikat.

Sementara itu, kesihatan pekerja yang baik juga tidak kurang pentingnya

dalam mencapai sasaran produktiviti. Kekerapan cuti sakit akan membantutkan

tugasan yang perlu diselesaikan. Bekerja tanpa tahap kecergasan dan kecerdasan

yang baik juga mempengaruhi kuantiti hasil kerja dalam sesuatu masa.

Kecukupan bilangan tenaga kerja perlu seimbang dengan sasaran daya

pengeluaran. Mensasarkan sesuatu bilangan hasil yang banyak tanpa

menyediakan tenaga yang mencukupi dan sesuai adalah menyukarkan

pencapaian.

1.1.2 Tempoh Kerja

Jumlah hari bekerja menyumbang purata produktiviti yang dicapai.

Jumlah jam bekerja mempengaruhi jumlah pengeluaran harian. Tempoh bekerja

yang ditetapkan amat penting agar ia mencukupi dan seimbang dengan sasaran

penghasilan sesuatu produk. Sikap ponteng kerja walaupun dalam masa yang

tidak lama di kalangan tenaga kerja, bilangan dan tempoh waktu rehat, bilangan

cuti umum dalam kalendar bulanan, mesyuarat yang diadakan, kursus yang perlu

dihadiri dan sebagainya akan memendekkan jangka waktu kerja dan seterusnya

menidakkan pencapaian kuantiti produk yang memuaskan.

2
1.1.3 Penggunaan Bahan Pembuatan

Pemilihan bahan-bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan produk

yang diingini perlu tepat dan sesuai mengikut situasi sekeliling terkini. Jika

berlaku terputus bekalan bahan terbabit, pastinya produktiviti terganggu.

Berkemungkinan bahan itu sudah tidak sesuai digunakan lagi kerana kesukaran

memperolehinya dengan kuantiti yang banyak oleh pelbagai sebab, contohnya

jika produk yang ingin dibuat memerlukan kayu jenis getah, keadaan semasa

menyumbang kesukaran memperolehinya, akibat kenaikan harga hasil getah di

pasaran.

1.1.4 Tahap Kemampuan Mesin Pengendali

Kilang-kilang yang ingin mengeluarkan produk yang besar kuantitinya

amat memerlukan mesin atau jentera pengendali yang canggih. Wujudnya mesin-

mesin ini menyumbang secara langsung kuantiti pengeluaran yang terjamin

mengikut kendalian kepakaran manusia.

Namun, jika mesin yang masih digunapakai berada di dalam keadaan uzur,

kekerapan rosak melembapkan operasi pengeluaran. Malahan ia tidak efektif dan

produktif kerana ketepatan dan kecepatan mesin itu pasti menyudahkan

penghasilan yang tidak memuaskan. Hasilnya, berlaku barangan ‘tidak jadi’ atau

rosak dan perlu dibaikpulih semula. Berlakulah pembaziran kos, waktu an tenaga.

Terdapat juga mesin-mesin yang digunakan mudah mengundang

kemalangan di kalangan pekerja-pekerja yang mengendalikannya. Kejadian yang

tidak diingini berlaku, akibat kurangnya kawalan keselamatan pasti mengundang

3
pemberhentian sementara operasi syarikat dan kesannya menyebabkan

pengeluaran akan tersekat, produktiviti menjadi bermasalah.

1.2 Hasil Kerja Tidak Berkualiti

Seterusnya, masalah yang dapat dikesan ialah hasil kerja tidak menepati ciri-ciri

kualiti yang dikehendaki. Aspek-aspek yang menyumbang terhadap pemasalahan ini

pastilah punca utamanya terbentuk di kalangan para pekerja. Ia berdasarkan beberapa

kemungkinan yang mendorong hasil kerja yang tidak berkualiti seperti kemahiran

pekerja yang tidak mencukupi, sikap pekerja, tiada atau kurang berpengalaman

bekerja, jantina pekerja dan keadaan emosi yang tidak berpuas hati.

1.2.1 Tahap Kemahiran Yang Rendah

Golongan pekerja yang diambil bekerja perlu dinilai tahap kemampuan

mengendalikan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan. Ini penting kerana

kemahiran yang ada mampu menentukan kualiti penghasilan yang dibuat. Jika

tenaga kerja tidak mahir atau cekap melaksanakan tugas, kesilapan lebih mudah

dan kerap berlaku. Hasilnya, kualiti tidak terjamin dan sering terjadi

ketidakpuasan hati di kalangan pelanggan, barang dipulangkan dan terpaksa

dibaikpulih. Keadaan ini merugikan kerana meningkatkan kos proses dan

melanjutkan masa dalam satu tugasan.

