Anda di halaman 1dari 1

MATLAMAT POLISI KUALTI

Matlamat utama Lian Huat Bakery Machinery Sdn Bhd ialah memastikan keyakinan, dan
kepuasan dan pengiktirafan pelanggan melalui mutu produk, penghantaran yang tepat serta
harga yang berpatutan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa bertujuan memenuhi
kehendak pasaran yang berkembang pesat. Kami di Lian Huat Bakery Machinery Sdn Bhd
akan sentiasa memberikan tahap kepuasan yang maksima kepada pelanggan serta pada
masa yang sama mempertingkatkan mutu barangan berkaitan.

Kami berkeyakinan pencapaian matlamat ini menerusi pengambilkiraan asas perlaksanaan


operasi serta peningkatan mutu sistem pentadbiran yang berterusan menepati dengan
standard ISO 9001:2008 juga undang-undang yang ditetapkan. Seiring pencapaian terhadap
tuntutan mutu sistem pentadbiran,penglibatan secara langsung dilaksanakan di semua
peringkat dari pihak pengurusan atasan sehinggalah peringkat bawahan organisasi. Di
samping menghasilkan produk yang bermutu tinggi, kami juga bersepadu
mempertingkatkan mutu imej kami kepada pelanggan sekaligus menampilkan kepekaan
kami terhadap kualiti di semua peringkat operasi.

Ketua jabatan dipertanggungjawabkan memantau keberkesanan perlaksanaan kualiti


objektif diperingkat masing-masing dan mengambil tindakan segera dan berkesan sekiranya
tersasar dari objektif.

Dengan penerapan Polisi Kualiti yang di atas, kami berkeyakinan akan mengekalkan reputasi
kami sebagai pembekal mesin peralatan dan pembukusan terulung.

Anda mungkin juga menyukai