Anda di halaman 1dari 4

Solat Dhuha – Murahkan

rezeki, menolak kepapaan


Wednesday, July 21st, 2010 | Author:
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi
amalan Rasullullah SAW sendiri ialah sembahyang
sunat Dhuha.Banyak hadis-hadis yang
mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya,
antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat
kepadaku tiga perkara, aku tidak
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur
melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya
aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang
Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan
berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Dalam riwayat yang
lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang
maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas
tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu
bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap
takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu
sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang
demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat
sembahyang Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari
dan Muslim)Adapun kelebihan sembahyang Dhuha
itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda
Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat
Dhuha menarik rezeki dan menolak
kepapaan.”Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa
yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya
diampuni Allah baginya aku segala dosanya
walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu
Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu


berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata:
“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang
sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah
baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat
Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari


sampai se-penggalah dan berakhir di waktu
matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan
sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti


sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu
dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan
empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.
Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak
terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi
jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah
bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang
Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa
yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad,
Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda


bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan
sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat
tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak
lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa
yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat
ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka
beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya
sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada
hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan
sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya
daripada orang-orang yang selalu berbuat taat,
barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua
belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai
didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam
melainkan Allah mempunyai pemberian dan
sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak
mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-
hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk
supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-
Thabarani ).

Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja,


dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas
itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan
berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah
mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa
perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus
mengerjakan sembahyang Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : ” Sahaja


aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana
Allah Taala “

Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti


berikut:
Cara1 Cara2 Cara3
Rakaat 1 Al-Syamsy Al Dhuha Al-Kursi 7X
Rakaat 2 Al-Laiil An Nasr Al-Iklas 11X
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu


DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu
kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan
perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika
rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika
ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar
mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka
sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat
waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan
dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-
hamba Mu yang saleh .”

Anda mungkin juga menyukai