Anda di halaman 1dari 2

5.3.1.

1 AKTIVITI 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab )


1)Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua
dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa.
2)Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam
permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan hasil
darabnya atau sebaliknya.
3)Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu.
5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 5 minit )
1)Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberi satu set soalan yang
mengandungi 60 soalan.
2)Soalan Cepat Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9.
3)Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit.
4)Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK


Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat
ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai
pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman
pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara
aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut
boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila
kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung,
kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak


menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong
untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik,
kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka
memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik
yang dipelajari akan datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan


sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan
menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-
konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

Pendekatan induktif
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-
maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.

Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan

menberikan beberapa contoh yanh khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang

sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan,murid-murid dibimbing

memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-

contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.


Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif,guru

boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus,diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk

membimbing murid-muridnya memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta

penting yang terkandung dalam setiap contoh itu.Semasa menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan

kesimpulan itu.Guru hanya membimbing murid,melalui aktiviti soal jawab ,mentafsir dan

membuat kesimpulan daripada contoh –contoh khusus yang dikemukakan.