Anda di halaman 1dari 16

TING-TING MINDA MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN

MEMBACA GABUNGAN PERKATAAN SUKU KATA TERBUKA


DAN TERTUTUP KV KVK DALAM KALANGAN MURID
PEMULIHAN KHAS MELALUI TEORI KECERDASAN KINESTATIK

ABSTRAK
Kecerdasan Kinestatik adalah salah satu cabang daripada Teori
Kecerdasan Pelbagai. Teori ini amat penting kerana ia berkait rapat
dengan dunia pendidikan. Adalah diakui bahawa setiap murid
memiliki pelbagai kecerdasan. Namun, apa yang membedakan mereka
ialah cara berfikir, bertindak dan belajar. Aplikasi Teori Pelbagai
Kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Pendidikan Pemulihan Khas adalah bertujuan untuk menyokong
proses pembelajaran bersepadu dan menyeluruh selaras dengan
keperluan murid dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jesteru,
inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru -murid yang
diketengahkan ini TING-TING MINDA, telah menggabungkan teknik
permainan untuk mempertingkatkan kemahiran membaca perkataan
kv kvk / kvk kv, di kalangan 5 orang murid Pendidikan Pemulihan
Khas Tahun 3 Arif SK Bandar Mas. Permainan kata - perkataan kv
kvk dan kad kata perkataan kv kvk dalam ‘Ting –Ting Minda’, ini
dapat membantu meningkatkan penguasaan membaca perkataan kv
kvk/kvk kv dikalangan 5 pelajar Pendidikan Pemulihan Khas tahun 3
Arif. Responden ini, telah dirawat dengan Ting-ting Minda selama 60
minit setiap sesi rawatan. Rawatan ini dijalankan selama 5 minggu
sahaja. Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh 4 bulan.
Keputusan Ujian Post telah menunjukkan peningkatan prestasi
penguasaan bacaan kv kvk pelajar. Dapatan daripada soal selidik pula
menunjukkan pelajar amat berminat untuk membaca, 6 orang
daripada mereka telah memahami dan menguasai kemahiran
membaca ini sepenuhnya. Mereka amat seronok ketika bermain
permainan ini. Akhirnya, Ting-Ting Minda telah berjaya memupuk
minat dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca
pelajar.

1.0 REFLEKSI AWAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Saya adalah guru Pemulihan Khas di SK Bandar Mas Kota Tinggi Johor daripada
tahun 2002 hinggalah sekarang. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pemulihan
Khas selama 3 bulan di tahun 2004, saya telah mendengar bacaan murid pemulihan
khas dari tahun 3 Arif seramai 5 orang melalui aktiviti membaca ‘Bacalah Sayang’,
saya juga telah memberi kad-kad bacaan berbentuk ayat-ayat mudah berdasarkan
sukatan Pendidikan Pemulihan Khas. Timbul persoalan di fikiran saya mengapa
agaknya mereka tidak boleh menyebutkan perkataan dengan sebutan yang betul
mengikut suku kata, ini menyebabkan kemahiran membaca mereka amat lemah. Oleh
itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dalam P&P saya. Hasil

1
dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak boleh
membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang
memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka bermain-main semasa P
& P terutama di kelas biasa. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka
mereka akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah menjalankan
kajian tindakan ini.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya
memfokuskan kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk Secara khususnya murid
berkenaan menghadapi masalah membaca di peringkat suku kata dan masalah
pengamatan. Untuk mengatasi masalah mereka, satu inovasi berbentuk permainan
telah diketengahkan. Melalui pemerhatian dan kajian, didapati kebolehan guru
menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Pemulihan dengan mengaplikasikan inovasi –‘ Ting-Ting Minda berasaskan Teori
Kecerdasan Kinestastik, merupakan daya pengerak kepada pengukuhan bacaan dan
minat murid. Pengajaran dan Pembelajaran Guru – Murid menjadi lebih seronok, dan
guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Akhirnya manipulasi alat dan
bahan digunakan untuk aktiviti pengukuhan seterusnya.

3.0 OBJEKTIF PENYELIDIKAN TINDAKAN

3.1 Objektif Am
Ting-ting Minda meningkatkan penguasaan kemahiran membaca gabungan
perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dalam kalangan murid
pemulihan khas melalui teori Kecerdasan kinestatik.

3.2 Objektif Khusus


i. Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca suku kata kv dan suku
kata kvk dengan lancar.
ii. Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca gabungan perkataan
suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dengan lancar.

