Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan


mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan
Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana
yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh Abbas,
1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang
terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas.
Beliau juga telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat
atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang
difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-
undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang
sama ada yang sudah atau akan dibuat.

Sejauh mana kebenaran pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh


tersebut belum dapat dipastikan memandangkan saya sendiri tidak memiliki
ilmu yang tinggi mengenai konsep yang dibincangkan itu. Jadi adalah
diharapkan melalui kajian-kajian keperpustakaan atau pembacaan saya
berkaitan tajuk yang dibincangkan, saya bukan sahaja dapat menjawab
persoalan tersebut, malah dapat menjelaskan beberapa konsep lain yang juga
sinonim dengan tajuk yang dibincangkan ini.

Konsep Perlembagaan

Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang


relevan, saya dapati agak banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-
tokoh berkaitan bagi konsep perlembagaan itu, antaranya[1]:

1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary.

Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana


undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan
bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.

2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the


Constitution.

Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip


bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau
badan yang dikenali sebagai rakyat.
3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.

Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan


perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan
negara itu.

4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.

Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau


dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan
diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adapt kebudayaan atau
Majlis Piagam Perjanjian.

5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.

Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak


memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah.

6. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science.

Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak


bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu
pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip
umum yang akan menggunakan kuasa ini.

Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang


mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan
seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat
perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang
mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa
konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah:

 Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi


peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan
juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan
mentadbir negara
 Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan
juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh
perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah
perlembagaan United Kingdom.
 Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan
pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang
cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat
yang tidak berbelah bagi kepada negara.

Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia

Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa


penjajahan British pada masa itu telahpun mempunyai perlembagaannya.
Perlembagaan tersebut digubal berikutan penubuhan Malaysan Union 1946.
Walau bagaimanapun Malayan Union telah mendapat bantahan daripada
penduduk Tanah Melayu memandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal
memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak
perlembagaan tersebut lebih menguntungkan pihak British berbanding
rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut juga dikatakan telah
mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi
sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.

Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah
menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya
menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di
negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat
pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah: Kedudukan
istimewa Raja-raja Melayu; Hak keistimewaan orang Melayu; Agama; dan
Bahasa.

Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung


dalam Perlembagaan Persekutuan itu.

1. Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong


Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan
mempunyai kaitan dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini
termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan
Perkara 122B, perkara 41.

Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun


menjadi amlan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan
Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya
mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh sebab
itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana
sudah sekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan
beraja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan dapat
meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan
negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

2. Agama Islam
Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama
rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk
mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang
negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika
pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama
Islam – Perkara 11 (4).

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam


proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu.
Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan manusia daripada perhambaan
sesama manusia”, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati
hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat
memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan
undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat
bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang
berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa
diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat
mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan
pelbagai kaum dan agama.

3. Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu


Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang
Melayu dan bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam – Perkara
153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi – Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran –
Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu dan
bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90,
iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f) berkenaan
kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan
pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak
ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948
(Pindaan 1971).
Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu
merupakan penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar
orang-orang Melayu diberikan hak keistemewaan tersebut. Ini kerana
sebelum ini orang Melayu lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau
pertanian. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam
kesemua aspek yang dinyatakan di atas bagi membolehkan mereka
memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding
kaum lain.

4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan


Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa
perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi”
ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud
kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan
termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai
bahasa rasmi negara, aspek sejarah perlu dipertimbangkan. Berdasarkan
sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya
(Salleh Abbas, 1986). Jadi tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan
menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara
yang bersatu melalui satu bahasa yang sama.

Anda mungkin juga menyukai