Anda di halaman 1dari 13

cc 






cc 





NOORMI AZURA BT. ISMAIL (EL-D12)

D20102046799

FAKULTI:

PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

SEMESTER:

SEMESTER SATU (2011)

KURSUS:

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

TAJUK:
1) ISU YANG MELANGGAR ETIKA PROFESION PERGURUAN.
2) KESAN ISU TERSEBUT KEPADA PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU.
3) KAITAN ISU TERSEBUT DENGAN TEORI PEMBANGUNAN SAHSIAH
(TEORI PILIHAN)

PENSYARAH:

KANNAMAH A/P MOTTAN



cc 






1(a): Huraikan satu isu yang melanggar etika perguruan.

Pengenalan:

Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi.
Guru adalah seseorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didikya hingga ke akhirnya. Ia
adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya yang tersendiri di mana guru dianggap
segala-galanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang yang
dihormati dalam masyarakat. Walaubagaimana pun, profesion perguruan abad ini tidak
terlepas daripada isu-isu hangat yang diperkatakan seperti isu salah laku seks,
penyalahgunaan dadah, rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit mental dan sebagainya. Dan
kes-kes atau isu-isu yang diperkatakan makin bertambah hari demi hari yang menampakkan
keburukan serta kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri walupun ianya
berpunca dari individu tertentu yang bergelar cikgu atau guru.

Definisi Isu:

Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh
menjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurut
satu laman web(artikata.com), isu adalah seuatu masalah yang dikedepankan (diperkatakan)
untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas asal usulnya
dan tidak terjamin kebenarannya.

Definisi Etika:

Etika (etimologi) menurut modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah ialah berasal dari
bahasa Yunani adalah µEthos¶ yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan
(costum). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari
bahasa Latin, iaitu µMos¶ dan dalam bentuk jamaknya µMores¶, yang bererti juga adat
kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan),
dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith, 2006).kumpulan tersebut.

Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau tingkah laku
bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik
atau buruk serta yang betul atau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli. Dalam kehidupan,
manusia perlukan satu sistem atau panduan untuk menentukan mereka bertingkah laku.
Perkara ini mendasari perkembangan etika dalam masyarakat tersebut.



cc 






Menurut para sarjana, etika adalah aturan perilaku, adat kebiasaan manusia
dalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan kebenaran dan keburukan. Etika
berkaitan dengan norma-norma, nilai-nilai,kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah
laku manusia yang baik atau buruk dan boleh diikuti atau sebaliknya. Menurut William
(1971), etika ialah µThe normative science of the conduct of human beings living in societies-
a science which judges this conduct to be right or wrong, to be good or bad or in some
similar way¶ (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di mana sains ini
menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain-lain).

Menurut Drs. O.P. Simorangkir, etika sebagai pandangan manusia dalam berperilaku menurut
ukuran dan nilai yang baik. Drs. Sidi Gajalba dalam sistematika filsafat pula mengatakan
etika adalah teori tentang tingkah laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik dan
buruk, sejauh yang dapat ditentukan oleh akal. Manakala Drs. Burhanudin Salam berpendapat
etika adalah cabang falsafah yang berbicara mengenai nilai dan norma moral yang
menentukan prilaku manusia dalam hidupnya.

Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa etika berkaitan dengan
pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut
membawa seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna,
berhemah dan berkesan. Di samping itu juga, etika melihat secara khusus mengenai tingkah
laku manusiayang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan
nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Isu-Isu Yang Melanggar Etika Profesion Perguruan:

Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan komitmen terhadap tugas sebagai
pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral
membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah perbuatan
sumbang mahram dan bersekedudukan.Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru
memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran ati
kerajaan dan sebagainaya yang menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion
perguruan.

Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat setahun demi setahun. Merujuk kepada berita-
berita semasa, banyak isu-isu yang melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika



cc 






profesion perguruan sekarang ini. Antara isu-isu hangat tersebut ialah yang di petik dari
sumber MyMetro iaitu:

1. Guru mendera murid hingga mati (April 2011).


2. Guru disyaki rogol murid (9 Mei 2011)
3. Cikgu terlampau- Cikgu cabul 12 murid (Februari 2011)
4. Guru kena rotan dan dipenjara 36 tahun- Bersalah rogol murid 11 tahun (November
2010)
5. Ditampar guru-Lima dakwa ditampar guru (Mac 2011)

Sumber-sumber lain:

1. Guru mendera pelajar (laporan wartawan MAT SMKTPG News, 24 Jun 2008).
2. Guru rogol murid ditahan polis (Kosmo-5 Julai 2010).
3. Guru dituduh rogol pelajar (31 Disember 2007).
4. Guru ditahan memiliki dadah (6 April-Bernama).
5. Guru disiplin tampar murid lewat ke sekolah (Berita Harian Online:28 Oktober 2009).
6. Guru cabul pelajar 8 tahun.
7. Guru agama cabul 4 pelajar (Utusan Malaysia Online:13 Februari 2010).
8. Guru ditahan mengedar dadah (Berita Harian Online:20 Februari 2010).

Masih banyak isu guru yang timbul dan diperkatakan sama ada di dalam mahupun
luar negara. Namun, di sini hanya satu isu akan di bincangkan bagi bagi mendalami dan
memahami akan permasalahan yang timbul serta memberi kesan kepada profesion
perguruan.

Merujuk kepada satu laporan akhbar baru-baru ini yang ditulis oleh Mohd Fauzi
Abdullah dalam Harian Metro melaporkan: Î ara-gara berjauhan dengan isteri dan
kesepian, seorang guru gagal mengawal nafsu hingga tergamak merogol pelajarnya yang
berusia 15 tahun. Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu di kuarters
sebuah sekolah menengah, petang Khamis lalu.¶

Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa
dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan membantunya belajar dan
tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prangsangka. Katanya, mangsa
pergi ke rumah gurunya yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan,
namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.



cc 






³Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipecayai gagal
mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogoln ya.
Mangsa cuba melawan namun gagal dan tiada siapa dapat membantu kerana hanya
mereka berdua di rumah berkenaan,´ katanya.

Sumber itu berkata, perbuatan guru berkenaan terbongkar apabila mangsa


menceritakan kepada guru lain keesokannya selepas mendekati pelajar itu yang kelihatan
murung. Katanya, pemeriksaan perubatn ke atas pelajar terbabit di Hospital Sultan Haji
Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh mengesahkan dia dirogol.

Sementara itu , Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan /Perundangan)negeri,


Superintendan Mohd Haris Daud, mengesahkan polis menerima laporan berhubung
kejadian itu, kelmarin. Katanya, laporan dibuat ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan
mengenai kejadian oleh guru mangsa. ³Bertindak atas laporan itu, polis menahan guru
terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,´ katanya ketika ditemui
di sini, semalam.

Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal itu, jelas menunjukkan
bahawa guru tersebut secara terang melanggar etika profesion perguruan dan kod etika
perguruan di Malaysia yang menyatakan bahawa guru perlu mematuhi kod etika
perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru kepada pelajar, ibu bapa
pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan Negara. Namun dalam kes ini, guru telah
menyalahgunakan kuasa yang ada dengan mngambil kesempatan terhadap pelajarnya
sendiri. Ini jelas menunjukkan sikap tidak profesional guru tersebut yang tidak berfikir
degan wajar sebelum melakukan tindakan tersebut yang jelas menjejaskan masa depannya
serta memburukkan nama baik profesion perguruan yang sepatutnya disanjung tinggi.

Guru seperti yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan kehendak dan


kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya dimiliki oleh
seorang guru. Selain menggelapkan masa depannya sendiri, tindakan di luar
kewarasannya itu turut memusnahkan masa depan pelajarnya yang sepatutnya di jaga dan
dilindungi olehnya. Malah kepercayaan yang diberikan oleh keluarga pelajar tersebut
turut dimusnahkannya dengan pengkhianatan tersebut.

Profesion perguruan adalah sebuah profesion yang amat mulia dan dipandang tinggi
oleh semua lapisan masyarakat. Dengan kesalahan-kesalahan segelintir guru yang



cc 






melanggar etika perguruan sesungguhnya mencemarkan kemuliaan profesion itu.


Kegagalan sahsiah guru itu adalah kegagalannya secara individu, namun mungkinkah
ianya merupakan kegagalan pihak lain yang menyumbang kepada kesalahan dan
pelanggaran nilai sahsiah dirinya sendiri? Jika kesalahan yang dilakukannya adalah
disebabkab tidak dapat menahan gelojak nafsu yang bergelora, perkara ini hendaklah
dipandang serius oleh pihak-pihak tertentu supaya ianya dapat dibendung.

