P. 1
Buku Panduan Program PISMP 2010_250410

Buku Panduan Program PISMP 2010_250410

|Views: 2,959|Likes:
Dipublikasikan oleh vampire88
MQA
MQA

More info:

Published by: vampire88 on May 28, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/19/2013

pdf

text

original

Sections

BAM3101Kemahiran Berbahasa Arab
(Arabic Communication Skills)

3(2+1)

Kursus ini memperkenalkan kemahiran-kemahiran asas Bahasa Arab iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kursus ini membincang dan
mengupas secara mendalam setiap komponen kemahiran bahasa yang
merangkumi konsep, kepentingan, tujuan, dan pengklasan bagi setiap kemahiran.
Kursus ini juga mengaplikasikan secara praktis keempat-empat kemahiran
bahasa tersebut melalui beberapa bahan teks terpilih bagi menilai tahap
penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran tersebut.

This course introduces the basic Arabic language skills such as listening,
speaking, reading, and writing, discusses every component of the language skills
including concepts, importance, aims, and classification, and application all the
four language skills through various selected texts to evaluate students’ language
skills ability.

BAM3102Kaedah Pengajaran Kemahiran Bahasa Arab
(Arabic Language Skills Teaching Methodology)

3(3+0)

Kursus ini membincangkan kaedah-kaedah pengajaran kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis, langkah-langkah pengajaran bagi setiap
kemahiran, faktor-faktor yang membantu penguasaan sesuatu kemahiran dan
halangan-halangan yang menganggu dari penguasaan sesuatu kemahiran
bahasa. Kursus ini juga membincangkan kaedah praktis penulisan khat dan imlak.

This course discusses on the methodology of teaching listening, speaking,
reading, and writing skills, describes the teaching steps for every skill, elaborates
on the advantages and shortcomings acquiring language skills, and discusses the
practical methodology in writing khat and dictation.

Berkuat kuasa mulai Januari 2007KM-07
(kemas kini 15 Disember 2009)

BAM3103Tatabahasa Arab 1
(Arabic Syntax 1)

3(3+0)

Kursus ini membincangkan tatabahasa bahasa Arab yang merangkumi jenis-jenis
kata nama, kata kerja dan partikel dari segi bentuk-bentuk perubahannya. Ia juga
membincangkan bentuk-bentuk frasa dan ayat-ayat yang betul dengan
menggunakan kaedah nominatif, akusatif dan genitif.

This course discusses the Arabic syntax which is divided into word classifications,
nouns, verbs, articles, types of phrases and sentences using nominative,
accusative and genitive.

BAM3104Tatabahasa Arab 2

(Arabic Syntax 2)

3(3+0)

Kursus ini sebagai lanjutan kepada tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam Kursus
Tatabahasa Arab 1 mengenai pembentukan ayat dengan gaya bahasa yang
betul dan tepat. Di samping itu kursus ini membincangkan kaedah mengajar
sintaksis secara umum yang merangkumi kata nama tidak fleksi, kata kerja tidak
fleksi, kata nama fleksi, kata kerja fleksi, penggunaan gaya bahasa, gaya kecuali ,
seruan, penjodoh bilangan dan kata susul dengan memberi penekanan kepada
kaedah pengajaran di sekolah rendah .

This course is a continuation of Tatabahasa Arab 1. It emphasises on sentence
formation correct with the styles and methods of Arabic language, teaching
suitable syntax, teaching techniques for primary school.

BAM3105Morfologi Arab
(Al Sarf Al Arabi)

3(3+0)

Kursus ini memberi tumpuan kepada teori dan praktik morfologi Arab, sistem
morfologi Arab dengan memberi tumpuan kepada kata dasar, kata terbitan,
awzan sarfi (pola morfologi), peraturan-peraturan morfologi dan juga bentuk-
bentuknya serta makna, struktur ayat namaan dan pembentukannya, kata nama
dan kata kerja serta jenis-jenis tasrif, juga mendedahkan kaedah, teknik dan
strategi pengajaran morfologi Arab.

This course focuses on the theory and practical aspects of Arabic morphology,
the principles, rules and forms of Arabic Morphology, nominal and verbal
sentences, nouns and verbs approaches, techniques and strategies to teach
Arabic morphology.

