Anda di halaman 1dari 3

Tips Menjawab Bahagian B - Kertas 1, Persediaan SPM 2011.

SKOR 80 – 100 MARKAH.


1. Idea yang relavan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan
dengan contonh yang sesuai.
2. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.
3. Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
4. Ejaan dan tanda baca yang betul
5. Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan.
6. Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi .
7. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
8. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai.
9. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan
Cadangan Jawapan PELAJAR  Berdasarkan Soalan Nombor 2.

                Dalam  melayari bahtera kehidupan sebagai seorang makhluk Tuhan bergelar manusia,
setiap daripada kita mempunyai  dua orang insan yang paling berharga dalam hidup kita. Insan ini sangat
istimewa dan telah mencorakkan kehidupan yang sebenar di alam ini kepada kita yang bergelar anak.
Mereka ialah ibu bapa kita. Merekalah yang sering mendodoikan kita sewaktu kita masih kecil di dalam
buaian dan telah memberikan kehidupan yang sempurna dan cukup indah kepada kita. Sebarang
kesilapan dan kerenah kita tidak pernah dirungut dan diungkit oleh mereka.  Namun demikian, terdapat
sebahagian daripada kita yang tidak mengerti  dan  menghargai kasih sayang yang telah dicurahkan oleh
mereka kepada kita. Pada era modenisasi ini, banyak berita  yang terpapar di rubik-rubik akhbar
menceritakan  kisah anak derhaka.  Mereka ini lupa, alpa serta leka akan tanggungjawab mereka sebagai
seorang anak.  Oleh yang demikian, sebagai anak, kita seharusnya menghayati tanggungjawab terhadap
ibu bapa masing-masing.

                Seorang anak yang dididik dengan nilai-nilai murni dan agama yang secukupnya sudah tentu
tidak akan melupakan segala jasa dan pengorbanan ibu bapa yang bersusah
payah  membesarkan mereka.  Insan bergelar anak mestilah menghormati ibu bapa mereka di mana-
mana sahaja dan menuruti setiap tutur kata dan arahan ibu bapa mereka selagi tidak bertentangan
dengan syarak.  Sebarang arahan yang diberi oleh ibu bapa akan dilakukan tanpa sebarang rungutan.
Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa meminta tolong daripada kita untuk membelikan sesuatu barang di
kedai,  kita haruslah membantunya walaupun pada waktu itu kita sedang mengulangkaji pelajaran. Hal ini
sudah menjadi kewajipan kepada kita sebagai seorang anak. Rasulullah s.a.w juga menekankan
pengamalan akhlak mulia dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Janganlah kita
mengecilkan hati ibu bapa kerana sesungguhnya, keberkatan hidup kita terletak kepada restu ibu bapa.

                Sebagai  seorang anak yang baik, kita tidak boleh meninggikan suara ketika berkata-kata 
bersama ibu bapa. Menurut Datuk Dr Fadzilah Kamsah, setiap anak perlulah membahasakan diri dengan
panggilan yang paling baik dan bertutur dengan lemah lembut dengan ibu bapa. Kita tidak boleh
menggunakan bahasa yang kasar walaupun berkata ‘ah’ kepada ibu bapa sekiranya disuruh melakukan
sesuatu. Ucaplah bahasa yang sopan dan dengan nada yang rendah ketika berurusan dengan mereka.
Begitu juga sekiranya kita igin memaklumkan sesuatu perkara dan menjawab sesuatu soalan yang
ditanya oleh kedua-dua ibu bapa kita. Janganlah sekali-kali kita berbohong  demi kebaikan diri kita dan
juga mereka. Berkata-katalah dengan jujur kerana kejujuran dapat mengeratkan yang jujur dan ikhlas
seorang anak terhadap ibu bapanya. Keadaan ini amat perlu kita hayati kerana peranan yang penting ini
sewajarnya dilaksanakan.

