Anda di halaman 1dari 5

Kerja Kursus Geografi 2011 ( Part 1 )

Entri ini khas untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil PMR 2011

***PERHATIAN - KERJA KURSUS INI BELUM SIAP SEPENUHNYA. INI ADALAH SEBAGAI PANDUAN

SAHAJA DAN SELEBIHNYA, ANDA KENALAH BERUSAHA MENGUBAHSUAI UNTUK DIJADIKAN

SEBUAH KERJA KURSUS YANG LENGKAP..

Ini adalah contoh kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi tahun 2011. Kerja kursus ini hanya dapat dipaparkan

sehingga kaedah kajian sahaja. Ini adalah sebagai panduan untuk pelajar-pelajar membuat persediaan dalam

menghasilkan dapatan kajian. Selepas membuat kaedah kajian, pelajar dikehendaki untuk membuat soal selidik atau

temu bual. Daripada dapatan tersebut, pelajar dikehendaki membuat dapatan kajian. Contoh dapatan kajian akan

anda peroleh dari Kerja Kursus geografi 2011 ( part 2 ) yang telah saya sediakan..

Sebelum itu , anda dikehendaki melengkapkan kerja-kerja awalan seperti di bawah. Perlu di ingatkan bahawa contoh

kerja kursus ini adalah sebagai panduan sahaja. Para pelajar tidak dibenarkan untuk meniru atau mencetak 100%

daripada ruangan ini. Pelajar digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri supaya kajian dihasilkan lebih mantap.

Sila ikut panduan di bawah:-

1. Tajuk :

Pencemaran Alam Sekitar di Taman Daya, Johor Bahru ,Johor.

2. Senarai kandungan ( Rujuk Buku teks )

Perkara

• Penghargaan

• Pendahuluan

• Objektif kajian
• Kawasan kajian

• Kaedah kajian

• Dapatan kajian

• Rumusan

• Lampiran

• Rujukan

3. Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Pn

Jamiaah bte Kechut kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat

kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 Dinamik ......,

Pn/En .................................yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja

kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, ............................ dan .................................. yang

telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi

ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi

melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya

iaitu ......................................, .................................... , ................................... dan ..............................

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual

dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini

4. Pendahuluan
Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan

Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk “ Pencemaran Alam Sekitar Di

Taman Daya, Johor Bahru, Johor”.

Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Daya kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya.

Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat

membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman

yang berhampiran untuk keluar ke Bandar raya Johor Bahru.

Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan.Masa yang

diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu

menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

5. Objektif kajian

Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-

1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor

Bahru, Johor.

6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

6. Kawasan kajian
Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman Daya, Johor Bahru, Johor

iaitu kira-kira 14km di utara Bandar raya Johor Bahru. Taman Daya merupakan sebuah kawasan kediaman yang

telah dibangunkan oleh Syarikat Keck Seng Sdn, Bhd.

Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman getah serta kelapa sawit.

Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan utama di

Johor Bahru. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.

Kawasan Taman Daya terletak di parlimen Tebrau dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbadanan Johor Bahru

Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini berdekatan dengan Taman Mount Austin, Taman Setia Indah,

Taman Delima dan taman-taman yang lain. Di Taman Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan

sistem pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor Bahru hanya perlu

membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk

perlu membayar RM3.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

sila sertakan

sila klik Peta daerah Johor bahru yang diwarnakan sendiri

Pelan Taman daya yang diwarnakan sendiri (Nanti saya akan berikan )

Bagi pelajar tempat lain...boleh gunakan google map...

7. KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-

1) Kaedah pemerhatian

-Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Taman daya dengan melihat system

perparitan serta sistempembuangan sampah. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini

digunapakai
2) Kaedah soal selidik -kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri

daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk

soalan soal selidik yang disediakan.

Atau ( pilih sama ada kaedah soal selidik atau Temu bual )

2) Kaedah Temu bual - kami telah menemubual 10 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman ini

..Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang pencemaran alam sekitar. Sila rujuk soalan temu bual yang

disertakan.

3) Kaedah rujukan -Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di

Perpustakaan SMK Taman Daya 2. Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh daripada

Syarikat Keck Seng (M) sdn Bhd.

Untuk contoh borang soal selidik sila dapatkan di SINI.

Untuk Dapatan kajian sila klik di SINI

semoga anda mendapat markah yang CEMERLANG

Peringatan pada para pelajar:

jika anda hendak copy and paste entry ini WAJIB minta izin dahulu dengan cara daftar di tetamu istimewa dan

letakkan link anda di bawah.

Jika hendak lihat Kerja Kursus Sejarah sila k.lik di SINI

Saya hanya membantu sekadar yang termampu...anda boleh copy n paste atau sebagainya...saya harap calon-calon

PMR 2011 akan mendapat cemerlang dlm peperiksaan nanti...

Good luck!!!

Anda mungkin juga menyukai