Anda di halaman 1dari 34

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN


KEMAHIRAN ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

• SINOPSIS

Mata Pelajaran ini mengandungi konsep serta latar belakang dan


kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi memperkemas proses
pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar, membantu guru-guru atau
peserta kursus mengetahui dan memahami latar belakang Seni Dalam
Pendidikan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Mata Pelajaran ini menjusus ke arah pengetahuan asas tentang Seni


Visual,Seni Muzik dan Pergerakan. Gabungan ketiga-tiga aspek ini
akan mengembangkan proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak
yang menyeronokan.

• HASIL PEMBELAJARAN

1. Memahami dan menghuraikan konsep, latar belakang, matlamat


dan objektif Seni Dalam Pendidikan.

2. Membuat hubungkait teori konstruktivisme dengan Seni Dalam


Pendidikan serta membanding beza pendapat beberapa tokoh-tokoh
pendidik .

3. Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam aktiviti penerokaan.

1
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

KERANGKA TAJUK

SENI VISUAL

PENGENALAN
PENGENALAN PENGENALAN KEPADA BIDANG SENI
KEPADA KONSEP KEPADA ASAS SENI VISUAL SEKOLAH
ASAS SENI VISUAL REKA RENDAH

SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA
PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN MUZIK PENGENALAN KEPADA
PENGETAHUAN ASAS ASAS MELALUI KEPENTINGAN MUZIK
SENI MUZIK AKTIVITI SEKOLAH RENDAH

PERGERAKAN

PENDEDAHAN KEPADA PENGENALAN KEPADA


PENGENALAN KEPADA
KEMAHIRAN ASAS ASAS PERGERAKAN DI
KONSEP PERGERAKAN
PERGERAKAN SEKOLAH RENDAH

2
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 1 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN


KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL

1. SENI VISUAL

1.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni


tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan
estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional
dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat


bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak,
membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid
diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih
luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui
kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami
mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan
bangsa.

• HASIL PEMBELAJARAN

1. Membuat huraian tentang Asas Seni Reka serta mengenali


bidang- bidang kegiatan Seni Visual.

2. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan


terarah kendiri untuk kecemerlangan diri yang berterusan.

3
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.2 Pengenalan kepada asas Seni Reka

Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam Asas


Seni Reka.

1.2.1 Unsur Seni

Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang


penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual:

1.2.1.1 Garisan

i. Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan


mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai
jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton,
corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang
dan gerakan dalam seni visual.

ii. Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis,


berbulu putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan
lain-lain lagi. Garisan merupakan cantuman satu siri
titik

iii. Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja


melukis dan menggambar

iv. Melalui garisan kita boleh menulis, melakar,


membuat jalinan gambar, membuat rupa dan
membentuk.

v. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik


seperti;
Teknik koyakan,Teknik tampalan ,
Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan
Teknik capan

4
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 1 : Garisan

1.2.1.2 Rupa

Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan


mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang
berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak
berjisim). Merupakan pertemuan antara penghujung
garisan dan permulaannya.

Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat


leper atau mendatar.

Rupa terbahagi dua:

i. Rupa organik mempunyai garisan luaran


yang berbagai, tidak menentu
dan bersifat dominan. Sebahagian besar
objek di dunia ini mempunyai
rupa jenis ini.

ii. Rupa geometri yang terikat dengan bentuk


yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun,
kubus, selinder, empat segi bujur, piramid
dan beberapa contoh yang lain.Secara
lumrahnya, rupa geometri dihasilkan
berbantukan alat geometri.

Rajah 2: Rupa

5
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.2.1.3 Bentuk

Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat


dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan
kraf tradisi.

Bentuk terdiri dari dua jenis;

i. Bentuk ilusi (maya)

Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan,


cetakan, foto, illustrasi dan lukisan . Bentuk
ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan
apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam
bentuk dua dimensi.