2
iii. Mengubah persepsi murid terhadap keupayaan diri, meningkatkan jati
diri dan punya rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri.
iv. Mewujudkan interaksi mesra guru dengan murid, murid dengan
guru,dan muriddengan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid pemulihan tahun 3 Arif seramai
5 orang murid .Empat orang lelaki dan seorang perempuan yang tidak menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah


i. Kaedah Soal selidik
Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik tahap
penguasaan bacaan kepada 5 orang murid tahun 3 Arif berasaskan Ujian IPP3M
Tahun 3 Mode 3 dibawah Program Pendidikan Pemulihan Khas, dengan
menggunakan Kad Senarai Semak Baca. Analisis dapatan menunjukkan 100 %
murid tidak boleh membatangkan perkataan dengan betul dan lancar. Sepatutnya
di tahun 3 , mereka telah menguasai kemahiran membaca perkataan kv kvk dan
ayat-ayat mudah.

ii. Kaedah Temu Bual


Saya juga menjalankan temu bual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan
saya, bahawa mereka tidak minat membaca. Maka pada 4.03.04 saya juga, telah
mengadakan temu bual secara berstruktur untuk mengetahui punca permasalan
dan sikap mereka terhadap bacaan. Dapatan daripada temubual tersebut, saya
dapati 5 orang pelajar ini tidak suka membaca. Kesemua mereka mengaku
tidak pandai membaca, tetapi mereka suka mendengar orang membaca dan
merasa aktiviti membaca tidak seronok. Oleh itu, mereka tidak suka mengambil
ujian membaca kerana takut tidak boleh membaca teks ujian yang diberi..
Daripada dapatan ini , andaian saya, murid tidak berminat untuk membaca
adalah benar.

3
iii. Ujian Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman dan ingatan mereka membatangkan gabungan perkataan suku kata
terbuka dan tertutup kv kvk. Item Ujian Pra Bacaan berasaskan Kad Ujian
Diagnostik Pemulihan(bacaan). Hasil dari ujian tersebut, saya dapati 5 pelajar
ini tidak dapat membaca 20 suku kata kvk , dan 20 perkataan suku kata terbuka
dan tertutup kv kvk dengan lancar dan betul sebutannya. Mereka mengambil
masa yang lama (8 minit) seorang, dan gagal untuk membatangkan perkataan
yang ditunjukkan. Sedangkan masa yang ditetapkan ialah 4 minit seorang.

5.2 Tindakan Yang Dijalankan


Saya memperkenalkan permainan ‘Ting- Ting Minda’, berasaskan Pendekatan
Kecerdasan Kinestatik, untuk merangsang minat membaca seterusnya dapat
mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan
suku kata terbuka dan tertutup kv kvk ketahap yang optimun (boleh membaca 20
patah perkataan setiap set yang dikaji dengan sebutan yang betul dalam masa
kurang 4 minit selepas kaedah rawatan ini dilaksanakan. Saya telah merangka
lima aktiviti yang dinamakan Ting-Ting minda -1-4

o Aktiviti 1- Ting-ting Minda 1, saya menjalankan pengukuhan sebutan


suku kata kv.
o Aktiviti 2-Ting-Ting Minda 2 pula, saya menjalankan pengukuhan
sebutan perkataan kvk sahaja.
o Aktiviti 3- Manakala dalam Ting-ting Minda 3, saya memberikan
peneguhan dalam bacaan perkataan gabungan daripada suku kata
terbuka kv + kv.
o Aktiviti 4-Ting-ting Minda 4, saya membuat peneguhan dalam
membaca perkataan gabungan daripada suku kata tertutup kv + kvk
Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini:
¾ Tapak Ting-Ting Minda.
¾ Buah Dadu Minda.
¾ Kad-kad perkatan kv berleminate.
¾ Kad-kad perkataan kvk berleminate.
¾ Kad perkataan sukukata terbuka dan tertutup berleminate.

4
MODEL TIKAR TING-TING MINDA

- Pelaksanaan Tindakan
Bagi menilai dan memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,
alat-alat yang disediakan termasuklah;
• Kad Minda graf pencapaian kemahiran bacaan murid
(responden) dari semasa ke semasa
• senarai semak perlakuan murid
• senarai semak pencapaian setiap responden
• kad-kad bacaan ujian pra, bahan-bahan dan aktiviti
rawatan dan ujian pos.

