Anda di halaman 1dari 23

BBD 18002

(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)


Prof. Madya DR. Mohd Yusof
1.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN
NEGARA
Sistem pendidikan di Malaysia umumnya boleh dibahagikan kepada
i. Sistem pendidikan sebelum kedatangan British (1400 - 1786)
ii. Sistem pendidikan semasa penjajahan British (bermula dari Francis Light membuka P.Pinang
1786- mula Perang Dunia kedua)
iii. Sistem pendidikan bermula dari pembentukan Malayan Union 1946-Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan 1957)
iv. Sistem pendidikan awal kemerdekaan dari tempoh selepas merdeka pembentukan Malaysia
1963.

1.1 Sistem Pendidikan Era Masyarakat

Arah Tradisional
 Sistem Pendidikan sebelum kedatangan British (1400-1786)
 Sistem Pendidikan ini adalah Sistem Pendidikan Orang Melayu.
 Berlandaskan kepada pelajaran daripada kitab suci al-Quran.
 Kanak-kanak mengaji ayat Quran diajar oleh imam di surau / masjid.
 Ada juga yang mengkaji ayat al-Quran di pondok sebagai bilik darjah. Gurunya adalah ulama / kiai.
~Imam – ketua ugama
~Ulama / kiai – orang yang berilm

Wilkinson 1957
 Murid belajar perkataan-perkataan Arab.
 Sudah menguasai - menghafaz huruf abjad Arab.
 Membaca doa dan teks Arab
 3 pelajaran 1hari , 1 pelajaran 1 jam
 Pelajaran selepas waktu subuh
 Kedua selepas sembahyang Zohor
 Ketiga – selepas subuh
 Masa lain, menolong guru menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun @ sawah secara tidak
langsung belajar kemahiran yang dikehendaki supaya dapat menjalankan kerja dalam kehidupan
harian mereka.
 Tidak menerima sebarang gaji.
~Umumnya aktiviti pendidikan era ini mencakupi
 Membaca / mengkaji al-Quran, huruf abjad Arab
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 Membaca dan menghafaz doa
 Mempelajari prinsip-prinsip agama islam
 Belajar sedikit BM selepas menguasai dan menghafaz ayat Quran
 Pendidikan dikategorikan sebagai pendidikan tak formal; kurikulum terhad kepada teks al-Quran.
 Kaedah pengajaran hafazan dan kurang memahami apa yang dipelajari
 Wujudnya system pendidikan ini, berkait rapat dengan system politik, ekonomi dan sosial pada masa
itu.
- Organisasi Melayu kurang kompleks, pekerjaan petani, nelayan
- Tidak hadapi masalah untuk cari makan kerana tanah tempat tinggal subur dan laut banyak ikan.
- Organisasi politik mengikut system keturunan raja. Jarang berlaku rebutan kuasa, maka
pemerintahan jadi stabil.
 Oleh itu tidak perlu banyak ilmu dan kemahiran untuk hadapi cabaran hidup. Ilmu yang perlu ialah
ilmu agama untuk diterima hormat dalam masyarakat Melayu.
 Maka pelajaran agama Islam adalah pendidikan asas dalam pendidikan tradisional Islam 1416, unsur
Islam meresapi dalam amalan hidup orang Melayu.
 Di antara kurun ke-15 hingga ke-17 pendidikan agama Islam telah ada di surau atau di masjid di
kampung orang Melayu. Guru biasanya adalah Tok Imam.
 Pendidikan Islam bertambah maju apabila alim ulama seperti Sharif Muhamad, Syekh Daud bin
Abdullah dia Syekh Abdul Kadir dari Timur Tengah dating ke Tanah Melayu kurun ke-18,
memantapkan al-Quran dan Hadis.

Sistem Sekolah Pondok


 Diperkenalkan oleh mereka kurun ke-19 di negeri-negeri Tanah Melayu (Terengganu, Kelatan dan
Kedah)
 Tujuan mendidikan pendudukan memahami hukum agama dan cara beribadat.
 Institusi pendidikan berasrama, lebih kemas dan maju daripada system pendidikan di surau / masjid
 Didirikan oleh pendudukan kampung secara bergotong-royong diuruskan oleh alim ulama secara
sukarela.
 Mata pelajaran yang diajar Tauhid , Tafsir , Fiqh , Hadis, Nahu Saraf , Tasauf , doa-doa Jawi dan
Bahasa Arab.
 Bahasa pengantar Bahasa Melayu
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 Tiada tempoh pengajian walaupun melebihi 10 tahun.
 Terdapat 2 jenis sekolah pondok; sepenuh masa untuk kanak-kanak dan sekolah yang dibuka pada
hujung minggu untuk orang dewasa.

Sistem Madrasah
 Diperkenalkan pada awal kurun ke-20 oleh alim ulama kaum muda.
 Sekolah agama modem dan lebih maju daripada sekolah pondok.
 Sukatan pelajaran bersifat keduniaan dan akhirat boleh menandingi Sekolah Vernikular Melayu yang
didirikan oleh penjajah British pada kurun ke-19.
 Boleh mengandingi sekolah Vernikular Melayu yang didirikan oleh penjajah British pada kurun-19.

1.2 Era penjajahan, era kemerdekaan


 Sistem Pendidikan daripada 1786 – 1956
 Ia adalah system dan stuktur pendidikan penjajahan British (1786 – 1956)
 Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu 1942-1945, semua sekolah ditutup kecuali beberapa
sekolah untuk mengajar Bahasa Jepun.
 Oleh itu system pendidikan era penjajahan British di bahagi kepada dua tempoh;
i Sistem pendidikan sebelum perang Dunia II
ii Sistem pendidikan selepas perang Dunia II hingga merdeka.

