1.Latarbelakang
Dalam menyampaikan ilmu kepada orang awam dan khawas, kaum Sufi tidak
hanya menghafal ilmu dan menyodorkan semula ilmu itu kepada masyarakat
, tetapi dapat menyerap roh ilmu dan apabila menyampaikannya mereka
dapat menghantar manusia yang belajar dengan mereka ke makam mereka
masing-masing. Berapa banyak tabi’in yang mengajar di masjid-masjid pada
zaman kekhalifahan Saidina Ali kar. diberhentikan dan ditegah mengajar ilmu
agama oleh beliau ( lihat riwayat ini dalam Qutul Qulub oleh Abu Talib Makki)
– hanya beberapa tabiin sahaja yang dibenarkan meneruskan pengajaran
mereka contohnya Imam Hasan Basri rah. Ini adalah diatas kehendak Allah
s.w.t seperti dalam ayat 24 surah Al Hajj:
Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan diberi
petunjuk pula kepada jalan Allah yang terpuji.
Banyak yang mencari dan mengajarkan ilmu tetapi tidak mendapat faedah
dari ilmu itu kerena tidak dapat mengamalkannya- dalam erti lain tidak
bersiap-siap menerima rahmat Allah melalui jalan amal salih , seperti yang
disebut dalam al-Quran 53:39 :
Kaum sufi sentiasa bersama Allah kerana mereka tidak pernah meninggalkan
zikir pada setiap detik (dipanggil zikir nafas) – inilah sebenar-benar “zikran
kathira”. Kehendak Allah sentiasa mendahului kehendak dan cita-cita
makhluk , oleh itu biasanya bukti bahawa seseorang itu akan dapat
beristiqomah dan diterima oleh Allah ialah si salik itu mendapat hadiah
tongkat atau khirqah samada dari gurunya atau dari para nabi atau wali
qutub , samada secara zahir atau batin (melalui mimpi). Kata “istiqomah” itu
dihuraikan dalam Al-Quran dalam suku kata seperti “ aqimis solah , aqimud
din ,aqimu wujuhakum” dan sebagainya. Selain daripada sentiasa
menyucikan diri dengan pelbagai laku mahmudah , mereka sangat berhati-
hati daripada terjerumus kepada perbuatan mazmumah sebab
keterjerumusan itu berlaku secara perlahan-lahan dalam bentuk “langkah-
langkah syaitan” ( khutuwatis syaitan , lihat Al An’am ayat 142). Mereka juga
memahami dan mengenali hakikat sebenar penampilan (suwar) : contohnya
penampilan Al-Quran sebagai pemuda yang tampan ,solat Jumaat sebagai
seorang pengantin dan sebagainya. Imam Al Ghazali ada menyebutkan
dalam Rasail ke-9 :
Seorang hamba tidak akan sampai ke surga , kecuali setelah melewati titian
as-shirath. Kita tidak dapat berjalan di atasnya , kecuali seperti kita berjalan
diatas jalan maknawi di dunia ini.
Renungkanlah !
Ibnu Arabi rah. dalam sebuah suratnya kepada Imam Fakhruddin al-Razi
(dipetik dari Jawahir al Maani):
Ketahuilah saudaraku, hanya dua bentuk ilmu yang akan mengikuti manusia
ke akhirat. Pertama , ilmu tentang Allah s.w.t. Kedua, ilmu tentang tempat-
tempat (mawatin) di Hari Akhirat agar seseorang itu tidak gagal untuk
mengenalpasti tajalliyat di sana sehingga dia tidak berkata “ Aku berlindung
dengan Allah daripada mu” apabila al-Haqq menunjukkan DiriNya kepada
manusia ketika itu.
Zikir adalah dengan lisan dan kalbu. Zikir lisan adalah untuk menghasilkan
zikir kalbu. Zikir kalbu adalah untuk memperolehi muraqabah. Seterusnya
muraqabah membawa kepada musyahadah. Ini adalah disebabkan pada
peringkat muraqabah teguhlah keEsaan Allah dalam kalbunya dan dengan itu
mudahlah melestarikan ibadah kepadaNya. Pada peringkat musyahadah
tersingkaplah melalui pandangan batinnya bahawa cahaya kewujudan
Keesaan Allah itu meliputi segala sesuatu dan oleh itu nampaklah sifat-sifat
dan nama-nama Allah dalam segala ciptaanNya. Maka dia akan sentiasa
menyaksikan cahaya Rububiyyah dan tersingkap kepadanya rahsia-rahsia
keMahatunggalan Allah s.w.t itu.
Sabda Rasulullah s.a.w “ Aku tinggalkan untuk kalian dua pemberi nasihat,
yaitu yang berbicara dan yang diam”. Yang berbicara itu adalah Al-Quran dan
yang diam itu adalah kematian. Orang Sufi dapat “menghidupkan” suruhan
ini dengan melaksanakan zikir berterusan dalam dua cara iaitu secara lisan
atau secara dalaman (dalam hati) dan sekaligus melaksanakan “kematian”
dengan berada dalam keadaan fana’ atau fana’ baqa’ billah ketika
melaksanakan solat dan lain-lain ibadat .
Mereka yang sudah mengenal diri akan dapat melakukan apa yang Saidina
Ali kar dapat melalui. Kata beliau:
4. Penutup