Murid – murid ini diberi rawatan klinikal melalui aktiviti Ting-ting Minda
selama 5 minggu pada setiap hari Isnin hingga Rabu dan semasa penyelidek
tiada kelas. Pada hari Khamis dan Jumaat rawatan juga diadakan, walaupun
guru pendidikan pemulihan menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran
pemulihan pada sesi petang. Modul rawatan ini telah dijalankan dari 22 Mac
2004 sebagaimana jadual di bawah:-
Contoh langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti Ting-
ting Minda ini dapat ditunjukkan seperti di bawah.Berdasarkan pemerhatian
guru, murid-murid sasaran ini telah mula menunjukkan minat dan menguasai
set kemahiran kajian. Ini kerana rawatan ini telah dapat meningkatkan harga
diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan.

5
Setiap aktiviti yang dijalankan saya akan memberi markah kepada murid-murid
saya. Berikut adalah kateria markah yang saya gunakan.

‰ Permakahan diberi secara kutipan bintang.


‰ Satu ( * ), satu markah.
‰ Dalam setiap pusingan murid melakukan 3 aktiviti mengikut kemahiran yang
telah ditetapkan, sebagaimana dalam lampiran yang diberi.
‰ Mereka yang gagal dalam permainan ini akan diberi latih tubi dalam latihan
bacaan intensif mengikut tahap kelemahan mereka.
‰ Murid yang gagal dalam aktiviti pusingan akan diberi peluang untuk
meneruskan permainan setelah menjalani latih tubi bacaan intensif.
‰ Kriteria permarkahan ini sama dalam ke 4 aktiviti yang berlainan kemahiran
bahasanya.

5.3 Pelaksanaan Tindakan /Pemerhatian dan Refleksi

Aktiviti 1- MODEL TING-TING MINDA 1 –


• Minggu 1 kemahiran suku kata kv.(22 Mac- 24 Mac 2004).
• Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan.
• Murid sebut dan langkah ke petak 1.
• Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu.
• Maju setapak ke petak 2 .Pilih huruf vokal dan sebut suku kata
yang terbina.
• Meneruskan lompatan yang ke 3 dan mengambil kad suku kata
yang terbina.
• Murid akan mengambil bintang di petak terakhir sekiranya
betul.
• Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan.

6
b
Dadu Minda
k
4
Bintang minda

Poket huruf vokal (a.i.e,o,u)

Poket huruf konsonan(k,n,d..)


1
Poket poket suku kata kv

Pemerhatian Yang Dijalankan

Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 1, ternyata aktiviti ini dapat


mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kv.

Bil Nama P1 P2 P3 P4 P5 Jumlah


markah
(15)
1 Pelajar A * ** ** ** ** 9

2 Pelajar B * ** ** ** *** 10

3 Pelajar C ** *** ** * ** 10

4 Pelajar D *** *** ** ** ** 12


5 Pelajar E - - ** ** * 5
Jadual 1 : Kad
Minda Aktiviti 1 –
(Membaca suku kata kv)

- Refleksi

Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 1dilaksanakan,saya merasa sangat


seronok,kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang ceria,
Pada awalnya mereka terpegun melihat saya menggunakan sekajang tikar
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Pemulihan Sinar Harapan
.’” Macam inilah yang best….,Tak boring.!”

7
Itulah , kata-kata gembira yang diluahkan oleh murid –murid ini. Pencapaian
bacaan sukukata kv mereka dalam aktiviti Ting-ting Minda 1 ini membanggakan
saya,Jumlah markah mereka dapat dilihat daripada jadual kad Minda 1.

MODEL TING-TING MINDA 2


AKTIVITI 2– Minggu 2 kemahiran suku kata kvk (5 April-14 April 2004).
ƒ Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan.
ƒ Murid sebut dan langkah ke petak 1.
ƒ Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu.
ƒ Maju setapak ke petak 2 .Pilih huruf vokal .
ƒ Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad
huruf konsonan.
ƒ Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil
kad suku kata kvk yang sama dengan yang dikumpulkan serta
menyebut bunyinya.
ƒ Mengambil bintang sekiranya betul kad suku kata yang diambil
dan betul sebutannya.
ƒ Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan.

b
Dadu Minda
k
4
Bintang minda

Poket poket suku kata kvk (la. gu,tu

2 Poket konsonan (h ,d, f,h …)

Poket huruf vokal (a, e,I,o,u)

Pemerhatian Yang Dijalankan


Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 2, ternyata aktiviti ini dapat
mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kvk.