Sistem Pendidikan sebelum Perang Dunia II(1786 – 1941)


 Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786 – 1941)
 Awal kedatangan Inggeris bertujuan rebut kekayaan seperti bijih timah dan getah inggeris cuba
bekalkan sistem pendidikan era tradisional.
 Sistem Sekolah Vernakular diperkenal mula pertengahan kurun ke-19 apabila kerajaan British mula
ambil perhatian pendidikan di Negeri-negeri Selat ( Melaka, Pulau Pinang dan Singapura)
 Langkah pertama Gabenor Jeneral di India pada 1854 mengarahkan Blundell, Gabnor Negeri-negeri
Selat sediakan laporan Sistem Pendidikan Negeri-negeri Selat serta beri cadangan untuk beri
pendidikan kepada rakyat pemerintah British.
 Beliau cadangan ditubuh Sekolah Vernakular Melayu Negeri Selat dengan bantuan British.
 Usaha pertama: 1856 dengan bantuan kewangan DYMM
 Temenggung Johor dan Gabnor Blundell, 2 Sekolah Vernakular Melayu ditubuh di Singapura (Teluk
Belanga dan kampung Gelam)
 1858 – 1863 beberapa Sekolah didirikan di Pulau Pinang dan Melaka.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 Namum penubuhannya tidak dapat sambutan yang menggalakkan
 Ibu bapa sangsi faedah hantar anak ke sekolah ini yang tidak mengajar agama Islam.
 Sukar lepaskan anak yang boleh bekerja di rumah dan sawah.
 Tok guru dan ulama anggap Sekolah Vernakular Melayu ancam profesyen mereka.
 Untuk menarik lebih ramai murid ke Sekolah Vernakular Melayu A.M Skinner Pemangku Majistrate
seberang Prai cuba dirikan Sekolah Vernakular Melayu masukkan kelas Quran.
 Pelajaran waktu pagi adalah pelajaran BM pelajaran Quran di waktu petang.
 Kerajaan beri elaun untuk guru Bahasa Melayu ibu bapa bayar elaun guru agama.
 Sistem begini dapat sambutan baik daripada ibu bapa.
 Permulaan Sekolah Vernakular Melayu dibuka untuk murid lelaki sahaja kerana ibu bapa tentang
kuat hantar anak perempuan ke sekolah.
 Namun rancangan Skinner telah Berjaya dorong pemerintah British tubuh Sekolah Vernakular
Melayu untuk kanak-kanak perempuan.
 Sistem ini bukan saja Berjaya di seberang prai tapi juga di negeri lain terutama selepas skinner jadi
Nazir sekolah 1872.
 Hujung kurun ke-19 terdapat 189 Sekolah Vernakular Melayu perempuan di Negeri Selat 168 di
Negeri Bersekutuan (Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pahang), 34 di Kedah, 5 di Perlis, 8 di
Kelantan, 56 di Johor.
 Sekolah Vernakular Melayu perempuan perempuan pertama di Teluk Belanga, Singapura 1884.
 Lima tahun kemudian Sekolah Vernakular Melayu ditubuh di Pulau Pinang.
 Hujung kurun ke-19 ada 9 Sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Tak Bersekutuan agak
lambat. Di kedah Sekolah Vernakular Melayu pertama 1897. Mulanya untuk anak orang Besar.
Kelantan 1903, Perlis 1913 dan Terengganu 1915. Sejak awal kurun ke-20 Sekolah Vernakular
Melayu terus bertambah. Hingga tahun 1938 ada 1169 Sekolah Vernakular Melayu di Tahah
Melayu.

Mata-mata Pelajaran Sekolah Vernakular Melayu (SVM)


 Berubah dari masa ke semasa
 Atas cadanganSkinner kurn ke-19, di Sekolah Vernakular Melayu diajar mata pelajaran bacaan,
ejaan, menulis, ilmu HISAP, Latihan Jasmani dan ilmu alam
 Awal kurun ke-20, ditambah mp Pekebunan dan Anyaman
 Perubahan dari penekanan 3M kepada anyaman dan pekebunan untuk laksana cadangan Winstedt
dalam laporannya pada tahun 1917
 Sekolah Vernakular Melayu yang di dirikan dari petengahan kurun ke-19 hingga menjelang perang
dunia ke-2. Oleh kerajaan British terbatas hingga darjah 4 sahaja.
 Kebanyakan Sekolah Vernakular Melayu didirikan di desa.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 Murid-murid di Sekolah Vernakular Melayu hanya belajar menulis, membaca, mengira, kegiatan
pekebunan dan cara menganyam.
 Kurikulum Sek Melayu tidak berkembang lebih daripada darjah empat.
 Selepas darjah 4, segolongan kecil dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class
sebelum meneruskan pelajaran ke Sek Inggeris.

Bilangan sekolah di Negeri-negeri Tanah Melayu 1924,1931 dan 1938

Negeri Bilangan Sekolah


1 924 1 93 1 1 938
Negeri-negeri Selat
Singapura 21 25 27
P. Pinang 98 1 02 1 03
Melaka 88 87 89
Jumlah kecil 207 21 4 219
Negeri-negeri Bersekutu
Perak 238 274 282
Selangor 73 87 96
N. Sembilan 77 88 97
Pahang 54 85 94
Jumlah kecil 442 534 569
Negeri Tak Bersekutu
Johor 72 113 155
Kedah 67 88 111
Pelis 16 23 25
Kelantan 24 62 63
Terengganu 12 20 27

