Anda di halaman 1dari 20

Artikel pada kali ini akan mengajar anda

cara-cara untuk format hard disk dan


install Windows XP ke dalamnya, langkah
demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi
dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin
mengambil sedikit masa untuk
dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel
ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita
mula:
Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan


membaca CD Windows XP yang akan
dimasukkan,boot sequence haruslah
ditetapkan kepada CD-ROM terlebih
dahulu. Dalam kebanyakan komputer,
setting ini telah sedia ditetapkan, jadi
anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh
terus ke bahagian Format Hard Disk
sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak
membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-
langkah ini untuk menetapkan boot
sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai
paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa
yang anda lihat ini mungkin berbeza dari
komputer anda. Namun, konsep dan
asasnya tetap sama)

1. Hidupkan komputer anda.


2. Tekan butang F2 (di sesetengah
komputer, anda harus tekan butang
DELETE) untuk melancarkan BIOS.
3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced
BIOS Features.

4. Pilih Boot Sequence.

5. Dalam urutan Boot Sequence,


tentukan yang CD-ROM berada di
bahagian atas sekali.

6. Tekan F10 untuk simpan setting anda


dan restart komputer.
Format Hard Disk

1. Pertama sekali, anda akan nampak


satu skrin dengan mesej “Press any key
to boot from CD…”. Tekan apa-apa
butang di sini supaya komputer akan
mula membaca dari CD Windows XP.

2. Perhatikan mesej yang mula-mula


keluar, “Press F6 if you need to install a
third party SCSI or or RAID driver”. 
Mesej ini penting sekiranya anda install
Windows XP ke atas hard disk SATA.
Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket
SATA yang disertakan bersama
motherboard anda. Jika tidak, abaikan
mesej ini dan teruskan ke Langkah 3.
(Nota: Sekiranya anda nak install
Windows XP kepada hard disk SATA
tapi tiada disket, ikuti langkah ini)

3. “Welcome to Setup” dipaparkan.


Tekan ENTER untuk mula install
Windows XP.

4. Jika anda menemui skrin “Setup did


not find any hard disk” ini, besar
kemungkinan anda menggunakan hard
disk SATA. Kembali kepada Langkah 2,
atau ikuti langkah ini.
5. “Windows XP Licensing Agreement”.
Tekan F8 untuk teruskan.

6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai


Windows XP, Setup akan bertanya
sekiranya anda nak baiki Windows XP
yang lama tu. Tekan butang ESC kerana
anda nak install Windows XP yang baru.

7. Sekiranya hard disk anda:


 masih baru dan belum mempunyai
sebarang partition, ikuti langkah 7
hingga 8.
 tapi jika ia sudah ada partition di
dalamnya, teruskan pada langkah 9.
8. Buat satu partition dengan menekan
butang C.

9. Tentukan saiz partition anda dan


tekan ENTER.
10. Pilih partition C: untuk install
Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada
fail dan dokumen penting dalam
partition C:, buat backup dengan
memindahkan data tersebut ke dalam
partition D: ataupun ke dalam external
hard drive.

11. Tekan butang C untuk setuju.


12. Pilih NTFS sebagai file system dan
tekan ENTER.

13. Tekan butang F untuk format Hard


Disk.

14. Setup akan mula format hard disk dan


menyediakan fail bagi proses install
Windows XP. Setelah proses ini selesai,
komputer anda akan restart dengan
sendirinya.

Install Windows XP

1. Proses install Windows XP bermula.


Klik pada butang Next.
2. Masukkan nama anda dan klik butang
Next.

3. Masukkan nombor siri bagi Windows


XP dan klik butang Next.
4. Masukkan password bagi
Administrator dan klik butang Next.

5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala


Lumpur dan klik butang Next.
6. Proses Setup telah bermula. Tunggu
hingga selesai.

7. Sekiranya anda mempunyai Network


Card, Setup akan meminta anda
membuat pilihan mengenai Network.
Klik sahaja pada butang Next sebanyak
dua kali.

8. Tunggu sehingga keseluruhan proses


install Windows XP selesai, dan
komputer akan restart sekali lagi.
Mula Menggunakan Windows XP

1. Kali pertama Windows XP


dimulakan, screen resolution anda akan
diubah mengikut kesesuaian. Klik pada
butang OK.
2. “Welcome to Microsoft Windows”
dipaparkan. Klik pada butang Next.

3. Pilih “Not right now” dan tekan butang


Next. Anda boleh mengaktifkan kembali
Automatic Updates pada kemudian hari.
4. Windows akan cuba mengesan
sambungan Internet anda. Anda boleh
tinggalkan langkah ini dengan menekan
butang Skip.

5. Pilih “No, not at this time” supaya


anda tak perlu mendaftar dengan
Microsoft. Tekan butang Next.

6. Masukkan nama anda dan tekan


butang Next.
7. Klik pada butang Finish.

8. Kini, Windows XP telah siap sedia


dipasang dan anda sudah boleh mula
menggunakannya.

Itu sahaja langkah-langkah yang


diperlukan untuk install Windows.
Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit
sehingga RM40 (atau mungkin lebih)
untuk menghantar komputer anda ke
kedai hanya kerana nak format PC, kerana
anda boleh melakukannya sendiri :)

Anda mungkin juga menyukai