BAM3106Retorika Bahasa Arab
(Al Balaghah)

3(3+0)

Kursus ini membincangkan Ilmu Retorika Bahasa Arab (al-balaghah al –
Arabiyah) dari segi perkembangan dan kepentingannya serta tiga komponen asas
yang terdiri dari al-Bayan, al-Ma’ani dan al-Badi’. Setiap tajuk dalam tiga
komponen asas ini dihuraikan secara terperinci dengan mengemukakan contoh–
contoh mengikut kesesuaian setiap kategori, mendedahkan kaedah, teknik dan
strategi pengajaran Ilmu al-balaghah sebagai satu bentuk pendedahan awal
kepada bakal guru.

This course is structured students knowledge about Rhetoric of Arabic language
beginning with its development and significance of Bayan, Ma’ani and Badi’,
approaches, techniques and strategies Rhetoric of Arabic.

Berkuat kuasa mulai Januari 2007KM-08
(kemas kini 15 Disember 2009)

BAM3107Kesusasteraan Arab
(Al Adab al Arabi)

3(3+0)

Kursus ini membincangkan mengenai sejarah kesusasteraan Arab mengikut
pembahagiannya kepada lima zaman utama , iaitu zaman Jahiliyah, zaman
permulaan Islam, zaman Bani Umaiyah, zaman Bani Abasiyyah dan zaman
moden. Pendedahan secara lebih terperinci diberikan mengenai bentuk sastera
samada puisi atau prosa, tema, keistimewaan, kesan dan sumber puisi atau prosa
tersebut, hasil-hasil karya penyair, pemidato dan penulis tersohor bagi setiap
zaman, dianalisis dari pelbagai aspek bahasa untuk pengayaan dan penguasaan
kemahiran berbahasa serta mendedahkan kaedah pengajaran kesusasteraan
Arab.

This course focuses on the chronology of Arabics literature which are divided into
five main periods, Jahily, early Islam, Umayyad, Abbasy and Modern, types of
literature, prose and poetry, well-known poets, orators and writers, also analyse
various language aspects for enrichment and skills in teaching Arabics literature.

BAM3108Pengurusan Sumber dan Pengajaran Bahasa Arab

Berbantukan komputer
(Resource Management and Computer Aided in
Teaching Arabic)

3(2+1)

Kursus ini membincangkan pengenalan jenis-jenis sumber yang sesuai untuk
pengajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah, menerangkan cara
penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran, kemahiran mengguna dan
mengendalikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mendedahkan
pelajar tentang pengajaran bahasa Arab berbantukan komputer, istilah–istilah
multimedia dalam bahasa Arab, aplikasi perisian, penghasilan bahan multimedia
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab serta melayari laman web Arab.

This course is structured to expose students to an introduction of learning and
teaching sources, various types of knowledge sources such as websites via
internet, Arabic multimedia terminology, software applications explains, several
ways on how to prepare and use these sources skillfully and meaningfully in the
teaching and learning process using ICT.

BAM3109Pengenalan Kurikulum Bahasa Arab KBSR
(Introduction to Arabic KBSR Curriculum)

3(3+0)

Kursus ini membincangkan mengenai dua perkara utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran serta buku teks dan komponennya, menghuraikan kandungan sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6 serta
memberi penekanan kepada kombinasi penggunaan buku teks, buku latihan dan
buku panduan guru dan isi kandungannya.

This course discusses two important and significant factors in the teaching
process, syllabus and text book, syllabus contents and curriculum specifications,
combination of using text book, assessment book and teacher’s guide.

Berkuat kuasa mulai Januari 2007KM-09
(kemas kini 15 Disember 2009)

BAM3110Pengajaran Mikro dan Makro Pendidikan Bahasa
Arab
(Micro and Macro Teaching in Arabic Education)

3(2+1)

Kursus ini membincangkan konsep pengajaran mikro dan makro, menghuraikan
jenis–jenis kemahiran, cara pelaksanaan pengajaran mikro dan makro ,cara
menyediakan rancangan pengajaran harian, mingguan dan semester mengikut
format yang betul dan mendedahkan pelajar cara membina hasil pembelajaran
dan membuat refleksi.