191 534 569


Jumlah 840 1 054 1169
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof

Jadual Waktu Sekolah Vernukular Melayu 1894

Darjah I Darjah II DarjahIII DarjahIV Masa

Menulis Menulis Ejaan Bacaan 7.00-7.30pg

Ejaan Menulis Menulis Mengarang 7.30-8.00pg

Ejaan Ejaan Mengarang Mengarang 8.00-8.30pg

Bacaan Bacaan Mengarang Ilmu Hisab 8.30-9.00pg

Ilmu Hisab Ilmu Hisab Latihan Jasmani 9.00-9.30pg

Ilmu Alam 9.45-10.30pg

Latihan Congkak 10.30-11.00pg

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina


 Orang Cina bertapak di Melaka pada pertengahan kurun ke-15.
 Mereka tidak mendirikan sekolah Cina kerana bilangan mereka tidak ramai dan datang bertujuan untuk
cari nafkah, tidak berniat jadi penduduk tetap.
 Sek Vernikular Cina pertama didirikan oleh Persatuan Mualigh London di Melaka 1815.
 1819 tiga buah didirikan di Singapora.
 Perkembangan sebenarnya mula dari tahun 1900 apabila Kang You Wei dan Liang Qi Chan menteri dan
pendidikan terkenal di China melarikan diri ke Tanah Melayu selepas reformasi mereka di China gagal.
 Semasa di Tanah Melayu mereka galakkan orang Cina terutama pemimpin tempatan dirikan sekolah
berdasarkan prinsip pendidikan baru ( pengajaran Confucius + sain barat)
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 Sekolah Vernikular Cina yang pertama berdasarkan sistem baru ini didirikan di KL 1900.
 Sebelum ini kurikulum SVC berdasarkan pelajaran klasik lama(hafaz klasik lama, kaligrafi dan ilmu
kira-kira guna abakus)
 Rumah/kuil sembahyang digunakan sebagai sekolah.
 Bahasa penghantar dialek tempatan.
 Kurikulum baru diperkenalkan di sekolah modem cina awal kurun ke-20.
 Selain pelajaran klasik lama murid diajar sejarah, ilmu alam, sains, moral, bahasa, ilmu hisab, lukisan,
menyayi dan latihan jasmani.
 Kebanyakan SVC berdasarkan sestem moden didirikan di tanah melayu selepas 1900:1904. Chang soo
leong, bekas muris Raffles Institution tubuh Sekolah Cina Yin Sin di Singapora: 1902 Chang si Shih,
timbalan kosul Negeri Cina tubuh Sek Chung Hwa Confucius di P.Pinang; 1906 Sek Confucius didirikan
di KL; 1907 Sek Yuk Choy didirikan di Ipoh
 1908 Sek perempuan pertama didirikan Sek. Kuen Cheng Di KL
 1911 saudagar Phua Choon Heang tubuh Sek perempuan Cina di Singapora.
 Kerajaan British libral terhadap penubuhan SVC
 Usaha bina SVC ditanggung sendiri orang Cina
 Kerajaan negeri hingga hujung kurun ke-19 hanya bina sebuah sek cina di selangor 1885.
 Mulai 1901 kerajaan Mancu dari Cina mula bantu wang kepada pendidikan Cina di Tanah Melayu
dangan harapan dapat sokongan dan taat setia.
 Apabila Republik Rakyat Cina ditubuh 1911, kerajaan Cina terus salurkan bantuan wang dan nasihat
pentadbiran SVC.
 Tujuan memperkenalkan ideologi Republik Rakyat Cina kepad Cina di Tanah Melayu.
 1914 dan 1915 wakil Kem Pelajaran Ciana dihantar ke Asia Tenggara untuk melawat Sek-sek Cina.
 Ekoran lawatan sebuah sek cina moden dibina di Nanking 1918 melatih guru untuk berkhidmat di sek
cina seberang laut.
 SVC terus berkembang di tanah melayu;1920 terdapat 313 SVC di Negeri-negeri Selat dan 181 di
Negeri-negeri Bersekutu.
 Pada 4 mei 1919 reformasi kebudayaan “ Pengerakan 4hb Mei” berlaku di China
 Reformasi bawa perubahan kepada sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu
 Antaranya SVC mula gunakan bahasa Mandrin (bahasa penghantar rasmi di negeri China)
 Buku teks ditulis semula dengan aspirasi satukan rakyat Cina di luar negara.
 Buku teks dihantar ke tanah melayu untuk murid tempatan
 Kebanyakan guru juga dihantar dari Cina
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 Penjajah British mula sedar SVC di tanah Melayu jadi tempat sebar ideologi kerajaan Cina, juga sebar
sentimen anti British.
 Maka 1920 diuluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu tujuan mengawal aktiviti subersif
di sek Cina.
 Kandungan Enakmen:
o Pengarah Pelajaran mempunayi kuasa menutuo sebarang sekolah yang tidak mengikut peraturan
mengenai kurikulum, pentadbiran dan keadaan kesihatan sekolah yang ditetapkan oleh pentadbiran
British.
o Semua guru dan pentadbirannya dikehendaki berdaftar dan diseliakan oleh Pengarah Pelajaran
o Sekolah-sekolah Cina yang didaftar dibawah Enakmen itu akan diberi bantuan kewangan oleh
kerajaan.
 Winstedt, pengarah pelajaran, kenakan syarat tambahan; sek yang gunakan bahasa penghantar dialek
tempatan layak diberi bantuan kewangan.
 Berpendapat sekolah yang guna pengantar Mandrin adalah agen kerajaan Cina.
 Masyarakat cina berpendapat Enakmen cabul hak asasi orang Cina dalam pengurusan sekolah sendiri,
Bantah keras enakmen ini.
 Pentadbiran British tidak berganjak walaupun ada bantahan.
 1922 bilangan SVC di Negeri Selat 215; di Negeri Bersekutu 177.
 1925, pindahan tambahan enakmen pendaftaran sekolah; Beri kuasa Pengarah Pelajaran untuk menolak
pendaftaran seorang guru jika terlibat dalam aktiviti subversif.
 Pengarah pelajaran juga berkuasa mengharamkan buku teks yang ada usur anti kerajaan British
 Akibatnya, tahun 1925 dan 1928 sekurang-kurangnya 315 sekolah dibatalkan pendaftarannya.
 1929 Gabnor Cecil Clementi perkenalkan tindakan lebih ketat ke atas sekolah Cina. Antaranya:
o Guru Sekolah Cina dilantik daripada orang yang lahir di Tanah Melayu
o Haramkan buku teks anti kerajaan British
 1932, Cecil hentikan bantuan kepada sekolah cina yang baru.
 Namun diberi semula oleh Shenton Thomas, Gabnor dan Persuruhjaya Tinggi di Tanah Melayu hujung
1934.
 1934, Enakmen Pendaftaran sekolah 1922 ini tidak dapat sekat perkembangan SVC; 1932, sekolah
Chung Ling tubuhkan sek Menegah rendah di P.Pinang, Diikuti Sekolah Confucius di KL dan SEK YUK
Choy di Ipoh tubuh sek menegah masing-masing.
 1924 Sek Chung Hua di Muar tubuh sek Men. 1925 sek Perempuan Kuen Cheng di KL tubuh Sek
Menengah.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 1931, Sek Chung Ling di P.Pinang buka Sek menegah atas. 1935 Sek Yuk Choy di Ipoh, 1940 Sek
Perempuan Kuen Cheng di KL
 Menjelang Perang Dunia ke-2 sistem pendidikan Cina di tanah Meayu sampai ke peringkat menengah
hingga tingkatan enam.
 Mandrin diiktiraf kerajan British sebagai bahasa penghantar rasmi sek Cina.
 1938 jumlah murid SVC di Negeri Selat dan Bersekutu 91,534(66,645 lelaki dan 24,889 perempuan).
Murid Cina di sek Inggeris 26,974(18,522L dan 8,452P)
 Di negeri Tak Bersekutu kerajaan negeri tidak beri bantuan kepada sek Cina.
 Tetapi masyarakat Cina mampu menubuhkannya; di Johor terdapat 245 sek Cina.

