Anda di halaman 1dari 22

Maria Montessori merupakan Pengasas Pendidikan Montessori.

PENGASAS : MARIA MONTESSORI


Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Itali yang menjadi doktor
perubatan dengan memperolehi ijazah kedoktoran berkaitan antropologi dan merupakan seorang
tokoh pendidikan di Rom yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Beliau
membentuk kaedah pendidikan yang menggunakan namanya berterusan sehingga kini di
sekolah-sekolah seluruh dunia. Minatnya pada pendidikan timbul apabila beliau bertugas
mengendalikan kanak-kanak cacat. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak
cacat di Rom. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama dua tahun bersama rakan-
rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak
terencat akal. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak
belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran
dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan
menggunakan deria dengan cekap. Kini pendidikan Montessori menjadi minat seluruh dunia.

SEJARAH MARIA MONTESSORI

Maria Montessori (31 Ogos 1870 – 6 Mei 1952) merupakan seorang pendidik berbangsa
Itali, saintis, pakar perubatan, ahli falsafah, penyokong gerakan kewanitaan (feminist), dan
seorang humanis, serta merupakan pendidik kanak-kanak yang terawal telah dicalonkan untuk
menerima Hadian Nobel Keamanan.

Beliau telah dilahrikan di Chiaravalle Ancona, Itali. Maria merupakan siswazah wanita
pertama yang menerima ijazah dari Sekolah Perubatan di Universiti Rom. Beliau merupakan ahli
kepada Klinik Psikiatrik Universiti dan serta tertarik untuk mengajar orang-orang terencat akal
dan tidak mampu belajar (uneducable) di Rom. Beliau telah membuka sekolah pertamanya
dalam projek perumahan di Rom iaitu pada 6 Januari 1907.

Maria Montessori meninggal dunia di Belanda pada tahun 1952 iaitu selepas
mengabdikan diri sepanjang hayat untuk belajar mengenai perkembangan kanak-kanak.

1
Penglibatan kerja awal beliau tertumpu kepada hak-hak wanita dan reformasi sosial serta
merangkumi pembaharuan pendekatan menyeluruh keatas pendidikan.

Kejayaan beliau di Itali telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan untuk selama 40
tahun beliau mengembara ke serata dunia untuk memberi kuliah, penulisan dan penguruskan
program latihan. Pada tahun yang kemudiannya, ‘Pendidikan untuk Keamanan’ telah menjadi
prinsip petunjuk, kepada kerja-kerja beliau.

Dalam persidangan di Rom pada 7 Januari 2007 telah menandakan bermulanya tahun
untuk meraikan kanak-kanak dan sekolah-sekolah di seluruh dunia. Pendekatan berinovasi Dr.
Maria Montessori ialah “Pendidikan seharusnya tidak lagi akan menjadi penyampaian
pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru iaitu mencari potensi yang terdapat kepada
seseorang manusia” dan serta diikuti seluruh dunia dipanggil sebagai “penemuan kepada seorang
kanak-kanak" serta telah menyedarkan manusia boleh mengharapkan kepada penyelesaian
kepada masalah-masalahnya iaitu dimana yang terpenting adalah keamanan dan bersatu. Iaitu
hanya dengan menukarkan perhatian dan tenaga kepada penemuan seorang kanak-kanak bagi
untuk membangunkan potensi yang tinggi dalam personaliti manusia di dalam pembentukan
halatuju tersebut.

Pada penerbitan hasil kajian di jurnal AS, Science (29 September 2006) menunjukkan
bahawa kanak-kanak Montessori telah menjadi bertambah baik dari segi tingkah laku dan
kemahiran akademik di Montessori Children berbanding kumpulan kawalan dari sistem aliran
utama. Pengarang telah membuat kesimpulan iaitu "apabila dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
iaitu pendidikan Montessori menggalakkan kemahiran sosial dan akademik yang sama atau lebih
baik daripada yang telah digalakkan dari kawasan atau sekolah berlainan."

Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telah
dipraktikkan dengan jayanya terhadap kanak-kanak dan sangat popular di kebanyakkan tempat di
serata dunia. Walaupun banyak kritikan daripada kaedah beliau pada peringkat tahun awal
1930an dan 1940an tetapi kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan serta mendapat galakan
dan sokongan di serata dunia. Kaedah beliau kini boleh ditemui di enam buah benua dan seluruh
Amerika Syarikat.

2
Pada akhir tahun 1907, Montessori telah menubuhkan 'Casa dei Bambini' atau Rumah
Kanak-kanak yang pertama, di Rom. Pada tahun 1913, terdapat sokongan yang kuat terhadap
kaedah beliau di Amerika Utara, tetapi selepas kaedah itu tidak mendapat sambutan yang
menggalakan, salah seorang rakyat Amerika iaitu Nancy McCormick Rambusch telah
mengembalikan kaedah ini di Amerika dengan menubuhkan Persatuan Montessori Amerika pada
tahun 1960. Montessori telah dibuang negeri oleh Mussolini kerana beliau telah enggan untuk
berkompromi dalam pendiriannya dan menjadikan kanak-kanak sebagai tentera. Beliau
berpindah ke Sepanyol dan menetap di sana sehingga tahun 1936. Apabila Perang Saudara
Sepanyol meletus, selepas itu beliau pula berpindah ke Belanda sehingga tahun 1939. Di dalam
persidangan guru-guru di India, beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa dan tinggal disana
selama tempoh peperangan. Montessori menghabiskan hidup beliau di Belanda, yang menjadi
ibu pejabat kepada AMI dan dikenali sebagai Association Montessori Internationale. Beliau
meninggal dunia di Noordwijk-on-sea, Holland pada tarikh 6 Mei 1952. Anak lelaki beliau iaitu
Mario mengetuai American Montessori International sehinggalah beliau meninggal dunia pada
tahun 1982.

Maria Montessori merupakan Pengasas Pendidikan Montessori.

3
KURIKULUM MARIA MONTESSORI
Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak mestilah menghormati kanak-kanak
dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan
adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk
menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi
dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-


kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut:

a) Minda yang Mudah Menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang


diterima melalui deria mereka iaitu sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep
tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya itu
dan serta menyusun pengalamannya daripada sewaktu kelahiran lagi. Contohnya, mereka
berpengalaman melihat pelbagai jenis dan bentuk bola semasa proses membesar. Apabila
mereka bersedia mempelajari konsep ‘bola,’ hal ini dapat membantu kanak-kanak
tersebut memahami bahawa konsep ‘bola’ itu tidak terhad pada bola yang tertentu sahaja.

b) Persekitaran yang Tersedia

Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang


lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan
pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Bagi tujuan ini, bahan
pembelajaran perlu dipilih dan disusun dengan penuh teliti supaya kanak-kanak tertarik
menerokai serta menggunakannya mengikut minat serta keperluan perkembangan
mereka. Contohnya, meja dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak yang masih
kecil serta selesa untuk digunakan oleh mereka. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara-
cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.
4
Misalnya, apabila seseorang kanak-kanak menunjukkan kesediaannya dengan menanya
soalan ataupun memerhatikannya.

c) Didikan Diri

Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui


aktiviti yang sesuai. Apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai
bahan pembelajaran yang menarik, kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan
mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu

mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar apabila perlu mengajar
kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam
pemilihan bahan dan aktiviti. Misalnya, terdapat satu set bahan untuk setiap prosedur
pembelajaran iaitu contohnya, set tumbuhan. Bahan pembelajaran Montessori biasanya
berbentuk ‘betul diri’ atau dikenali sebagai ‘Self-Correcting’ iaitu kanak-kanak
dikehendaki meniru dan mengulang apa yang mereka pernah perhatikan. Sekiranya cara
mereka menggunkannya tidak mengikut prosedur maka mereka akan mendapat maklum
balas secara langsung melalui hasil mereka dalam aktiviti tersebut. Contohnya, seperti
guru menggunakan bongkah yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna. Kanak-
kanak mengatur serta menyusun bongkah tersebut mengikut warna dan menamakan
warna itu serta memberikan beberapa bongkah yang sama warna seperti yang
dikehendaki oleh guru.