This course discusses the concept of micro and macro teaching, different skills,
implement of the micro and macro teaching, lesson planning, daily, weekly and
semester and writing learning outcomes and writing reflections.

BAM 3111Kaedah Pengajaran Bahasa Arab
(Methodology of Arabic Teaching)

3(3+0)

Kursus ini berfokus kepada kaedah pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa
kedua, mendedahkan kepada pelajar tentang kebaikan dan kekurangan setiap
kaedah pengajaran bahasa kedua, menghuraikan pelbagai teknik dan strategi
pengajaran yang bersesuaian serta elemen-elemen yang mempengaruhi
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, dan ciri-ciri profesionalisme
guru bahasa Arab.

This course focuses on the approaches and techniques in teaching and learning
Arabic as a second or foreign languages, application of appropriate techniques
strategies for effective teaching, advantages and shortcomings of teaching Arabic
as a second language and the characteristics of professional Arabic teacher.

BAM 3112Penilaian Pendidikan Bahasa Arab
(Evaluation in Arabic Education)

3(3+0)

Kursus ini mendedahkan pelajar perbezaan terminologi penilaian, pengukuran,
pentaksiran dan pengujian bahasa Arab, menghuraikan jenis-jenis ujian dan
penilaian, prinsip-prinsip asas penilaian, pembinaan item berdasarkan jadual
spesifikasi ujian dan ciri-ciri pentaksiran yang baik dan menerangkan prosedur
pengendalian ujian dan penilaian kemahiran berbahasa Arab secara lisan dan
penulisan di sekolah.

This course exposes students to the terminology of assessment, evaluation and
examination of Arabic language, the different types of tests and the principles in
building Arabic tests items, the procedure in conducting oral and written
examination for Arabic language in school.

BAM3113Penyelidikan Tindakan I – Bahasa Arab Pendidikan
Rendah (Kaedah)
(Action Research I: Methodology)

3(3+0)

Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan dalam
Bahasa Arab Pendidikan Rendah. Kursus ini membincangkan pengenalan
terhadap pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, pengenalan terhadap
pelbagai reka bentuk penyelidikan tindakan, prosedur penyelidikan pendidikan,
konsep dan model-model penyelidikan tindakan, proses penyelidikan tindakan,

Berkuat kuasa mulai Januari 2007KM-010
(kemas kini 15 Disember 2009)

perancangan dan cadangan, kaedah-kaedah pengumpulan data, pertimbangan
dalam pengumpulan data, analisis data, interprestasi data penyelidikan tindakan,
penulisan laporan dan artikel penyelidikan tindakan, dan cara-cara menyebarkan
data penyelidikan tindakan.

This course provides knowledge about action research method in Arabic
Language for primary education. It discusses introduction to research methods in
education, types of educational research, introduction to various types of
educational research design, educational research procedure, concepts of action
research and models, action research prosess, planning and proposal, data
collection methods, data collection considerations, data analysis, interpreting the
action research data, writing an action research report and article and ways of
making action research data public.

BAM3114Pengantar Linguistik Am dan Perkamusan Arab
(General Linguistic and Arabic Lexicography)

3(3+0)

Kursus ini membincangkan ilmu linguistik secara umum yang merangkumi konsep
pemerolehan bahasa ibunda, bahasa kedua dan bahasa asing, mengupas
kompetensi komunikatif dan psikologi bahasa, teori-teori pemerolehan bahasa
dan fungsi-fungsi bahasa. menghuraikan sistem fonologi dan fonetik bahasa Arab
yang merangkumi vokal dan konsonan, monem, morfem, sukukata dan kata,
makhraj huruf serta kaedah pengajaran fonetik di samping kepelbagaian intonasi
dan penekanan bunyi yang membawa berbagai makna dan mengupas sistem
perkamusan Arab, cara-cara susunannnya dan cara penggunaannya.

This course studies linguistics generally consisting of several language acquisition
concepts in native, second and foreign languages, communicative competency
and psychological language, language acquisition theories, phonology and
phonetic of Arabic language including phonics system, vowel and consonant,
moneme, phoneme, syllable and word, pronunciation and articulation of every
single Arabic letter. Pedagogy and phonology in teaching and learning process.