Rajah 3: Bentuk Ilusi

ii. Bentuk konkrit

Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud,


berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton,
warna,
jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian,
bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

6
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.2.1.4 Jalinan

Merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan


sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan
ekspresi sesuatu objek kepada kita. Terdapat pada
sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat
dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau
dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara
semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari
ciptaan Yang Maha Kuasa.

Jalinan terbahagi dua jenis:

i. Jalinan tampak

Jalinan dapat dilihat pada satah gambar


yang bersifat dua dimensi. Ia terdir
daripada gambar, slaid, billboard, paparan
jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia dalam
bentuk gambar, kita tidak dapat merasa
jalianan secara sentuhan.

Rajah 4: Jalinan Tampak

ii. Jalinan sentuh

Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana


ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia
terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit
kerang, simen, buah durian dan lain-lain.

7
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah
5: Jalinan
Sentuh

1.2.1.5 Ruang

Merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau


kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara
dua objek

Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di


sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan
antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi
di atas atau sebagainya. Dalam aktiviti menggambar,
ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan,
jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan
kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

Rajah 6: Ruang

1.2.1.6 Warna

Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada


sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga
kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder

8
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

dan warna tertier.

Warna asas terdiri daripada warna biru, merah kuning;


dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan
warna tertier

Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau,


jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada
campuran dua warna asas.

Sementara itu, warna tertier terhasil daripada


percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 7 : Roda Warna

1.3 Pengenalan Kepada Asas Seni Reka

Prinsip-Prinsip Rekaan

1.3.1 Harmoni

9
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya


susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau
gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni
adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan,
objek atau imej. Gabungan ini akan menimbulkan keadaan
yang selesa, aman dan tenang.

Rajah 8: Harmoni

1.3.2 Kontra

Keadaan ini berlaku apabila salah satu daripada unsur-


unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara
satu sama lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan
yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait
rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra
semakin jelas penegasan). Kontra boleh dikaitkan dengan
rupa, garisan, bentuk dan warna.

Rajah 9 : Kontra

1.3.3 Penegasan

Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan

10
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya


penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan
menjadikan gubahan lebih menarik. Penegasan diwujudkan
untuk menimbulkan kesan kelainan.

Rajah 10 : Penegasan

1.3.4 Imbangan

Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat


dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama
gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu
imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah.
Secara umumnya imbangan adalah agihan ruang dalam
sesuatu hasil karya.

Rajah 11 : Imbangan

1.3.5 Pergerakan

Wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,

11
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan


sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’,
rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.
Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan, rupa dan
ruang.

Rajah 12 : Pergerakan

1.3.6 Kepelbagaian

Merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai


dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur
seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan
mewujudkan kepelbagaian.

Rajah 13: Kepelbagaian

1.3.7 Kesatuan

12
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni


secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema
atau dea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas,
teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan
keseragaman atau kesatuan.

Rajah 14 : Kesatuan

1.4 Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat


bidang:

1.4.1 Melukis dan Membuat Gambar

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap


aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media
dan teknik dengan menekankan aspek
ruang,struktur,imbangan dan komposisi. Penguasaan
gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada
kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan.

Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah


rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan
dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang
dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti
menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai
alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara
ekspresinya yang tersendiri, membantu perkembangan
pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari
segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.
13
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 15: Kolaj

1.4.2 Membuat Rekaan dan Corak

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid


memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana
hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan
cara.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif


yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak
boleh didapati daripada:

i. Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu,


serangga
dan haiwan

ii. Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan


gunting

iii. Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

iv. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan


keris

14
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.4.2.1 Jenis Susunan Corak

i. Penuh
ii. Turun satu suku
iii. Turun tiga suku
iv. Turun separa
v. Sisik ikan
vi. Selang seli
vii. Tampak dam dan tampak catur
viii. Siku keluang
ix. Pucuk rebung
x. Orgee
xi. Batu bata
xii. Tunggal
xiii. Berpusat
xiv. Sendeng
xv. Berombak
xvi. Jidar
xvii. Berjalut
xviii. Cerminan

1.4.2.2 Teknik Corak

i. Corak terancang
- Lukisan
- Catan
- Cetakan
- Capan
- Lipatan dan Guntingan
- Resis
- Kolaj
- Kaligrafi

15
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 16: Resis

ii. Corak tidak terancang

- Titisan
- Renjisan
- Ikatan dan celupan
- Tiupan
- Pualaman
- Lipatan
- Tarikan

Rajah 17: Pualaman

16
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 18: Ikat dan Celup

1.4.3 Membentuk dan Membuat binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap


aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami
dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan
sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai
bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan.