8
Jadual 2 ; Kad Minda Minggu 2 (5 April-14 April)
Kemahiran kvk

Bil Nama P1 P2 P3 P4 P5 Jum

1 Pelajar A - - * ** ** 5
2 Pelajar B * ** ** *** *** 11

3 Pelajar C * ** *** *** *** 12

4 Pelajar D ** *** *** *** *** 14


5 Pelajar E - - -* * ** 4

- Refleksi

Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 2 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira,


kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang sentiasa ceria,
Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan dan tidak
sabar-sabar untuk bermain .”Hari ini, aku nak dapat bintang banyak, nanti
dapat pensel warna..!”, Itulah , harapan mereka ketika menjalankan aktiviti ini.
Walaupun, aktiviti Minda 2 ini lebih tinggi aras kemahirannya berbanding
aktiviti Minda 1, pencapaian bacaan tiga orang murid ini semakin meningkat.
Ini membanggakan saya.Jumlah markah mereka dapat dilihat daripada jadual
kad Minda 2. Tiga orang daripada mereka telah mencatatkan peningkatan
yang membanggakan daripada pencapaian Aktiviti Minda 1. Dua orang lagi ,
walaupun mereka mendapat markah 4 dan 5 semasa aktiviti ini, pada saya
pencapaian mereka memuaskan sebab murid ini adalah dalam kategori yang
amat lemah.seorang daripada mereka baru hadir ke sekolah setelah 2 tahun
tidak bersekolah.

MODEL TING-TING MINDA 3

AKTIVITI 3 Minggu 3, kemahiran membaca perkataan terbuka kv + kv


( 20 April- 22 April 2004).
• Murid baling buah dadu berlabel suku kata kv.
• Murid sebut dan langkah ke petak 1.
Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu.
• Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata kv dan baca perkataan yang
dibina terbina.

9
• Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad perkataan
yang terbina.Murid membatangkan perkataan yang diambil.
• Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang
sekiranya betul sebutannya..
• Ulang aktivi kepada murid lain sehingga 5 pusingan.

ba
ku
Bintang
Dadu minda
Minda

Poket suku kata kv (la,gu,…

3
2
Poket huruf konsonan(k,n,d..)

1 Poket perkataan kv kv
(vila, dadu…)

Pemerhatian Yang Dijalankan


Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 3, ternyata aktiviti ini dapat
mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kv kv.

Jadual 3 : Kad Minda Minggu ke-3(20 April –22 April)


Kemahiran kv+kv

Bil Nama P1 P2 P3 P4 P5 Jum


1 Pelajar A *** *** *** *** *** 15

2 Pelajar B *** *** *** *** *** 15


3 Pelajar C *** *** *** *** *** 15
4 Pelajar D *** *** *** *** *** 15
5 Pelajar E - *** *** *** *** 12

10
- Refleksi
Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 3 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira
dan terharu, kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dengan penuh
keyakinan. Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan
dan bertolak ansur semasa bermain .”Cikgu, boleh tak kalau saya belajar kat
kelas ni aje, saya nak baca buku cerita”. Itulah kata-kata daripada tiga orang
daripada mereka yang mengusik naluri saya,sungguh tersentuh hati ini, kerana
rupa-rupanya saya telah berjaya memupuk minat untuk membaca pada aras
kemahiran yang tinggi,diluar aras kemahiran yang saya kaji... Ini
membanggakan saya. Berdasarkan jadual Kad Minda 3, 4 orang daripada
mereka telah mencatatkan markah 100% dalam bacaan perkataan kv kv dalam
permainan Ting-ting minda 3 ini.

MODEL TING-TING MINDA 4 dan 5


AKTIVITI 4 Minggu 4, kemahiran membaca perkataan tertutup kv + kvk
( 26 April – 30 April hingga 5 Mei -7 Mei 2004).
ƒ Murid baling buah dadu berlabel suku kata kv.
ƒ Murid sebut dan langkah ke petak 1.
ƒ Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu.
ƒ Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata kvk dan baca perkataan yang
dibina terbina.Contoh datuk
ƒ Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad perkataan
yang terbina.Murid membatangkan perkataan yang diambil.
ƒ Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang
sekiranya betul sebutannya..
ƒ Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan

11
b
Dadu Minda
k
4
Bintang minda

3
1

Poket huruf vokal (a.i.e,o,u)

Poket huruf konsonan(k,n,d..)