BAM3115Penyelidikan Tindakan II – Bahasa Arab Pendidikan

Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)

(Action Research II: Arabic Language
(Implementation and Reporting)

3(0+3)

Kursus ini memberi kemahiran pelaksanaan dan pelaporan penyelidikan tindakan
dalam Bahasa Arab Pendidikan Rendah yang melibatkan pelaksanaan
penyelidikan tindakan di sekolah dan penulisan laporan, penganjuran seminar,
prosedur pendokumentasian dan penerbitan penyelidikan tindakan.

This course provides skills in implementating and reporting action research in
Arabic Language Studies for primary education. It involves the implementation of
action research in school and writing an action research report, organization an
action research seminar, documentation and publication procedure of action
research.

Berkuat kuasa mulai Januari 2007KM-011
(kemas kini 15 Disember 2009)

BAM3116

Pengurusan Sumber dan Penilaian Bahasa Arab

(Resource Management and Evaluation in Arabic
Language)

3(3+0)

Kursus ini membincangkan pengenalan sumber pengajaran dan pembelajaran,
jenis – jenis sumber yang sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Arab di
peringkat sekolah rendah termasuk sumber dari internet dan laman web. Ia juga
membincangkan mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan penyediaan
sumber pengajaran dan pembelajaran , kemahiran mengguna dan
mengendalikannya dalan proses pengajaran dan pembelajaran, konsep penilaian,
pentaksiran dan pengujian Bahasa Arab, jenis – jenis ujian dan penilaian Bahasa
Arab, pembinaan item, penilaian kendalian sekolah, penilaian kemahiran
berbahasa arab, pelaksanaan dan cara pengendalian ujian dan penilaian
kemahiran berbahasa Arab.

This course exposes the expectant students to an introduction of learning and
teaching sources, various types of knowledge sources such as bibliographies and
websites via internet in teaching Arabic for the primary level, several ways on how
to prepare and use these sources skillfully and meaningfully usage in teaching
and learning process, the terminology of assessment, evaluation and examination
of Arabic language, types of tests and the principles in building Arabic tests
items, the procedure in conducting oral and written examination for Arabic
language.

3.BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH

BCN3101Fonetik dan Kosa Kata
(Phonetics and Vocabulary)

3(2+1)

Kursus ini memperkenalkan pengetahuan fonetik dan morfologi bahasa Cina
seperti morfem, kosa kata, dan peribahasa. Tumpuan diberi kepada latihan
sebutan yang standard dan kaedah pengajaran fonetik bahasa Cina (Hanyu
Pinyin).

This course introduces the knowledge of phonetics and morphology of Chinese
language like morphemes, vocabulary, and idioms. Emphasis is given on the
practice of standard pronunciation and the methods of teaching the Chinese
language phonetics(Hanyu Pinyin).

BCN3102Guru Bahasa Cina dan Pembelajaran Bahasa Cina

(Chinese Language Teacher and Methodology of
Teaching and Learning)Children’s Learning in
Science

3(32+01)

Kursus ini membincangkan konsep dan teknik-teknik asas, perancangan dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, peranan dan kod etika guru Bahasa
Cina. Konsep asas meliputi teori pemerolehan bahasa, prinsip dan objektif
pengajaran bahasa Cina, pelbagai pedagogi umum serta integrasi teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina.
Teknik-teknik asas termasuk kemahiran berkomunikasi secara verbal dan bukan
verbal, teknik soal jawab, penjelasan konsep, pemulaan dan penutup pelajaran,
serta penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar. Perancangan dan

Berkuat kuasa mulai Januari 2007KM-012
(kemas kini 15 Disember 2009)

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pula meliputi penulisan rancangan
mengajar dan refleksi, serta konsep pengajaran mikro.

This course discusses the concept, basic techniques and methodology in
teaching & learning Chinese language, the roles and ethics of language teachers.
The basic concept includes the theories of acquiring language skills, principles
and objectives of teaching Chinese language, various general pedagogies and
the integration of information and communication techniques in the teaching &
learning of Chinese language. The basic technique covers the verbal and non-
verbal communication skills, questioning techniques, defining concepts, induction
and closure of a lesson as well as preparing and using teaching aids. Planning
and implementing teaching and learning involves lesson planning, writing
reflections and understanding micro teaching concepts.