1.4.3.1 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di


sekolah rendah:

i. Arca timbul
ii. Arca asemblaj
iii. Arca bergerak
iv. Arca stabil
v. Model
vi. Diorama
vii. Boneka
viii. Topeng
ix. Origami

17
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 19: Topeng

1.4.3.2 Tema dan Subjek

i. Alam semulajadi
ii. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi
si
pelukis
iii. Aliran dan tema sejagat
iv. Keperluan dan pengalaman harian

1.4.4 Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau


kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja
tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang
diwaris turun-temurun mengikut kaum masing-masing.

1.4.4.1 Jenis - jenis Kraf Tradisional

i. Alat domestik
ii. Alat permainan
iii. Alat mempertahankan diri
iv. Alat Perhiasan Diri
v. Batik
vi. Seni tekat
vii. Tembikar
viii. Anyaman
ix. Tenunan

18
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 20 : Batik Tulis

Rajah 21: Anyaman

Rajah 22:
Seni Tekat

19
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 23 : Gasing

Rajah 24 : Tembikar

Rajah 25:
Tenunan
TAJUK 2 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN ASAS SENI MUZIK
20
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

2. SENI MUZIK

SINOPSIS

Topik ini memberi peluang kepada guru-guru menambah


pengetahuan asas dalam bidang seni muzik yang merangkumi
pengenalan asas muzik, kamahiran muzikal dan apresiasi muzik.

• HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas

2. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan


kepercayaan

3.1 Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik

KONSEP MUZIK

Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan


mempunyai kualiti tersendiri. Susunan muzik yang betul dan
teliti akan menentukan kualiti. Konsep muzik ialah:

I. IRAMA

CORAK
IRAMA IRAMA
21
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

RENTAK

DETIK TEMPOH METER

Rajah 1 : Irama

Gabungan berbagai jenis not muzik yang berbeza


akan
menghasilkan irama

II. HARMONI

HARMON PERGERAKA
I N KOD

ARPEGGIO
TRIAD

Rajah 2 : Harmoni

Harmoni adalah cantuman not-not yang dibunyikan


serentak. Not ini bila digabung menjadi Kod sebagai mengiringi
lagu.

III. MELODI

22
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

MELOD PIC
I

SKEL

JEDA

KONTO
RANGKAIAN SOLFA
LAGU R

Rajah 3 : Melodi

Melodi mengandungi pic rendah , sederhana dan


tinggi. Contohnya: lagu Rasa Sayang

IV. EKSPRESI

EKSPRESI
DINAMIKS

ISTILAH

TANDA
ISYARAT

Rajah 4: Ekspresi

Ekspresi akan mempengaruhi sesuatu


persembahan samada vocal atau instrumental. Ciri
muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.

V. BENTUK

23
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Bentuk ialah ciptaan muzik mempunyai struktur dua


bahagian iaitu bentuk AB.
Misalnya:
susunan: Bentuk dua bahagian
Tiga bahagian
Rondo
Strofik
Bentuk tradisional

VI. WARNA TON

Ada kualiti dan sifat tersendiri atau berbeza bagi sesuatu


muzik

Contoh:

i. Suara menjerit dan berbisik


ii. Suara kanak-kanak dan orang dewasa
iii. Ketukan batu dan kayu
iv. Bunyi salakan anjing dengan ngauman
harimau
v. Bunyi burung hantu dan bunyi katak
vi. Bunyi seruling dan drum
vii. Suara orang lelaki dan orang perempuan

Warna ton dapat dijelaskan dengan penggunaan


perkataan seperti lembut, kasar, garau, nyaring, berat dan
ringan. Lelaki mempunyai suara baritone, tenor dan bes.
Manakala suara perempuan mempunyai suara soprano
dan alto. Dalam koir biasanya ada berbagai ton suara yang
menjadikan pendengaran menarik. Dalam orchestra
pula,gabungan pelbagai alatan muzik yang berbeza
menghasilkan ton warna indah dan menarik pendengaran.