Keinginan untuk berjimat dengan mengupah tenaga tidak atau kurang

mahir, padahnya membawa kerugian lebih besar dalam jangka masa panjang

dengan pengeluaran barang yang tidak berkualiti.

4
1.2.2 Sikap Pekerja

Keperibadian pekerja juga tidak kurang pentingnya dalam menentukan

kualiti barangan yang terhasil. Pekerja yang mempunyai sikap melaksanakan

kerja “acuh tak acuh” dan kurang memberi penumpuan sewaktu bekerja akan

mewujudkan barangan yang tidak berkualiti seperti sepatutnya. Selain itu juga,

sikap mengambil mudah dan tidak bertanggungjawab dengan menganggap kualiti

barangan yang dihasilkan tidak berkaitan dengannya, hanya menyelesaikan tugas

dan cukup tempoh akan menerima gaji. Mereka beranggapan tugas mereka selesai

hanya diperingkat ini. Ini satu kesilapan yang besar.

1.2.3 Pengalaman Pekerja

Pengalaman juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan

kualiti hasil barangan yang dikeluarkan. Pengalaman yang ada membantu pekerja

mewujudkan kepakaran selok belok pengurusan dalam operasi tanpa memerlukan

tunjuk ajar yang teliti. Sekaligus, pengalaman yang ada menyumbang

pengurangan kesilapan dan meningkatkan mutu pengeluaran.

1.2.4 Emosi Pekerja

Keadaan emosi semasa para pekerja juga mampu menentukan mutu hasil

kerja. Pemasalahan yang berlaku terhadap para pekerja tidak kira sama ada

berpunca di rumah atau tempat kerja akan mempengaruhi tumpuan dan

kesungguhan semasa melaksanakan kerja. Di samping itu, terdapat kajian

5
menunjukkan kebiasaannya, pekerja wanita lebih tekun dan teliti dalam

melakukan kerja berbanding kaum lelaki.

1.3 Hubungan Pekerja dengan Pekerja dan Pekerja dengan Majikan Sentiasa Tegang

Perhubungan antara satu sama lain di dalam sesebuah organisasi amat memainkan

peranan yang penting untuk mencapai sesuatu hasil yang diharapkan. Interaksi yang baik

antara pekerja dengan pekerja dan pekerja dengan majikan pastilah menghasilkan hasil

yang baik. Hubungan ini harus dititikberatkan oleh pihak majikan dalam memelihara

kepuasan hati pihak pekerja.

Namun begitu, jika sebaliknya yang berlaku, konflik ketegangan akan berlaku.

Sering berlaku ketegangan hingga membawa kepada perletakan jawatan, pemecatan, pecah

amanah, penyelewengan, pengkhianatan, pemboikotan, rusuhan, laporan kepada pihak

berkuasa atau media dan sebagainya. Keadaan ini akan membawa lebih kerugian kepada

pihak syarikat jika tidak dapat dibendung dengan segera.

6
2. Analisis Pemikiran

2.1 Pemikiran Analitikal

Pemikiran analitikal bolehlah didefinisikan sebagai gaya berfikir berdasarkan

kepada maklumat dan fakta yang dikumpul kemudiannya dianalisiskan untuk mendapat

kefahaman yang jelas. Menurut Abdullah dan Ainon (2002) menyatakan bahawa aktiviti

analisis ini terbahagi kepada tiga:

i. Memahami sesuatu yang keadaan yang kompleks dengan cara memecah-

mecahkan keadaan itu ke dalam unsur-unsurnya yang lebih kecil.

Dalam konteks masalah yang diberi sebagai contoh kita perlu mengetahui dan

memahami bagaimana sesuatu hasil kerja itu tidak berkualiti. Kita perlu

meneliti beberapa aspek yang penting seperti bahan-bahan mentah, masa

untuk membuat sesuatu pengeluaran dan kualiti bahan-bahan mentah. Dengan

meneliti aspek-aspek berikut dapatlah kita mengenal pasti masalah yang

dihadapi dan mengatasinya.

ii. Memahami hubungan sebab-akibat diantara sesuatu peristiwa dengan

peristiwa yang lain.