BCN3103Tatabahasa dan Retorik

(Grammar and Rhetoric)

3(3+0)

Kursus ini meliputi pengetahuan untuk tatabahasa klasik dan moden untuk
bahasa Cina. Tatabahasa klasik mengkaji kumpulan kata klasik sementara
tatabahasa moden merangkumi kumpulan kata, frasa, komponen ayat, jenis-jenis
ayat dan retorik.

This course encompasses the grammatical structure of both classical and modern
Chinese language. The classical Chinese grammar studies the classical groups of
words and phrases while the modern Chinese language examines groups of
words, phrases, sentence structure, types of sentences and rhetoric.

BCN3104Kesusasteraan Kanak-kanak
(Children’s Literature)

3(2+1)

Kursus ini meliputi pengetahuan asas kepada kesusasteraan kanak-kanak:
konsep, ciri-ciri, dan bentuk genre sastera serta sejarah perkembangannya.
Karya-karya sastera kanak-kanak dari pelbagai genre dipilih sebagai teks bacaan
asas untuk penghayatan dan penganalisisan. Penulisan karya sastera kanak-
kanak dan pengajaran dan pembelajaran juga diperkenalkan.

This course encompasses the basic knowledge of children’s literature: concepts,
characteristics, genre and historical development. Articles from different types of
children’s literature are selected as reading texts and teaching and learning
methods are also introduced.

BCN 3105

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mengenali
dan Menulis Aksara Cina dan Kemahiran Membaca
(Teaching-Learning of Reading and Writing Chinese
Characters, and the Process of Teaching and
Learning Reading Skills in Primary Classroom)

3(2+1)

Berkuat kuasa mulai Januari 2007KM-013
(kemas kini 15 Disember 2009)

Kursus ini meliputi kaedah pengajaran dan pembelajaran, mengenali dan menulis
aksara Cina, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca di
sekolah rendah, latihan merancang, mengurus dan mengaplikasikan pengajaran
dan pembelajaran.

This course covers the methodology in learning, reading and writing Chinese
characters as well as the teaching and learning process of reading in primary
schools, followed by planning, managing and implementing teaching and
learning.

BCN3106Prosa

(Prose)

3(3+0)

Kursus ini merangkumi pentakrifan, ciri-ciri pelbagai bentuk prosa serta sejarah
perkembangannya. Karya-karya gemilang dari pelbagai bentuk prosa dipilih
sebagai bacaan asas.

This course comprises definitions, characteristics, and historical development of
prose. Texts from different types of prose are selected as basic reading.

BCN3107Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca

Teks Pelbagai Genre

(Teaching and Learning of Reading Texts of
Different Genre)

3(3+0)

Kursus ini meliputi perkaedahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca teks pelbagai genre, memilih dan menulis sumber pengajaran yang
bersesuaian dengan objektif Bahasa Cina Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Pengajaran mikro dan makro dibuat untuk setiap jenis genre terpilih.

This course covers the teaching and learning methods of reading, selecting and
writing texts of different genres in line with the objectives of Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Micro and macro teaching will be carried out for every type of
genre chosen.

BCN3108Pengajian Kurikulum Bahasa Cina Sekolah Rendah

(Chinese Language Syllabus Study for Primary
School)

3(23+10)

Kursus ini mengkaji konsep, peranan, ciri-ciri, matlamat, strategi pengajaran dan
pembelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, pengajian sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran Bahasa Cina Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah, teori pembelajaran konstruktivisme, aplikasi kemahiran generik
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina dan prinsip asas pengajaran
bahasa Cina sebagai bahasa kedua.

This course studies the concepts, roles, characteristics, objectives and the
teaching and learning strategies of the Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,
analyzing the present Chinese Language syllabus in Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah, Constructivism Learning Theories, application generic skills in
the teaching and learning of the Chinese language and the basic principles of
second language teaching approach.

Berkuat kuasa mulai Januari 2007KM-014
(kemas kini 15 Disember 2009)

BCN3109Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Bertutur

dan Mendengar

(Teaching and Learning of Listening and Speaking
Skills)

3(2+1)

Kursus ini merangkumi konsep asas, prinsip dan fungsi, proses pelaksanaan,
perkaedahan serta aktiviti-aktiviti tentang pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur serta mengintegrasi kemahiran
mendengar dan bertutur dalam pengajaran dan pembelajaran.

This course comprises the basic concepts, principles, functions, implementation,
methods, teaching and learning activities for listening and speaking skills as well
as the integration of the two skills.

BCN3110Puisi

(Poetry)

3(3+0)

Kursus ini merangkumi pentakrifan, ciri-ciri pelbagai bentuk puisi serta sejarah
perkembangannya. Karya-karya gemilang dari tiga jenis puisi, iaitu Shi, Ci, dan
Sanqu, dipilih sebagai bacaan asas.

This course comprises definitions, various characteristics and historical
development of poetry. Distinctive poems of three different types, i.e. Shi, Ci and
Sanqu, are selected as basic texts. ‘

BCN
31113

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mengarang

(Teaching-Learning of Essay Writing Skills)

3(2+1)

Kursus ini merangkumi teknik asas kemahiran menulis, format menulis karangan
dan kaedah penyemakan dan pentaksiran karangan. Setiap tajuk disusuli dengan
latihan dan pengajaran mikro atau makro.

This course covers the basic techniques in writing skills, essay-writing format and
methods of marking and evaluating essays. Each topic will be followed by micro
or macro teaching.

BCN3112Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Bahasa
Cina (Assessment and Evaluation in Chinese
Education)

3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep-konsep asas penilaian serta prosedur
pelaksanaannya termasuk teknik membina alat pengukur yang berkesan dan
kebolehpercayaan, membina dan menggunakan jadual spesifikasi ujian, serta
mengkaji dan menganalisis hasil ujian.

This course covers the basic concepts of assessment and its implementation
including the techniques of constructing an effective and reliable evaluation tool,
preparing the table of specification and analysing test results.

BCN3113Penyelidikan Tindakan I – Bahasa Cina Pendidikan

Rendah (Kaedah)

(Action Research I – Chinese Language for Primary
Education ( Methodology ))

3(3+0)

Berkuat kuasa mulai Januari 2007KM-015
(kemas kini 15 Disember 2009)

Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan dalam
Bahasa Cina Pendidikan Rendah. Kursus ini membincangkan pengenalan
terhadap pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, pengenalan terhadap
pelbagai reka bentuk penyelidikan tindakan, prosedur penyelidikan pendidikan,
konsep dan model-model penyelidikan tindakan, proses penyelidikan tindakan,
perancangan dan cadangan, kaedah-kaedah pengumpulan data, pertimbangan
dalam pengumpulan data, analisis data, interprestasi data penyelidikan tindakan,
penulisan laporan dan artikel penyelidikan tindakan, dan cara-cara menyebarkan
data penyelidikan tindakan.

This course provides knowledge about action research method in Chinese
Language for primary education. It discusses introduction to research methods in
education, types of educational research, introduction to various types of
educational research design, educational research procedure, concepts of action
research and models, action research prosess, planning and proposal, data
collection methods, data collection considerations, data analysis, interpreting the
action research data, writing an action research report and article and ways of
making action research data public.

BCN 3114Novel dan Drama

(Novel and Drama)

3(3+0)

Kursus ini merangkumi pentakrifan, ciri-ciri pelbagai bentuk novel dan drama serta
sejarah perkembangan masing-masing. Karya-karya gemilang dari pelbagai jenis
cerpen, fiksyen, novel dan drama dipilih sebagai bacaan asas.

This course encompasses definitions, characteristics and historical development
of novel and drama. Distinctive texts of different short stories, fictions, novels and
dramas are selected as reading texts.

BCN3115Penyelidikan Tindakan II – Bahasa Cina Pendidikan

Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)

(Action Research II : Chinese Language for Primary
Education (Implementation and Reporting)I

3(0+3)

Kursus ini memberi kemahiran pelaksanaan dan pelaporan penyelidikan tindakan
dalam Bahasa Cina Pendidikan Rendah yang melibatkan pelaksanaan
penyelidikan tindakan di sekolah dan penulisan laporan, penganjuran seminar,
prosedur pendokumentasian dan penerbitan penyelidikan tindakan.

This course provides skills in implementating and reporting action research in
Chinese Language Studies for primary education. It involves the implementation
of action research in school and writing an action research report, organization an
action research seminar, documentation and publication procedure of action
research.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->