                Seterusnya, kita tidak boleh menyakiti hati mereka kerana sedikit sahaja perasaan mereka
yang terguris akan memberikan kesan yang besar kepada diri kita dalam meniti kehidupan. Keredaaan
Allah terletak pada keredaan ibu bapa. Hormati dan hargailah mereka sementara mereka masih wujud di
atas muka bumi ini supaya kita tidak menyesal di atas kesilapan kelak kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna lagi. Tunaikanlah segala kehendak mereka kerana ketika kita kecil lagi,
mereka telah menjaga dan membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh.

                Sebagi seorang anak, sekiranya kita telah berjaya, janganlah bersikap bangga diri dengan
kekayaan yang kita miliki berbanding kesusahan dan kemiskinan ibu bapa kita. Sebaliknya, kita perlu
mempelawa mereka tinggal bersama-sama kita serta menyediakan kehidupan yang selesa dan terbaik
kepada insan yang suatu ketika dahulu menjaga kita dengan penuh kasih sayang.  Namun, sekiranya
mereka enggan, kita perlulah sentiasa menziarahi mereka di kampung dan tidak bersikap bagai kacang
lupakan kulit. Kita haruslah sentiasa menelefon dan menanyakan khabar mereka kerana ibu bapa yang
menginjak usia tua akan merindui kasih sayang anak-anak mereka bukannya harta benda yang diberikan
oleh anak-anak.

                Anak-anaklah yang bertanggunjawab menjaga ibu bapa ketika usia mereka menginjak tua.
Kerja-kerja ini bukan terletak kepada tanggungjawab pengasuh atau orang gaji  mahupun jabatan-jabatan
kebajikan masyarakat. Walau sesibuk manapun menyiapkan kerja, tugas dan tanggungjawab di tempat
kerja, ibu bapa tidak boleh dilupakan oleh anak-anak. Kita sebagai anak seboleh-bolehnya perlu menjaga
ibu bapa sendiri dan tidak menghantar mereka ke rumah kebajikan orang tua. Sebagai ibu bapa,mereka
mendambakan perhatian dan kasih sayang anak-anak kandung mereka sendiri. “Seorang ibu dapat
mejaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu” ,
demikianlah petikan kata-kata yang sering kita dengar, namun tidak pernah diambil kisah oleh insan
bergelar anak kerana mereka mudah lalai dan leka. Jangan sesekali kita menjadi Si Tenggang yang
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

                Sekiranya kita berada berjauhan daripada mereka, kita hendaklah selalu mendoakan
kesejahteraan mereka agar merka sentiasa mendapat kebahagiaan. Sebagai seorang pelajar pula,
bersalam dan ciumlah tangan mereka untuk mendapatkan restu serta keberkatan ilmu yang bakal kita
perolehi. Kita tidak perlu malu untuk melakukan perkara ini kepada kedua ibu bapa kita. Sekiranya
mereka jatuh sakit, kita perlu menjaga mereka dengan sebaiknya dan memberikan sepenuh perhatian
dan semangat kepada mereka untuk sembuh. Keadaan ini sering kali dikaitkan kita akan menangis
pemergian orang yang tersayang tanpa kita sedari semasa hidup mereka tidak pernah kita hargai.

                Secara keseluruhan, sudah terang lagi bersuluh, segala tanggungjawab kita sebagai anak
perlulah ditunaikan dengan sebaiknya dan cukup sempurna kepada kedua-dua  ibu bapa yang telah
membesarkan kita. Usah jadikan mereka bagai melukut di tepi gantang, sebaliknya kita hargai mereka
bagai insan yang berjasa. .Anugerahi mereka dengan kejayaan yang cemerlang dan curahan kasih
sayang sebagai balasan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan sejak kecil lagi. Sikap
tanggungjawab ini perlulah ditanam dalam jiwa dan diamalkan sejak kecil lagi kerana melentur buluh
biarlah daripada rebungnya. Tanggungjawab ini perlulah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh
dan bukan seperti melepaskan batok di tangga. Ingatlah, tanpa mereka, siapalah kita. Tanpa kehadiran
insan murni , kita tidak akan wujud di atas muka bumi ini. 

Anda mungkin juga menyukai