Poket poket suku kata kv

- Pemerhatian Yang Dijalankan


Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 4, ternyata aktiviti ini dapat
mengukuhkan penguasaan membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan
tertutup kv kvk pada tahap yang amat membanggakan .

Jadual 4: Kad Minda Minggu ke- 4 (5 Mei –7 Mei )


Kemahiran kv+kvk
Bil Nama P1 P2 P3 P4 P5 Jum

1 Pelajar A ** ** *** ** ** 11

2 Pelajar B *** *** *** *** *** 15


3 Pelajar c *** *** *** *** *** 15
4 Pelajar D *** *** *** *** *** 15
5 Pelajar E * * * ** ** 7

- Refleksi
Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 4 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira ,
terharu dan bangga, di atas catatan pencapaian yang tinggi yang telah
diperolehi oleh 5 orang murid sasaran kajian saya. Walaupun aktiviti 4
adalah aktiviti yang tertinggi aras kemahiran bacaanya tetapi atas minat,
keyakinan yang lahir kesan daripada permainan ini, telah menyebabkan tiga
daripada mereka mencatatkan keputusan 100% .Dua orang daripadanya yang
amat lemah bacaan mereka pun telah mencatatkan keputusan yang

12
membanggakan. Seorang daripadanya , baru masuk ke sekolah pada tahun 3, 2
tahun tidak bersekolah, tetapi beliau telah menunjukkan minat untuk datang ke
sekolah dan mengikuti Pengajaran dan pembelajaran di kelas saya dan boleh
membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk walaupun pada
awalnya, dia tidak mengenal huruf a – z . Pelajar berjaya mengecam dan
membetulkan kesalahan yang sengaja guru lakukan untuk menguji penguasaan
bacaan mereka.

5.4 Refleksi Keseluruhan Kajian

Jadual 5 : Analisis Data Temu Bual Sebelum Dan Selepas Kajian

Analisa Sikap
Bil sebelum Bil selepas kajian
Kajian

Sikap terhadap bacaan % % % %


Ya tidak Ya tidak
Sukakah kamu membaca 5/5 5/5
100 100
Adakah membaca itu seronok 5/5 5/5
100 100
Adakah pelajaran bacaaan paling kamu 5/5 5/5
minat 100 100
Adakah kamu pandai membaca 5/5 5/5
100 100
Sukakah kamu mendengar orang 5/5 5/5
membaca 100 100

Jadual 6 :Analisis Data Soal Selidik Sebelum Dan Selepas Kajian

Sikap terhadap bacaan Analisis sikap terhadap bacaan

sebelum Kajian selepas kajian

Bil Bil % %
% % Ya tidak
Ya tidak
Tidak berminat 2/5 5/5
40 100
Tidak suka mata pelajaran Bahasa Melayu 2/5 5/5
40 100
Tiada keyakinan diri 5/5 5/5
100 100
Tidak berminat untuk membaca 5/5 5/5
100 100

13
Peningkatan minat membaca ini dapat dibuktikan berdasarkan daripada ke dua-dua
jadual di atas. Di mana sebelum kajian 100% pelajar hanya suka mendengar orang
membaca sahaja.100% pelajar tidak Tetapi selepas kajian 100 % murid suka
membaca dan menyatakan aktiviti membaca itu sesuatu yang menyeronokkan. Inilah
salah satu luahan kata yang telah diungkapkan oleh salah seorang murid kajian,
“Cikgu dulu saya takut nak baca, tetapi sekarang saya suka baca”, ..Di sisi murid,
pengaplikasian Ting-ting Minda dalam P&P telah meningkatkan motivasi,
menghilangkan rasa rendah diri, meningkatkan tahap kepuashatian murid dan
semangat untuk terus belajar. Hal ini kerana mereka telah berjaya melepasi
“halangan” iaitu kegagalan menguasai kemahiran membaca. Tanpa dapat dinafikan
bahawa bahasa merentas kurikulum. Sesungguhnya situasi yang memberi sinar
harapan ini disumbangkan oleh keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam
kaedah rawatan menggunakan teknik Ting-ting Minda.