Sebagai contoh aktiviti analisis boleh dibuat untuk menyatakan bahawa hasil

kerja yang tidak berkualiti ini disebabkan oleh pihak syarikat telah membuat

penjimatan kos pengeluaran dengan membeli bahan-bahan mentah yang lebih

murah dan ini menyebabkan hasil keluaran menjadi tidak berkualiti.

iii. Memahami persamaan dan perbezaan diantara dua benda, perkara dan

peristiwa.

7
Membuat perbandingan juga membolehkan kita meninjau sesuatu perkara itu

dengan lebih mendalam dan membantu kita membuat keputusan secara lebih

logikal dan objektif. Sebagai contoh situasi dimana syarikat mengeluarkan

hasil kerja tidak berkualiti mereka bolehlah membuat pilihan samaada ingin

menjimatkan kos pengeluaran ataupun meningkatkan sedikit kos pengeluaran

tetapi dapat menghasilkan hasil kerja yang berkualiti.

2.2 Penyelesaian Proaktif dan Kreatif

Penyelesaian secara proaktif dan kreatif adalah bermaksud penjanaan idea-

idea baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Secara konsepnya pemikiran

kreatif ini adalah menambahkan, mencampuradukkan dan memperbaiki seuatu

perkara kearah yang lebih baik dan membawa kepada keuntungan. Amnya,

manusia ini mampu untuk menjadi kreatif apabila merasa tidak puas hati kepada

sesuatu idea, barangan ataupun proses kehidupan.

Penyelesaian masalah proaktif pula adalah sikap positif untuk merangka

atau melakukan sesuatu tindakan dengan lebih awal sebelum berlakunya sesuatu

perkara. Sebagai seorang pengurus adalah amat penting jika pengurus itu dapat

menyelesaikan sesuatu masalah secara proaktif berdasarkan nilai-nilai yang

dipegang. Ini kerana seseorang pengurus itu perlu mengawal sesuatu keadaan.

8
3. PENYELESAIAN MASALAH (KREATIF DAN PROAKTIF)

3.1 Menggunakan model pengurusan berstrategi.

Sesuatu syarikat yang berjaya hendaklah mempunyai satu pengurusan yang

berstrategi. Dibawah ini adalah gambarajah perjalanan model pengurusan berstrategi

komprehensif.

Menyatakan
kenyataan visi
dan misi

Perlaksanaan Perlaksanaan
audit luaran audit dalaman

Perlaksanaan
objektif jangka
masa panjang

Membina,
menilai dan
memilih
strategi

Membina
strategi
pengurusan

Membuat
penilaian
kecekapan

9
Dengan menggunakan strategi ini, pihak pengurusan dapat menganalisis sesuatu

pengurusan itu dengan lebih mudah. Disamping itu juga pihak pengurusan dapat

mengenalpasti jalan penyelesaian yang lebih mudah dan bersistematik. Mengikut kepada

model ini terdapat tiga pecahan iaitu formula strategi, persembahan strategi dan penilaian

strategi.

Didalam peringkat formula strategi, pengurus mestilah membina visi dan misi

dahulu, kenalpasti peluang dan halangan didalam serta diluar organisasi serta membina

strategi alternatif bagi penyelasaian masalah. Dengan ini pengurus syarikat juga dapat

menggunakan sumber dengan baik, mencari peluang pasaran dan mengatasi masalah

dalaman syarikat. Apa yang lebih penting, proses ini akan melibatkan semua pihak,

samaada pengurus serta pekerja akan komited terhadap tugas masing-masing. Ini kerana

setiap perjalanan perniagaan akan diberitahu kepada pekerja iaitu objektif, perjalanan,

cara mencapai objektif, pelanggan, pesaing dan pengeluaran produk syarikat. Matlamat

utama menggunakan proses ini adalah untuk mendapat kesefahaman dan komitmen

daripada semua pengurus dan pekerja.

Apabila kesefahaman dapat dicapai mereka dapat merasa bahawa mereka adalah

sebahagian daripada syarikat. Jadi mereka akan lebih komited terhadap pekerjaan yang

mereka buat. Pekerja akan menjadi lebih kreatif dan lebih inovatif. Ini akan menjadikan

hasil sesuatu produk itu lebih berkualiti dan produktiviti akan meningkat.