Perkembangan Sekolah Vernikular Tamil


 SVT pertama di Tanah Melayu selepas penubuhan Penang Free School 1816.
 Masa itu pelajaran Tamil dicadang jadi salah satu mata pelajaran di Penang Free School.
 1850 Sek Anglo-Tamil mengajar bahasa Tamil dan bahasa Inggeriss ditubuh di Melaka. 1860 ditutup
kerana kurang murid.
 Perkembangan sebenarnya mula semasa perkembangan ladang getah, kelapa, kopi dan tebu, ramai buruh
diambil bekerja.
 Sejak 1870, beberapa sek kecil yang mengajar bahasa tamil ditubuhkan di Melaka, Bebrang Prai dan
dinegeri-negeri Bersekutu.
 Sekolah Tamil bergantung kepada kewangan majikan dan persatuan mubaligh; 1895 Sek St. Francis
Xaview Malabar ditubuh oleh Mubaligh Kristin di Singapora.
 1900 terdapat SVT dan tiga sekolah Anglo-Tamil di Perak, sebuah sekolah Anglo-Tamil di negeri
Selangor.
 Semua sek tamil adalah sek persendirian tanpa bantuan kerajaan British.
 Bilangan murid disetiap sek terlalu kecil. Jumlah bilangan dari semua sek tamil tidak lebih 200.
 Perkembangan ekonomi Tanah Melayu awal kurun 20 perlu lebih banyak buruh india kerja di ladang
getah
 Untuk dorong buruh india datang, kerajan British tuka polisi pendidikan 1902; mula beri kemudahan
tubuh SVT jika diperlukan. Bantuan wang berdasarkan keputusan periksa dan kehadiran murid.
 Selain bantu SVT di ladang-ladang, British tubuh beberapa sek Tamil di bandar untuk anak yang
bapanya bekerja di JKR atau keretapi.
 1920 KOD Buruh dikuatkuasakan; setiap ladang yang terdapat sepuluh kenak-kanak dalam umur
persekolahan(7-14tahun) dikehendaki sediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak ini.
 Perubahan plisi pendidikan British dan Kod Buruh penting dalam perkembangan SVT.
 Menjelang 1920, murid di sek tamil di Negeri Bersekutu lebih kurang 4000.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 1930 terdapat 4 jenis SVT di tanah melayu
o Sekolah dibiayai dan diurus oleh kerajaan.
o Sek ladang yang dibiayai dan diurus oleh majikan
o Sek yang didirikan dan diuruskan oleh komuniti india tempatan
o Sek yang didirikan oleh persatuan mubaligh kristian.
 Kebanyakan sek Tamil peringkat awal pembinaan alami banyak kurang kemudahan; keadaan bangunan
kurang memuaskan; kedatangan murid tidak tetap; kadar keciciran tinggi.
 Hanya sek di bandar kelengkapan lebih sempurna, dikelola dengan baik
 Untuk baiki sistem SVT, British lantik nazir sek tamil bangsa Eropah 1930.
 1932 beliau mengingal dunia. 1938 jawatannya baru diisi semula.

