Anda di halaman 1dari 5

Tuesday, March 23, 2010

Antologi Harga Remaja: Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran).

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri. 

Apa guna berkain batik,


Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa,


Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,


Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,


Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,


Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Latihan

1) Nyatakan sindiran yang terdapat dalam rangkap pertama dan rangkap kedua syair ini.

2) Sila nyatakan tiga cara bagaimana orang bawahan dapat membuktikan kemampuan mereka.

3) Berikan tiga pengajaran yang terdapat didalam pantun tersebut.

4) Soalan bonus untuk pelajar perempuan (lelaki pun boleh juga): Pada pendapat anda,wajarkah pelajar lelaki
belajar memasak sejak kecil?
ISRAK

Arahan: Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Abang tak mahu pergi kebun?” Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti,” rayu Mikraj.

“Tak perlu!” Israk mengayun kata-kata.


“Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu
berlagak akhir-akhir ini?” Suara Mikraj makin lama makin meninggi.

Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, “Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?”

“Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan tercubit paha kiri turut
berasa sakit. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang!”

“Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil!”

“Saya ajak pa dan ma bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yang membela
abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk “Perth” bawa abang
lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan, kekecewaan,
dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya ...,” butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata.

“Sudah hujan,” perli Israk.


“Abang jangan terkejut kalau saya mampu membuat abang menangis nanti!”

Israk bersahaja. Dia mencapai gitarnya lalu lagu sumbang itu kembali beralun. Perasaan meluat mula
bersarang dalam kalbu Mikraj. Kalau tersilap jolok, pasti terjolok sarang itu. Bahaya.

(Dipetik daripada “Israk” oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan
Pustaka.)

Latihan:

1)Mengapakah Israk sepatutnya menghormati Wah?

2)Pada pendapat anda, wajarkah seseorang memberikan nasihat kepada orang yang lebih tua daripadanya?

3)Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen tersebut.
http://dc314.4shared.com/img/TA9scUUz/preview.html

Tema Novel Renyah Tingkatan 4 tahun2010 - SPM


Tema = Kekeluargaan

Contoh huraian SPM :


Novel Renyah memaparkan tema kekeluargaan. Kesemua bab dalam novel ini berkisar tentang kisar Datuk
Dolhi dan keluarganya. Datuk Dolhi menghadapi pelbagai konflik akibat kerenah lima orang anaknya.
Kesibukan Datuk Dolhi dalam perniagaan serta kesibukan isterinya, Datin Tominah denagn aktivitinya dan
tindakan mereka yang selalunya memberikan anak-anaknya semua kemewahan, telah menyebabkan anak-
anak mereka tidak berminat dalam dunia perniagaan. Mereka memilih haluan sendiri seterusnya terkeluar
dari landasan yang sepatutnya. Hanya Wahi, anak Datuk Dolhi bersama Mastura iaitu isteri kedua Datuk
Datuk Dolhi yang telah meninggal dunia, berjaya dididik dalam keadaan serba kekurangan untuk
meneruskan perniagaan Datuk Dolhi.
Latar Tempat Novel Renyah- SPM

1. Pejabat Datuk Dolhi


-Tempat menguruskan segala urusan syarikatnya, Dolhi-Albert Holdings.
Di mana Mukhlis datang bagi meminta wang daripada Datuk Dolhi untuk pergi berdakwah di India.

2. Rumah Datuk Dolhi


· - Datuk Dolhi , isterinya Datin Tominah dan anak-anaknya Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis serta
Dani tinggal di sini.
· -Tempat Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya.

3. Pedalaman Sarawak
· - Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan
pembalakan.

4. Tokyo, Jepun
· -Datuk Dolhi pergi ke Datuk Dolhi pergi ke Tokyo, Jepun untuk melupakan masalah anak-anaknya.
· -Datuk Dolhi pernah pergi ke Tokyo untuk mengikuti program JICA.
· -Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah ayah kandungnya.

5. Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau


· -Tempat tinggal Mukhlis dan isterinya yang merupakan janda serta tiga anak.