3.2 Motivasi terhadap pekerja

Motivasi di definisikan sebagai satu proses mempengaruhi manusia untuk

mencapai sesuatu matlamat. Motivasi ini menerangkan mengapa ada manusia yang

10
bekerja keras dan mengapa ada yang tidak. Pekerja merupakan aset yang penting bagi

sesuatu organisasi itu. Jadi pihak pengurus mestilah mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan pada seseorang pekerja itu. Disamping itu juga pihak pengurus juga perlu

mengambil pendekatan penyelesaian masalah pekerja.

Pihak pengurusan harus peka memberi sokongan kepada prestasi pekerja,

kesannya akan mendorong perasaan kepuasan hati dan merasakan keselamatan mereka

lebih terjamin. Wujudnya keadaan ini akan melahirkan para pekerja yang akur dan akan

lebih menyertai dan melibatkan diri dalam organisasi dengan sumbangan yang

maksimum

3.3 Mengendalikan konflik

Konflik bolehlah didefinisikan sebagai ketidaksetujuan diantara dua atau lebih

pihak tentang sesuatu isu itu. Untuk mencapai sesuatu objektif syarikat akan

menyebabkan konflik terjadi kerana setiap individu mempunyai tanggapan, personaliti,

dan tekanan yang berbeza. Terdapat tiga cara untuk mengatasi konflik:

3.3.1 Pengelakan

Pengelakan adalah sesuatu tindakan yang diambil untuk membiarkan sahaja

masalah itu. Dan berharap supaya masalah itu boleh diselesaikan secara sendiri atau

asingkan kerja diantara pekerja yang mengalami konflik.

11
3.3.2 Meredakan

Meredakan diantara sesuatu pihak dengan pihak yang lain. Ada pelbagai cara

yang boleh diambil untuk meredakan konflik diantara pekerja-pekerja ini. Antaranya

menggunakan kuasa autoriti pengurus untuk menentukan pihak yang benar dan salah.

Mengikut persetujuan ramai bagi menentukan kemenangan di sesebelah pihak dan

membentuk semula organisasi yang baru.

3.3.3 Konfrontasi

Sebagai pengurus yang baik, konfrontasi adalah satu penyelesaian masalah yang

terbaik. Ini kerana pengurus akan memanggil pihak yang mengalami konflik dan

mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Jadi pekerja ini bolehlah

menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap pihak yang lain dan bermula diperingkat ini,

mereka boleh memikirkan jalan penyelesaiannya secara bersemuka.

3.4 Mengurus Tekanan

Persaingan menghasilkan tekanan. Oleh itu, strategi menangani tekanan yang

dihadapi dapat dikategorikan kepada dua pendekatan asas iaitu pendekatan organisasi dan

organisasi. Pendekatan organisasi berdasarkan tindakan yang diambil oleh pihak

pengurusan dalam menangani masalah ini manakala pendekatan individu dibuat

berdasarkan pengurusan masa, senaman, kaedah merehatkan tubuh dan sokongan sosial.

Hubungkait antara kedua-dua pendekatan ini amat perlu untuk menghasilkan

kejayaan dalam mengurus tekanan yang ada. Ia dapat dijelaskan melalui jadual di bawah:

12
Jadual Mengurus Tekanan

Bil Strategi Penyelesaian

1. Pemilihan dan Penempatan Pekerja a) pemilihan pekerja yang layak


b) penempatan lokasi pekerja bersesuaian
mengikut kelayakan
c) ganjaran kepada pekerja yang cepat mahir
2. Penetapan Maklumat a) pekerja memahami matlamat yang perlu
dicapai
b) matlamat perlu ditetapkan secara jelas,
spesifik dan logik dicapai
3. Pertanggungjawaban Kerja a) menawarkan kerja yang beerti
b) memberi kuasa autonomi terhadap jenis
kerja kepada pekerja
c) meluaskan peluang maklumbalas antara
pekerja dengan majikan
4. Penyertaan Membuat Keputusan a) peluang menyalurkan pendapat secara
langsung
b) memupuk tanggungjawab dalam
perancangan dan pelaksanaan
5. Tahap Komunikasi a) meningkatkan komunikasi dua hala secara
formal
6. Program Pemulihan a) tumpuan pemulihan terhadap fizikal dan
mental pekerja
b) mendorong pekerja menitikberatkan
penjagaan kesihatan

13

Anda mungkin juga menyukai