Perkembangan Sek Inggeris


 Kebanyakan sekolah Inggeris peringkat awal hasil usaha pelbagai mubaligh Kristian yang datang ke
Tanah Melayu
 Sekolah Roman Katholik, Sekolah pertama ditubuhan oleh portugis di Melaka 1548
 Sek Inggeris pertama didirikan Persatuan Mubaligh London ( London Missionary Society) di Singapora
1815.
 Sekolah Inggeris sulung di P.Pinang ialah Penang Free School inisiatif Rev.R.S Hutching Ketua Paderi
Negeri-Negeri Selat 1816.
 6 feb 1816 Hutchings umumkan rancangan pembinaan Penang Free School kepada masyarakat umum;
o Pertama, sekolah ini akan dibuka kepada kanak-2 di pulau ini, tidak kera apa bangsanya, asalkan ibu
bapa atau kawan-2 yang sudi membenarkan anak-2 mematuhi peraturan-2 yang ditetapkan Institut
ini
o Kedua, matlamat utama institusi ini mengyediakan pendidikan untuk kanak-2 mereka demi
mengelakkan dari kenakalan dan oengangguran, serta mendidik mereka supaya memperolehi sifat
kerajinan, disiplin dan kelakuan baik.
o Ketiga, ibu bapa yang mampu membiayai belanja pendidikan anak-2 dikehendaiki bayar yuran
persekolahan anak-anak mengikut kadar yang difikirkan munasabah.
o Keempat, kanak-2 di sekolah ini akan diajar membaca dan menulis bahasa Inggeris serta hukum-2
dalam membuat kira-2
o Kelima, anak-2 Melayu diajar seorang guru Melayu untuk membaca dan menulis bahasa Ibunda, jika
ibu bapa tidak setuju anak mereka belajar bahasa Inggeris
o Keenam, rancangan yang sama diberikan kepada kanak-2 bangsa lain.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
o Ketujuh, dalam umur yang sesuai, kanak-2 di sek ini diajarkan tentang pekerjaan yang berguna
seperti tukang kayu, tukang besi, tukang kasut, tukang jahit , penjilid buku dan sebagainya.
o Kelapan, perhatian yang berat diambil untuk elak pertelingkahan terhadap kepercayaan ibu bapa
dengan agama Kristian.
 Penubuhan Penang Free School mendorong negeri-negeri lain tubuhkan Sek Inggeris; 1826 Melaka Free
School di Melaka;1834 Free School di Singapora ditukar nama kepada Raffles Institution 1863, sek
Vitoria Institution di KL 1894, Sek King Edward VII di taiping 1906.
 Awal kurun ke-20, semua Free School diambil oleh kerajaan dan menjadi sekolah kerajaan kerana
hadapi kewangan.
 1905 kerajaan Inggeris tubuh Malay College di K.Kangsar; Sek berasarama penuh khusus anak Melayu
peringkat atasan. Inisiatif RJ Wikinson, Nazir Sekolah Negeri-Negeri Bersekutu dengan sokongan kuat
DYMM Sultan Idris.
 Tujuan: menyediakan pegawai kerajaan bahagian-2 tertentu.
 Kini Malay College dibuka kepada anak Melayu yang boleh memenuhi syarat akademik kemasukan.
 Bagaimanapun tidak ramai anak Melayu berpeluang belajar di sek Ing awal kurun ke-20 kerana semua
sekolah terletak di bandar.
 Hingga penghujung 1930-an sahaja barulah peluang untuk belajar di sek Ing dibuka kepada anak
Melayu(lelaki) melalui Special Class
 Mengikut sistem ini anak Melayu dari darjah 4 di pilih masuk Speacial Malay Class itu melalui
peperiksaan.
 Mereka yang dipilih kemudian dikehendaki belajr di Special Malay Class selama dua tahun, sebelum
layak memasuki tahun empat di sek Ing.
 Selain daripada sekolah jenis free dan Malay College, kebanyakan sek Ing yang lain ditubuh atas usaha
Badan-badan Mubaligh Kristian. Impamanya, London Missionary sociaty, De la Salle Brothers,
American Methodist Mission dan The Church of England telah menubuhkan banyak sek Ing di merata-2
tempat di tanah melayu.
 Sek Perempuan pula diusahakan oleh Sister of the Order of Dames de St. Muar of thr Convent of the
Holly Infant Jesus. Juga dikenali sebagai sek-2 separa bantuan kerajaan kerana British beri sebahagian
bantuan kewangan mengurus sekolah.
 Sek Mubaligh ini dibuka kepada kanak-2 semua kaum, tujuan penubuhan-penyediaan pendidikan umum
serta memperbaiki aklak kanak-2 berdasarkan ajaran Kristian.
 Sesungguhpun British sediakan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dengan ambil alah sekolah jenis
free jadikan sek kerajaan, beri bantuan separa kepada sek mubaligh bil murid yang belajr jauh kurang bil
yang belajar di sek vernakular lain.
 Didapati 17.1% drpd murid belajar di sek ing kerajaan & separa bantuan.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 Bukan bermakna ramai ibu bapa kurang minat hantar anak ke sek Ing permohonan mereka ditolak atas
sebab kurangan tempat.
 Ini kerana polisi pendidikan British “Pendidikan Inggeris tidak dibuka secara bebas kpd orang ramai”
 Anggap jika dibuka lua akan timbul pengangguran dan kurang galakan untuk kembangan pendidikan
Inggeris di tanah Melayu
 Sek Ing berbeza dengan sek Vernikular( zaman kedatangan Inggeris dari 1786-1941)
o Murid terdiri daripada pelbagai kaum kecuali Malay College khas untuk Melayu.
o Bahasa penghantarannya bahasa Inggeris ( bukan bahasa Penduduk Tanah Melayu) kecuali murid
Eropah.
o Didirikan dalam bandar sahaja. Maka murid yang tinggal di bandar dan mampu saja yang bersekolah
di sini.

Latihan Guru
Latihan Guru utk SV Melayu
 Apabila sek percubaan vernikular Melayu dibuka Skinner di Seberang Prai 1871, guru al-Quran
digunakan untuk mengajar.
 Kemudian guru Melayu dipilih dari lulusan SV Melayu
 Untuk atasi kekurangan guru cadangan Skinner Kolej Latihan Melayu (KLM) ditubuhkan di Singapora
1878
 Permulaan 10 guru pelatih lulusan darjah V, 18 keatas, tempoh kursus 1 tahun
 Semasa latihan subjek akademik seperti ilmu Hisab, Rumi Melayu, Ilmu Alam, Peraturan-peraturan
Sekolah, Kesihatan dan Pertanian
 Kolej latihan Melayu ditutup 1895 setelah 17 tahun beroperasi
 1898, sek latihan Guru Melayu ditubuhkan di taiping, tutup 1900 bila kolej latihan Melayu titubuhkan di
Melaka
 KLM di Melaka beri latihan 2 tahun, ambilan pertama 24 pelatih Belajar subjek Bahasa Melayu,
Pendidikan Jasmani, Ilmu Hisab, Ilmu alam dan teknik menganyam
 Jalani latihan mengajar di sekolah berhampiran.
 KLM ditutup 1922 setelah beroperasi 23 tahun, apabila Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan
Tangjung Maling, Perak
 KLM Melaka berjaya latih 705 guru.
 1913 KLM ditubuh di Matang, Perak, perkenalkan kusus perkebunan. KLM situtup 1922.
 MPSI diagak sempura dan memenuhi keperluan perguruan
 MPSI ditubuhkan berdasarkan Laporan Winstedt, Pendidikan Pengarah Pelajaran mulai tahun 1916
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 Tujuan penubuhan : mengumpulkan tenaga pengajar yang mahir untuk berkhidmat dalam 1 tempat yang
sama demi menjamin keselarasan dan kecekapan serta mengurangkan Kos pengurusan
 O.T Dusek, bekas pengetua KLM Melaka dilantik sebagai pengetua MPSI, bersara 1936
 Dalam latihan berguruan sembangan beliau: meningkatkan prestasi guru pelatih dalam bidang akademik,
menubuh biro penterjemahan 1924, mengeluarkan buku rujukan untuk guru pelatih, buku teks murid sek
Melayu.