VII. Jalinan

Jalinan atau tekstur digunakan oleh pemuzik semasa


mengadun bunyi agar jadi menarik dan digemari.

2.2 Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui aktiviti

24
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Bagi membina kemahiran menyanyi dan bermain alatan muzik


secara solo dan ensembel, kita harus menjalankan aktiviti
bermain alat muzik dan menyanyi untuk membolehkan pelajar
menikmati dan menilai persembahan muzik.

2.2.1 Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik

3.2.1.1 Kemahiran muzikal nyanyian

i. Membina teknik menyanyi dengan mengikut


• Postur
• Pernafasan
• Sebutan
• Artikulasi
• Ekspresi
• Penghasilan ton
• Rangkaian

ii. Membina kemahiran menyanyi


• Kemahiran secara individu
- Menyanyi berbagai lagu secara
individu
- Menyanyikan skel: jeda, arpeggio
menaik dan menurun
- Menyanyi semula keratan lagu yang
didengar
- Menyanyi serta merta ikut skor muzik

• Kemahiran Ensembel
- Menyanyi dalam ensembel vokal
senada
- Menyanyi dalam ensembel vokal
berharmoni
- Mendengar dengan teliti dan selektif

3.2.1.2 Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan

25
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

i. Bergembira bergerak ikut muzik


ii. Melibatkan diri secara aktif
iii. Mendengar dengan teliti
iv. Melahirkan ekspresi diri dengan gerakan
v. Faham konsep muzik dengan gerakan
vi. Mengaitkan dengan budaya dalam
pergerakan muzik
vii. Memupuk keyakinan diri disiplin dan estetik

3.2.1.3 Kemahiran muzikal permainan alat muzik

i. Bergembira bermain muzik


ii. Penglibatan secara akrif
iii. Mendengar dengan teliti
iv. Bermain alat muzik secara muzikal dan
terkawal
v. Memahami dan mengaplikasi konsep muzik
dan alat permainan
vi. Mengenali alat tradisional
vii. Memperbaiki dengan meneroka konsep
muzik menerusi alat permainan
viii. Memupuk yakin diri, disiplin dan estetika

3.3 Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah rendah

3.3.1 Membina nilai – nilai murni di kalangan pelajar

• Membentuk disiplin
• Membentuk sifat bekerjasama
• Sifat bertolak ansur
• Memberi rangsangan
• Memberi kegembiraan
• Merentas kurikulum
• Emosi
• Memupuk keyakinan diri

TAJUK 3 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN


KEMAHIRAN ASAS SENI PERGERAKAN

26
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3. SENI PERGERAKAN

SINOPSIS

Topik ini merangkumi pengetahuan asas dalam pergerakan; bidang-


bidang pergerakan serta alatan dan keselamatan; pergerakan asas
pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan apresiasi pergerakan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas.

2. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan


kepercayaan.

3.1 Pengenalan kepada konsep pergerakan

Rajah 1: Kerangka Konsep

3.1 Pendekatan kepada asas pergerakan

Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang


menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar

27
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang keperluan -


keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan
kepada model holistik perkembangan kanak - kanak
bertujuan;

i. Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor


dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif
dan kestabilan saraf otot.
ii. Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuan
dan sikap.
iii. Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui
pengalaman - pengalaman pergerakan terarah.

3.3. Pengenalan kepada asas pergerakan sekolah rendah

3.3.1 Pergerakan Asas

Proses yang memandu pelajar untuk memperoleh


kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik
menyelesaikan masalah.