Mungkinkah perkara ini tidak terjadi jika isterinya tinggal bersama dengannya? Jika
guru yang sudah berkahwin tinggal berjauhan dengan pasangannya, perkara ini perlu
diselidik semula terutamanya jika pasangannya adalah golongan yang berkerjaya. Adalah
penting jika guru yang sudah berkahwin ditempatkan berdekatan dengan pasangan
masing-masing. Kehendak fisiologi dan seksiologi adalah keperluan yang tidak dapat
dinafikan. Jika perkara ini dipandang serius dan guru-guru boleh bersama keluarga
masing-masing, paling tidak gejala seperti yang terjadi terhadap guru tersebut dapat
dibendung walaupun tidak sepenuhnya berjaya.

Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kgagalan individu itu sendiri, namun
jika diteliti dan diperhalusi, ada beberapa faktor yang turut menyumbang kepada
berlakunya keadaan ini. Tanpa pegangan agama yang kuat, kewarasan akal kadang-
kadang tidak dapat menyekat kehendak naluri individu itu untuk terus cenderung
melakukan kesalahan.

Jika mengikut teori Maslow, kegagalan mendapatkan sesuatu keperluan yang utama
boleh menyumbang kepada seseorang cenderung melakukan kesalahan demi mengisi
keperluan yang dihajatinya. Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Frued (1856-
1939) melihat manusia dilahirkan denagn sifat semulajadi dan tingkahlakunya lebih
kepada naluri kehaiwanan yang hanya dapat dibendung dengan pengalaman-pengalaman
dalam masyarakat dan sosialisasi. Jika pengalaman ini tiada atau kurang, ia cenderung ke
arah merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat.

Rumusan:

Sebagai kesimpulannya seseorang itu termasuklah yang bergelar guru perlu


mendalami diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat mengimbangi
pemikiran sedar dan bawah sedarnya supaya setiap tindakan yang diambil tidak
menjejaskan etika profesionnya yang akan meninggalkan kesan ke atas semua pihak



cc 






termasuklah dirinya sendiri. Sememangnya banyak isu yang timbul atau ditimbulkan
melibatkan guru, dilihat sebagai melanggar etika perguruan. Etika seorang guru yang
perlu dipatuhi melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua pihakyang terlibat
dengannya secara langsung atau tidak langsung. Pelanggaran etika perguruan sebagai
profesionnya akan mengakibatkannya dilabel sebagai individu gagal dan bersahsiah
negatif.

1 (b): Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

Pengenalan:

Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah pasti meninggalkan kesan
secara langsung atau tidak langsung terhadap diri guru itu sendiri, pelajar, sekolah,
masyarakat, dan Negara. Pembangunan sahsiah seseorang sebenarnya terbentuk sejak kecil
bahkan sejak di dalam kandungan ibunya dan suasana di dalam rumah tempatnya membesar.
Peranan keluarga amat penting sebagai memainkan peranan utama manakala pembangunan
sahsiah di sekolah hanyalah program sokongan peneguhan dan pengayaan peribadi
seseorang. Pembangunan guru juga bermula dari pembangunan individu dan ia dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti baka dan persekitaran.

Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu perkembangan dan pembangunan


sahsiah ke arah lebih positif. Jika terdapat guru yang mempunyai sahsiah buruk dan
menimbulkan isu yang negatif, pembangunan sahsiah di kalangan guru seolah-olah tidak
berjaya dan ia sesuatu yang membimbangkan memandangkan guru adalah golongan yang
diharapkan untuk membangunkan bangsa dan negara.

Definisi Pembangunan Sahsiah:

Menurut KKD 3063 Pembangunan Sahsiah (Unit 1), pembangunan sahsiah


merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani
individu. Seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya berdasarkan aspek ini. Selalunya
individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas,
sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima norma dan nilai masyarakat,
dapat mengawal perasaandiri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang dengan
nilai agama sendiri. Manakala individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah
lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan
memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan nilai masyarakat.



cc 






Kesan Isu:

Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru
melalui tindakan atau perlakuannya. Tindakan yang dipilih dapat dilihat sebagai tindakan
yang boleh diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan yang sejajar dengan
jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita-berita
membanggakan yang melambangkan sahsiah positif seorang guru seperti guru bertindak
berani menyelamatkan anak muridnya dan ketabahan guru menghadapi harungan dan cabaran
untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan
profesion perguruan. Namun tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru turut
menjadi fokus utama media massa dan para penyelidik.

Isu-isu sebegini telah memberikan impak yang besar terhadap profesion perguruan.
Isu positif akan meningkatkan semangat dan motivasi para guru, meningkatkan kepercayaan
masyarakat dan turut mengharumkan persada pendidikan. Walaubagaimanapun, isu negatif
telah mula menjadikan kebanggaan terhadap profesion perguruan ini pudar. Malah pihak
media, penyelidik bahkan masyarakat telah memberikan tekanan dan desakan yang hebat
terhadap pihak warga pendidik, sekolah dan KementerianPelajaran khasnya.

Kesan Isu Terhadap Pembangunan Sahsiah Guru:

Isu guru merogol murid adalah antara isu yang paling banyak dan paling hangat
diperkatakan. Ia boleh menunggalkan kesan yang bukan sedikit terhadap pembangunan
sahsiah individu itu sendiri dan terhadap pembangunan sahsiah golongan guru yang lain.
Kesan itu turut memberi impak terhadap pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung. Pihak tersebut termasuklah mangsa, keluarga mangsa, keluarga tertuduh, pihak
sekolah, Jabatan Pendidikan serta Kementerian Pelajaran Malaysia.

a. Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru tersebut (tertuduh):


Guru yang bertindak merogol pelajar adalah dari kalangan guru yang dipercayai oleh
ibu bapa pelajar kerana dalam kes yang diketengahkan, ibu mangsa sudah memberi
kebenaran kepada mangsa ke rumah gurunya dengan alasan guru terlibat ingin
membantunya dalam pelajaran. Bahkan guru tersebut sendiri meminta keizinan
daripada ibu mangsa.

Guru yang telah melakukan kesalahan yang serius seperti merogol telah
mengakibatkan sahsiahnya kelihtan amat rendah dan martabatnya sebagai guru



cc 






dikesali kerana seorang guru tidak sepatutnya memiliki sahsiah sedemikian, bahkan
guru antara golongan terpelajar dan berilmu. Pembangunan sahsiah guru terbabit akan
dikategorikan sahsiah yang negatif walaupun dia seorang guru yang berkaliber dan
berjasa. Moralnya akan menjadi persoalan dan akan diperkatakan oleh setiap lapisan
masyarakat serta mendapat cemuhan. Segala kebaikan dan bakti yang dicurah selama
ini akan hilang begitu sahaja. Sekiranya dia dijatuhkan hukuman, alangkah rendahnya
mertabat seorang guru yang terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pesalah lain
yang rata-rata bukanlah dari golongan cendekiawan sepertinya.

Jika guru ini sudah selesai menjalani hukuman atau berjaya membayar denda yang
dikenakan, isu ini tidak akan berhenti begitu sahaja. Isu dan sahsiah guru ini akan
tetap menjadi bualan dan dia akan dipandang serong oleh orang lain. Di sekolah, guru
ini tidak lagi dihormati malah mungkin akan ditakuti oleh pelajar. Rakan sekerja juga
mungkin akan mempertikaikan kejujurannya terhadap pelajar dan sekiranya dia sudah
insaf, guru ini masih terpaksa menerima balasan di atas perbuatannya jika ia masih
diragui dan tidak diberi kepercayaan. Malahan guru-guru dari sekolah lain juga akan
menjadikannya sebagai bualan atau akan menjadikannya sebagai sempadan dan
ingatan terhadap perkara yang sudah terjadi. Masyarakat sekeliling akan turut
menjadikannya sebagai satu tajuk bualan dan perkara sebegini adalah lumrah di dalam
masyarakat kita. Kesan daripada itu, sahsiah guru yang akan dibina selepas itu akan
manjadi lebih sukar dan perlukan banyak kesabaran untuk melaluinya. Ia perlulah
tabah menghadapinya kerana keburukan yang dilakukan akan meninggalkan kesan
yang agak lama dan mendalam.

b. Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru secara keseluruhannya:


Perbuatan buruk seorang guru sebagaimana tertuduh di dalam kes di atas bukan saja
memburukkan imejnya sebagai guru secara peribadinya, malah tempiasnya turut
dirasai oleh semua guru. Ia seolah-olah menunjukkan keperibadian guru yang gagal
mencerminkan seorang guru yang sebenarnya sebagaimana yang diaspirasikan oleh
Negara. Melalui kod etika guru yang diperkenalkan, guru bertanggungjawab terhadap
pelanggannya iaitu murid dan keluarga serta bertanggungjawab terhadap rakan
sekerja. Perbuatan tidak senonoh ini seolah-olah mengkhianati rakan sekerja yang lain
yang turut menanggung malu akibat perbuatan rakan mereka yang bergelar seorang
guru.



cc 






Dari segi pembangunan sahsiah guru, perbuatan yang telah dilakukan oleh tertuduh
menyebabkan masyarakat menilai sahsiah guru secara umum bahawa guru-guru
sekarang sudah tidak bersahsiah dan berperibadi sebagaimana dahulu. Adakah benar
bahawa guru-guru sekarang menjadi guru bukan atas dasar minat dan tanggungjawab,
tetapi disebabkan mahu mendapat sesuatu pekerjaan demi menjamin ekonominya?
Guru-guru ini tidak menghayati sepenuhnya akan tanggungjawab, maksud yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan kod etika perguruan kerana
jawatannya dianggap sebagai sandaran untuknya mendapatkan sumber ekonomi,
bukan atas dasar tanggungjawab.

1 (c): Kaitkan isu tersebut dengan teori yang dipilih:

Pengenalan:

Setiap tindakan yang diambi loleh seseorang hingga menimbulkan isu sama ada
positif atau negatif sebenarnya mempunyai penjelasan yang tersendiri. Setiap apa yang
manusia lakukan adala di atas kehendak dan pilihannya sendiri. Namun ada sesetengah
perkara yang dilakukan adalah berpunca dari desakan-desakan tertentu hingga
mengakibatkan pilihan yang diambil adalah pilihan yang salah. Dalam ilmu psilkologi
kaunseling aliran kognitif ada dibincangkan mengapa individu itu bertingkah laku
berdasarkan kepada pilihan mereka. Salah satu teori yang membincangkan tentang pemikiran
dan tingkah laku kita adalah Teori Pilihan.

Teori Pilihan:

Menurut modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah, Teori Pilihan telah diasaskan oleh
William Glasser seorang doktor psikologi klinikal yang dilahirkan di Cleveland, Ohaio,
California pada 11 Mei 1925. Idea-idea Teori Pilihan mula diaplikasikan oleh beliau dalam
tahun 1966 dalam system pendidikan di California.

Teori pilihan membincangkan bagaimana seseorang individu bertingkah laku dan


mengapa mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran,psikologi
kawalan dalaman dunia kualiti,keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan
pengetahuan, skala perimbangan, tingkah laku keseluruhan, system tingkah laku, identity
Berjaya dan identity gagal.



cc 






Tegas Glasser (2000), teori ini menerangkan bahawa setiap individu sebenarnya
memilih untuk bertingkah laku sebagaiman yang diinginkan termasuklah bersedih. Psikologi
kawalan luaran banyak mengganggu kita memilih apa yang diinginkan. Individu bebas
bertingkah laku berdasarkan motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat
dan kreatif. Tambah beliau, masalah manusia berpunca daripada keperluan asas yang tidak
dipenuhi. Semua tindakan manusia adalah dipandu oleh keperluan asas (basic needs).
Mengikut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan keinginan Psikologi dan
fisiologi individu.

Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi
keinginan menyanyangi, disayangi inginkan penghargaan, kebebasan dan kegembiraan.
Aspek menyayangi dan disayangi merangkumi keperluan kasih saying, keintiman, rasa
dipunyai oleh keluarga, rakan, majikan dan orang di sekelilng. Inginkan penghargaan
meliputi keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi orang lain, ingin
dihargai dan suka bersaing dengan orang lain. Rasa ingin bebas yang dimaksudkan oleh teori
ini adalah berkeinginan memilih apa yang wajar untuk dirinya dan cenderung untuk membuat
keputusan tentang kemahuan mereka dalam hidup. Manakala keperluan keseronokan adalah
keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan berekreasi.

Namun keperluan aspek psikologi tidak cukup sekiranya tiada aspek fisiologi yang
merujuk kelangsungan hidup termasuklah individu itu berani mengambil risiko, mempunyai
wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat. Teori Pilihan memberi
penekanan kepada tanggungjawab individu dan menolak konsep mimpi dan angan-angan
tanpa berpaksikan realiti yang sebenar.

Kaitan Isu Dengan Teori Pilihan:

Isu yang dipilih ialah mengenai isu rogol yang dilakukan oleh seorang guru terhadap
muridnya yang berusia 15 tahun. Mengukut Teori Pilihan, tindakan yang dilakukan adalah
disebabkan oleh keperluan asas yang tidak dipenuhi. Keperluan yang dimaksudkan ialah
keperluan fisiologi dari segi keinginan seksnya yang tidak dapat dipenuhi lantaran berjauhan
daripada isteri. Mungkin disebabkan keinginan seksnya yang tidak dapat disalurkan ke
saluran yang betul (isteri) menyebabkan pertimbangan akalnya melampaui kewarasan hingga
sanggup menggunakan helah terhadap murid sendiri bagi memenuhi hasratnya tanpa
memikirkan akibat yang akan ditanggung selepas itu.



cc 






Walaupun seseorang individu itu berhak memilih dan membuat keputusan sendiri di
atas kelakuannya, namun psikologi kawalan luaran banyak mengganggu untuk memilih apa
yang diinginkan. Mungkin kerana itulah guru tersebut tersilap membuat pertimbangan lalu
memilih untuk mangambil jalan mudah bagi memenuhi tuntutan nafsunya. Sememangnya
konflik akan timbul apabila tidak mendapat apa yang diingini dan dapat apa yang tidak
diingini. Keadaan inilah yang menimbulkan keseronokan atau kesakitan/keperitan kepada
individu tersebut. Konflik ini akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan
fisiologi individu. Keseluruhan tingkah laku akan menyumbang kepada identiti berjaya atau
gagal bagi individu tersebut. Personaliti gagal terbentuk apabila ia gagal memenuhi
kehendaknya dengan cara yang bertanggungjawab. Ia akan memilih simptom negatif dan
akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif. Ia turut akan melarikan diri daripada
tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu. Akibatnya pembentukan sahsiah
yang negatif akan dilalui olehnya dan ia akan menjadi seorang yang bersahsiah negatif serta
tidak bermoral.

Rumusan:

Secara keseluruhnnya dapatlah dirumuskan bahawa semua individu dilahirkan dengan


sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai, pergaulan banyak mempengaruhi
keputusan yang di buat. Setiap isu yang timbul melibatkan guru sebenarnya bukan
menunjukkan kegagalan guru keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat
secara individu disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan
akan meninggalkan kesan terhadap dirinya dan banyak pihak lain. Kebebasannya untuk
membuat pilihan dan keputusan menyebabkannya gagal menginterpretasiknnya dalam
keadaan yang betul lantaran gangguan psikologi kawalan luaran yang menghalangnya dari
membuat keputusan yang terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta
kerana beberapa keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi.



cc 






BIBLIOGRAFI:

Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi Pendidikan 1:Pertumbuhan Dan
Perkembangan.Petaling Jaya :Logman.
Comer,R,:&Gould,E.(2011).Psychology around us.New Jersey:John Wiley &Sons,Inc.
Eysenck,M.W.:& Flanagan,C.(2000).Psychology for AS level.East Sussex:Psychology Press
Ltd.
Mok Soon Sang (1996).Pendidikan di Malaysia: Untuk Diploma Pendidikan.Kuala
Lumpur:Kumpulan Budiman.
Miltenberger,R ( 2008 ).Behavior modification:Principal and procedures.(4 ed).PasificGrove
CA:Brooks & Cole Publishing.
Papalia,D.E,:Olds,S.W.:& Feldman,R.D.(2004).Human development.(9 ed).Boston:McGraw-
Hill.
Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan,Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip(
2001),Pembangunan Sahsiah KKD 2063 , Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Harian Metro, 10 Mei 2011.
Kosmo, 5 Julai2010.
Utusan Malaysia,2010.
http://www.artikata.com/arti-331194-isu.html.
www.bacaanonline.com/pdf/maksud-pembangunan sahsiah-guru-html
www.bacaanonline.com/pdf/isu-pembangunan sahsiah-guru-html
www.bacaanonline.com/pdf/definisi-teori-pembangunan sahsiah-guru-html
www.bacaanonline.com/pdf/definisi-pembangunan sahsiah-guru-html