Laporan Winstedt
 1916 tahun penting perkembangan SV Melayu
 1916 R.O Winstetd, pakar bidang bahasa dan adat Melayu dilantik penolong pengarah pelajaran
 1917 dihantar ke East indies dan Filipina mengkaji pendidikan Vernikular dan Vokasional
 Sekembalinya beliao beri cadangan penambahbaikan sestem pendidikan vernikularr Melayu Tanah
Melayu. Cadangan dikelaskan kepada
1. Kurikulum
2. Maktab Latihan Guru
3. Pentadbiran Sekolah

Kurikulum
 Dibahagikan kepada dua bahagian
a. Kurikulum sek Melayu
b. Kurikulum Maktab Latihan Guru
i. Kurikulum Sekolah Melayu
a. Slain belajar Bahasa Melayu, harus belajar Bahasa Inggeris. Akan membantu apabila
memasuki sek Ing. Salah satucara menolong mereka belajar ialah menempatkan kelas
Melayu di dalam seko-2 inggeris
b. Sukatan ilmu alam sek rendah bawah mengandungi pelajaran daerah murid. Murid darjah
3&4 diajar alam nusantara Melayu dan tempat-2 lain
c. Buku teks baru mata pelajaran Kesihatan harus diterbit ganti buku teks bubul sehat, yang
dianggap kurang sesuai.
d. Lukis mata pelajaran penting latihan murid memerhati alam sekitar, sedar terhadap ketepatan
dan kebersihan. Dicadangkan murid wajib elajar Lukisan dalam darjah tiga dan darjah
empat.
e. Tidak guna kanak-2 melayu belajar sejarah. Mak MP ini tidak perlu dimasikkan dalam
kurikulum sek rendah
f. Pelajar Rumi bahasa Melayu patut distandardisasikan. buku tek seperti sejarah Melayu dan
Hikayat Abdullah dianggap kurang sesuai.
g. MP seperti pertanian Asas dan anyaman (untuk murid lelaki) dan sains Rumahtangga ( untuk
murid Perempuan ) dimasukkan dalam kurikulum sek Melayu
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
h. Tempoh maksimum kanak-2 belajr di SV melayu dicadangkan 4 tahun, memandangkan
kanak-2 di Filipina dan Indonisia hanya 3 tahun sahaja
i. Kelas al-Quran dimansuhkan kerana tidak lagi menjadi insentif untuk menarik kanak-2
belajar ke sek Melayu

ii. Kurikulum Maktab Latihan Guru

a. Bahasa Inggeris patut diajar kepada guru latihan supaya boleh mengajarnya di sekolah
Melayu.
b. Sejarah dan ilmu Alam diajar dengan menggunakan buku teks baru. Risalah Wilkinson,
Series of Papers on Malay Subjek, dicadangan sebagai buku teks tunggal.
c. Sain pertanian harus diperkenalkan dalam kurikulum kolej latihan guru
d. Buku-2 teks harus ditulis untuk mP seperti ilmu alam, sejarah, sain pertanian dan kesihatan.
e. Menubuhkan 1 kolej latihan yang sama serta mnjimatkan perbelanjaan. Tambah pula tenaga
pengajar dapat dipumpulkan dibawah 1 pusat latihan. Dicadangkan juga kolej menawarkan
kursus 3 tahun untuk melatih calon bakat guru.

Tempoh ke-2 (1946-1957) sistem dan struktur Pendidikan sebelum Merdeka


 1942-1945 rantau Asia Tenggaran ditakluki Jepun
 Sistem persekolahan Tanah Melayu dihentikan
 Sesetengah sekolah sahaja diguna mengajar bahasa jepun
 Ogos 1945 Jepun kalah, Tanah Melayu kembali kepada British
 1948 persekutuan Tanah Melayu di bentuk
 1957 Tanah Melayu merdeka

Sistem Pendidikan Negara


 1948 Rancangan Pendidikan Cheeseman; mencadangkan
o Percuma belajar sekolah vernikalar peringkat sek rendah
o Bahasa Inggeris diajar sekolah rendah
o Tubuh dua sek menengah
o Laksana Laporan Pelajaran 1938 mengenai Pendidikan vokasional
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 Rancan Cheeseman tidak dapat dijalankan kerana Jabatan Pelajaran Sibuk memulihkan sekolah rosak
kerana perang.
 Akhir 1949, JK pusat Penasihat ditubuhka (central Advisory Commitee on education) dibentuk, kemuka
Laporan Holgate; cadangan pendidikan serupa Rancangan Cheeseman
 Tapi cadangan JK ditolak Majlis Perundingan Persekutuan; kerana guna bahasa inggeris sebagai bahasa
penghantar tunggal.

Laporan Barnes
 1950, JK Barnes, Pengarah Latihan kemasyarakatan Universiti Oxford di bentuk.
 Mendapati penambahbaikan SV Melayu tidak dapat silaksanakan tanpa rombakan seluruh sistem
pendidikan Tanah Melayu
 Antara perubhan yang dicadangkan:
o Bahasa penghantar pindah kepada bahasa Inggeris dan Melayu semua jenis Sek Persekutuan Tanah
Melayu untuk rasional intergrasi sosial dan perpaduan kanak-2 berbilang kaum
o B.cina dan Tamil diajar sebagai subjek
o Dirikan sek menengah vocasional meden
o Rombak kurikulum asal, utamakan subjek sains, seni perusahaan dan sain rumahtangga.
o Dirikan maktab perguruan berasrama
o Tubuh jemaah nazir persekutuan.
o Tubuh penguasa Pelajar Tempatan untuk bantu sekolah rendah
o Beri pendidikan percuma sekolah rendah kebangsaan (darjah 1-6)
o Tamat sek rendah kebangsaan boleh teruskan peajaran ke sek men pengantar bahasa Inggeris.