Mengimprovisasi dengan menekankan kebebasan


ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penemuan,penerokaan dan kreativiti.

3.3.2 Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata

3.3.2.1 Berjalan

i. Postur – badan & kepala tegak


ii. Kedudukan kaki
iii. Pemindahan berat badan
iv. Pergelangan kaki, lutut & pinggul
bengkok.
v. Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

i. Berjalan bebas menggunakan ruang

28
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

ii. Berjalan dan berhenti bila isyarat


diberi.
iii. Berjalan dengan kelajuan berbeza.
iv. Berjalan mengikut arah yang
berlainan.
v. Berjalan dengan langkah kecil & besar
vi. Berjalan dengan keadaan relak
vii. Berjalan dengan membentuk badan
Menjadi gemuk dan kurus.
viii. Berjalan di atas jari-jari kaki.

3.3.2.2 Berlari

1. Kedudukan kaki
2. Kedudukan badan
3. Kedudukan lutut
4. Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

i. Berlari bebas
ii. Berlari bebas & berhenti apabila
isyarat diberikan
iii. Berlari setempat
iv. Berlari cepat & lambat
v. Berlari dengan langkah pendek &
panjang
vi. Berlari ke hadapan & kebelakang
vii. Berlari lurus, berbelok-belok & dalan
bulatan
viii. Berlari dalam arah yang berlainan
ix. Berjalan & berhenti, berlari & berhenti
x. Membuat perbandingan dua
pengalaman.
xi. Bincang mengapa senang berhenti
apabila bergerak lambat
xii. Memperkenalkan konsep momentem
ke hadapan
xiii. Memaklumkan keperluan untuk
memindah pusat graviti dari hadapan
ke belakang

3.3.2.3 Skip

29
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Skip ialah gabungan dua pergerakan iaitu


berjalan dan hop

1. Pergerakan kaki

Melangkah & hop:


Satu langkah ke kanan di ikuti dengan
hop kaki yang sama dan kaki kiri
melangkah di ikuti dengan
hop kaki yang sama. Masa melangkah
adalah lebih panjang daripada masa
hop menyebabkan pergerakan beritma
tidak sekata.

2. Hayunan tangan :

Tangan dihayun ke hadapan dan ke


atas. Tangan bertentangan dengan
kaki hadapan dihayun. Hayunan
tangan yang bertentangan ini
memenuhi dua fungsi iaitu memberi
imbangan dan momentum
semasa dalam fasa hop.

3. Berat badan dan pusat graviti

Berat badan sentiasa di bebola kaki di


sepanjang pergerakan. Pusat graviti
berubah ke hadapan melepasi jari-jari
kaki apabila skip ke hadapan
manakala apabila skip ke belakang,
pusat graviti berpindah ke belakang
melepasi tumit.

Aktiviti-aktiviti:

i.Skip bebas
ii.Skip ke hadapan
iii.Skip ke belakang
iv. Skip mengelilingi objek
v. Skip ke dalam dan ke luar
gelung rotan
vi. Skip berbelok-belok dalam
bulat

30
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.3.2.4 Galop

Pergerakan kaki dan pemindahan berat


badan satu kaki bergerak ke hadapan dan
berat badan dipindahkan kepadanya. Kaki
belakang digerakan ke hadapan di belakang
tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan
pantas kedua-dua kaki diangkat di hadapan
dan berat badan diletak pada kaki belakang.
Kaki hadapan sentiasa dihadapan.

1. Pusat graviti

Ia bergerak ke hadapan apabila galop ke


hadapan

2. Menolak dan mendarat

a) Menolak dengan bebola kaki belakang


dan mendarat dengan kaki hadapan
b) Lutut dan pergelangan kaki sentiasa
dibengkokkan semasa pergerakan
dilakukan

Aktiviti-aktiviti:

i. Galop secara bebas


ii. Galop lurus, bebelok-belok dan
dalam bulatan
iii. Galop melepasi objek-objek
seperti kon dan pundi kacang
iv. Berkumpul dan galop dalam
bulatan, ikut arah pusingan jam
dan lawan jam
v. Berpasangan, seorang galop
mengejar pasangannya
vi. Berpasangan, galop bersama
dan ikut rentak yang sama

