Anda di halaman 1dari 8

(ini hanyalah gambar hiasan)

Laporan Khas:

Anda perlu membeli rumah!

PERINGATAN
Anda dilarang mengubah atau menjual report ini dengan apa juga cara sekalipun tanpa merujuk kepada penulis.
Tindakan akan diambil sekiranya melanggar larangan ini.
Anda dibenar menyebarkan report ini kepada rakan-rakan anda.

Hak cipta terpelihara © 2011 Rahsiarumah.com Page 1


Kenapa hartanah?

Kenapa perlu membeli rumah? dan perlukah rumah kedua dan seterusnya?
pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan tersebut? Walau
apapun jawapan anda, ianya bergantung kepada diri sendiri dan ianya hak
anda untuk membuat pilihan. Disini disertakan beberapa alasan kenapa anda
harus mengetahui pentingnya sektor hartanah.

1. Rumah sebagai tempat penginapan

Ya rumah adalah asas kehidupan selain dari makanan, setiap mausia


perlukan tempat untuk berteduh, berehat bersama keluarga dan pastinya
tempat untuk anda menghabiskan masa sepanjang hidup anda.

2. Bebas di rumah sendiri

Bebas disini bermaksud anda bebas apabila rumah yang anda diami
menjadi hak milik sendiri. Anda bebas melakukan apa sahaja yang anda
suka termasuk mengubah suai rumah mengikut selera anda, bagi rumah
yang mempunyai halaman dan minat bidang pertanian, anda boleh
bercucuk tanam apa sahaja yang anda suka. Dengan rumah sendiri juga
anda boleh menjalankan perniagaan dari rumah dan apa sahaja mengikut
kreativiti anda. Ini adalah privacy yang menjadi impian setiap orang tanpa
diganggu oleh tuan rumah.

Hak cipta terpelihara © 2011 Rahsiarumah.com Page 2


3. Mencapai kebebasan kewangan

Selalu kita dengar tentang ‘kebebasan kewangan’, pelbagai maksud yang


diberikan untuk menggambarkan apakah kebebasan kewangan. Antara
perkara yang dikaitkan adalah seseorang itu mampu membeli apa yang
dihajati, benar-benar bebas hutang dan duit yang begitu banyak?

Mengapa kebebasan kewangan? Tidakkah anda ingin berhenti bekerja dan


bersara sepanjang hidup anda? Adakah dengan meninggalkan kerja dari 9-
5 dan duduk dirumah tanpa risau tentang wang, malah pendapatan pasif
anda akan masuk tanpa henti? Pelaburan hartanah adalah jawapannya.

4. Permintaan dan Penawaran

Permintaan untuk menyewa telah meningkat kerana peningkatan populasi.


Jika kita lihat pada tahun 2004, populasi rakyat Malaysia berjumlah 25.58 juta
orang dan populasi tersebut telah meningkat menjadi 26.13 juta orang pada
2005 iaitu perubahan untuk setahun. Jika lihat sehingga oktober 2006 pula
populasi rakyat Malaysia meningkat sebanyak 26.64 juta orang.

Hak cipta terpelihara © 2011 Rahsiarumah.com Page 3


Statistik terbaru, anda boleh lihat jadual di bawah ini yang merupakan jumlah
populasi penduduk di setiap negeri di Malaysia pada tahun 2009 dan 2010:

NEGERI POPULASI 2009 POPULASI 2010

SELANGOR 6, 457, 649 6, 885, 615

JOHOR 3, 549, 185 3, 655, 688

SABAH 3, 463, 112 3, 516, 931

SARAWAK 2, 446, 469 2, 480, 476

PERAK 2, 172, 970 2, 187, 841

KEDAH 1, 873, 500 1, 910, 174

KELANTAN 1, 623, 808 1, 636, 553

KUALA LUMPUR 1, 468, 984 1, 475, 337

PAHANG 1, 462, 397 1, 473, 005

PULAU PINANG 1, 400, 073 1, 416, 909

TERENGGANU 1, 156, 590 1, 168, 259

NEGERI SEMBILAN 989, 693 1, 005, 486

MELAKA 709, 402 726, 395

PERLIS 215, 495 213, 863

LABUAN 93, 867 92, 916

SUMBER: Jabatan Perangkaan Malaysia

Statistik ini member maksud bahawa terdapat peningkatan permintaan untuk


rumah sewa dan hal ini akan meningkatkan lagi nilai hartanah dalam jangka
masa yang panjang. Jadi anda perlu ada sekurang-kurangnya sebuah rumah!

Hak cipta terpelihara © 2011 Rahsiarumah.com Page 4


5. Harga semakin meningkat!

Ya harga rumah semakin meningkat dan akan sentiasa meningkat.