Laporan Fenn-Wu
 1951 persuruhjaya Tinggi Sir hery Gurney lantik JK untuk kaji pendidikan Vernikular Cina di Tanah
Melayu
 Dua pakar bidang pendidikan Cina luar negeri dijemput Dr. W.P.Fern warga Amerika dari negari Cina
dan Dr.Wu teh Yau pegawai dari Bangsa-bangsa bersatu.
 Laporan Fenn-Wu
a. Orang Cina sedia belajar tiga bahasa; Cina Ing dan Melayu. Jika orang Cina pilih sistem pendidikan
libatkan tiga bahasa, british patut beri galakan
b. Matlamat sistem pendidikan kebangsaan hendaklah membentuk identiti kebangsaan Matlamat
sekolah sediakan murid menempuh semua bidang kehidupan berdasarkan latar belakang masyarakat
mereka
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
c. Memaksa rakyat berbilang kaum belajar satu atau dua bahasa sahaja akan menjejaskan persefahaman
dan perpaduan antara kaum
d. Kelemahan sestem pendidikan Cina ialah kekuranga guru terlatih, kelengkapan sekolah. Ahli
lembaga Pengurus sekolah kurang mamahami prisnsip pentadbiran sekolah
e. Tubuh Kolej Latihan Guru dan Latihan dalam Perkhidmatan untuk tampung kekurangan duru sek
Cina. Hujung minggu
f. Tambah kewangan pentadbiran sekolah Cina.

Ordinal Pelajaran 1952


 Terdapat pandangan berlainan antara Laporan Barnes dengan Fenn-Wu
 Maka British tubuh JK khas mengkaji kedua-2 laporan
 Hasil kajian, JK kahs cadangan
a. Tubuh dua jenis sistem persekolahan; sekolah penghantar bahasa Melayu dan sekolah penghantar
B.Inggeris
b. Kemudahan pelajaran Cahasa Cina dan Bahasa Tamil akan diberi jika ada permintaan dan sekurang-
2 15 murid yang ingin belajar
c. Binggeris MP wajib dibelari di Sek Melayu dan Sek Inggeris
 Laporan JK khas diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada Sep 1951, dan dikuatkuasakan
sebagai Ordinan Pelajaran 1952.
 Terdapat masalah dalam pelaksanaakan segera Ordinan Pelajaran 1952
a. Kekurangan guru terlatih untuk sek kebangsaan
b. Terdapat tentangan pemindahan bahasa penghantar Cina dan tamil
c. Kurang kewangan membiayai rancangan yang dicadang
 Untuk atasi masalah, JK khas dilantik. Hasilnya dicadangkan:
a. Penggunaan b.ing dan b.melayu secara beransur-2 di sek Ver Melayu
b. Penggunaan 3 bahasa di sek Cina dan Tamil secara beransur-2 hingga diserapkan dalam sistem
persekolahan kebangsaan
c. Menghadkan bil murid masuk sek tamil
d. Penubuhan sek men vokasional.

Laporan Razak
 1955. Parti perikatan menang 51/52 kerusi pilihan raya pertama persekutuan Tanah Melayu. Maka
kerajaan baru dibentuk
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 1955 ditubuh JK Pendidikan untuk kaji semua dasar pendidikan negara. Pengerusinya Tun.Haji Razak
bin Hussein, Menteri Pelajaran. Ahli 15 anggota Malis Perundingan Persekutuan mewakili kaum Melau,
Cina dan India.
 JK hasilkan Laporan Razak pada April 1956. Antara cadangan penting:
a. Keempat-empat sistem persekolahan peringkat rendah diteruskan; kurikulumnya menyerap unsur-2
kebangsaan kedalamnya
b. Sistem persekolahan dipinda kepada dua kategori;
 Sek Umum (penghantar Bahasa melayu
 Sek Jenish Umum meiputi sek Ing, Cina dan Tamil(penghantar bahasa masing-masing)
c. B.Melayu dan B.Inggeris jadi MP waib semua sekolah.
d. Murid Cina danIndia boeh belajar bahasa mereka di sek Jenis Umum( aliran Inggeris jika terdapat
permintan sekurang-2 15 murid.)
e. Sukatan pelajaran yang sama bagi sek rendah. Kandungan buku teks unsur kehidupan di Persekutuan
Tanah Melayu.
f. Sek dikelola Oenguasa Pelajaran Tempatan bersama Jemaah pengurus Sek atau Lembaga Pengelola
Sekolah
g. Kelayakan guru mengajar sek rendah, sekurang-2 Sijil Sek Menengah Rendah Serta latihan sepenuh
masa setahun diikuti 2 tahun latihan separuh masa
h. Tubuh 1 sek menengah sahaja. Bahasa Melayu da BI mengjadi MP wajib. Murid-2 menduduki
peperikasaan akhir yang sama.
i. Sistem pendidikan menegah terbahagi kepada 3:
 Sek Men Rendah 3 tahun
 Sek Men Atas 2tahun
 Sek Pra-U 2tahun
j. Syarat masuk sek men ren, lulus Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah Murid sek men ren boleh
masuk ke sek men atas jika lulus Sijil Rendah Pelajaran dan duduk peperiksaan Sijil Persekutuan
Tanah Melayu setaraf dengan Cambridge Overseas Certificate. Lulus dengan baik boleh masuk tkt
enam 2 tahun untuk dapat sijil tinggi persekolahan syarat layak masuk U
k. Jawatan guru diletak sebagai perkhidmatan professional
l. Tubuh jemaah Nazir Persekutuan; beri bimbingan profesional kepada guru-guru berkenaan.

Falsafah Pendidikan
 Sebagai staf pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia sewajarnya pendidikan yang diberi selari
dengan unsur-unsur pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Teras kepada unsur-unsur pendidikan Negara dan FalsafahPendidikan Kebangsaan.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof

Kenapakah Falsafah itu penting?


 Kamus Dewan, falsafah bermaksud pengetahuan yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai
dasar kepada ilmu-ilmu lain.
 Dari sudut sejarah: perkataan Yunnan philosophia iaitu philieu bermakna cinta dan Sophia bermaksud
kearifan, kebijaksaan atau hikmah. Maka perkataan falsafah bermakna mencintai kearifan/kebijaksanaan.
 Falsafah jadi teras kepada sistem pendidikan kerana di dalamnya mengandungi matlamat pendidikan
yang ingin dicapai, kaedah melaksanakan pendidikan dan cirri-ciri individu yang ingin dibentuk.
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan penting kerana ia menjadi dasar pendidikan yang sempurna dan
mantap. Tanpa falsafah pendidikan yang jelas system pendidikan akan menjadi pelbagai bentuk dan tidak
berfokus.