6. Kelab Mawar
· -Amera bertemu dengan peminat misterinya iaitu YB Wahab.

7. Teratai Inn
· -Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah dengan syarat Hasnol
membantunya meluluskan semua tendernya.
Latar Masa Novel Renyah- SPM

1. Zaman Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad.


2. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam :

· Waktu Pagi– Datuk Dolhi bermesyuarat dengan Raj Hussein pada pukul sepuluh pagi.

· Waktu Tengah Hari – Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengah hari.

· Waktu Petang – Datuk Dolhi member ceramah di Insitut Perdagangan Kebangsaan.

· Waktu Malam – Datuk Dolhi menghadiri Pertunjukan Busana Islam dengan isterinya.

Latar Masyarakat Novel Renyah- SPM


Latar Masyarakat

1. Msyarakat golongan usahawan

· Datuk Dolhi & Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan kaya.

2. Masyarakat yang bekerja untuk kerajaan

· Hasnol merupakan seorang contoh pekerja kerajaan yang berjawatan tinggi.

3. Masyakat yang tamak

· -Tengku Munir bersikap tamak sehingga sanggup merasuah Hasnol bagi meluluskan tender-tendernya.
· -Hasnol pun bersikap tamak sebab menerima rasuah Tengku Munir.
· -Albert Lee ingin menguasai syarikat Dolhi-Albert Holdings.

4. Masyarakat majmuk

· -Bangsa Melayu – Datuk Dolhi sekeluarga.


· -Bangsa Cina – Albert Lee sekeluarga.
· -Bangsa Jepun – Tunang Wahi, Yuka.

Nilai Murni Novel Renyah Tingkatan 4 SPM (2010)


1. Kerajinan 
Datuk Dolhi, Wahi dan Albert Lee merupakan antara watak-watak yang menunjukkan nilai kerajinan dalam
perniagaan. Mereka rajin bekerja, berfikir dan mampu membina empayar perniagaan hingga ke luar negara.
Mereka sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaan dan merebut peluang yang ada.

2. Kesabaran
Wahi tetap menjalankan tugasnya sebagai pegawai di syarikat Dolhi-Albert Holding walaupun mengetahui
bahawa dia adalah anak kandung Datuk Dolhi. Dia juga tidak menanya Datuk Dolhi statusnya sehinggalah
diberitahu oleh Datuk Dolhi semasa di Jepun.
3. Kasih sayang
Albert Lee amat menyayangi keluarganya. Walaupun sibuk bekerja, dia tetap meluangkan masa bersama
isteri dan anak-anaknya di rumah.

4. Menghormati
Wahi menghormati Datuk Dolhi sebagai ketua dan mematuhi serta melaksanakan segala arahan ataupun
tugasan yang diberi oleh Datuk Dolhi.

5. Ketabahan
Walaupun ditimpa pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya, Datuk Dolhi tetap tabah
menghadapinya.

Pengajaran Novel Renyah Tingkatan 4 SPM


1. Kita hendaklah memberikan perhatian dan didikan yang baik kepada anak-anak sejak mereka kecil.
Lima orang anak Datuk Dolhi tidak diberi perhatian secukupnya sejak kecil lagi kerana Datuk Dolhi sibuk
menguruskan syarikatnya manakala isterinya, Datin Tominah sentiasa keluar bersama datin-datin lain.

2. Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan sedaya-upaya.
Wahi diberi peluang menimba ilmu di Jepun selama empat tahun. Dia telah memanfaatkan ilmu itu dengan
mengaplikasikan ilmu yang diperoleh itu dalam Syarikat Dolhi-Albert Holding. Walaupun di Jepun, dia tetap
menyediakan dan menghantarkannya kepada Datuk Dolhi dari Jepun.

3. Kita perlu rajin membaca.


Datuk Dolhi rajin membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memantapkan idea ketika
memberikan ceramah.

4. Janganlah kita mencemarkan nama baik negara


Ilham menjadi buruan pihak berkuasa negara Malaysia kerana dia memburuk-burukkan negara berkaitan isu
pembalakan dan pelestarian alam sekitar.

5. Jangan melibatkan diri dalam gejala sosial.


Hasnol dan Dani ditahan polis kerana terlibat dalam menerima rasuah serta penyalahgunaan dadah.
Perbuatan mereka telah menyusahkan keluarga serta menjejaskan reputasi Datuk Dolhi dan syarikatnya.

Anda mungkin juga menyukai