d) Bahan Pembelajaran

Guru hanya menunjukkan cara belajar yang “betul” bagaimana menggunakan bahan
tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan
sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi
memajukan diri kanak-kanak daripada segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati
dan meneliti, kesedaran berkenaan susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan,
kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal, konsep Matematik, kemahiran bahasa,

5
kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan seni kreatif, pemahaman berkenaan
alam semulajadi, pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial serta pengalaman
menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan
sesuatu masalah. Kemajuan diri lebih penting berbanding fakta yang dipelajari untuk
kemajuan intelektual. Montessori juga mengesyorkan kurikulum yang menggalakkan
perkembangan fizikal melalui permainan luar dan permainan berbentuk ritma.
Perkembangan sosial melalui perbincangan mengenai tingkah laku sangat sesuai ketika
kanak-kanak sedang bermain serta menghormati keperluan rakan sebaya. Perkembangan
intelektual melalui aktiviti menyusun dan mengumpul. Konsep melalui perbendaharaan
kata. Maklumat berkaitan sains dan matematik serta literasi iaitu mengenali huruf serta
abjad dan perkataan.

Terdapat 4 Jenis Bahan Pembelajaran Montessori iaitu:

 Bahan untuk Latihan Dalam Kemahiran Hidup

Jagaan dari segi fizikal diri dan persekitaran yang membina kemahiran diri serta
membentuk kawalan dalaman, sikap berdikari dan penghargaan kendiri melalui
aktiviti yang tersusun dengan lengkap.

 Bahan Sensori

Menggalakkan penghalusan penggunaan alat deria bagi meningkatkan kecerdasan


kanak-kanak melalui aktiviti menyusun dan mengumpul. Contohnya, melalui
aktiviti membezakan pelbagai jenis kain.

 Bahan Akademik

Bahan akademik iaitu seperti mempelbagaikan bahan abjad yang mudah alih bagi
menggalakkan kanak-kanak mengenal huruf dan membentukkan perkataan.

6
 Bahan Seni dan Budaya

Membantu kanak-kanak menghayati muzik, ritma, lagu dan irama serta


mempelajari pengawalan pergerakkan badan dalam aktiviti menari serta mereka
juga diajar menggunakan alat muzik dan bahan lukisan.

e) Tempoh Sensitif

Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan
dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan serta
sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

ALAT BANTU MENGAJAR


Menara Merah Jambu ( Pink Tower )

 Satu set susunan serasi iaitu menyusun daripada susunan yang besar kepada yang kecil
ataupun yang sebaliknya. Cara menyusunnya ialah saiz kiub yang paling besar terletak di
bahagian bawah manakala yang bersaiz paling kecil terletak dibahagian atas. Apabila
kanak-kanak tidak mengikuti salah satu prosedur pengunaan alat Menara Merah Jambu
( Pink Tower ) ini, salah satu kiub ataupun lebih akan tertinggal ataupun tidak tersusun
mengikut saiz ataupun warna yang sesuai. Selagi kanak-kanak belum mahir menguasai
kemahiran menyusun, mereka akan terus mencubanya sehingga mahir dan
berjaya.Sesudah berjaya, mereka boleh dibenarkan menggunakan bahan yang lain supaya

7
mereka dapat mengukuhkan lagi kemahiran baru ini dan secara tidak langsung
menggalakkan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis.

Bongkah ( Block )
 Guru menyediakan serta menggunakan Bongkah ( Block ) yang terdiri daripada pelbagai
saiz bentuk dan warna. Kanak-kanak mengatur serta menyusun bongkah tersebut
mengikut susunan warna dan menamakan warna bongkah itu serta memberikan beberapa
bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki oleh guru. Selagi kanak-kanak
belum mahir menguasai kemahiran menyusun mengikut susunan warna yang
dikehendaki, mereka akan terus mencubanya sehingga mahir dan berjaya.Sesudah
berjaya, mereka boleh dibenarkan menggunakan bahan yang lain supaya mereka dapat
mengukuhkan lagi kemahiran baru ini dan secara tidak langsung menggalakkan
kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis.

GAMBAR-GAMBAR BAHAN PENGAJARAN MONTESSORI

8
 Gambar menunjukkan kanak-kanak sedang menyusun bongkah-bongkah
mengikut saiz bentuk dan warna.

 Gambar menunjukkan hasil kreativiti anyaman yang dilakukan oleh kanak-


kanak.

9
 Gambar menunjukkan permainan alat timbang yang dihasilkan mengikut
susunan bentuk dan warna oleh kanak-kanak.

 Gambar menunjukkan kreativiti penghasilan manik-manik yang dilakukan


oleh kanak-kanak.

 Gambar menunjukkan permainan papan nombor mudah alih yang dipelajari


serta digunakan oleh kanak-kanak di tadika Montessori.

10
SUASANA PEMBELAJARAN KANAK-KANAK MENGGUNAKAN
BAHAN PENGAJARAN MONTESSORI

Kanak-kanak berkerjasama melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan


pengajaran Montessori iaitu bongkah silinder ( Cylinder Block ).

Kanak-kanak sedang melakukan aktiviti menggilap pasu bunga.

11
LATIHAN GURU
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

 Perancangan pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu para guru berasa bersedia
dan terkawal berkenaan arah perjalanan di dalam kelas. Selain itu juga, perancangan ini
dapat meningkatkan pengurusan kelas serta dapat membantu para pendidik memenuhi
keperluan individu dan mengurangkan tekanan dalam pengajaran.

Susunan Aktiviti Harian

 Perlu mengikut kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid.

 Kesepaduan kompenan pengajaran dan pembelajaran secara seimbang.

 Keseimbangan aktiviti di dalam dan di luar kelas.

 Keseimbangan aktiviti kelas iaitu dari segi kumpulan belajar bersama rakan dan individu.

Rutin Harian

 Rutin harian bermaksud aktiviti ataupun aturan yang biasa dilakukan oleh guru dan murid
pada setiap hari mengikut sistem yang telah ditentukan.

 Contohnya aktiviti yang biasa dilakukan di kelas ialah, guru menyambut murid ataupun
murid bersama murid dengan penuh mesra, murid menyusun kasut dan beg, guru
merekodkan kedatangan murid di kelas, memeriksa kebersihan murid, mengadakan
perhimpunan pada setiap awal minggu serta mematuhi peraturan di dalam dan di luar
kelas.

Perbualan Pagi

 Mengenai peraturan bilik darjah.

 Mengenai aktiviti seterusnya di tadika.

12
 Mewujudkan suasana kesediaan murid.

 Menggerakkan hubungan interaksi antara guru dan juga murid.

 Berkongsi pengalaman serta bahan antara murid dengan guru dan murid dan murid.

Aktiviti Semasa di Kelas

 Memberi penerangan serta memberikan maklumat berkaitan pelajaran.

 Mengadakan aktiviti bercerita bersama murid-murid.

 Mengadakan aktiviti fizikal.

 Mengadakan lawatan sambil belajar di sekitar sekolah.

Aktiviti di Dalam Kumpulan

 Membahagikan kanak-kanak kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi menjalankan serta


melakukan pelbagai aktiviti secara serentak.

 Menukarkan kumpulan kanak-kanak mengikut tempoh masa ataupun mengekalkan


aktiviti tersebut.

Aktiviti Secara Individu

 Merupakan aktiviti pembelajaran secara perseorangan.

 Guru hendaklah memantau serta memberikan perhatian secara individu bagi tujuan
pemulihan ataupun pengukuhan murid.

Aktiviti Semasa Rehat

 Mengajarkan serta menyuruh murid-murid mengosok gigi.

13
 Aktiviti bebas seperti murid bebas untuk bermain serta makan semasa rehat.

 Menyuruh serta mengajarkan murid-murid mengemas selepas makan.

 Membaca doa sebelum dan selepas makan.

Aktiviti Penamat

 Menyuruh murid-murid mengemaskan kelas dengan segala peralatan perlu disimpankan


di rak-rak yang telah disediakan.

 Semua murid dikehendaki duduk di dalam bulatan ataupun barisan dan guru akan
memberikan pesanan mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan di rumah ataupun
bahan-bahan serta peralatan yang perlu dibawa untuk keesokkan harinya.

Selain itu, latihan mengajar juga membolehkan para guru menguasai kaedah pengajaran
dan pembelajaran dengan mengamalkan segala konsep serta prinsip kemahiran dan nilai
yang diperlukan oleh guru professional. Latihan mengajar juga dapat membantu
memperkembangkan potensi para guru supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam
menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

 Memupuk sikap yang positif dengan meningkatkan daya ketahanan diri serta
mengamalkan nilai-nilai professional perguruan.

 Membina sahsiah yang sesuai dengan profesion perguruan.

 Membina daya yang sesuai iaitu dari segi daya ketahanan diri serta daya saing dan

daya cipta.

 Meningkatkan kemahiran memerhati melalui keprihatinan dan kepekaan kepada murid.

 Boleh menyesuaikan diri dengan budaya di sekolah.

14
 Menyepadukan kaedah teori serta amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Mestilah mahir menguasai strategi kaedah pengajaran dengan betul.

 Memberi bimbingan kepada murid secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek
pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.

 Mengenal pasti serta menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran


dengan seterusnya memperkembangkan potensi sebagai seorang guru.

 Membuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek yang meliputi tugas sebagai
seorang guru.

PERANAN GURU
Keperluan Fisiologi
 Memastikan makanan yang telah disediakan berkeadaan bersih dan seimbang.

Keperluan Keselamatan

15
 Memastikan kemudahan fizikal dan suasana di sekitar bilik darjah dalam keadaan
kondusif serta selesa, teratur dan sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

 Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alatan pembelajaran yang tersusun serta


sesuai bagi kanak-kanak.

Keperluan Kasih Sayang


 Mewujudkan perasaan ingin dimiliki di dalam kelas dengan mengingatkan nama pelajar.

 Mewujudkan suasana yang ceria dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada
murid.

Keperluan Kendiri
 Menyakinkan kebolehan murid dan jangan sesekali bangkitkan kelemahan murid dengan
menyembunyikan kebenaran kepada murid.

 Menyedari keunikan yang ada pada diri setiap individu.

 Tugasan hendaklah selaras dengan kebolehan murid serta memberikan maklum balas
secara individu dengan tepat dan spesifik.

 Penilaian yang baik membantu dalam mengenal pasti kekuatan dan keperluan
kesempurnaan diri serta mengetahui dengan memahami status keperluan estetik.

 Menyediakan peluang bagi pelajar mencapai sesuatu mengikut keperluan potensi mereka.

 Menerima hakikat yang pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh sebab
itu, guru haruslah perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

 Melayani keperluan estetik pada setiap murid.

 Peranan guru hanya membantu kanak-kanak bukan memaksa ataupun menentu arah
pembelajaran mereka.

 Saling bekerjasama antara guru dan murid-murid.

16
PENILAIAN
Pendidikan kanak-kanak adalah sangat penting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial,
dan perkembangan pemikiran kanak-kanak.. Semasa belajar di tadika kanak-kanak memperoleh
asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif,
emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi
penekanan oleh guru bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak
sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di kelas. Penilaian ialah proses mengumpul maklumat
dan mengesan kemajuan kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan
kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang
seterusnya. Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran
dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses
pembelajaran.
Guru hendaklah menilai kanak-kanak dari semasa ke semasa. Setiap pengajaran yang
disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya supaya guru dapat mengumpul maklumat
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam
berbagai aktiviti dan perkembangan sikap mereka kerana pengalaman pembelajaran di
prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.

Penilaian dalam Mengenal Pasti Kemajuan Kanak-kanak

Konsep Penilaian
 Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian
murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan
membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat
tindakan susulan.
 Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak
dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu
proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini
dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap

17
perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses
pembelajaran.

 Penilaian juga dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat mengenai
sesuatu perkara.

Kaedah Penilaian
 Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara
sistematik, jelas dan tepat. Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah
laku, perbualan atau interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab kadar penerimaan dan
kefahaman sesuatu konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka penilaian sangat
sesuai dilakukan secara individu.

Waktu Penilaian
 Setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai.
Penilaian ke atas kanak-kanak hendaklah dijalankan serta dilakukan sepanjang masa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara berkala masa ataupun
mengikut kekerapan yang perlu.
 Hal ini bersesuaian kerana penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti
bermula daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang
dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi suatu gambaran
berkenaan penguasaan kanak-kanak. Melalui proses penilaian yang dijalankan, guru
dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa. Justeru itu, waktu penilaian ke
atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan tiada had masa tertentu.

18
Penilaian melalui Pemerhatian
 Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan
perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang
sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau
merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa
yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah
laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.
 Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh memerhatikan dan
menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-
rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti
pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut,
menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya.
 Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah
semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara
murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-
jawab, semasa aktiviti nyanyian dan sebagainya. Pemerhatian ke atas kanak-kanak
hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.
 Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan
dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep,
dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid
dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang dikumpulkan dalam portfolio
murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil,
dan model, video kanak-kanak serta gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani
aktviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

19
Penilaian Semasa Kanak-Kanak Bermain
 Bermain ialah apa sahaja kegiatan yang boleh memberikan kegembiraan dan kepuasan
kepada kanak-kanak. Bermain bukanlah satu kegiatan yang dipaksa tetapi merupakan
fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses mereka berkembang. Bagi kanak-kanak,
bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti
bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya.
 Dalam konteks pendidikan, bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang dan
berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal,
menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan
bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka
bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk
melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.
 Kebanyakkan tokoh ahli psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain
kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan adalah
pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar
melalui bermain.
 Terdapat pelbagai jenis permianan yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ketika di kelas, antaranya ialah Permaianan melaui Sosial ( Social Play )
dan Permaianan secara Kognitif ( Cognitive Play ). Guru haruslah peka dan memahami
pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh dan seimbang dari aspek kognitif, fizikal, sosial, bahasa, kreativiti serta
emosi.

20
RUMUSAN

Hasil rumusan daripada kaedah kokurikulum pendidikan Montessori ini menunjukkan


bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diamalkan serta digunakan oleh para guru
untuk membentuk sahsiah, kemahiran sosial, perkembangan kognitif dan afektif kepada kanak-
kanak. Rumusan ini juga menunjukkan bahawa para guru perlu peka terhadap perkembangan diri
kanak-kanak untuk perkembangan yang kognitif, afektif , sosial dan emosi bagi membolehkan
para guru merancang serta memilih strategi pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih
berkesan dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran kanak-kanak tersebut. Oleh kerana
peranan amalan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengukuhkan kemahiran
serta menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak sangat penting, maka rumusan ini
memfokuskan kepada pemerhatian pengajaran dan pembelajaran para guru untuk melihat
pendekatan-pendekatan yang perlu dijadikan amalan mereka dalam mendidik kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran ini, perlunya pemantauan yang
berkesan daripada guru besar, para pegawai dari Jabatan Pendidikan Daerah dan Jabatan
Pendidikan Negeri, serta pegawai-pegawai lain yang terlibat sama bagi meninjau perlaksanaan
kaedah pembelajaran ini.Guru besar perlu meluangkan masa memantau kaedah pengajaran serta
pembelajaran bersama guru-guru iaitu pentingnya melaksanakan pendekatan pembelajaran yang
bersepadu ini sama ada belajar melalui bermain perlu dilaksanakan di semua prasekolah ataupun
di tadika-tadika.

21
RUJUKAN

INTERNET / WEBSITE :

 URL : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maria_Montessori

 URL : http://www.montessori-edu.org/maria/index.html

BUKU / MAJALAH :

 Rohaya Hj. Yahya ( 1996 ). Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan & Distributors
Sdn.Bhd.

 Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2003 ).Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2003). Pendidikan Prasekolah :

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

 Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon & Mohd Sharani bin Ahmad. Panduan
Kurikulum Prasekolah : PTS Professional.

 Saayah Abu. Menjadi Guru Tadika : PTS Professional

22