Anda di halaman 1dari 4

AZFA HANANI BAB 3 PENUH DENGAN WATAK (NOVEL STUDY TO

DRAW RELATIONSHIP)

"Kerana Terdesak" dicetak dalam 12 halaman, iaitu dari muka surat 24 hingga 35. Pembaca
mungkin sukar memberi fokus terhadap jalan cerita justeru terlalu banyak watak baru
diperkenalkan. Bagi mengatasi masalah itu, elok jika pembaca membuat catatan atau carta
hubungan antara watak yang disebutkan.

Begitupun kebanyakan watak sampingan yang disebut buat pertama kalinya hanya muncul
sekali-sekala dalam perkembangan cerita seterusnya. Misalnya watak Abang Norman, Kak
Rozan, Pak Haji Arshad (mertua Kak Rozan), Mak Hajah Kiah, Abang Mazran (Tengku
Mazran), Kak Finaz dan arwah Tengku Murni. Watak pak long, mak long, Zuraini, Zurina,
Zahir dan Zahidin pula disebut apabila latar keluarga ditampilkan dalam penceritaan. Datin
Maziah pula boleh dianggap sebagai watak yang sederhana penting kerana trauma yang
dialami.

Tujuan pembelajaran novel komsas bukanlah untuk mendalami semua watak, atau untuk
menerangkan hubungan antara setiap watak. Memadai jika murid dapat menjelaskan
perwatakan watak utama dan sekurang-kurangnya dua watak yang lain. Analisis tentang
watak dan perwatakan boleh dibuat menerusi dua tiga peristiwa yang ditulis secara ringkas
tetapi jelas.

Contoh peristiwa 1
(Gunakan peristiwa untuk menghuraikan elemen komsas yang dikaji)

Teka-teki tentang peluang Azfa Hanani untuk meneruskan persekolahan terjawab


apabila mak long memaklumkannya secara tidak langsung kepada Zahidin bahawa
Kak Nani akan bersekolah di Kuala Lumpur. Zahidin tidak dapat menerima alasan
Hanani bahawa dia tidak sihat untuk ke sekolah.

Perwatakan: Bijak (Zahidin)


Persoalan:  Kepentingan persekolahan (Azfa Hanani)
Nilai:  Kejujuran (mak long)
Pengajaran:  Kita hendaklah mementingkan kejujuran (mak long)
Latar masyarakat:  Masyarakat yang bijak (Zahidin) / masyarakat yang jujur (mak long)
Latar tempat:  Di ruang dapur rumah mak long
Latar masa:  Selepas waktu subuh / awal pagi

Peristiwa 2

Sebagai balasan membenarkan Azfa Hanani di bawa ke Kuala Lumpur, Abang Mazran
dan Kak Finaz menawarkan bantuan untuk menanggung semua kos perubatan dan
rawatan Zuraini. Namun, pak long dan mak long menjelaskan bahawa keizinan
melepaskan Hanani semata-mata demi masa depannya.
Perwatakan:  Berbudi bahasa / berpandangan jauh
Latar masyarakat:  Masyarakat yang berbudi bahasa / berpandangan jauh / baik hati
Persoalan:  Keutamaan terhadap masa depan
Nilai:  Baik hati / kejujuran
Pengajaran:  Kita haruslah mengutamakan masa depan / jujur dalam membuat keputusan
Latar tempat:  rumah pak long / mak long
Latar masa:  waktu pagi (Tengku Mazran dan Kak Finaz kekok bersimpuh ketika bersarapan)

Peristiwa 3:

Azfa Hanani meminta izin membawa sehelai dua pakaian dan buku latihan walaupun
Kak Finaz melarang. Hanani bakal diberi persalinan serba baharu sesuai dengan
tugasnya untuk mengganti kelibat arwah Murni di rumah Datin Maziah.

Perwatakan:  Bersopan santun


Latar masyarakat:  Masyarakat yang bersopan santun
Persoalan:  Kepentingan bersopan santun dalam komunikasi
Nilai:  Kejujuran
Pengajaran:  Kita hendaklah bersopan santun / jujur dalam berkomunikasi
Latar tempat:  rumah pak long, mak long / halaman rumah pak long (Hanani bersalam /
mencium tangan pak long / mak long)
Latar masa: waktu pagi

Peristiwa 4:

Azfa Hanani membuat keputusan untuk memulangkan buku rujukan perpustakaan yang
dicuri pinjam melalui pos. Dia nekad untuk mempertaruhkan nama baiknya kerana percaya
bahawa tindakannya itu tepat.

Peristiwa 5:

Abang Mazran bercerita tentang peristiwa kemalangan jip yang meragut nyawa arwah
Tengku Murni pada hari jadinya yang ke-16. Kematian arwah disembunyikan daripada Datin
Maziah yang koma beberapa hari.

Peristiwa 6:

Mak long bercerita tentang peristiwa teksi yang dinaiki ibu bapa Azfa Hanani terjunam ke
dalam gaung mengorbankan semua semua penumpang kecuali seorang bayi, iaitu Azfa
Hanani sendiri. Bapa Hanani baru tamat pengajian dalam bidang perubatan, manakala ibunya
dalam bidang undang-undang.
Kesimpulannya, bab 3 novel Azfa Hanani memberikan perspektif tentang punca konflik dan
perkembangan cerita yang dapat dibaca dalam bab-bab seterusnya. Bab "Kerana Terdesak"
ini bagaikan iklan dan promosi supaya pembaca melekat untuk meneruskan pembacaan.
Kemunculan mendadak watak Nordin, pengawas sekolah lama Azfa Hanani dengan riak
cemas pada perenggan terakhir bab menambah rasa suspens pembaca...

Anda mungkin juga menyukai