Falsafah Pendidikan Negara(FPN)


 Laporan Jawantankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanan Dasar Pelajaran diterbitkan pada tahun 1979
menjadi asas pemulaan pembinaan FPN yang jelas.
 Tujuan Jawatankuasa ditubuhkan:
~ Mengkaji semula matlamat dan kesannya system pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam
rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan
tenaga rakyat dpat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih
lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
……...Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran
 Pembinaan FPN berasaskan kepada pembangunan insan, pembangunan negara, situasi kehidupan dalam
negara yang berbilang kaum dan pelbagai agama untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang maju,
berdaya saing dan mempunyai jati diri yang mantap.
 Hasrat FPN adalah untuk mencapai aspirasi negara iaitu melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak,
seimbang dan harmonis akan perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka.
 FPN juga mengambil kira mantan falsafah pendidikan Islam. Falsafah pendidikan Islam telah ditetapkan
dlam resolusi pendidikan Islam sedunia yang diadakan di Jeddah dari 31 Mac hingga 8 April 1977 serta
Muktamar Kaherah 1980. Falsafah Pendidikan Islam mengikut resolusi ini adalah:-
~pendidikan berterusan ke arah perkembangan seimbang diri individu dari segi rohani, intelek, emosi
dan fizikal yang beriman, berilmu, berakhlak, bertakwa dan beramal salih untuk membina masyarakat,
hormat-menghormati dan bantu-membantu antara stu sama lain.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
 FPN juga menghimpunkan nilai yang terbaik bersifat sarwajagat merangkumi cabang-cabang falsafah
epistemologi, metafizik dan aksiologi(menilai).
 FPN diperkenalkan secara bertulis mulai tahun1988 dinyatakan sebagai berikut;
~pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.(KPM1996)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


 FPK dibentuk dalam tahun 1996 dengan mengekalkan sifat FPN tetapi ditambah dengan sedikit
perkataan bagi memantapkan lagi FPN. FPK dinyatakan sebagai
 (Matlamat) Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan
harmonis dari segi JERI berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berahklak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.(KPM1996)

Hasrat FPK

 Membri peluang pendidikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan asal keturunan.
 Member peluang rakyat menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup
dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakana kemahiran yang dipelajari.
 Pendidikan mengembangkan keupayan fizikal dan mental individu. Membolehkan mereka menghayati
prinsip Rukun Negara supaya menjadi rakyat yang taat setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan
bermoral baik.
 Proses pendidikan melengkapi individu dengan pengetahuan dan kemahiran pekerja mengikut keperluan
negara.
 Pendidikan dapat melahirkan individu yang dapat menjamin kestabilan politik, sosioekonomi dan
budaya.
 Pendidikan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni. Ia melibatkan unsur-unsur JERI
 Pendidikan melahirkan manusia yang mengenali diri, memahami erti kehidupan, memahami hakikat
kejadian asal insane iaitu mengabdi kepada tuhan dan memliki kualiti kepimpinan cemerlang.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
Implikasi FPK kepada Sistem Pendidikan Negara
1. Implikasi terhadap kurikulum
2. Implikasi terhadap pendidik
~belajar cara tentang flsafah dalam P&P
~hafal kandungan FPK
3. Implikasi terhadap institusi pendidikan(sekolah).
~tampal FPK sebagai rujukan
~sediakan kemudahan-kemudahan

Falsafah Pendidikan Guru(FPG)


 FPG dibentuk berlandaskan FPK oleh Bahagian Pendidikan Guru bagi menentukan arah haluan, asas dan
sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru FPG dinyatakan sebagai
~Guru yang berperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
 Staf akademik di bawah pentadbiran dan autoriti KPM adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan
FPG ini.

Pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan


 Maksud profesion/ikhtisas:pekerjaan yang memerlukan pendidikan tinggi dan latihan khas.
 Kriteria lain untuk menentukan pekerjaan adalah profesion atau bukan
i. Pekerjaan diperlukan masyarakat
ii. Pengetahuan dan kemahiran tinggi untuk menjalankan tugas.
iii. Perlu tempoh lama untuk dapat pengetahuan dan kemahiran bekerja.
iv. Mempunyai kuasa atau autonomi untuk membuat keputusan atau diselia.
v. Bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan yang dibuat.
Kod Etika Keguruan
 Kod etika dalam bentuk ikrar
 Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju kea rah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan,
yang menyedari betapa peningnya usaha menuju kea rah kebenaran dank e arah pencapaiana hasrat yang
gemilang, dan yang pervaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip RukunNegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantui anak mudahnya memahami kebudayaan mereka,
memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman-berzaman dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa hadapan.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
Dengan menyedari betapa besarjnya tanggungjawab membimbing anaka muda untuk mencapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempirnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar


1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira factor-faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, social, keturunan dan agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit pelajar, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran atau mata
pelajaran yang diajar dia dalam bilik darjah
5. Menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,

Tanggungjawab Terhadap Ibu bapa


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tentang keadaan rumah tangga atau
anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang
berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab terhadap Masyarakat


1. Mengelakan diri drpd menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau Negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
2. Memupuk setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dpat membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang
yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memmenuhi segala tanggungjawab sebagai
warga Negara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan
dengan masyarakat.
5. Member sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan
masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang terima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan
seharian kami dengan baik.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara


1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentinganya pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun negara.
2. Memuouk setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan membimimg mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setua, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-2 yang lebih
tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhdmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warga
negara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Mengggalak kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.
5. Memberi sumbangan cegas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan
masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku bersopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan
seharian kami dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan


1. Mengelakkan daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
seorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh
dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan social.
BBD 18002
(Perkembangan Pendidikan Di Malaysia :Falsafah dan Dasar)
Prof. Madya DR. Mohd Yusof
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion
perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Sifat dan Kualiti Guru

1. Peribadi
~Ramah, adil, fleksibel, suka berjenaka, tegas, dedikasi, keutuhan(ketekalan), toleransi
2. Profesional
~Dedikasi, kepekaan, kesedaran keperluan kebangsaan, sikap positif terhadap pembelajaran,inovatif
3. Sosial
~inovatif, moral, adaptasi, kepimpinan, kesedaran tentang alam sekitar, toleransi

Anda mungkin juga menyukai