Jadual 7 : Data Analisis Ujian Pra dan Ujian Post - Catatan Ting-Ting Minda 1 hingga 4

(22/3/04 hingga 5/5/04)


NAMA PRA RAWATAN KLINIKAL – TING-TING MINDA POST
5/3/04 M1 M2 M3 M4 M5 10/5/04
(KV) (KVK) (KV+KV) (KV+KVK) (KV+KVK)
% % % % % 100 %
Pelajar A 38 67 80 100 40 80 80

Pelajar B 50 100 100 100 100 100 100

Pelajar C 50 100 100 100 100 100 100

Pelajar D 50 100 100 100 100 100 100

Pelajar E 0 60 40 80 20 40 50

M1 –minggu 1, M2 – minggu 2, M3- minggu 3, M4 – Minggu 4, M5- minggu 5

Manakala jadual 7 di atas menunjukkan peningkatan yang amat ketara pelajar dalam
Ujian Pra dan Post. Iaitu peningkatan PURATA sebanyak 69/80 dalam Ujian Post. 3
orang daripada mereka mencatatkan pencapaian 100%, seorang lagi mencatatkan
markah 64/80 manakala seorang lagi yang baru hadir ke sekolah setelah 2 tahun tidak
bersekolah telah mencatatkan markah 50%. Kebolehan mereka membaca 4 set
bacaan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dengan cepat dan lancar
dalam permainan ini amat di luar dugaan dan membanggakan saya. Apa yang lebih

14
membanggakan saya ialah, 4 orang daripada mereka telah berjaya ‘dikembalikan’
semula ke kelas biasa.

Di pihak guru pula, saya dapat merangka rancangan pengajaran yang menarik minat
murid kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan dapat meningkatkan keyakinan diri
sendiri. Selain daripada itu kaedah ini juga menjadi daya penggerak kepada
pengukuhan bacaan murid. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok, guru
dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas ini penting untuk
tindakan susulan yang selanjutnya.

Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru dan
murid. Murid tidak lagi merasa takut untuk menyebut perkataan sambil bermain.
Perasaan ini perlu terus dipupuk pada kemahiran bacaan yang lebih tinggi, seperti
dalam mengajar membaca perkataan yang mengandungi diftong dan diagraf
berganding, serta membaca ayat. Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan
diri dan merasakan dirinya benar-benar berguna dan dihargai . Sesungguhnya aktiviti
yang tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk mencuba dan terus
mencuba, untuk terus menghabiskan permainan dan memperoleh ganjaran sama ada
dalam bentuk material atau non material ( pujian dan sanjungan ). Rumusannya ,
aplikasi Ting-ting Minda dalam P&P Bahasa Melayu Pendidikan Pemulihan Khas
secara tidak langsung telah membantu murid untuk menguasai 3M seiring dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk melahirkan insan yang seimbang
dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelek.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang
positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar.Saya
mencadangkan untuk mengguna pakai Teknik Permainan ini untuk mengajar
kemahiran membaca pantun dan simpulan bahasa. Teknik ini juga boleh digunakan
untuk mempertingkatkan kemahiran menulis perkataan berasaskan latih tubi membaca
. Saya juga berhasrat untuk membina model-model Ting-ting Minda lain dengan
melengkapkan lagi model ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih
menarik, serta melengkapkannya dengan soalan-soalan serta kaedah yang lebih

15
mencabar dan kreatif. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadi
proses P&P lebih menarik, berkesan danmenyeronokkan. Akhir kata , “GURU YANG
KREATIF, AKAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG DEDIKASI.
“ KALAU SEORANG GURU MENGAJAR TANPA ALAT ,MURID BELAJAR
DENGAN RALAT”.

BIBLIOGRAFI

Buku panduan,Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas(masalah


penguasaan 3M).1998
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan


Bahasa Dan Pustaka

Manual IPP3M tahun3, (bagi kegunaan program pemulihan khas Kementerian


Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, 2000.Tatabahasa Dewan Jilid
2: Perkataan; Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Puan Hajah Juliani bt. Abdullah, Kaedah Cepat Membaca, Bacalah


Sayang,Gabungan Majlis Guru Besar

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam


Pengajaran & Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara


Belajar.Kementerian Pendidikan Malaysia.

Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam, Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Kursus
Bahasa Fajar Bakti

Selan Osni, Bahasa Melayu Tahun Satu (transisi) Asas Bacaan Fahaman dan
tulisan.

Sharifah Alwiah Alsagoff, Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Heineman Asia.

Sharida Sharudin, Bacalah Sayang, Associated Educational Distributors ( M) Sdn.


Bhd.
Sek. Rendah Malaysia, Kreatif Kembara Sdn. Bhd.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian ,


Nurin Enterprise

16

Anda mungkin juga menyukai