31
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.3.3 KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR

3.3.3.1 Membongkok

i. Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian


rapat antara satu sama lain
ii. Bahagian badan yang boleh dibengkokkan
bergantung kepada struktur sendi terlipat
iii. Sendi engsel membenarkan badan
dibongkokkan kehadapan dan kebelakang
sahaja
iv. Sendi bola dan soket pula, membenarkan
badan dibongkokkan kehadapan,
kebelakangan, ke kiri dan dalam bulatan

3.3.3.2 Meregang

i. Membongkok dan meregang bahagian-bahgian


badan bermula dengan bahagian kecil badan
seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan
kaki kepada bahagian besar badan seperti kaki,
lengan, kepala dan belakang
ii. Membongkok dan meregang bahagian badan
dengan menggunakan bahagian yang berlainan
untuk dijadikan dasar menyokong

3.3.3.3 Mengilas

i. Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi


panjang tanpa menggerakkan dasar
menyokong
ii. Berlaku dalam arah bulatan sahaja
iii. Sendi menentukan bahagian badan yang boleh
dikilas

3.3.3.4 Memusing

i. Mengilas bahagian badan yang berlainan


seperti kaki, lengan, badan dan leher.
ii. Membentuk dengan mengilas dan
menggunakan bahagian badan berlainan
sebagai dasar menyokong

32
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.3.3.5 Menolak

i. Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa


rintangan
ii. Menolak menjauhkan objek dari badan atau
menjauhkan badan dari objek
iii. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan
tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan
pinggul

3.3.3.6 Menarik

i. Menggerakkan atau merapatkan objek kepada


badan
ii. Menolak dalam ruang dengan menggunakan
bahagian badan yang berlainan
iii. Menolak objek seperti pundi saga dan bola
menggunakan bahagian badan yang berlainan
seperti tangan, siku dan kaki

3.3.3.7 Hayun

Satu pergerakan bulat atau separuh bulatan


mengelilingi bulatan satu titik tengah yang tetap

3.3.3.8 Berbuai-buai

i. Hayun tangan ke hadapan, ke belakang atau


menyilang badan di dada
ii. Hayun kaki ke hadapan, belakang, atau ke sisi,
menyilang kaki lain
iii. Hayun dengan bergayut pada palang
iv. Berbuai dengan berdiri tegak dan
mengerakkan badan ke sisi, ke kiri, dan ke
kanan
v. Dua tangan ke hadapan, bengkokkan siku,
berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke
kiri dan ke kanan
Rujukan Asas

Isbell, R. & Raines, S. (2002 ).Creativity and the arts with young children. NY:
Thomson Delmer Learning

33
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Mayeskey, M. (2003 ). How to foster creativity in all children. NY: Thomson


Delmer Learning.

Pica, R. ( 2000 ). Experiences in movement with music, activities & theory. NY:
Thomsen Delmer Learning.

Rujukan Tambahan

Anderson, W.M. & Lawrence, J.E. ( 1991 ). Integrating music into the
classroom. Belmont, California: Wadswort Publishing Co.

Buschner, C.A. (1994 ). Teaching children movement concept and skill. IL:
America Master Teacher Programme.

Dauer, V.P. & Pangrazi, R.P. ( 1998 ). Dynamic pysical education for
elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company.

Fogarty, R. (1991). Integrete the curricula. IIIinois: IRI/ Skylight Publshing Ins.

Gardner, H. ( 1982 ). Art, mind, and brain : a cognitive approach to Creativity.


NY: Basic Books Inc.

Lowenfeld, V. And Brittain, W.L. ( 1986 ). Creative and mental growth,


NY.Macmillan.

Menon, N. ( 2005 ). Permainan, lagu & puisi. Bentong, Pahang: PTS


Professional Publishing Sdn. Bhd.

Salmah, Ayub ( 1998 ). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J. Flo Enterprise
Sdn. Bhd.

34