Peningkatan harga ini bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Contoh,
nilai hartanah di Birmingham £5,000 pada awal 1970 dan kini ianya bernilai
£150,000 ! dan di Malaysia juga jangan terkejut , rumah flat bernilai Rm40,000
pada 90an dijangka mencecah rm200,000 pada 2015!
http://www.bharian.com.my/articles/HargafletRM200_000/Article/

Kajian telah dijalankan di negara ini dan nilai hartanah dijangka meningkat 20%
dalam tempoh 6 bulan kerana dipengaruhi persekitaran semasa seperti
kenaikan bahan binaan dan minyak.

Selepas ini agak mustahil untuk mendapatkan hartanah bernilai rm220,000 ke


bawah disekitar Lembah Klang, faktor ini juga disebabkan oleh permintaan
yang tinggi. Belilah rumah sekarang kerana nilainya pasti meningkat pada
masa hadapan.
http://www.hmetro.com.my/articles/Nilaihartanahmeningkat20_/Article

6. Pendapatan Pasif

Salah satu cara untuk mendapatkan pasif income, sudah tentu dengan
pembelian rumah. Dengan rumah inilah anda boleh mendapatkan
pendapatan pasif. Apa itu pandapatan pasif? Jika dirungkai ke ayat, ianya
berbunyi ‘sama ada anda bekerja atau tidak, duit atau pendapatan akan

Hak cipta terpelihara © 2011 Rahsiarumah.com Page 5


mengalir masuk ke dalam akaun bank anda’, bunyinya memang bagus dan
menjadi impian semua orang untuk mendapatkan pendapatan pasif ini.

7. Flipping(Jual Beli)

Apakah itu flipping? Flipping memberi banyak maksud, tetapi flipping ini juga
digunakan dalam bidang hartanah. Ramai yang kaya raya menggunakan
kaedah ini sebagai satu cara untuk mendapatkan wang dengan ‘smart’, dan
golongan ini digelar flipper dan ada diantara mereka yang menjadi ‘fulltime
flipper’ .Flipping ini adalah kaedah membeli dan jual balik, sudah pastinya hasil
jualan itu adalah pendapatan kepada anda, contoh Abu membeli rumah
Apartment dengan harga 70 ribu, 3 tahun selepas itu Abu menjual dengan
harga 110 ribu, jadi dari situ Abu telah mendapat untung RM 40 ribu, banyak
bukan? Dengan wang 40 ribu Abu dapat buat macam-macam lagi sebagai
modal perniagaan. Itu baru satu rumah? Jika 10 buah rumah?...

8. ‘Leverage’

‘Leverage’ mempunyai pelbagai maksud dalam pelbagai bidang.


Apa itu leverage? Leverage dari segi kewangan ditakrifkan sebagai
penggunaan kredit untuk meningkatkan tahap pulangan dari pelaburan atau
teknik untuk menggandakan keuntungan.

Hak cipta terpelihara © 2011 Rahsiarumah.com Page 6


Bagaimana leverage membantu dalam pelaburan hartanah? Misalkan anda
membeli rumah bernilai 20,000, adakah anda akan membayar semua jumlah?
Sudah tentu tidak. Anda akan membayar 10% dan selebihnya meminjam dari
bank.

Walau bagaimanapun, konsep leverage ini tidak terhad pada wang, ia juga
boleh jadi agen anda, hotel pengurus, akauntan, dan peguam. Itulah cara
para pelabur menggunakan leverage untuk menjadi kaya.

8. Menjadi jutawan

Ini adalah impian semua orang yang mahukan ‘title’ jutawan. Pelbagai cara
dan bidang untuk menjadi jutawan dan memerlukan masa sama ada cepat
atau lambat.

Kebanyakan jutawan didunia mencipta kekayaan dengan menceburi bidang


hartanah sama ada mereka melabur atau menjual beli rumah .

9. Sokongan dari pakar

Anda tidak keseorangan, tidak seperti dahulu menceburi bidang hartanah


pada masa sekarang amat mudah dengan adanya ramai pakar-pakar
hartanah dan mentor-mentor yang dapat menbantu ada serta bersedia
member panduan dari A-Z, terpulang kepada anda untuk memilih. Mereka ini
bersedia untuk memberi tunjuk ajar serta selok mengenai bidang hartanah
dalam pelbagai bentuk, anda juga boleh mulakan langkah pertama dengan
membeli ebook ini.

Hak cipta terpelihara © 2011 Rahsiarumah.com Page 7


Terima kasih

Ini adalah laporan percuma untuk anda, banyak pagi perkara-perkara menarik
dan ilmu-ilmu baru yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini. Rahsia
akan dibongkarkan satu per satu bagaimana seorang pemuda 30an yang
sedang ‘makan gaji’ dapat membeli 14 buah rumah dan telah menjana
pendapatan pasif tiap-tiap bulan tanpa putus, kini beliau sudah bersedia untuk
berkongsi coretan pengalaman beliau selama ini melalui melalui ebook.

Jadi jangan lupa dapatkan ebook ‘rahsia bagaimana orang biasa membeli 14
buah rumah terbongkar!’

Hasrol & Abg Ensem

Hak cipta terpelihara © 2011 Rahsiarumah.com Page 8

Anda mungkin juga menyukai