Anda di halaman 1dari 13

SMK SULTAN SALAHHUDIN ABDUL AZIZ SHAH

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan


setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Puan PUAN
DIANA BT DAUD yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan,
dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang
ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan, membuat
teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu
bapa saya RAMASINGAM a/l SINNIAH dan GANDHI MATHY a/pKANNAN
yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka
mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-
kerja untuk menyiapkan Kerja Kursus ini memerlukan tenaga, buah fikiran dan
wang ringgit.
Saya dapat mengetahui lebih banyak perkara tentang latar belakang
keluarga saya contohnya tarikh lahir, salasilah keluarga saya, salasilah
keluarga ibu saya, salasilah bapa saya dan sebagainya.

Di samping itu juga, saya dapat mewujudkan lebih komunikasi antara


saya dengan keluarga saya dengan lebih rapat dan lebih erat antara satu sama
lain. Saya juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saya
dengan ahli-ahli keluarga saya dengan lebih rapat dan menegur satu sama
lain.

Sedikit sebanyak saya juga dapat mengetahui sejarah mengenai


keluarga saya, asal-usul saya, keturunan saya dan sebagainya. Selain itu,
saya dapat menambah pengalaman dalam menyediakan dan membuat kerja
kursus ini yang diberi oleh guru saya.
1. KAEDAH TEMUBUAL
 Saya telah menemubual beberapa orang dalam ahli keluarga untuk
menceritakan denga lebih lanjut mengenai sejarah dan latar
belakang keluarga saya.

2. KAEDAH PEMERHATIAN
 Saya telah membuat pemerhatian dengan melihat foto-foto dari
album keluarga saya bagi mengenal pasti setiap ahli keluarga
saya.

3. KAEDAH MENGKAJI DOKUMEN


 Melalui beberapa dokumen yang terdapat maklumat mengenai
sejarah keluarga saya terdapat dalam simpana keluarga
saya.
Saya sangat menyanjungi ayah saya iaitu RAMSINGAM
SINNIAH Ayah saya dilahirkan pada 23 mei 1964 di klang.
Saya sangat menyanjunginya kerana beliau seorang yang
berwawasan dan sanggup mengajar anak-anaknya dengan pelbagai
cara untuk memastikan anak-anaknya berjaya di masa depan.
Beliau selalu membantu saya di saat saya dalam kesusahan dalam
pelajaran dan sebaginya. Dia sering menegur saya dan adik-beradik
saya supaya menjadi orang yang berguna di masa dan berbakti
kepada negara dan beliau juga sering memberi semangat kepada
saya dan adik-beradik saya untuk menjadi orang yang berjaya di
masa hadapan.

Ibu bapa dan keluarga merupakan asas untuk membentuk modal


insan yang cemerlang. Keluarga haruslah mengajar anak mereka untuk
menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara(UP 1). Para
bakal modal insan juga haruslah menghargai dan mengamalkan tradisi
budaya dan bangsa(UP 1).

Keluarga juga haruslah menerapkan unsur-unsur cinta akan


bangsa dan negara(UP 2) supaya mereka bersyukur sebagai
warganegara Malysia(UP 2). Modal insan juga haruslah mempunyai nilai
seperti bertanggungjawab kepada bangsa dan negara(UP 2).

Masyarakat juga berperanan dalam membentuk modal insan


yang berbudi. Mereka haruslah hidup bersatu padu dan harmoni(UP 3).
Sikap bekerjasama dan tolong-menolong(UP 3) juga perlu dipupuk untuk
melahirkan modal insan yang bertolak-ansur dan bertoleransi(UP 3).

Modal insan juga haruslah berakhlak dan berbudi pekerti


mulia(UP 4) supaya berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah
tinggi(UP 4). Sikap rajin dan gigih(UP 5) dalam berusaha juga perlu
dipupuk supaya modal insan akan lebih tabah menghadapi cabaran(UP 5).
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah mendapat
pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga yang selama ini belum
pernah saya ketahuinya. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengetahui
asal-usul dan salasilah keluarga saya. Dengan ini saya dapat mengetahui
sajarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.

Selepas membuat kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli


keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.
Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah
membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan ahli keluarga
antara satu sama lain.

Kajian ini juga telah membuat saya menguasai kemahiran yang


berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul,
dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya.
Kenangan manis sepanjang hidup saya selama ini ialah di saat saya

mendapat markah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Saya telah

mendapat keputusan yang baik di dalam UPSR sebanyak5A. Saya tidak

pernah mendapat markah yang baik sepanjang hidup saya. Tanpa usaha

yang gigih saya tentu akan gagal dalam UPSR.


Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga bercadang untuk

pulang ke kampung kerana sudah lama kami tidak melawat dengan nenek

dan datuk. Kami bertolak pada pukul 7.30 malam.

Lebih kurang empat puluh minit perjalanan dari rumah, kami tiba di

sebuah kampung yang tiada lampu jalan. Tiba-tiba seekor lembu melintas

jalan, ayah tidak sempat mengelak kereta lalu terlanggar lembu dan

menyebabkan lembu itu terjatuh.Kami semua terkejut. Adik saya menangis

kerana kepalanya terhantuk.

Ayah saya memberhentikan kereta lalu,keluar untuk memeriksa

kereta. Lembu yang dilanggar itu tidak cedera teruk cuma ia terpkerana

dilanggar. Kereta ayah kemik di bahagian depan kereta. Selepas

memeriksa kereta, kami meneruskan perjalanan ke kampung.

Kami gembira tiba di kampung dengan selamat.Selepas kejadian itu,

ayah tidak lagi pulang ke kampung pada waktu malam, dan inilah kenangan

pahit yang tidak dapat saya lupakan.


Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang juruterbang. Saya
minat untuk menjadi juruterbang kerana saya sangat berminat untuk menjadi
seorang juruterbang.

Tujuan saya ingin menjadi seorang juruterbang adalah kerana


saya ingin sangat memandu kenderaan yang terbang di udara seperti kapal
terbang, pesawat pejuang dan banyak lagi. Apabila saya memandu kapal
terbang atau pesawat pejuang, saya akan berpeluang melihat keindahan
apabila terbang di angkasa.
Saya berharap cita-cita saya untuk menjadi seorang juruterbang
akan tercapai pada suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai